Sunday, April 10, 2011

KEJADIAN2...TIDAK DIINGINI TAPI NI SEMUA TAKDIR...MAKA BERUSAHALAH SEBAIK MUNGKIN...PASTU TAWAKALLAH....JAUHI PERBUATAN TERLARANG PENIPUAN DSBNYA....

Kelam-kabut dalam bas

Oleh SHAHFUL BAKRI ABD RAZAK
metahad@hmetro.com.my

TERABUR...muatan roti bertaburan di atas lebuh raya.
TERABUR...muatan roti bertaburan di atas lebuh raya.
PENDANG: “Ketika itu, bas terhuyung-hayang dan sebaik bangun saya dapati cermin kiri bas pecah dan keadaan menjadi kelam-kabut. Ada di antara rakan-rakan saya yang cedera di kepala akibat terhantuk pada badan bas termasuk saya yang luka di kepala,” kata Muhammad Baihakir Mohamad Fadlah, 23.
Dia ialah antara sembilan pelajar yang cedera dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), di sini semalam, selepas bas yang membawa 36 penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok di sini merempuh belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan roti di kilometer 72.3 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke utara di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, lori yang dirempuh bas berkenaan gagal dikawal sebelum ia terbalik dan merempuh penghadang jalan. Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan pulang ke Sintok cuba memotong sebuah lori yang penuh dengan muatan roti, namun gagal sebelum merempuh belakang lori berkenaan.

Pemandu lori, Roslan Muhammad, 49, berkata, dia dalam perjalanan dari Shah Alam berseorangan dan sebaik tiba di kilometer berkenaan, bas yang dipandunya terhuyung-hayang selepas mendengar bunyi dentuman kuat dari arah belakang lorinya.


“Sebaik dilanggar, saya gagal mengawal lori sebelum melanggar penghadang jalan di situ menyebabkan bahagian belakang lori saya pecah.

“Bas ekspres berkenaan mungkin cuba memotong saya tetapi tidak berjaya kerana jaraknya terlalu dekat menyebabkan bas berkenaan melanggar bahagian belakang,” katanya.

Menurutnya, ketika merempuh penghadang jalan dia menyangkakan dia sudah tidak mempunyai peluang untuk hidup namun bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan ringan di kepala.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abd Aziz Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan berkenaan.

Katanya, sembilan pelajar yang cedera ringan dibawa ke HSB bagi mendapatkan rawatan dan mereka semua mereka dibenarkan pulang pagi semalam.


Treler bawa beras terbalik



ORANG ramai mengaut beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terbalik di lebuh raya dekat Bukit Tambun semalam.



SEBERANG PERAI - Lalu lintas di Kilometer 150, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Bukit Tambun di sini semalam sesak lebih 10 kilometer apabila sebuah treler membawa muatan 18 tan beras terbabas lalu terbalik di laluan itu.
Kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu menyebabkan kesesakan luar biasa hampir lima jam setelah petugas lebuh raya berkenaan menutup sementara laluan tersebut.
Kesesakan menjadi bertambah buruk gara-gara tindakan segelintir pengguna lebuh raya itu yang memberhentikan kenderaan dan mengutip ratusan guni beras yang bertaburan di jalan raya.
Kekecohan turut berlaku ekoran tindakan segelintir pemandu yang tidak sabar lalu membuat pusingan U di tengah-tengah kesesakan di Plaza Tol Juru yang terletak kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.
Jurucakap PLUS Expressway Berhad memberitahu, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta menukar haluan dari kanan ke kiri lebuh raya secara tiba-tiba menyebabkan treler berkenaan yang berada di laluan sama hilang kawalan lalu terbalik.
"Sebuah kren dibawa ke tempat kejadian mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengangkat dan mengalihkan treler berkenaan yang terbalik di tengah-tengah lebuh raya," katanya itu ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


Mayat lelaki dalam Honda Civic



Kereta Honda Civic yang dibakar bersama seorang lelaki di Happy Garden, Jalan Klang Lama semalam.



KUALA LUMPUR – Kelibat empat lelaki yang menyimbah sejenis cecair ke arah sebuah kereta Honda Civic lama di satu tempat letak kenderaan membongkar satu rahsia apabila satu mayat lelaki ditemui rentung di dalam kereta tersebut di Happy Garden, Jalan Klang Lama di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, tindakan empat lelaki itu disedari oleh seorang awam pada pukul 3.30 pagi ketika dia melalui kawasan letak kereta itu.
“Pada mulanya keempat-empat lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi warna putih didakwa mendekati kereta mangsa yang berhenti di kawasan letak kereta tersebut.
“Keempat-empat lelaki itu terus masuk ke dalam kereta Honda Civic itu sebelum mereka keluar dalam keadaan tergopoh-gapah,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.


Tiada lagi rengekan anak

Oleh Zarina Abdullah dan Rohaya Bu-za
am@hmetro.com.my

PILU...Khairul menunjukkan tempat anaknya, Siti Nur Hazwani mati tergilis  ketika dia mengundurkan kenderaannya tengah hari semalam.
PILU...Khairul menunjukkan tempat anaknya, Siti Nur Hazwani mati tergilis ketika dia mengundurkan kenderaannya tengah hari semalam.
HULU TERENGGANU: “Dia merengek sambil menangis mahu mengikut saya keluar menyebabkan saya terpaksa memujuknya berkali-kali memberitahunya tidak dapat membawa dia bersama kerana mahu pergi kerja,” kata Khairul Azhar Abdullah, 46, yang terlanggar anaknya sendiri ketika mengundurkan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero di hadapan kedai makannya di sini, tengah hari semalam.
Dia yang sebak ketika ditemui di tempat kejadian berkata anaknya, Siti Nur Hazwani, 3, yang juga anak bongsu daripada lapan beradik amat rapat dan manja dengannya.

“Ketika mengundur kenderaan, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti terlanggar sesuatu lalu memberhentikan kenderaan. Saya terkejut apabila melihat anak kesayangan terbaring berlumuran darah di bawah Pajero,” katanya.

Menurutnya, dia langsung tidak menyedari anaknya itu berada di belakang kenderaan ketika mengundurkannya di depan kedai makan milik keluarga di Kampung Batu 21, Bukit Ara, dekat sini kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.


“Sebelum menggerakkan kereta, saya pasti dia sudah masuk ke dalam kedai selepas memujuknya kerana tidak dapat membawanya bersama. Saya tidak sangka dia keluar semula dan berdiri di belakang Pajero ketika saya mengundurkan kenderaan itu,” katanya.

Khairul Azhar yang sesekali mengesat air matanya berkata dia terkejut sehingga tidak dapat bergerak hampir lima minit apabila melihat tubuh anaknya terbujur di bawah kenderaan dengan kepalanya berlumuran darah.

“Saya terus menghubungi polis melalui telefon bimbit dan polis meminta saya membawanya ke hospital untuk pemeriksaan. Namun, saya sudah tahu anak saya sudah meninggal dunia dan tidak dapat menahan pilu ketika mengangkatnya ke dalam kenderaan untuk dibawa ke hospital,” katanya.

Isterinya Wan Nurul Hilayati Wan Muhammad, 33, ketika kejadian berada dalam bilik air dan tidak menyedari Siti Nur Hazwani berada bersamanya di depan kedai mereka.

“Apa yang saya ingat Siti Nur Hazwani menangis hampir sejam sebelum tidur malam tadi (kelmarin) dan tidak sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami,” katanya yang membuat laporan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu pada jam 5.30 petang semalam.

Mayat mangsa dibawa untuk dibedah siasat di Hospital Hulu Terengganu sebelum jenazahnya dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Gebok, Bukit Ara, di sini, selepas solat Maghrib.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan yang mengesahkan kejadian berkata pihaknya menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang berusia tiga tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mengklasifikasikan kematian kanak-kanak berkenaan sebagai mati mengejut,” katanya.



Misteri kematian 'Konstabel Zorro'


Kuarters di tingkat sembilan (dalam bulatan) Balai Polis Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur tempat seorang konstabel ditemui mati semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di kuarters Balai Polis Salak Selatan Baru di Salak Selatan di sini semalam.
Kejadian yang berlaku pada pukul 8 pagi itu disedari oleh seorang jiran yang tinggal bersebelahan kuarters didiami mangsa selepas mendengar bunyi satu das tembakan.
Curiga dengan bunyi itu, jiran yang panik secara kebetulan terserempak dengan kakak anggota polis itu yang dalam perjalanan ke tingkat sembilan untuk berjumpa mangsa yang masih bujang dan tinggal seorang diri di kuarters itu.
Kakak mangsa dan beberapa anggota polis di balai itu terpaksa memecah masuk ke dalam kuarters itu kerana ia berkunci dari dalam.
Sebaik berjaya memasuki kuarters mangsa, kakak mangsa terkejut menemui adiknya yang berusia 23 tahun sudah tidak bernyawa dengan kesan tembakan di kepala.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan seorang anggota polis berpangkat Konstabel ditemui mati dalam keadaan berseluar pendek, tertiarap dan berlumuran darah di kuarter Balai Polis Salak Selatan Baru.


Dua beranak ke tali gantung

ALOR SETAR - Dua penarik kereta anak beranak dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang penarik kereta lain di Kulim dekat sini lapan tahun lalu.
Hakim Datuk Zamani A. Rahim menjatuhi hukuman itu ke atas Hashim Arifin, 56, dan Hishamuddin Hashim, 31, setelah didapati bersalah membunuh Mohamad Rafi Che Ani, 37.
Kedua-dua tertuduh kelihatan tenang sebaik hukuman dijatuhkan.
Zamani dalam penghakiman lisannya menyebut, setelah mendengar keterangan, pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.
Menurut beliau, pada sesi pembelaan terdapat percanggahan fakta daripada saksi mengenai tarikh pertemuan dengan tertuduh pertama iaitu Hashim.


Bakal guru lumpuh separuh badan



MOHD. SHARKAR (kanan) bertanyakan sesuatu kepada Abdul Manaf (kiri) mengenai perkembangan penyakit Mohd. Syafiq di Temerloh semalam.



TEMERLOH - Masa depan seorang bakal guru yang terlantar sakit akibat diserang jangkitan kuman pada otaknya sejak lima bulan lalu kini semakin suram.
Mohd. Syafiq Abdul Manaf, 22, pelajar tahun tiga Maktab Perguruan Lipis dekat sini kini tidak mampu bergerak kerana lumpuh sebelah badan dan bergantung makanan melalui tiub yang dipasang di hidungnya.
Ekoran menderita penyakit itu, harapan Mohd. Syafiq untuk mengikut jejak langkah bapanya menjadi seorang pendidik kian pudar.
Bapanya, Abdul Manaf Yunus, 47, berkata, anaknya seorang yang aktif dan tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal, hanya diserang demam panas pada 23 September tahun lalu.



'Datuk' Kong Choy, digantung, Pek Khiing ditarik

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Darjah Kebesaran Negeri yang membawa gelaran "Datuk" yang dikurniakan kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy digantung.
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammad Khusrin Munawi berkata, tindakan itu diambil terhadap Kong Choy selepas beliau dihadapkan ke mahkamah berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
"Baginda bertindak demikian selepas mempertimbangkan bahawa kes yang didakwa membabitkan Kong Choy adalah serius dan membabitkan kepentingan rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini.


Nampak mayat dalam kereta depan



KUANTAN: “Beberapa jam sebelum kejadian pemandu kereta mendakwa ternampak mayat dalam kereta lain di depannya ketika kami melalui Lebuh raya Pantai Timur (LPT) di Karak, seolah-olah dia melihat jenazah sendiri,” kata sepupu seorang daripada tiga sekawan yang terbunuh selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Kuantan- Kemaman, dekat Sungai Ular, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kereta Proton Saga dinaiki empat sekawan yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia, dalam perjalanan ke Terengganu, bertembung lori pasir menyebabkan tiga daripada mereka terbunuh manakala seorang lagi cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mus Abdullah, Muhammad Kholidin, dan Khairul, manakala Suskandi hanya cedera ringan. Semua mangsa berusia 30-an.
Menurut Basro Saripjam, 37, kesemua mangsa termasuk sepupunya itu tinggal di Puchong, Selangor dan dalam perjalanan ke Terengganu untuk bekerja sebagai buruh binaan yang sepatutnya bermula semalam.

Katanya, dia juga menaiki kereta sama dari Puchong sebelum turun di Kuantan kerana bekerja ditapak pembinaan di Indera Mahkota manakala empat lagi menuju Terengganu kerana mendapat pekerjaan di sana.

“Ketika melalui Karak, sepupu saya iaitu Mus Abdullah yang memandu mendakwa ternampak mayat dalam kereta di depannya. Tetapi kami semua tidak mempercayainya sebaliknya ketawa kerana menyangka dia bergurau.

“Tak sangka pula gambaran mayat dalam kereta itu petanda sepupu saya dan dua rakannya ditakdirkan mati bersama,” katanya yang baru dua bulan tiba di negara ini.

No comments:

Post a Comment