BUKIT BUNGA - Mayat bayi perempuan dijumpai dalam keadaan terlentang tanpa sehelai kain di dalam lubang kumbahan yang tidak digunakan di belakang rumah kedai di Bandar Baru Bukit Bunga, di sini.
Saksi, Mohd Arif Ibrahim, 8, berkata, dia bersama dua orang lagi rakannya sedang bermain bunga api di kawasan belakang rumah kedai terbabit seperti kebiasaan terganggu dengan bau busuk yang datang dari arah lubang tersebut.
“Kami pun terus menuju ke lubang najis itu untuk melihat apa yang ada dalam lubang tersebut. Alangkah terkejutnya didapati ada mayat bayi yang tidak dibaluti apa-apa kain membuatkan kami terus memberitahu kepada orang yang ada di kawasan berdekatan,” katanya.
Seorang lagi saksi, Mohd Ikhwan Rosman, 10, berkata, bau busuk yang keluar dari lubang najis itu menyebabkan dia dan tiga lagi rakannya merasa curiga lalu segera menyiasat puncanya.
Tiga kes buang bayi dalam tempoh 24 jam: Shahrizat
KUALA LUMPUR - Tiga lagi kes pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di Kelantan, Melaka dan Kuala Lumpur, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Menurutnya, kejadian terbaru itu telah dimaklumkan kepada beliau tetapi tidak mempunyai butiran lanjut kerana masih menunggu laporan lengkap mengenainya.
Katanya, semua pihak mestilah mengambil sikap serius dan tidak bersikap 'lepas tangan' berhubung kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa.
Beliau berkata, isu itu jika tidak ditangani segera akan mengakibatkan kehancuran nilai agama dan budaya dalam masyarakat pada masa depan.
"Ini adalah tanggungjawab bersama ibu bapa, keluarga, masyarakat setempat dan pemimpin. Jangan ambil kes-kes ini sambil lewa," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.
Mayat bayi dalam lubang kumbahan najis
TANAH MERAH 12 Ogos – Ketika Kabinet hari ini mengarahkan individu terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu membunuh atau cubaan membunuh, satu lagi mayat bayi ditemui dibuang di sini hari ini.
Tanpa perikemanusiaan serta menghormati kedatangan Ramadan, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di Bandar Bukit Bunga.
Mayat bayi malang yang dipercayai dibuang sejak seminggu lalu itu ditemui kira-kira pukul 5 petang oleh seorang murid, Mohd. Arif Ibrahim, 8, ketika sedang bermain berhampiran kawasan tersebut.
Mohd. Arif ketika ditemui hari ini berkata, bau busuk dari lubang najis itu menyebabkan dia dan tiga lagi rakannya berasa curiga lalu segera menyiasat puncanya.
“Semasa bermain kami terhidu bau busuk lalu saya pergi tengok dan nampak macam mayat bayi sebelum panggil rakan lain.
“Saya pun panggil rakan lain dan bila tengok betul-betul memang sah ia mayat bayi yang sedang tertiarap,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Sepasukan anggota polis termasuk Unit Forensik tiba di tempat itu kira-kira pukul 7 petang dan mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan mayat bayi itu sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim ketika dihubungi hari mengesahkan penemuan bayi itu.
Elak terlebih minum produk 3-in-1
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa produk minuman 3-in-1 yang kandungan gulanya melebihi 5 gram boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.Kementerian itu dalam kenyataan hari ini menasihatkan produk makanan yang ditambah gula perlu dielakkan seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia supaya tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah tenaga harian atau 10 sudu teh (50 gram) sehari bagi dewasa.
"Bagi remaja berusia antara 10 dan 18 tahun dalam sehari tidak melebihi 11 dan setengah sudu teh atau 58 gram; dan 6 dan setengah sudu teh (32 gram) sehari bagi kanak-kanak yang berusia antara setahun dan sembilan tahun," kata kenyataan tersebut.
Pijak bapa tiri
Oleh Hadzlihady Hassan dan Shamsul Munir Safini
2010/08/13
2010/08/13
SAKIT...Salam menunjukkan kakinya yang patah.
“Saya ke balai kerana membuat laporan apabila isteri saya mengugut mahu membakar teksi saya selepas saya mengesyaki dia ada hubungan sulit kerana sering pulang lewat dari tempat kerja.
“Isteri dan anak tiri saya turut ke balai berkenaan kerana saya mahu berbincang dengan isteri bagi menyelesaikan masalah berkenaan secara baik,” katanya.
Namun, ketika itu anak tirinya, wanita berusia 30-an, tiba-tiba menghampiri dan menolak kepala Salam menyebabkan seorang anggota polis menegur perbuatan itu sambil meminta dia menghormati lelaki berkenaan walaupun hanya bapa tirinya.
Menurutnya, walaupun ditegur, wanita terbabit masih tidak dapat mengawal kemarahan dan menendangnya hingga terjatuh sebelum kaki kanannya dipijak.
Salam berkata, dia langsung tidak berdaya dan hanya merayu anaknya itu berhenti memijaknya sebelum anggota polis berkenaan sekali lagi masuk campur untuk mententeramkan keadaan.
“Saya hanya menahan kesakitan dan tidak berdaya melawan kudrat anak tiri saya itu, lebih-lebih lagi kerana saya ada masalah kesihatan akibat penyakit buah pinggang yang dialami sejak lima tahun lalu.
“Mujur seorang anggota polis cepat bertindak dan masuk campur sebelum mententeramkan anak tiri saya itu,” katanya.
Menurut Salam, selepas kejadian, isteri dan anak tirinya beredar tanpa mempedulikannya dan dia bernasib baik kerana anggota balai berkenaan memberikan bantuan.
“Pada mulanya saya enggan melaporkan kejadian itu kerana tidak mahu memanjangkan kes, namun atas nasihat beberapa anggota polis dan kecederaan yang dialami membuatkan saya terpaksa membuat laporan,” katanya.
Berikutan itu, Salam dimasukkan ke hospital kerana retak kaki kanan selain beberapa kecederaan di tangan.
Warga emas itu dibenarkan keluar dari hospital semalam dan dia yang menghidap penyakit buah pinggang ditemui di sebuah pusat dialisis di Ampang ketika mendapatkan rawatan.
Salam berkata, dia terkilan dengan perbuatan anak tirinya itu yang sanggup menendang dan memijak orang tua sepertinya tanpa belas kasihan, lebih-lebih lagi dalam situasi dirinya yang lemah kerana menanggung penderitaan akibat penyakit buah pinggang.
“Sejak usianya setahun, dia tinggal bersama saya, namun ini balasan yang diterima dan saya kecewa dengan tindakan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan semalam..
Setuju hukuman berat buang bayi- Nik Aziz
Harakahdaily |
KOTA BAHARU, 13 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong cadangan mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah buang bayi yang semakin berleluasa di negara ini. Bercakap sewaktu menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu hari ini, Menteri Besar Kelantan itu juga, bersetuju agar pesalah buang bayi tersebut dihukum mati jika bayi yang dibuang tersebut mati. Menurutnya, hukuman tersebut wajar bagi memberi pengajaran kepada pelaku dan masyarakat keseluruhan agar tidak mengulangi perkara sama. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan bunuh atau bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Menteri Besar Kelantan itu juga seperti dilapor Bernama, berpendapat undang-undang sekarang lebih "bersimpati" kepada penjenayah buang bayi yang menyebabkan gejala itu masih berleluasa |
No comments:
Post a Comment