Friday, March 4, 2011

BILA DAH ADA YANG ULAMAK FASIK....ORANG AWAM JUGA JADI ROSAK DAN SESAT....BILA ULAMAK2 TERTENTU DAH TAK BERFUNGSI UNTUK MENERANGAKAN HUKUM DAN MEMBERI NASIHAT....

Maut dipukul menjelang subuh


ANGGOTA polis mengusung mayat Magapugie yang mati selepas kepalanya dihentak dengan objek keras oleh teman lelakinya di Taman Sejati Indah, Sungai Petani semalam.



SUNGAI PETANI - Tindakan seorang ibu yang mempertahankan anaknya daripada dijual oleh teman lelakinya berakhir tragedi apabila dia mati selepas lelaki itu disyaki menghentak kepalanya dengan objek keras semalam.
Kejadian pukul 5 pagi di sebuah rumah teres di Jalan Indah 6, Taman Sejati Indah di sini itu berlaku apabila suspek berusia 23 tahun tersebut gagal mengawal emosinya selepas bertengkar dengan K. Magapugie, 33, .
Pasangan tersebut dikatakan sering bertengkar sejak beberapa bulan lalu mengenai masalah kewangan yang dihadapi.
Difahamkan, mereka tinggal tanpa sebarang ikatan perkahwinan lebih setahun lalu hingga melahirkan seorang anak lelaki berusia kira-kira dua bulan. Suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap manakala mangsa pula tidak bekerja.


Hutang penjawat awam perlu dipantau elak muflis

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Abu Bakar Abdullah (gambar) meminta ketua-ketua jabatan kerajaan supaya memantau tahap berhutang para pegawai dan kakitangan di bawah kendalian mereka bagi mengelakkan mereka muflis.
Menurut beliau, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan 1.27 juta penjawat awam yang ada ketika ini tidak dibebani hutang yang keterlaluan hingga menjejaskan perkhidmatan mereka.
"Pemantauan ini mudah dilakukan kerana ketua jabatan boleh berbuat demikian dengan memeriksa gaji pegawai dan kakitangan mereka," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Anggota Rela terima padah

KLANG – Perbuatan tidak bertanggungjawab seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang meminjamkan sepasang gari kepada dua lelaki untuk melakukan samun dan rogol mengundang padah apabila dia ditahan bersama dua rakan sejenayahnya itu Selasa lalu.
Suspek berusia di antara 24 dan 36 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini selepas polis menjalankan siasatan sebaik mendapat laporan daripada seorang wanita yang disamun dan dirogol di sebuah bilik hotel di Bayu Perdana di sini pada pukul 2 pagi 27 Februari lalu.
Menurut laporan mangsa berusia 29 tahun itu, dia bersama teman lelakinya telah ditahan dua suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira ketika mereka bersiar-siar di Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang.
Dua suspek itu kemudian telah menyamar polis dan berpura-pura ingin membuat pemeriksaan sambil menunjukkan sepasang gari untuk menakutkan pasangan kekasih tersebut.


Siasat kematian Devaraju




KUALA LUMPUR - Polis akan menjalankan siasatan terperinci mengenai kematian seorang anggotanya, Lans Koperal N. Devaraju yang terlibat dalam kemalangan di Taman Desa Jaya, Gombak sama ada wujud unsur jenayah atau tidak.
Tindakan tersebut dilakukan selepas keluarga mendiang meminta pihak berkuasa menyiasat kes itu dengan teliti kerana mendakwa motosikal yang ditunggang mangsa ketika kejadian tidak mengalami kerosakan.
Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil keterangan ahli keluarga dan rakan mangsa selain menyemak senarai khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan di dalam telefon bimbit anggota tersebut bagi membantu siasatan.
"Polis akan menyiasat sama ada mangsa ada menerima sebarang ugutan sebelum kemalangan berlaku," katanya yang mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.



Guru dituduh cabul 11 pelajar

AMPANG - Seorang ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam kerana didakwa mencabul 11 pelajar perempuan berusia di antara 15 dan 16 tahun, bulan lalu.
Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 49, yang menghadapi 11 tuduhan cabul bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd. Rahman.
Tertuduh dari Pulau Pinang yang telah berkhidmat selama 23 tahun sebagai guru itu, didakwa mencabul kehormatan semua mangsa tersebut di dalam bilik guru disiplin di sekolah berkenaan di antara pukul 7.30 dan 8.30 pagi, 25 Februari lalu.


Denda, penjara puja pokok petai


ORANG ramai berkumpul bagi melihat titisan air dari pokok petai di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas baru-baru ini.


KEPALA BATAS - Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan perkara bercanggah dengan ajaran Islam termasuk memuja sebatang pokok petai yang dikatakan 'menangis' di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal di sini.
Ini kerana amalan tersebut bercanggah dengan Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.
Peringatan itu diberikan oleh Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerusi notis yang ditampal pada batang pokok petai yang menarik perhatian ramai apabila mengeluarkan air sejak seminggu lalu.
Mengikut seksyen itu, mereka yang melanggar larangan itu boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment