Sunday, April 10, 2011

ROGOL..CULIK...PERKOSA TELAH JADI BIASA....MAKA SEDARLAH NI LAH BALA@MUSIBAH DARI MENOLAK HUKUM ALLAH.....

Anak diculik turut dinoda

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

DITAHAN...suspek yang ditahan.
DITAHAN...suspek yang ditahan.
ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya.
Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak.

Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.

Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang.


Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang.

Bagaimanapun, dua beradik itu diselamatkan bapa mereka yang melihat kelibat dua anaknya dalam kereta dipandu suspek di Simpang Empat, Kuala Sala pada jam 10 pagi semalam, ketika berusaha mencari mereka dengan menunggang motosikal.

Dia mengekori Perodua Kancil suspek kira-kira 12 kilometer sehingga kereta itu kehabisan minyak di Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini, sebelum menahan suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata bapa mangsa yang bekerja sebagai pesawah membuat laporan kehilangan anaknya pada Sabtu lalu, kira-kira jam 8.30 malam.

“Bapa mangsa terkejut diberitahu anak lelakinya bahawa kedua-dua kakaknya yang berusia 13 dan 12 tahun tiada di rumah pada malam itu.

“Bagaimanapun, keesokan harinya bapa mangsa yang menaiki motosikal ternampak kedua-dua anaknya berada di dalam sebuah Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu seorang lelaki yang tidak dikenalinya di kawasan Kuala Sala, kira-kira jam 10 pagi.

“Dia mengekori kereta itu sehingga stesen minyak Tebengau dan menahan kereta terbabit sebelum membawa suspek ke Balai Polis Kuala Kedah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, bapa mangsa membuat satu lagi laporan berhubung dakwaan anaknya dipercayai dirogol suspek terbabit.

“Mangsa mengadu ada melakukan hubungan seks dengan suspek di Mukim Bendang Tokai, Pendang pada malam berkenaan.

“Kami juga membawa gadis berkenaan untuk pemeriksaan di hospital kerana seorang daripadanya mengakui ada melakukan hubungan seks pada sebelah malam dia mendakwa dilarikan lelaki terbabit,” katanya.

Azaman berkata, suspek berusia 21 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan.


Bapa berkas lelaki larikan dua beradik





ANGGOTA polis menahan lelaki yang didakwa melarikan dua beradik kelmarin.


ALOR SETAR - Kerunsingan seorang bapa sehingga tidak lena tidur selepas kehilangan dua orang anak perempuannya yang keluar membeli barang di Kampung Perpat, Kota Sarang Semut dekat sini kelmarin terungkai apabila mereka ditemui semula pagi semalam.
Dua beradik itu yang masing -masing berusia 12 tahun dan 14 tahun tidak pulang ke rumah selepas keluar berjalan kaki ke kedai pada pukul 5.30 petang kelmarin untuk membeli barang.
Bapa mereka, Mohamad Sofi Sudin, 39, berkata, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga kerana kedua-dua beradik itu tidak pernah pulang lewat.
Mengimbas kejadian itu, Sofi berkata, dia menyedari kedua-dua anaknya hilang selepas mereka tidak pulang sehingga pukul 8.30 malam kelmarin.
"Saya tidak sedap hati kemudian keluar mencari anak-anak saya di serata kampung tetapi gagal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.


Jaga perkosa anak jiran dalam bank



JITRA: Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja.

Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.
Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.

“Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.

“Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.
Katanya, mangsa dibawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ) untuk menjalani pemeriksaan dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mangsa kini direman seminggu sejak Khamis lalu untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur,” katanya.

Semalam, suspek bersama seorang lelaki yang disyaki bomoh ditahan polis kerana disyaki merogol dibawa ke HJ untuk diambil sampel darah dan pemeriksaan kesihatan untuk membantu siasatan.

Bomoh yang juga pembantu kolam ternakan udang di Kerpan, di sini, kini masih direman sejak Khamis lalu selepas seorang pelajar tingkatan lima bersama bapanya membuat laporan dirogol suspek berusia 36 tahun itu ketika mendapatkan rawatan bantuan mengusir makhluk halus.

Mereka pergi ke rumah suspek kira-kira jam 8.30 malam di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam, di sini, bersama bapanya untuk mendapatkan khidmat mengusir hantu yang kemudian dipercayai dipukau sebelum dirogol.

No comments:

Post a Comment