. | |||||||||
Bapa saudara bernafsu haiwanOleh Arifin Salleh 2010/08/10 TRAUMA...mangsa dedahkan perbuatan bapa saudara. Mangsa berusia 14 tahun memberitahu dia dirogol berulang kali oleh bapa saudaranya sejak dua tahun lalu dan kejadian berlaku sama ada di rumahnya sendiri atau rumah lelaki itu yang bekerja sebagai nelayan di Kampung Tanjung Dahan, di sini. Ketika ditemui Harian Metro, mangsa memberitahu detik hitam dalam hidupnya bermula apabila bapa saudaranya itu datang ke rumah pada 2008 untuk meminjam tukul besi. “Ketika itu ibu dan bapa tiada di rumah. Dua adik saya berada di rumah tapi bapa saudara memberi duit dan menyuruh mereka ke kedai membelikannya rokok. “Dia kemudian menarik saya ke dalam bilik dan memaksa saya menanggalkan pakaian lalu merogol saya sambil mengugut akan membunuh saya jika saya laporkan kepada polis,” katanya. Mangsa mendakwa selepas kejadian itu, setiap minggu tiga atau empat kali bapa saudaranya menyuruh dia ke rumahnya dan di sana dia dirogol sebelum diberi RM30 hingga RM50 untuk menutup mulut. Kata mangsa, setiap kali balik dari sekolah, bapa saudaranya sering menunggunya di bangsal hadapan rumah dan dia pernah diugut bunuh beberapa kali jika menolak permintaan lelaki itu. “Saya diperlakukan seperti binatang tanpa perikemanusiaan. Kalau saya tak layan, dia ugut akan bunuh saya. Itu yang sering dikatakannya setiap kali saya enggan melayannya menyebabkan saya takut,” katanya yang masih trauma selepas kejadian itu. Berikutan pendedahan mangsa, ibu bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru, kira-kira jam 7 petang, Sabtu lalu. Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 10 malam hari sama, sepasukan polis diketuai Inspektor Norafnna Ibrahim, menahan suspek di rumahnya. Menurut sumber polis, suspek kini direman tujuh hari bermula semalam hingga 14 Ogos ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. |
DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Monday, August 9, 2010
BAGAIMANA PIHAK PENASIHAT AGAMA KEPADA YG BERWAJIB/PEMERINTAH...TENTANG HUKUM ALLAH...ADAKAH NAK TUTUP MULUT...TUTUP MATA....TUTUP TELINGA....TERUS TUTUP HINGGA TUBUH DIIKAT DENGAN LIMA IKATAN....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment