Monday, February 18, 2013

SYAITAN JUGA TAK MAHU HUKUM ALLAH DILAKSANAKAN

Rugi RM200,000 dalam 10 saat

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
KUALA LUMPUR: Sebuah kedai emas kerugian sebanyak RM200,000 selepas disamun dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul dalam kejadian di Jalan 11, Selayang Baru, di sini, hari ini.
Kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu berlaku dalam masa 10 saat apabila dua lelaki berkenaan memecahkan cermin kaca sebelum melarikan tiga dulang barang rantai emas.
Menceritakan kejadian itu, mangsa, Che Som Che Wel, 45, berkata, kejadian itu berlaku dalam sekelip mata apabila dia yang sedang berbual dengan jirannya di dalam kedai didatangi dua lelaki yang membawa sebilah parang panjang dan tukul.

Katanya, dua lelaki itu meluru masuk ke dalam kedai dan terus memecahkan cermin kaca dengan menggunakan tukul sebelum mengambil tiga dulang barang rantai emas.
FotoRuang pameran barang kemas yang dipecahkan oleh dua perompak bersenjata. FOTO Zulfadhli Zulkifli

"Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan tergamam apabila dua lelaki itu melakukan kerja menyamun emas dalam sekelip mata sebelum melarikan diri ke arah belakang kedai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dua lelaki yang terbabit dalam kejadian samun itu kini diburu.

Katanya, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berdekatan untuk menjejaki dua lelaki itu yang bersenjatakan parang dan tukul besi.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata," katanya.

Suspek kes samun kereta, kes bunuh ditembak polis

IPOH: Seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung sembilan kes samun kereta mewah dan satu kes bunuh berjaya ditembak polis dalam kejadian berbalas tembak di Sungai Wangi, Sitiawan awal pagi semalam.
Dalam kejadian itu, suspek berusia 25 tahun yang juga ketua kumpulan bagi satu sindiket curi kereta mewah maut di lokasi kejadian apabila terkena tiga das tembakan.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A Paramasiwam berkata, suspek berasal dari Taman Sungai Wangi, Ayer Tawar, Manjung itu terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah polis selepas kereta dinaiki terbabas.

Beliau berkata, anggotanya terpaksa membalas tembakan sebelum suspek berjaya ditembak mati.
FotoParamasiwam (dua dari kiri) menunjukkan pistol yang digunakan oleh suspek. FOTO Ikhwan Munir


KENDURI TANPA PENGANTIN

Majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung meriah, semalam bertukar kenduri doa selamat selepas pengantin perempuan menghilangkan diri tiga hari sebelum dinikahkan.
Norazlina Ismail, 23, sepatutnya diijab kabul dengan tunangnya, kelmarin, tetapi ia terpaksa dibatalkan selepas dia gagal pulang ke rumah sejak Rabu lalu.

Ibunya, Salmiah Ahmad, 56, berkata, ketika kejadian dia dan suami, Ismail Saad, 60, tiada di rumah kerana pergi ke mahkamah di Jawi atas satu urusan dan kehilangan anak kelima daripada enam beradik itu disedari selepas dia gagal pulang ke rumah mereka di Taman Pekatra, Simpang Ampat, di sini.
Menurutnya, anaknya tiada masalah dengan keluarga atau tunangnya dan Norazlina mahu mengahwini lelaki itu kerana mereka sudah tiga tahun mengikat tali pertunangan.

“Ketika saya dan suami keluar rumah pagi itu (Rabu), dia (Norazlina) ada di rumah bersama anak bongsu (Norsyamira, 16). “Tetapi, menurut Norsyamira, kakaknya meminta dia menghantarnya ke jalan besar di depan taman ini kerana mahu berjumpa kawan yang pernah bekerja kilang bersamanya untuk mengambil wang di Taman Pelangi.

“Kebiasaannya, kalau keluar dia akan pulang jam 1 tengah hari, tetapi sehingga hari ini dia tidak pulang. “Saya menghubunginya jam 11 pagi pada hari kejadian bertanyakan mengenai komputer riba adiknya. Itu kali terakhir saya bercakap dengannya dan cubaan kedua menghubunginya gagal apabila talian telefonnya dimatikan,” katanya.

KABEL PUTUS NYAWA TERCABUT

“Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini,” kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus.
Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan.

Rafie berkata, lif di pangsapuri itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin pengangkat itu boleh digunakan. “Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu sudah ‘haus’ kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman ini,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu.

Menurutnya, beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan dari dalam lif berkenaan.

“Ketika itu, isteri tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk dan kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu.
“Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu,” katanya.

Rafie berkata, dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi yang amat mengerikan itu.
Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Takdir pujuk bekas isteri

“Bekas suami sempat menghadiahkan cincin perak dipakainya dan beberapa kali merayu mahu rujuk semula sebelum memberitahu mahu ke Kuala Lumpur ketika kami bertemu di kedai runcit saya petang semalam (kelmarin),” kata Wahida Mohd Hanif, 40, bekas isteri Mohd Nasaruddin Sidek, 39, yang maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan bas ekspres berhampiran Kampung Jubakar, semalam.
Dalam kejadian jam 5.20 pagi di Kilometer 19 Jalan Pengkalan Kubor – Kota Bharu itu, seorang wanita warga Thailand, Rohanee Samamae, 35, yang menaiki kereta bersama Mohd Nasaruddin turut maut manakala seorang lagi penumpang kereta, Waehanisah Kolu, 22, cedera parah.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu rakan Mohd Nasaruddin dan kedua-duanya sedang hamil. Kemalangan berlaku apabila Mohd Nasaruddin dari Kok Lanas, Kota Bharu yang dalam perjalanan ke Kota Bharu dari Pengkalan Kubor gagal mengawal kereta Honda Accord dipandunya lalu terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalanan ke Pengkalan Kubor.
Mohd Nasaruddin dan Rohanee meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala Waehanisah kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Jenazah Mohd Nasaruddin dan Rohanee dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Menurut Wahida, bekas suaminya sempat membelikan kek seperti diminta anaknya, Nurnisren Afifah, 13.
“Saya sempat berbual dengannya berhubung permintaannya untuk rujuk semula selepas lebih 10 tahun kami bercerai. Saya meminta tempoh untuk berfikir sebelum dia menyerahkan cincin perak yang selalu dipakainya kepada saya.

Beruang, kuda mati diracun

Seekor beruang betina dan kuda jantan di Zoo Melaka, di sini, ditemui mati dipercayai diberi makanan beracun pihak tidak bertanggungjawab.
Difahamkan, beruang Matahari atau nama saintifiknya, Helarctos Malayanus berusia 14 hingga 16 tahun ditemui mati jam 5 petang, kelmarin.

Sementara itu, kuda jenis Arab berusia 17 tahun itu pula ditemui mati oleh seorang petugas pada jam 7 pagi semalam. Kejadian pertama dikatakan disedari pengunjung yang memaklumkan kepada kakitangan bertugas selepas pelik melihat beruang itu terbaring di dalam kurungan dalam keadaan meniarap dengan seekor beruang lain menindih badannya.
Pegawai Veterinar Zoo Melaka Dr Zubaidah Kamarudin berkata, pemeriksaan lanjut dijalankan, namun binatang yang berada di zoo berkenaan sejak 2000 mati beberapa minit kemudian. “Beruang dibawa ke Bilik Bedah Siasat Khas zoo dan mendapati ia memakan pisang dipercayai mengandungi serbuk atau racun yang belum pasti jenisnya.

“Pisang dan racun itu dikesan berada di dalam usus binatang berkenaan yang sudah dihadam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Patah leher dihempap jentera

Sebiji limau mandarin menjadi juadah terakhir seorang warga emas sebelum maut selepas lehernya dihempap besi pemutar jentera menuai padi di Kampung Parit Haji Dollah, Selinsing, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 59, dikatakan sedang berehat di bahagian bawah jentera berat itu sambil berbual-bual dengan dua rakan lain.

Kemalangan dikatakan berlaku ketika pemandu jentera itu, Nasriq Yunos,32, sedang membaiki sistem hidraulik jentera menuai padi berkenaan yang rosak di bahagian belakangnya.
Nasriq berkata, kemalangan mendadak itu berlaku sebaik bahagian besi pemutar seberat dua tan di hadapan jentera itu tiba-tiba terjatuh sebelum menghempap mangsa dan seorang lagi rakannya.

“Sebaik dihempap besi berat itu, Abdul Aziz terus tidak sedarkan diri dan rakannya menjerit kesakitan meminta tolong akibat tersepit.

“Kami segera memanggil orang kampung berdekatan untuk membantu mengangkat bahagian besi pemutar itu. Sebaik dialihkan, saya dapati Abdul Aziz sudah tidak lagi bernyawa,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam.

Air mata peragut

Seorang daripada dua peragut yang ditahan orang ramai dalam kejadian di Jalan Persiaran Kewajipan berhampiran sebuah pusat beli-belah di USJ 19 di sini, menangis teresak-esak sambil merayu agar dia dilepaskan.
Lelaki berusia 26 tahun itu cuba menagih simpati orang ramai dengan memberi alasan dia perlu menyara isteri dan seorang anak kecil berusia setahun.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, lelaki berkenaan bersama rakannya yang menaiki sebuah motosikal Yamaha 125Z meragut beg tangan pramugari warga Jepun dari arah belakang.
Bagaimanapun, malang bagi kedua-dua peragut berkenaan apabila motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dan melanggar kenderaan lain ketika cuba memecut.

Akibatnya, penunggang motosikal yang berusia 27 tahun cedera parah iaitu patah tangan kanan dan kaki kiri manakala pemboncengnya dilaporkan luka dan calar di bahagian lutut.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, kedua-dua suspek diberkas orang awam selepas terdengar jeritan mangsa yang meminta tolong.
“Siasatan awal mendapati, suspek pertama iaitu penunggang motosikal berkenaan mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan satu rekod dikehendaki manakala rakannya pula tiada rekod jenayah tetapi positif ujian air kencing,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan polis ke atas motosikal suspek menemui parang pendek dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah samun dan ragut.
“Kedua-dua suspek berkenaan dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah ragut dan samun di daerah ini dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan lain,” katanya.

Katanya, beg tangan mangsa yang berisi RM700, telefon pintar dan dokumen perjalanan yang diragut dirampas semula.

Seorang daripada suspek yang cedera dirawat di Hospital Serdang manakala rakannya ditahan di lokap Balai Polis USJ untuk siasatan lanjut selepas dibenarkan hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Tetak bapak saudara paksa edar dadah

Kuala Lumpur: Gara-gara memaksa adiknya untuk menjadi pengedar dadah, seorang lelaki bertindak menetak bapa saudaranya sendiri hingga putus urat jari hantunya selepas mendapat tahu mengenai kejadian itu di rumahnya di Flat Sri Pahang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek berusia 20-an itu baru balik ke rumahnya sebelum ternampak bapa saudaranya mengacu pisau ke leher ibu suspek dan mengugut akan membunuhnya berikutan menghalang anak keduanya daripada melaksanakan ‘tugasan’ yang dia berikan kepada adik suspek.

Menceritakan kembali mengenai kejadian itu, ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah, 37, berkata, ketika dia berada di rumah dia didatangi adik iparnya yang memarahinya kerana menghalang kerjanya selain memarahi anak keduanya selepas menemui bahan seperti tembakau kering dipercayai ganja.
Menurutnya, dia yang mendapat tahu bekalan dadah itu sebenarnya dibekalkan oleh adik iparnya kepada anak keduanya untuk dijual sehari sebelum kejadian menyoal tindakan lelaki itu yang menyalahi undang-undang.

“Dengan tiba-tiba dia menarik rambut saya sebelum mengacu pisau ke leher dan kejadian itu disaksikan anak sulung saya yang baru balik dari kerja.

“Marah dengan tindakan bapa saudaranya itu yang turut memaksa adiknya untuk menjual dadah, anak sulung saya merampas pisau bapa saudaranya sebelum terkena pada jari hantu lelaki itu hingga putus uratnya,” katanya.
Sarah berkata, takut dengan kejadian itu, adik iparnya melarikan diri dan selepas mententeramkan anak sulungnya. Dia membuat laporan di Balai Polis Travers untuk tindakan lanjut.

‘Bini tak tahu’

“Isteri tidak tahu saya berlumba (kereta) kerana saya beritahu mahu keluar minum dengan kawan,” kata lelaki yang ditahan pasukan Unit Khas Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman selepas didapati berlumba di sekitar bandar ini, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 40 tahun itu juga didapati positif dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan terhadapnya di Balai Polis Trafik Kuantan.

Lebih menyedihkan, isterinya terpaksa membawa dua anak mereka ketika datang menjamin lelaki itu kira-kira jam 5 pagi semalam.
Dalam operasi selama empat jam itu, empat orang ditahan kerana berlumba kereta secara haram yang kian berleluasa setiap malam minggu.

Harian Metro yang menyertai operasi menahan samseng jalan raya itu mendapati ada antara pelumba haram berkenaan tetap meneruskan perlumbaan walaupun tayar kereta pancit, sekali gus berisiko kepada pengguna jalan raya lain.

Ketua unit khas itu, Asisten Superintendan Khuzir Abdul Majit berkata, pihaknya mengambil pendekatan mengesan kereta yang berlumba di jalanan dan menahan mereka apabila berhenti di sesuatu kawasan.
Katanya, pendekatan itu digunakan bagi mengelak kehadiran pihak berkuasa disedari pelumba berkenaan.

“Operasi ini dijalankan berikutan aduan kegiatan lumba haram membabitkan kereta di bandar ini pada malam minggu,” katanya.

Tolak lelaki dalam sungai

Seorang lelaki dipercayai warga India dikhuatiri lemas selepas dia dipercayai ditolak ke dalam Sungai Klang oleh dua lelaki lain dalam kejadian di Jalan Batu Tiga, berhampiran sebuah institut pendidikan swasta, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, seorang saksi yang kebetulan melalui kawasan berkenaan dikatakan melihat mangsa bersama dua lelaki lain sebelum dia dikatakan ditolak lelaki terbabit.

Malah, dua lelaki terbabit dikatakan melarikan diri sebelum saksi berkenaan mengejar dalam usaha untuk menahan mereka, tetapi tidak berjaya apabila dua lelaki terbabit menghilangkan diri di kawasan tumpuan ramai.

Perangai syaitan

Dua pelajar lelaki yang baru berusia 15 tahun bagaikan syaitan apabila meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang tinggal sekampung di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, kelmarin.
Kedua-dua pelajar tingkatan tiga itu ditahan di rumah masing-masing di kampung berkenaan selepas bapa mangsa membuat laporan polis pada hari sama anaknya diliwat.

Sumber berkata, kejadian berlaku pada jam 1.30 tengah hari ketika mangsa yang bersendirian di rumah, dipelawa seorang suspek ke rumahnya.
“Budak perempuan itu ke rumah seorang suspek yang jaraknya 80 meter dari rumah mangsa. Ketika berada dalam bilik di rumah suspek, dia diliwat.

“Selepas pulang ke rumah, mangsa mengadu sakit pada bahagian dubur sebelum memberitahu kejadian sebenar kepada ibu bapanya yang berusia 40-an,” katanya.

Menurutnya, bapa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan anaknya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan lanjut.

Saja cari dosa

“Isteri mana yang tidak kecewa apabila mengetahui suami yang dipercayainya melakukan kerja terkutuk di belakangnya, sudah tentu kebahagiaan yang dibina boleh berkecai,” kata pendakwah bebas, Zawiah Hassan.
Beliau berkata, kunjungan ke pusat spa yang menawarkan khidmat urutan gadis haram di sisi agama malah terdedah dengan pelbagai pelakuan maksiat lain.

“Walaupun ada suami yang mengakui mereka ke pusat spa hanya untuk berurut tetapi jika ia dilakukan tukang urut wanita tetap haram hukumnya. “Apatah lagi jika berlaku zina dengan wanita itu mereka dikira berdosa besar. Sudah ada isteri yang halal digauli kenapa tergamak mencari wanita lain sekadar untuk melayan keseronokan yang hanya bersifat sementara,” katanya.
Zawiah berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro, kelmarin yang mendedahkan seorang isteri hilang sabar selepas mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan beberapa wanita warga Vietnam di spa terkemuka di bandar raya Ipoh.

Wanita yang dikenali sebagai Rohani, 48, itu turut kesal dengan perubahan sikap suaminya yang sering mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin akibat penangan wanita Vietnam itu.

Rohani mengetahui hubungan suaminya itu selepas memeriksa telefon bimbit lelaki itu dan mendapati SMS berbaur lucah serta beberapa gambar wanita Vietnam di atas katil dalam keadaan mengghairahkan.
Dia percaya semua gambar wanita Vietnam yang beraksi manja itu diambil dalam bilik hotel dan spa di bandar berkenaan.

Taubat suami hanya seketika

Kuala Lumpur: Hampir 20 peratus badannya terbakar akibat dibakar suaminya sendiri pada hujung tahun lalu. Namun, mangsa masih memaafkan suaminya itu dan menerimanya kembali selepas lelaki terbabit berjanji untuk bertaubat.
Namun, harapan suri rumah berusia 28 tahun itu untuk melihat suaminya berubah lebur apabila suspek terus menderanya dipercayai disebabkan cemburu.

Malah, dalam kejadian terbaru kira-kira jam 10.30 malam di rumah mereka di Kepong, di sini, Jumaat lalu, mangsa mendakwa dilibas dengan paip getah selain disepak terajang suspek berusia lingkungan 30-an itu menyebabkannya cedera di badan dan kepala.
Menyedari suaminya itu tidak akan berubah selain tidak tahan dijadikan mangsa belasahan, suri rumah terbabit akhirnya melarikan diri daripada rumahnya kira-kira jam 3 pagi kelmarin, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu sudah diberkas pihak berkuasa di rumahnya selepas mereka menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menceritakan lanjut mengenai kejadian berkenaan, sumber itu berkata, pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lalu itu dianugerahkan seorang anak perempuan yang kini berusia empat tahun.
“Suspek dilaporkan sering mendera mangsa selepas usia perkahwinan mereka masuk ke tahun ketiga,” katanya.

Diminta mengulas jenis penderaan yang dilakukan suspek terhadap mangsa, sumber itu berkata, pada hujung tahun lalu, wanita malang itu bukan saja dipukul sebaliknya disimbah dengan petrol dan dibakar hidup-hidup.
“Hampir 20 peratus anggota badannya terbakar namun dia (mangsa) masih tidak membuat laporan polis kerana berharap suaminya itu akan berubah. Apatah lagi, selepas suaminya berjanji akan bertaubat,” katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, selepas tidak tahan dibelasah dalam kejadian terbaru Jumaat lalu.

“Dalam kejadian itu, mangsa disepak terajang, kepalanya dipijak selain dilibas dengan paip getah di rumah mereka dipercayai disebabkan cemburu buta,” katanya.

Katanya, dalam laporan dibuatnya itu, selain mendakwa dirinya pernah dibakar dan dipukul, mangsa turut melaporkan bahawa anak perempuan mereka juga sering dipukul suspek biarpun tidak melakukan kesalahan.

“Mangsa kini melarikan diri dan berlindung di rumah keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

‘Hidup dah bosan’

“Hari ini hidup saya kosong. Ada sesiapa boleh beritahu saya tentang kebenaran? Kerana hidup saya begitu membosankan tanpa teman, tetapi saya masih ada keluarga.”
Itu catatan terakhir dipercayai ditulis seorang lelaki di atas penyata bank sebelum mayatnya ditemui tergantung dalam bilik sebuah rumah di Padang Sebang, Gadek di sini, Sabtu minggu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11 pagi, lelaki berusia 23 tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui ibunya dalam keadaan lehernya terjerut dengan tali yang terikat pada palang kayu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, wanita berusia 60 tahun itu menjerit sekuat hati sebelum didengari abang mangsa yang bergegas meminta pertolongan jiran bersebelahan untuk menurunkannya. “Sebaik dibawa turun, mereka cuba mengejutkan mangsa yang tidak sedarkan diri selain berwajah pucat dan terkulai tanpa sebarang tindak balas.

“Abang mangsa berusia 25 tahun kemudian menemui tiga penyata bank yang dipercayai ditulis mangsa untuk meluahkan perasaannya,” katanya.

Menurut beliau, kira-kira 30 minit sebelum kejadian, mangsa bersarapan bersama keluarganya di rumah tanpa menunjukkan sikap mencurigakan.
“Mangsa yang pernah bekerja di sebuah kilang di sekitar daerah ini sempat bergurau dengan keluarganya tanpa mengesyaki itu perubahan terakhir sebelum kematian mangsa.

Nasi pedas berdarah

Akibat berang nasi goreng dimakannya terlalu pedas, seorang lelaki dipercayai tergamak menetak saudara kembarnya sendiri menggunakan sabit dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Tebong, Kuala Sungga di sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, mangsa, B Vellakumar, 28, yang memasak nasi goreng parah di kepala dan badan akibat ditetak lelaki berusia 28 tahun itu.

Ketika kejadian, mangsa sedang memasak nasi goreng untuk makan malam di dapur sebelum suspek dikatakan datang menjamah nasi berkenaan.
Dakwa Vellakumar yang juga tukang paip, saudara kembarnya yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol itu masuk ke dapur dan memberitahu perutnya lapar lalu mengambil pinggan sambil bersiul.

“Sebaik selesai masak, dia (suspek) datang ke dapur mengambil pinggan lalu mencedok nasi goreng itu sebelum terdengar dia merungut di luar rumah dan mendakwa nasi berkenaan terlalu pedas.

“Saya bagaimanapun tidak mengendahkannya dan terus menuju ke ruang tamu sambil bersembang dengan abang ipar berusia 27 tahun yang sedang berehat.
“Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba menjerit kuat memaklumkan nasi dimasak pedas dan saya terus ke arahnya sambil berkata ‘kalau tak nak pedas, masak sendiri,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, suspek yang berang kemudian meluru ke arahnya lalu melibas sabit tepat mengenai kanan kepala selain pipi kiri dan bahu kanannya.
“Belum sempat memalingkan muka ke belakang, dia datang melibas sabit dan menetak di kepala hingga menyebabkan mata berpinar melihat darah mengalir dan gagal mengawal keseimbangan badan.

“Sambil menekup kepala yang cedera, dia dilihat mencampakkan sabit itu di sekitar rumah sebelum melarikan diri meninggalkan saya terbaring menahan kesakitan,” katanya.

Vellakumar berkata, abang iparnya kemudian datang memapah dirinya masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital sebelum pengsan ketika dalam perjalanan.

“Abang ipar yang panik kemudian menghubungi talian kecemasan sebelum ambulans tiba dan membawa saya ke Hospital Tampin sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaffar Seremban (HTJS),” katanya yang kesal dengan tindakan saudara kembarnya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi berkata, suspek yang bersenjatakan sabit dipercayai menetak mangsa bertubi-tubi sebelum melarikan diri.

“Polis sedang memburu suspek yang dipercayai masih bersembunyi di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Bengang jadi tukang bayar

Akibat berang kerana asyik menjadi ‘mangsa’ membayar minuman ketika berhibur, seorang lelaki hilang sabar lalu menikam sehingga mati rakannya di sebuah bilik sewa di Kampung Hungap, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi, mangsa dikenali sebagai Danny Lutian, 28, sempat melarikan diri ke restoran tempatnya bekerja sebelum rebah. Mayatnya ditemui orang ramai dalam keadaan terlentang.

Difahamkan, suspek berusia 41 tahun memendam rasa apabila sering diarahkan membayar minuman setiap kali berhibur bersama mangsa sehingga berlaku pertengkaran.
Sebaik pulang, mangsa terus menuju ke biliknya sebelum suspek tiba-tiba mengetuk pintu bilik lelaki terbabit selain mengungkit perkara itu.

Sebaik membuka pintu, suspek terus menikam rakannya menggunakan pisau pemotong sayur.

Mangsa yang cedera pada dada dan pinggang melarikan diri ke tempat kerjanya yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian sebelum rebah.

No comments:

Post a Comment