Thursday, March 3, 2011

BILA MANUSIA BERSIFAT DEGIL...PIHAK BERKUASA JUGA DEGIL JUGA TAK MAHU MELAKSANA HUKUM ALLAH....MUFTI2 DAN YANG TERBABIT DALAM MENCADANG DAN MENGUATKUASA BISU SERIBU BAHASA....MALAH MACAM TIADA TANDA2 UNTUK MELAKSANA HUKUM ALLAH...ADAKAH ALLAH NI BODOH...MANUSIA LAGI PANDAI MENGUBAL UNDANG2 DARI ALLAH...MANUSIA MACAM NI TERUK....MEMILIH KEMEWAHAN DUNIA DARI AZAB NERAKA ALLAH SWT...

Ramai muntah darah

Oleh Mohd Jamilul Anbia dan Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my

PENGSAN...penagih arak murah terbaring akibat penangan minuman keras terbabit.
PENGSAN...penagih arak murah terbaring akibat penangan minuman keras terbabit.
IPOH: Bukan akibat ilmu hitam atau disantau, namun ramai belia dilaporkan mengalami simptom muntah darah gara-gara ketagihan sejenis minuman keras digelar ‘tonik gila’ atau ‘samsu setan’.
Lebih mengejutkan apabila gejala penyakit berkenaan dikesan berpunca daripada kadar alkohol terlalu tinggi sehingga mencecah 43 peratus di dalam minuman terbabit, sekali gus mengancam nyawa individu yang ketagih minuman itu.

Gejala menakutkan ini kian serius selepas tinjauan mendapati minuman terbabit mudah dibeli hampir di semua kedai runcit dan kedai ubat tradisional Cina.
Tinjauan Harian Metro mendapati minuman terbabit dengan kandungan 150 mililiter itu dijual RM3.30 sebotol.

Hasil tinjauan di lebih 10 kedai runcit sekitar bandar raya ini, terdapat kira-kira lima jenama minuman keras yang dijual murah dengan kadar alkohol terendah 27 peratus.

Seorang penagih tegar minuman terbabit yang hanya mahu dikenali Man, 21, berkata dia kini menderita penyakit hepatitis atau bengkak hati akibat ketagih minuman itu sejak lebih setahun lalu.

Dia yang ditemui ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, berkata kini dia kerap muntah darah selain sakit pada hulu hati.

“Doktor memberitahu penyakit saya itu berpunca daripada kesan toksik pada alkohol minuman keras. Saya dinasihatkan berhenti meminumnya kerana doktor bimbang hati saya bertambah rosak. “Malah, kini saya cepat pitam dan buang air besar bercampur darah,” katanya.

Man berkata, dia ketagih arak terbabit selepas bercampur kumpulan Mat Rempit dan bahan berbahaya itu dengan pelbagai jenama dijual tidak melebihi RM3.

Menurutnya, minuman keras yang dijual di dalam botol itu dianggap lebih ‘power’ berbanding arak di dalam tin.

“Arak dalam tin hanya mendatangkan kesan mabuk jika diminum melebihi tiga tin, namun tonik gila ini boleh menyebabkan mabuk dengan hanya empat teguk.

“Selain minuman keras berlogo candi, terdapat juga beberapa minuman keras seangkatannya yang menggunakan simbol kapak dan nombor tertentu,” katanya.

Menurutnya, arak itu menjadi pilihan remaja dan belia berikutan harganya murah dan kebanyakan individu yang meminumnya golongan berpendapatan rendah.

“Minuman keras biasa dijual antara RM7 hingga RM9 setin, namun samsu setan ini boleh dibeli semurah RM3.

“Ada juga remaja yang terjebak dalam gejala seks bebas percaya arak itu mampu menambah daya seksual, namun saya tidak pasti kebenarannya,” katanya.

Menurutnya, minuman terbabit membawa mudarat apabila menyebabkan individu yang meminumnya jatuh pengsan untuk tempoh masa lama.

“Sebab itu ramai kaki botol yang minum samsu murah ini boleh hilang kawalan dan tidur tersadai di kaki lima. “Rasa minuman keras ini tidak sesedap mana, namun kesannya amat pantas dan lebih ‘kaw’ jika diambil selalu,” katanya yang kini bergantung ubat hospital.

Sementara itu, tinjauan turut mendapati ramai penagih minuman terbabit seperti penagih dadah apabila terbaring mabuk atau tidak sedarkan diri di kaki lima bangunan.

Ini dibuktikan apabila rata-rata kaki botol ditemui bersama terbaring bersama botol minuman terbabit di samping mereka.


KESAN ZINA


Menggigil lihat bayi

Oleh Amir Abd Hamid dan Nur Lela Zulkipli
am@hmetro.com.my

PERIKSA...anggota polis forensik memeriksa mayat bayi lelaki  ditemui dengan sejadah, semalam.
PERIKSA...anggota polis forensik memeriksa mayat bayi lelaki ditemui dengan sejadah, semalam.
KLANG: Seorang pekerja pembersihan sebak sejurus menyedari bungkusan plastik hitam yang disapunya di lantai gerabak komuter, rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan masih bertali pusat.
Siti Khalijah Mat Zain, 37, menemui mayat bayi itu ketika menjalankan kerja hariannya membersihkan komuter dari stesen di Batu Caves yang berhenti di stesen terakhir di Pelabuhan Klang, jam 9 pagi semalam.

“Selepas semua penumpang turun, saya memulakan kerja menyapu lantai di gerabak hadapan. Tiba-tiba saya tersapu satu bungkusan beg plastik warna hitam di bawah kerusi penumpang, betul-betul belakang ruang pemandu. “Saya angkat beg itu dan mendapati ia agak berat. Saya bawa beg plastik itu keluar dan meletakkannya di atas kerusi tempat penumpang menunggu ketibaan tren komuter, tapi tak berani nak membukanya,” katanya.
Siti Khalijah berkata, dia memanggil rakan sekerja, S Kaliyani, 34, yang memberanikan diri membuka plastik itu sebelum kedua-dua mereka melarikan diri selepas melihat ada darah pada bahagian dalam plastik itu. “Kami meminta bantuan rakan lain dan mereka memaklumkannya kepada polis. Selepas plastik itu dibuka, saya sebak apabila melihat di dalamnya ada mayat mayat bayi lelaki yang sungguh comel, masih merah dan bertali pusat,” katanya.

Menurutnya, mayat bayi itu dibungkus dengan kain selimut dengan corak bunga berwarna hijau dan turut terdapat di dalam plastik hitam itu ialah sehelai sejadah bersama senaskhah surah Yasin.

Dia yang semalam genap empat bulan bekerja sebagai pekerja pembersihan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, penemuan mayat itu menyebabkannya hilang selera makan dan sedih mengenangkan kekejaman individu yang tergamak membuang bayi itu.

“Sedih betul bila tengok kain sejadah dan surah Yasin bersama bayi itu. Saya sendiri ada bayi berusia setahun lapan bulan. Jadi bila tengok mayat bayi itu ia sangat menyentuh naluri keibuan saya,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian turut melihat pasukan forensik mengambil sehelai rambut dipercayai milik suspek untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu polis menerima laporan kejadian kira-kira jam 9.15 pagi.

Mohamad berkata, hasil siasatan awal mendapati, pemandu komuter itu mula memandu kereta api itu dari Pelabuhan Klang kira-kira jam 5.35 pagi menuju ke Batu Caves dan tiba di stesen Batu Caves pada jam 7.15 pagi sebelum kembali ke Pelabuhan Klang.

“Kami percaya mayat bayi berkenaan dibuang ketika komuter itu dalam perjalanan pulang ke Pelabuhan Klang. Siasatan awal mendapati tiada saksi melihat bagaimana bungkusan plastik hitam itu boleh berada di bawah tempat duduk penumpang,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya di balai polis.


JUDI


Khemah judi diserbu, 16 ditahan


ANGGOTA polis (kiri) mengawal 16 lelaki yang ditahan selepas terlibat dalam permainan judi di Jalan Tokong Batu, Jelutong, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Taktik licik sekumpulan kaki judi berselindung di satu lokasi yang ditutup kepingan zink di Jalan Tokong Batu, Jelutong di sini berakhir apabila khemah yang baru beroperasi tiga hari lalu diserbu polis awal pagi semalam.
Dalam serbuan Ops Dadu pada pukul 2 pagi oleh polis Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) itu, 16 lelaki tempatan berusia 40-an hingga 70-an ditahan.





CURI


Dua peragut tumpas lepas motor dirempuh



KUALA LUMPUR: Balasan segera. Begitu nasib dua lelaki apabila motosikal ditunggangi dilanggar sebuah kereta sebaik meragut seorang wanita berusia 52 tahun di Sentul Pasar, di sini, kelmarin.
Malah, kedua-dua mereka yang terjatuh di atas jalan ditangkap orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum dihampiri sebuah motosikal ditunggangi dua lelaki masing-masing berusia 18 dan 20 tahun.
Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, berkata kedua-dua suspek yang menunggang motosikal Yamaha itu meragut rantai leher dipakai mangsa sebelum melarikan diri.

“Seorang saksi kejadian yang memandu di kawasan berkenaan melanggar motosikal suspek menyebabkan mereka terbabas sebelum terjatuh.

“Biarpun cuba untuk menghidupkan semula kenderaan itu, orang awam yang menyaksikan kejadian terbabit menahan seorang daripada suspek. Rakannya yang cuba melarikan diri ditahan polis berhampiran kawasan sama kira-kira 30 minit kemudian,” katanya.

Zainuddin berkata, tindakan segera orang ramai melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa patut dipuji kerana perbuatan mereka itu membantu menahan suspek kedua.

“Saya berbangga dengan sikap prihatin masyarakat yang sanggup bersama pihak berkuasa dalam membanteras jenayah. Saya mewakili Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengucapkan tahniah kepada mereka yang terbabit dan ia tindakan terpuji yang patut dicontohi seluruh masyarakat di negara ini.

“Kedua-dua suspek akan direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

No comments:

Post a Comment