Thursday, August 12, 2010

BAGUS JUGA....TAK BERMASALAH BAGI LAKI-BINI BERKERJA, KELUARGA KECIL, LEBIH2 LAGI JUTAWAN...FIKIR ORANG KELUARGA BESAR...BEKERJA SEORANG..SUDAH TENTU IA MEMERLUKANNYA


Bayar awal gaji September



2010/08/13

KUALA LUMPUR: Bagai menangguk di air keruh, koperasi dan syarikat pinjaman wang berlesen dilihat semakin galak mempromosikan pinjaman peribadi mereka bersempena bulan Ramadan dan jualan mega sekarang.
Pelbagai slogan seperti jangan ketinggalan, promosi pinjaman peribadi, Ramadan Special yang menawarkan kadar faedah rendah disebar menerusi pelbagai cara termasuk Internet.
Promosi serupa turut disertai sektor perbankan yang menggunakan sistem pesanan ringkas dan media massa untuk memberitahu pelanggan mengenai pinjaman kecil mereka.

Bagi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), isu itu bukan perkara baru sebaliknya sudah ramai yang terkena dan akhirnya terperangkap dengan hutang setiap kali musim perayaan. “Daripada apa yang kita perhatikan memang ramai penjawat awam terbabit dengan hutang, terutama pada musim perayaan. Bila ditolak hutang, wang gaji yang tinggal tidak sampai 40 peratus,” kata Presidennya, Omar Osman. Beliau tidak menolak kemungkinan ramai penjawat awam akan bertindak serupa tahun ini kerana Aidilfitri dijangka disambut pada 10 September iaitu hampir dua minggu sebelum gaji yang seterusnya.

“Kita bimbang apabila gaji bulan Ogos sudah habis dibelanjakan untuk raya, mereka tidak mampu menanggung perbelanjaan sepanjang September sehingga menyebabkan mereka berhutang,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pembayaran gaji bulan September lebih awal bagi mengelakkan masalah.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata perbelanjaan pada bulan Ramadan harus dibuat secara teliti dan berdisiplin.

“Buat senarai keutamaan dan beli ikut keperluan. Dapatkan pandangan pihak kedua seperti pasangan dan keluarga dulu supaya tidak menyesal di kemudian hari,” katanya.

Beliau mencadangkan supaya setiap pembayaran dibuat secara tunai agar pengguna berhati-hati ketika berbelanja.-Bernama Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah, berkata isu berhutang dapat dielakkan jika masyarakat dapat menghayati makna sebenar Ramadan iaitu mengingati nasib mereka yang tidak berkemampuan.

“Tawaran pinjaman memang banyak, tapi kalau keadaan tidak mendesak dan kita tidak memerlukan wang, jangan ambil.

“Hiasan dan perabot baru bukan benda penting. Jangan rasa rendah diri atau cemburu dengan jiran, fikir panjang sebelum buat keputusan dan jangan hidup berhutang,” katanya..


Katanya, orang ramai harus bertanya pada diri sendiri sama ada mahu kemewahan tetapi dibebani hutang, atau hidup selesa tanpa kerisauan apabila kemeriahan Aidilfitri berakhir. - Bernama



No comments:

Post a Comment