Sunday, February 27, 2011

SEMUA ILMU MILIK ALLAH TIADA RAHSIA2...MATI ILMU ITU TURUT HILANG DAN PERGI...TAPI ELOK JUGA JIKA ILMU TU SALAH....SEMUA ORANG ADA MASALAH...BESAR ATAU KECIL...MOHONLAH PERTOLONGAN...DENGAN MENDEKATKAN DIRI DENGANNYA....

6 rakyat Malaysia di Christchurch selamat



SERIAN: Enam daripada tujuh rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang ketika gempa bumi di Christchurch, New Zealand, Selasa lalu, ditemui dalam keadaan selamat, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot semalam.
Beliau berkata, berdasarkan e-mel terkini kementeriannya yang diterima pada 1.10 tengah hari, keenam-enam rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Anthony Das, Paulin Joseph, Tan Chin Pih, Celine Wong, Lin Siao Jin dan Chon Siow Lim.

“Bagaimanapun, Sandra Hii dari Sibu, Sarawak yang juga petugas di King’s Education College, Christchurch dengan taraf penduduk tetap, belum ditemui dan warisnya sudah dimaklumkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pengumuman permohonan bantuan kebajikan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan, di sini.
Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan Krisis kementeriannya di Putrajaya mengaktifkan bilik operasi yang dikendalikan oleh 30 pegawai pada satu-satu dalam tempoh beberapa jam selepas gempa berlaku dan bilik operasi serupa turut dibuka di Kedutaan Malaysia di Christchurch.

Menurut laporan, angka kematian akibat gempa bumi itu meningkat kepada 123 orang semalam, manakala jumlah mangsa yang hilang pula kira-kira 200 orang, dengan sebahagian besarnya dipercayai rakyat asing. — Bernama


Tikam dada lebih 10 kali



HULU KLANG: Tidak tahan dengan tekanan hidup, seorang lelaki berusia 56 tahun nekad menikam dada dan perutnya lebih 10 kali dengan pisau ketika di bilik tidur bersama isteri di rumah mereka di Jalan Wangsa 11, Bukit Antarabangsa, di sini, pagi semalam.

Oleh MUHAMMAD APENDY ISSAHAK apendy@hmetro.com.my Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi, isteri lelaki terbabit dikatakan menyedari kejadian selepas terjaga daripada tidur sebaik terdengar bunyi seperti orang bergaduh.

Dia segera membuka lampu sebelum menjerit kerana melihat suaminya berlumuran darah serta nazak.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga lelaki berkenaan sebaik menyedari kejadian yang berlaku dan beberapa anggota bergegas ke rumahnya bagi menjalankan siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja syarikat swasta itu mati akibat menikam diri beberapa kali dengan pisau yang turut ditemui berhampiran mayatnya.

“Setakat ini, hasil siasatan tiada unsur jenayah dan kita dapati lelaki itu membunuh diri. Mengikut keterangan ahli keluarga, lelaki terbabit mengalami tekanan perasan serius baru-baru ini disebabkan pelbagai masalah dihadapi.

“Ketika kejadian, empat ahli keluarganya berada di rumah iaitu dua anak perempuan dan seorang anak lelaki serta isterinya, warga British berusia 51 tahun,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan setakat ini kes terbabit diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan, lelaki yang bekerja di syarikat perbankan itu baru saja pulang ke tanah air dua bulan lalu selepas ditamatkan kontrak kerjanya di Singapura.

Sementara itu, beberapa jiran lelaki berkenaan yang ditemui, termasuk pelakon terkenal, Elly Suriati Omar menyifatkan dia sebagai peramah dan baik hati serta selalu mengundang mereka jika ada majlis.

Elly yang tinggal selang tiga rumah dari rumah lelaki dikenali sebagai Peter di kalangan jiran, berkata dia bersimpati terhadap keluarga lelaki itu.

“Dia menginap di sini lebih 15 tahun dan memang baik hati serta peramah dengan jiran. Peter juga sering bertegur sapa dengan kami serta selalu membuat majlis makan di depan rumahnya dengan mengajak jiran.

“Kami sebagai jiran tidak pula tahu dia atau keluarga mengalami masalah dan tekanan,” katanya.

10 tikaman pada mayat warga emas

BUKIT ANTARABANGSA – Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan ngeri berlumuran darah dipercayai membunuh diri di rumahnya di Jalan Wangsa 11, Taman Wangsa Ukay, di sini, semalam dengan kesan lebih 10 tikaman di bahagian dada dan perut.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu, kematian Lee Soong Chin, 56, yang bekerja di sektor swasta dipercayai berpunca daripada kemurungan dialaminya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sejam sebelum unit Forensik bergegas ke lokasi kejadian.

Amiruddin berkata, isteri mangsa seorang suri rumah warga British berusia 51 tahun itu tidur bersebelahan mangsa ketika kejadian.

Menurutnya, ketika isterinya sedang nyenyak tiba-tiba dia terjaga kerana terdengar sesuatu.

“Dalam keadaan gelap itu, isteri mangsa terdengar seolah-olah bunyi tumbukan dan menyangka suaminya mengigau.

“Dia kemudian cuba memegang suaminya dan terkejut apabila terpegang pisau lalu terus merampas sebelum membuka lampu dan menjerit ketakutan apabila melihat suaminya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan dijalankan, polis menemui pisau berhampiran mangsa dan terdapat kesan lebih 10 tikaman di bahagian dada dan perut.

“Siasatan sedang dijalankan dan kami sedang dalam proses mengambil keterangan ahli keluarga mangsa untuk mengetahui punca kejadian.

“Daripada maklumat awal yang diterima, mangsa dikatakan mengalami kemurungan,” katanya.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Katanya, mangsa meninggalkan isteri serta tiga anak termasuk seorang lelaki.

Difahamkan, mangsa baru pulang dari Singapura setelah kontrak kerjanya tamat sejak dua bulan lalu.

Sementara itu, menurut seorang jiran yang enggan dikenali ketika ditemui di lokasi kejadian mendakwa mengenali mangsa serta keluarganya.

Keluarga itu mendiami rumah teres dua tingkat itu sejak 15 tahun lalu rapat antara satu sama lain dan mesra dengan jiran sekeliling.

Menangis seorang diri



BATU PAHAT: “Saya pernah nampak ibu mentua (Yatmah Abdul Rahman, 81) menangis seorang diri, namun tidak pasti sama ada dia bersedih atas apa yang berlaku terhadap Datuk Sosilawati Lawiya atau perkara lain.
“Yang pasti, ibu meluahkan perasaan tidak puas hati setiap kali teringatkan kejadian yang menimpa anaknya,” kata menantu bongsu Yatmah, Muslimah Shawan, 29, ketika ditemui di rumahnya di Seri Medan, semalam.

Katanya, ibu mentuanya jarang berbual mengenai kejadian itu namun setiap kali teringat, dia bertanya kenapa ada manusia sanggup melakukan perkara itu.
“Ingatan ibu mentua kurang baik sejak beberapa tahun lalu. Berikutan itu ada masanya dia boleh ingat perkara berkenaan (kejadian bunuh) dan ada kalanya dia terlupa.

“Sebagai ibu, saya pasti dia sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya dan pernah melihatnya menangis di rumah,” katanya.

Menyentuh keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun kepada dua pekerja ladang, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, Muslimah berkata, ia keputusan mereka yang bertanggungjawab.

Katanya, sebagai manusia dan rakyat biasa dia tidak berhak memberi ulasan atas keputusan itu, namun berpendapat apa dilakukan tertuduh (melupuskan bukti) sangat serius.

Disebabkan perbuatan itu, keluarga tidak dapat menuntut jenazah sekali gus tidak dapat mengebumikannya, tiada sijil kematian dan pelbagai kesulitan lain.


Rela tiada sijil halal

Oleh AHMAD SHAHRUL NIZAM MUHAMMAD
ahmadshahrul@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Ada artis tempatan dan pemilik restoran mewah beragama Islam yang menjadi pengusaha restoran enggan mendedahkan bahan dan ramuan ‘rahsia’ digunakan dalam masakan di restoran mereka dalam borang permohonan pensijilan halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kononnya agensi itu akan membocorkan rahsia keenakan juadah restoran berkenaan.
Sikap ego artis lingkungan 50-an dan pengusaha restoran berskala besar terbabit sebenarnya menimbulkan rasa curiga agensi berkenaan yang terpaksa menggunakan prosedur ditetapkan sebelum meluluskan pensijilan halal Malaysia kepada restoran berkenaan.

Malah lebih mengejutkan, artis terbabit mempertikaikan keperluan restorannya mendapatkan sijil halal apabila permohonannya tidak diluluskan kerana beranggapan sebagai seorang Islam, tidak memerlukan pengiktirafan berkenaan.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Abdul Hamid Mohamed Salleh, berkata artis terbabit membuat permohonan secara on-line bagi mendapat pensijilan halal Malaysia, baru-baru ini.

Katanya, permohonan artis terbabit tidak diluluskan lagi kerana tidak memenuhi syarat dalam prosedur yang ditetapkan.

“Malah, bagi mempercepatkan permohonan artis itu, kita mahu artis terbabit menjelaskan bahan tertentu yang digunakan di restorannya, selain punca bahan atau ramuan itu diperoleh.


“Ia bukan sesuatu yang sukar tetapi kita hairan mengapa permintaan atau penjelasan berkaitan bahan berkenaan tidak dilayan oleh artis terbabit.

“Jakim menggunakan prosedur yang ditetapkan bagi memastikan integriti pensijilan halal yang dikeluarkan benar-benar mematuhi standard yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di Putrajaya, semalam.

Bukan itu saja, Abdul Hamid berkata artis terbabit turut mendakwa tidak memerlukan pensijilan halal itu berdasarkan statusnya sebagai seorang Islam yang kononnya pasti menggunakan bahan tidak haram di restorannya.

Menurutnya, memang permohonan pensijilan halal itu tidak diwajibkan tetapi apabila artis itu membuat permohonan, beliau perlu mematuhi prosedur dan syarat yang ditetapkan.

“Sikap artis terbabit yang enggan mendedahkan bahan dan ramuan digunakan itu apabila diminta mengundang rasa curiga Jakim mengenai sajian makanan di restoran berkenaan.

“Apa yang kita minta adalah bagi memastikan standard yang ditetapkan dipatuhi dan kita hanya meminta penjelasan bahan dan punca bahan itu diperoleh sama ada dari dalam atau luar negara.

“Jika diperoleh dari luar negara, kita lihat sama ada bahan itu mendapat pengesahan halal daripada badan yang diiktiraf Jakim di luar negara,” katanya.

Tanpa berselindung, Abdul Hamid berkata, artis itu hanya perlu menjawab persoalan yang dibangkitkan bagi memudahkan proses permohonan dilakukan, seterusnya diluluskan.

Namun, katanya, apa yang berlaku, artis terbabit kononnya bimbang Jakim akan mendedahkan bahan dan ramuan yang menjadi ‘aset’ keenakan makanan di restoran itu kepada orang lain.

“Perkara ini sepatutnya tidak berbangkit kerana Jakim memiliki integriti bagi menjaga rahsia pengusaha restoran dan tidak sewenang-wenangnya mendedahkan kepada orang lain.

“Yang kita bimbang, bahan dan ramuan digunakan itu datang dari sumber mencurigakan atau tidak halal,” katanya.

Abdul Hamid berkata, artis terbabit sebenarnya tidak rugi jika memiliki pensijilan halal Malaysia kerana ia memberi lebih keyakinan kepada pengguna beragama Islam, terutama jika restorannya turut menyajikan makanan Barat.

Katanya, sehingga kini artis terbabit belum menjawab persoalan yang dibangkitkan dan sudah pasti ada yang tidak kena dalam bahan atau ramuan digunakan di restoran berkenaan.

“Saya menasihatkan artis terbabit dan pengusaha restoran Islam berskala tinggi supaya tidak menyalahkan agensi berkenaan jika permohonan mereka belum berjaya diluluskan.

“Ini kerana, Jakim mempunyai prosedur tetap yang perlu dipatuhi bagi memastikan pengusaha restoran terbabit menggunakan bahan yang tidak mencurigakan dalam penyediaan makanan di restoran makanan.

“Memang kita orang Islam tetapi yang menjadi persoalan, ada orang Islam tidak sedar atau sengaja buat tak tahu terhadap bahan tidak halal yang digunakan di restoran mereka dan prosedur disediakan itu bagi membantu mereka mewujudkan sebuah restoran yang benar-benar mematuhi standard pensijilan halal Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata, beliau masih menanti tindakan seterusnya daripada artis terbabit supaya permohonan mendapatkan pensijilan halal itu boleh diproses semula.



Mayat berdarah

Laporan RUDY SYAREME SHERIFFUDIN
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Mayat seorang wanita berusia 20-an ditemui mati dengan berlumuran darah di tingkat dua kawasan letak kereta sebuah pangsapuri di Lorong Madrasah, Jelutong, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, mayat wanita yang tiada pengenalan diri itu ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan teruk, terutama di kepala, selain berpakaian lengkap.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan keterangan awam sebelum kejadian berlaku, beberapa penghuni terdengar bunyi bising dipercayai orang bergaduh di tingkat 11 dan selang beberapa minit kemudian terdengar bunyi dentuman kuat.
Beliau berkata, ketika itu orang ramai bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang wanita terlentang serta mengalami pendarahan teruk di kepala, kaki dan tangan dipercayai patah.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan anggota polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa dan dia dipercayai berasal dari tempat lain.

Menurutnya, polis menemui payung di tingkat 11, kasut tersangkut di tingkat lima dan cermin mata di sisi mangsa. “Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian, termasuk sama ada ia disebabkan masalah percintaan atau sebaliknya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika ditemui mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan sama ada wujud perbuatan jenayah atau sebaliknya.

Katanya, polis juga meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181822 atau mana-mana balai polis berhampiran.


TUGASNYA DIDIK ISTERI DAN DIRI TAAT PADA ALLAH BUKAN SEBALIKNYA...

Siti Sarah Sah Bergelar Isteri Shuib

KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, di sini, Sabtu.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Sarah kelihatan anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna salmon peach menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.
Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.
"Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus.
"Kami seperti mempunyai satu hala tuju yang sama,” tutur Sarah.
Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Sarah.
“Saya harap hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Sarah merupakan wanita pertama yang membuka hati saya untuk lebih serius dalam hubungan.
"Dia seorang yang sangat istimewa dan bukan mudah untuk saya dapatkannya. Pernah sekali saya sanggup berhentikan kereta di tepi lebuh raya semata-mata untuk memberitahu saya cintakan dia.
"Kalau nak tahu dia memang susah nak sebut perkataan sayang atau I Luv U. Sepanjang setahun tiga bulan perkenalan, hampir setahun saya terpaksa menunggu untuk dengar perkataan sayang daripada mulutnya," tutur Shuib sambil mengukir senyuman.
Bercerita tentang percutian bulan madu, Sarah dan Shuib ingin bercuti ke negara Ireland, tetapi masih belum tahu tarikh sesuai untuk ke nagara tersebut.
Beralih kepada soal anak, Sarah tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.
Sementara itu, bagi majlis resepsi pula, pasangan itu masih lagi mencari tarikh sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka.

No comments:

Post a Comment