Wanita berusia 40 tahun dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah itu dikatakan sedang meminta bantuan orang ramai untuk mengkebumikan mayat bayinya itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam, wanita berkenaan yang cuba mendapatkan bantuan warga senegaranya di sebuah rumah kongsi di belakang sebuah kondominium di Wangsa Maju ditahan polis sebaik permintaannya untuk mengkebumikan bayinya itu dimaklumkan kepada polis.
Menurut sumber, polis tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian sebelum wanita terbabit mendakwa mayat bayi yang dibawanya itu bukanlah miliknya.
“Sebaliknya, wanita itu mendakwa bayi perempuan berkenaan adalah milik isteri seorang rakannya di Hulu Klang yang memintanya menanamkan mayat bayi berkenaan. “Malah, wanita itu sanggup berjalan kaki sejauh kira-kira 10 kilometer untuk menanam mayat bayi perempuan itu kerana tidak berjumpa lokasi sesuai di Keramat. Sumber berkata, ketika disoal siasat, wanita berkenaan mendakwa bayi itu sudah mati sejak dua hari lalu dan dibawa dari Hulu Klang. Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan penemuan mayat bayi itu.
“Kami sudah menahan wanita warga Indonesia itu untuk soal siasat berikutan menerima maklumat awam mengatakan dia sedang mencari lokasi sesuai untuk mengebumikan mayat bayinya,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal, suspek tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. “Saya sahkan bayi berkenaan miliknya dilahirkan di sebuah rumah kongsi di Ampang Ulu dengan dibantu seorang wanita Indonesia lain dan sudah meninggal dunia ketika dilahirkan,” katanya. Zakaria berkata, suspek kini ditahan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut dan mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Janda, dua lelaki ditahan
2010/08/14
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, selain wanita berusia 27 tahun yang juga ibu bayi malang itu, pihaknya turut menahan bekas suaminya berusia 29 tahun dan rakan karib lelaki berkenaan berusia 25 tahun di rumah berasingan sekitar Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, kira-kira jam 10 pagi semalam.
“Hasil siasatan awal polis mendapati wanita itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di rumahnya dengan dibantu kedua-dua lelaki terbabit.
“Sejurus selesai melahirkannya, bayi itu dibungkus dengan kain batik dan dibuang di depan sebuah rumah kosong di Kampung Sungai Dua yang berada tidak jauh dari rumah suspek,” katanya di sini.
Menurut Wooi, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Katanya, kejayaan pihaknya menahan suspek berikutan maklumat orang awam dan kerjasama media yang memberikan liputan mengenai kejadian itu.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat dibalut dengan kain batik ditemui di depan sebuah rumah kosong di Kampung Sungai Dua, Gemencheh, di sini.
Difahamkan, bayi malang berkenaan dikatakan sengaja ditinggalkan di atas lantai depan rumah di selekoh jalan kampung itu untuk memudahkan dilihat penduduk kampung.
Bayi itu seterusnya segera dihantar ke Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan untuk menerima rawatan dan memaklumkan kejadian berkenaan di balai polis berdekatan
Rogol kekasih bawah umur: Remaja meringkuk dipenjara 28 tahun
KUANTAN- Seorang remaja dihukum penjara 28 tahun dan 10 sebatan setelah disabitkan bersalah dalam Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tiga tuduhan rogol dan dua tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii ke atas seorang gadis bawah umur, di sini, kira-kira 4 tahun lalu.
Tertuduh, Muhaimi Zulkifli, 22 dari Felda Bukit Sagu 1 dekat sini bernasib baik apabila hukuman penjara ke atasnya berjalan selama enam tahun setelah Hakim Irwan Suainbon memutuskan hukuman bagi setiap tuduhan itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia disabitkan, semalam.
Tertuduh yang diwakili peguamnya, Saifuddin Abdul Rahman dan ditemani ahli keluarga menangis dalam kandang pesalah setelah mendengar hukuman tersebut dijatuhkan.
Muhaimi yang hadir memakai kemeja T hijau dan berseluar jean sebelum ini didakwa merogol gadis terbabit yang juga teman wanitanya berusia 15 tahun 9 bulan sebanyak tiga kali, dalam sebuah rumah kosong berhampiran loji air Bukit Goh dekat sini antara jam 7.05 hingga 8 pagi pada 9, 11 dan 12 Januari 2007.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat.
Dia yang disabitkan bersalah semalam dihukum penjara enam tahun dan dua sebatan bagi setiap tuduhan tersebut.
Dalam mahkamah sama, tertuduh juga disabitkan bersalah atas dua tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii ke atas gadis terbabit sebanyak dua kali di lokasi sama antara jam 7.05 hingga 7.30 pagi pada 10 dan 17 Januari 2007.
Bagi tuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu, tertuduh dihukum dengan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan bagi setiap tuduhan.
Saifuddin yang mewakili tertuduh dalam rayuannya merayu supaya hukuman diringankan dan berjalan serentak memandangkan kesalahan itu kali pertama dilakukan dan anak guamnya juga sudah insaf.
“Mahkamah juga perlu pertimbangan kejadian berlaku atas dasar suka sama suka memandangkan mangsa adalah kekasih tertuduh dan tiada kesan paksaan atau kecederaan berlaku.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman yang lebih berat dan hukuman penjara yang dikenakan berjalan secara berasingan.
SHAH ALAM – Seorang pemuda Orang Asli dari suku Temuan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis Melayu dipercayai dengan cara pukau, dua bulan lalu.
Roma Irama Mohd Rafi, 25, dituduh merogol mangsa yang juga teman wanitanya berusia 16 tahun 7 bulan pada jam 10 malam, di rumahnya, Kampung Orang Asli Gurney, Hulu Yam Bharu, 25 Jun lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan diambil daripadanya yang tidak fasih berbahasa Melayu.
Dia yang hanya melakukan kerja-kerja di kampungnya didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum.
Hakim Hasbi Hasan membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.
Sebutan kes pula ditetapkan pada 2 September depan bagi tujuan rekod pengakuan dan mendapatkan jurubahasa orang asli Temuan
Tiga kes buang bayi dalam tempoh 24 jam: Shahrizat
KUALA LUMPUR - Tiga lagi kes pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di Kelantan, Melaka dan Kuala Lumpur, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Menurutnya, kejadian terbaru itu telah dimaklumkan kepada beliau tetapi tidak mempunyai butiran lanjut kerana masih menunggu laporan lengkap mengenainya.
Katanya, semua pihak mestilah mengambil sikap serius dan tidak bersikap 'lepas tangan' berhubung kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa.
Beliau berkata, isu itu jika tidak ditangani segera akan mengakibatkan kehancuran nilai agama dan budaya dalam masyarakat pada masa depan.
"Ini adalah tanggungjawab bersama ibu bapa, keluarga, masyarakat setempat dan pemimpin. Jangan ambil kes-kes ini sambil lewa," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment