Maiza tidak undang Akhil?
Oleh Hartati Hassan Basri2010/08/11
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
"SEMOGA berbahagia dan jagalah anak-anak dengan baik." Hanya itu mampu diucapkan penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, apabila ditanya komennya mengenai bekas isteri, Maizawati Zainal, 35, (Maiza) selamat bernikah dengan lelaki pilihan, Mohd Yassin Ben@Abd Rahim, 23.
Kata Akhil, seboleh-bolehnya, dia tidak mahu masuk campur perkara ini kerana masing-masing sudah ada keluarga. "Saya lebih suka bercakap soal kerja berbanding hal peribadi. Bagaimanapun, saya faham tugas wartawan mahu mendapatkan komen. Apa yang dapat saya katakan, harapan saya hanyalah satu buat Maiza, jagalah anak-anak dengan baik," katanya.
Mengenai ketiadaannya pada majlis itu kerana dikatakan isterinya, Waheeda, sakit, Akhil, 40, enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu memanjangkan lagi cerita.
Katanya, inilah antara sebab mengapa dia tidak mahu mengulas apabila ditanya soal perkahwinan bekas isterinya itu.
"Janganlah pandai-pandai reka cerita mengatakan Waheeda sakit sedangkan hakikatnya isteri saya sihat walafiat. Hakikatnya, saya tidak dimaklumkan mengenai tarikh pernikahan itu malah tidak diundang pun. "Saya hanya tahu mengenainya melalui kawan yang menerima undangan. Bagaimana saya hendak datang kalau tidak diundang? Malah kehadiran dua anak-anak yang tinggal dengan saya pun tidak dimaklumkan apa-apa, hanya dihubungi saat akhir agar anak-anak dihantar ke Ipoh.
"Selama ini apa-apa urusan mengenai anak-anak pun dibincangkan melalui abang saya dan bukannya saya sendiri," katanya.
Akhil bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai suami baru Maizawati yang jauh lebih muda (beza usia 12 tahun) sebaliknya hanya mendoakan mereka berbahagia hingga ke akhir hayat. Katanya, sempena Ramadan yang mulia ini, dia mengharapkan yang terbaik buat semua umat Islam dan meminta semua saling mendoakan yang baik-baik juga untuk kesejahteraan hidup.
Apapun kata Akhil, dia akan melancarkan bisnes umrah dan ceramah secara online dan ia akan dimaklumkan dalam satu sidang media. Pada majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman Maizawati di Bercham, Ipoh, Perak, kelmarin (Isnin), Maiza dan Yassin dinikahkan ayah Maizawati, Zainal Jani, 55, dengan sekali lafaz bersama mas kahwin RM101. Ia dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada saudara-mara dan rakan rapat.
Maizawati menerima tujuh dulang hantaran dibalas lima. Ini adalah perkahwinan ketiga Maizawati dan juga ibu enam anak iaitu dua daripada perkahwinan pertama dan empat lagi bersama Akhil. Semua anak-anaknya, Deanna Sofea, 17; Daniel Arif, 16; Siti Nor Maisarah, 13; Muhammad Shariff Hidayatullah, 12; Muhammad Shakir Hidayatullah, 9, dan Muhammad Shatiri Hidayatullah, 3, ada bersama. Pasangan ini berkenalan setahun lalu dan makin rapat beberapa bulan selepas itu. Mengenai suami yang jauh lebih muda, Maizawati mengatakan itu bukan satu masalah kerana apa yang penting keserasian antara mereka. Maizawati tertarik dengan Yassin kerana sifat kelakar dan paling penting penyabar ketika dia berhadapan pelbagai dugaan. Lebih penting buat Maizawati, Yassin yang menjadi chef di Singapura, dapat menerima kehadiran enam anaknya.
Maizawati yang kini menjalankan perniagaan produk madu dan makanan untuk kesihatan minda, mula mendapat perhatian apabila membuat pendedahan terbuka menerusi program TV mengenai masalah rumah tangganya dengan Akhil, Mei tahun lalu dan ia dikatakan berpunca daripada Waheeda.
Maiza dan Akhil bercerai talak satu pada 15 Julai tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. Akhil kemudian berkahwin dengan Waheeda pada 16 Ogos tahun lalu dan Waheeda dilaporkan mengundur diri daripada bidang seni.
Akil Hayy, Waheeda Akhirnya Bernikah
KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2009: Sesudah sekian lama bermain teka-teka dan mencetuskan kontroversi, penyanyi dan penceramah Ustaz Akil Hayy, 40, akhirnya telah bernikah dengan penyanyi dan pelakon Waheeda, 31, di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor, tengah hari tadi.
Kedua-dua mereka telah sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz akad dan telah dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid. Waheeda menerima mas kahwin sebanyak RM80, senaskhah Al-Quran dan 7 dulang hantaran berbalas 11. Turut hadir di majlis itu, anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12, dan Muhd Syarif Idayatullah, 11.
Mengulas tentang majlis pernikahan itu, Akil berkata kepada wartawan, ia diharap akan dapat menamatkan banyak spekulasi tentang hubungan mereka berdua selama ini.
"Apa yang sudah berlalu itu biarkanlah ia berlalu. Mungkin inilah kebesaran Tuhan kerana akhinya Waheeda adalah jodoh saya," katanya.
Sementara Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, pula berkata, dia tidak kisah lagi tentang apa kata masyarakat sekeliling terhadap dirinya.
"Saya tidak mahu fikirkan lagi tentang cakap-cakap orang. Tuhan itu lebih Maha Mengetahui tentang segala-galanya," kata Waheeda.
Difahamkan, majlis resepsi perkahwinan untuk sebelah Waheeda akan diadakan di Bukit Jelutong, Shah Alam, pada 31 Oktober nanti manakala Akil pula akan membuat kenduri tempat asalnya, di Gopeng, Perak.
Sebelum ini, hubungan Akhil dan Waheeda telah berjaya dihidu oleh pihak media sejak 2 tahun lalu tetapi mereka sentiasa menafikannya sebarang hubungan intim dan percintaan. Bagi mereka hubungan itu hanya berkaitan dengan tugas dalam bidang seni malah persahabatan mereka diketahui oleh pihak keluarga.
Namun kemuncak gosip itu adalah apabila Akhil akhirnya bercerai talak satu dengan isterinya, Maizawati Zainal, 33, di Mahkamah Syariah Ipoh, Perak pada 15 Julai lalu.
Maizawati dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa dia telah memberikan kebenaran kepada Akhil untuk berkahwin selepas Akhil membuat pengakuan mahu bernikah dengan Waheeda. Namun selepas itu katanya, Akhil terus berdiam diri, tidak pulang ke rumah hinggalah membawa kepada konflik dan perceraian mereka.
Selepas bercerai, Akhil akui dia semakin rapat dengan Waheeda dan tidak menolak kalau ditakdirkan akan berkahwin dengan pelakon filem Nana Tanjung itu kerana Waheeda memiliki ciri-ciri wanita yang disukainya.
Kini segala-galanya telah terjawab. Portal murai.com.my mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Akhil dan Waheeda dan semoga kehidupan mereka bahagia dan aman damai
Gossip Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?
Gossip Waheeda kahwin secara rahsia dengan penceramah bebas Ustaz Akhil Hayy dah lama kita dengar. Sumber ni datang dari orang yang rapat dengan Ustaz Akhil Hayy sendiri. Tapi sampai sekarang, Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy tak nak komen apa-apa pasal gossip ni. Hanya kawan biasa dan tak lebih dari soal kerja. Itu kata mereka. Sekiranya mereka betul-betul berkahwin bermakna Waheeda menjadi isteri kedua kepada penyanyi nasyid tersebut. Kemungkinan besar, itu yang menyebabkan perkahwinan antara mereka terpaksa dibuat secara rahsia. Kena jaga pihak isteri pertama dan keluarga mereka. Kang tak pasal-pasal ada hati yang terguris.Waheeda sampai sekarang tak buat kenyataan. Tapi menurut Ustaz Akhil pula, perkara itu dah selesai dan tidak mahu beri sebarang komen. Nanti ada hati lak yang terluka. Ustaz minta gossip ini dihentikan dengan segera. Sebaliknya, makin disuruh berhenti gossip, lagi galak orang duk mengata dan menggossip.
Kini, Ustaz Akhil sibuk dengan kerja rakaman Cafe Ustaz Akhil di Astro Oasis, jadi kerap lah kena duk pi mai pi mai Ipoh dan KL. Ada yang kata, Ustaz berulang alik dari rumahnya di Ipoh ke Kuala Lumpur sebab untuk bertemu dengan Waheeda. Ini sekali lagi dinafikan oleh bekas vokalis DRiyadh itu.
Tidak mengapalah kalau ada penafian macam tu. Sekurang-kurangnya, dah jelas Waheeda bukan berkahwin dengan Ustaz. Tapi seandainya betul dah kahwin, tak lamalah rahsia nak ditutup. Lambat laun orang ramai akan tahu juga. Tak pun, tunggu je perut Waheeda berisi… mmm… kalau kata berisi tu, bermakna adalah buahnya.
[tags]gossip waheeda, gambar kahwin waheeda, fasha sandha makan hati, fouziah ghouse, zubir, ustaz akhil hayy kahwin waheeda, isteri kedua akhil hayy, riyadh, ceramah akhil hayy, cafetaria, astro oasis[/tags]
nikah pemuda
NEGARA
Maizawati nikah pemuda 23 tahun
|
|
IPOH - Selepas lebih setahun bercerai dengan penceramah dan penyanyi, Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35, akhirnya menamatkan zaman jandanya semalam.
Dengan sekali lafaz, Maizawati sah menjadi isteri pemuda yang berasal dari Sabah, Mohd. Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, tepat pada pukul 12.30 tengah hari.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Zainal Jani, 55, dengan mas kahwin sebanyak RM101 di kediaman Maizawati di No. 16, Laluan Bercham Utara 4, Taman Utama, Bercham dekat sini.
Rombongan pengantin lelaki tiba kira-kira pukul 12.15 tengah hari dengan membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan lima dulang hantaran.
Maizawati berkata, dia berkenalan dengan pemuda kelahiran Kota Kinabalu itu kira-kira setahun lalu sebelum hubungan mereka menjadi semakin intim beberapa bulan kemudian.
Kira-kira 100 tetamu hadir pada majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana dengan hanya saudara dan rakan-rakan rapat dijemput
No comments:
Post a Comment