Sunday, April 10, 2011

MALAYSIA OH MALAYSIA....BUAT DOSA SELAMBA....HUKUM ALLAH CAKAP AJE...LAKSANA TIDAK...REZEKI DICARI TAK KIRA HALAL HARAM....NYAWA LAH NI TAK BERNILAI....YANG DOSA TAK NAMPAK DOSA...RASUAH BIASA JER....MASIH SEKOLAH DAH SAMSENG....ROGOL PERKOSA BIASA....SUMBANG MUHRAM DAH TAK JADI HAIRAN DAN PELIK LAGI...BELUM KAWIN INTIM MACAM SUAMI ISTERI....MENCURI..BIASA JE.....NI KESAN ISLAM TIDAK DITITIK BERAT LAGI....SERTA TAK DIAMAL....TAK SOLAT DAH JADI LUMRAH...TAPI MASIH NAK SYURGA DAN RASA BAIK LAGI.......

Batu nisan 20 kubur lama 'hidup'



Mohd. Zin menunjukkan antara batu nisan yang 'hidup' di Kampung Batu Melintang, Gua Musang, Kelantan semalam.



GUA MUSANG – Penduduk Kampung Batu Melintang dekat sini terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi.
Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu.
Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.
Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan.
Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilapor- kan media.
Tinjauan Kosmo! Ahad ke lokasi tersebut mendapati, sebanyak 20 buah kubur lama yang batu nisannya menjadi tinggi, manakala kawasannya dipenuhi dengan semak-samun.
Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa.


Tiga beranak maut dihempap lori



BEBERAPA anggota bomba cuba mengeluarkan mayat mangsa dari kereta Proton Satria yang dihempap lori di Rawang semalam.



KUALA LUMPUR - Tiga beranak yang dalam perjalanan pulang dari kampung maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 40, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Rawang pagi semalam.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu ialah Mohd. Farid Idris, 29, isterinya, Eirlenna Asrani, 28, dan anak lelaki mereka, Muhammad Faiz Hakimi, 4.
Dalam kejadian itu, kereta Proton Satria yang dinaiki keluarga malang tersebut bukan sahaja dirempuh oleh sebuah lori membawa muatan tar, malah diheret sejauh 70 meter.
Kereta tersebut kemudian terjatuh ke tebing jalan sebelum dihempap oleh kenderaan seberat 10 tan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Hulu Selangor, Asisten Supritendan Mohd. Taib Songoh berkata, kejadian berlaku ketika keluarga itu dalam perjalanan dari Kampar, Perak menuju ke ibu negara.
Menurutnya, kenderaan yang dipandu Mohd. Farid dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu merempuh lori terbabit.
"Ketiga-tiga mangsa tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Awal hadiahkan Scha kereta





BILA Diva dapat cerita tentang pasangan kekasih ini, Diva terus menyanyi lagu Cahaya Cinta dendangan Datuk Siti Nurhaliza.
Ada teman membisikkan berita pasangan bercinta, Awal dan Scha. Khabarnya baru-baru ini Awal menghadiahkan kereta mewah Audi Q5 yang berharga lebih RM300,000 kepada Scha.
Bukan setakat itu, dengarnya nombor plat kereta berkenaan, WSC4 juga dipilih sebagai tanda betapa istimewa hadiah itu untuk orang yang tersayang.
Wah, bertuah badan Scha. Cemburu pula Diva dengar sebab Diva belum pernah dapat hadiah basikal, kereta jauh sekali. Cuma teringin mahu naik kereta baru Shaheizy Sam.
Kalau nak beli, kerja sampai pencen pun belum tentu Diva boleh dapat.
Tertanya-tanya juga Diva, atas acara apakah hadiah tersebut diberikan. Adakah sudah nampak isyarat sebagai tanda pertunangan di sebalik hadiah mewah tersebut?
Kalau betul, Diva mahu doakan semoga jodoh mereka berkekalan. Peminat pun suka sebab mereka memang tidak sorok-sorok tentang hubungan mereka. Sudah sering benar orang nampak mereka berdua pada acara besar mahupun di luar.


Lelaki dibunuh, dibakar dalam kereta

10/04/2011 3:29pm

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dipercayai dibunuh ditemui rentung dalam sebuah kereta yang hangus terbakar di Happy Garden, Bangsar, di sini awal hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kejadian dimaklumkan kepada polis oleh saksi, yang sebelum itu melihat empat lelaki menaiki sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut kira-kira pukul 3.30 pagi.
Kereta Perodua Myvi berwarna putih itu kemudian berhenti berhampiran sebuah kereta Honda Civic yang diletakkan di tepi jalan, sebelum seorang daripada lelaki terbabit keluar dan menyimbah sejenis cecair ke atas kereta berkenaan.
"Mereka kemudian melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini.
Saksi tersebut bertindak menghubungi polis dan bomba apabila kereta itu terbakar, dan apabila api berjaya dipadamkan polis menemui mayat seorang lelaki yang hampir 90 peratus rentung di dalamnya, kata beliau.
Chin Wah berkata, identiti mayat belum dikenal pasti dan polis kini memburu empat lelaki terbabit yang dipercayai masih berada di Lembah Klang. - Bernama


Suami isteri maut dalam kemalangan

10/04/2011 9:00pm

IPOH — Sepasang suami isteri terbunuh selepas treler yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi treler di Km 257 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar semalam.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 6 petang itu ialah pemandu treler Mat Nazri Idris, 47, berasal dari Kedah dan isterinya Nor Suzaimi Othman, 25 berasal dari Kelantan.
Ketua Polis Trafik Perak, Supt. Wan Abdullah Ishak berkata hari ini, kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.
Wan Abdullah berkata kejadian berlaku ketika treler yang dipandu Mat Nazri membawa muatan tiang lampu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Butterworth yang gagal dikawal merempuh bahagian belakang treler membawa muatan besi buruk di hadapannya ketika kedua-duanya menuruni bukit.
Akibat rempuhan itu bahagian depan treler mangsa remuk teruk dan kedua-duanya tersepit dalam kenderaan tersebut, manakala pemandu treler di hadapan tidak mengalami kecederaan dan melaporkan kejadian itu kepada polis, katanya.
Beliau berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa sebelum dihantar ke hospital. — Bernama

Mayat wanita terbakar ditemui

10/04/2011 6:32pm

JOHOR BAHARU – Mayat seorang wanita yang hangus terbakar ditemui di dalam beg pakaian di kawasan belukar berhampiran Pantai Sekakap, dekat Mersing, hari ini.
Ketua Polis Daerah Mersing DSP Mohd Nor Rasid berkata mayat itu ditemui dua anggota tentera yang ingin menangkap ikan di pantai berkenaan pada pukul 10.30 pagi.
"Pemeriksaan mendapati mayat itu 95 peratus terbakar. Mayat itu dikenalpasti sebagai wanita berdasarkan jam tangan, gelang kaki dan rantai leher yang masih ada pada tubuh mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Mohd Nor berkata polis percaya wanita itu dibunuh di tempat lain kurang dari 24 jam lepas sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg pakaian dan dibakar di kawasan belukar itu.
Beliau berkata mangsa dipercayai berusia awal 20-an dan berdasarkan bahagian kakinya yang tidak terbakar, wanita itu berkulit cerah.
Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan mayat itu dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat, katanya.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang kehilangan anak perempuan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Abd Aziz Che Embong di talian 07-7993507 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing di 07-7994222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama


Aktor rakam video seks

NAK kata terkenal, memang belum glamor. Cuma baru-baru ini sedikit gosipnya terkeluar di celah-celah berita-berita penting. Tapi rasanya khalayak masih belum benar-benar mengetahui nama individu yang menamakan dirinya pelakon ini.
Tetapi sebelum dia berjaya menjadi pelakon profesional dalam bidang seni, dengarnya aktor ini terlebih dahulu melibatkan diri dalam bidang lakonan DIY (do-it-yourself).
Khabarnya, video lucah yang dirakam oleh pelakon tersebut bersama skandalnya dapat dihidu oleh kekasih aktor tersebut hingga menimbulkan kekecohan. Ia merupakan antara punca perpisahan aktor ini dengan kekasihnya yang juga terlibat dalam bidang seni. Malah dengarnya, bila-bila masa sahaja kekasih pelakon tersebut boleh sebarkan kalau dia benar-benar berniat jahat. Tetapi dia tidak berniat berbuat demikian.
Macam-macam hal. Kalau nak jadi pelakon, jadilah di pentas yang betul. Bukannya di atas katil. Sudahlah membuat dosa, nanti boleh jadi malu besar pula.


Guna kabel dapat pangkat

NAMANYA tidak begitu hebat sehingga dikenali kerana daya kreativiti serta impak program kendaliannya di sebuah stesen televisyen terkenal. Payahlah kalau sebut nama, sebab Diva pun cuma dengar sepintas lalu sahaja.
Ini pasal seorang selebriti televisyen, disebabkan namanya meletup-letup dengan kisah peribadi, ada juga dikaitkan dengan skandal orang atasan stesen televisyen terbabit. Baru-baru ini, Diva dengar dia sudah dinaikkan pangkat, daripada jawatan yang tiada bonus kepada jawatan besar. Tahniah!
Tiba-tiba, Diva dapat maklumat yang lain, kononnya jawatan yang macam bulan jatuh ke riba itu rupa-rupanya dijolok tangan berkuasa. Tangan siapa, Diva tidak tahu, yang penting bukan tangan orang sembarangan.
Mulanya, Diva rasa ini mesti kes dengki dan sengaja buat gosip, tak puas hati. Tapi bila diselidik secara halus, memanglah semacam ada kereta kabel yang mempercepatkan kenaikan mendadak taraf jawatan selebriti berkenaan. Bukan apa, Diva cuma kasihan dengan nasib pekerja kreatif lain, yang bertahun-tahun putih mata tapi tak dapat apa-apa.


Cari privasi, baru beli rumah

PERNAH satu ketika, tersebar cerita seorang aktor kacak lagi disukai ramai sedang mencari-cari rumah untuk dibeli di sebuah kawasan sibuk di ibu kota Kuala Lumpur.
Aktor itu kemudian melawat rumah idamannya bersama kekasih hati yang juga merupakan aktres sedang meningkat naik.
Kalau melihatkan kelibat pasangan ini, pasti ramai yang kecoh kerana mereka ini memang pasangan terkenal baik di kaca televisyen mahu pun di luar.
Tetapi baru-baru ini ada teman yang menyampaikan cerita.
"Va, pelakon tersebut tak jadi beli rumah di kawasan yang diidamkan. Kisahnya, sekuriti di kawasan tersebut menghebohkan yang pasangan tu pergi melawat kawasan. Jadi si aktor rasa kawasan yang mahu dibeli itu sah-sahlah kurang privasi kalau sekuriti pun kepoh."
Memang aspek keselamatan dan privasi menjadi aspek utama dalam pembelian rumah. Takut-takut nanti ada peminat yang serbu rumah. Kalau tak privasi, susah juga nak bawa kawan-kawan melepak dalam rumah, kan? Oppssss.


Laika pelajar AF9 Pertama Tersingkir

KUALA LUMPUR: Laika (gambar) terpaksa melupakan hasrat untuk merebut gelaranjuara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) apabila menjadi peserta pertama yang tersingkir daripada program realiti popular itu.
Pengumuman penyingkiran Laika atau nama sebenarnya, Zulaika Zuhairi, 23, itu dilakukan oleh hos, Aznil Nawawi setelah mendapat undian terendah iaitu 6.33 peratus daripada peminat dan penonton.
Dalam konsert mingguan kedua yang diadakan di Studio 1, Astro, Bukit Jalil itu, Sabtu.
Laika yang membawakan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslow telah memberikan persembahan yang tidak mengecewakan.
Dengan penyingkiran itu, secara tidak langsung telah memberi peluang kepada 11 orang pelajar lain untuk bergelar juara AF9.
Mereka yang masih meneruskan perjuangan adalah Azri, Kairul, Kay, Amir, Afif, Raqib, Lena, Eka, Aida, Nera dan Miza.
Dua personaliti terkenal iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Hattan telah diberi mandat sebagai pengkritik tetap untuk musim ini.
Manakala, penyanyi Adibah Nor bertanggungjawab sebagai pengkritik jemputan pada malam itu.
Sementara itu, pengetua AF9, Amy Search, menganggap persembahan pada malam tersebut menepati jangkawannya.
"Persembahan pada malam ini seperti yang saya harapkan, bagaimanapun pelajar-pelajar ini perlu masa untuk dididik dengan banyak lagi ilmu.
"Kita hanya ada masa yang singkat untuk ajar mereka semua pekara dan mereka perlu cepat untuk memahami dan praktikkannya.
"Malam ini, saya nampak seorang lagi pelajar yang boleh digilap bakatnya iaitu Afif yang membawa lagu Cinta Kristal dengan baik," ujarnya pada sidang media sejurus selesai konsert AF9.
Manakala, Laika berkata dia telah menjangkakan bakal tersingkir berikutan undian terendah yang diterima sebelum konsert berlangsung.
"Saya dah jangka sebab undian saya paling rendah, tapi saya agak berpuas hati dengan persembahan saya pada malam ini.
"Saya sudah buat yang terbaik tetapi rezeki tidak memihak kepada saya, insya-Allah saya akan teruskan perjalanan saya dalam bidang ini," katanya.

Luna Lawat Ariel 4 Kali Seminggu
Luna Maya dan Ariel
SETELAH dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan, Ariel masih berada di Rutam Kebon Waru, Bandung.
Dalam pada itu, kekasihnya, Luna Maya yang kini sudah kembali aktif dalam industri hiburan Indonesia sempat meluangkan masa empat kali seminggu melawat teman lelakinya itu.
"Luna sering datang ke Rutan seminggu tiga atau empat kali," ujar pengurus Peterpan, Budi.
Ariel juga mengaku sentiasa menyokong kerjaya Luna selepas bangkit dari kes Video lucah yang hampir menjatuhkan kerjayanya.
"Kami banyak bercakap tentang soal tindakan yang harus diambil sekarang. Tentang kerjaya dia masih belum mahu bercerita, Cuma dia sentiasa menyokong apa yang kekasihnya lakukan," katanya.
Setelah menerima vonis 3 tahun 6 bulan penjara, Ariel kini masih meringkuk di Rutan Kebon Waru, Bandung. Empat kali dalam seminggu, Luna Maya pun menjenguknya.
Luna Maya secara perlahan mulai kembali ke rutinitasnya. Walaupun sudah disibukkan dengan aktivitas syuting, ia tak pernah melupakan kekasihnya di penjara.
"Luna masih sering datang ke Rutan. Seminggu dia bisa 3-4 kali datang," ujar Budi, manajer Peterpan saat dihubungi detikhot melalui telepon, Jumat (25/3/2011).
Ariel juga mengaku selalu mendukung kelanjutan karier kekasihnya tersebut. Setelah kasus video pornonya menyeruak ke publik, Luna Maya memang seperti kehilangan semua pekerjaannya.
"Kita bicara lebih fokus untuk proses hukum dia sekarang. Kalau soal itu dia nggak cerita. Cuma Ariel pasti support aja," ungkap Budi.


Lapan pegawai Imigresen dituduh rasuah RM122,140

SHAH ALAM – Lapan pegawai Imigresen termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di sini, semalam atas tuduhan memperoleh rasuah RM122,140, tahun lalu.

Kesemuanya adalah penjawat awam gred KP17 yang berkhidmat di Jabatan Imigresen, Bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Kelang.

Mereka adalah Mohamad Izuwanshah Samsuri, 25; Muhammad Huzzail Ahmad, 31; Nor Shahazlina Sulaiman, 25; Md Shahrizal Che Dan, 26; Ahmad Zahed Abd Alim, 27; Mohd Hafiz Zakarian, 27; Mohd Khairul Haqimie Kamaruddin, 26 dan Azmir Mahadi, 28.

Jumlah itu meliputi 83 pertuduhan dan didakwa sebagai upah kerana memudahkan urusan penumpang Indonesia memasuki negara ini tanpa mengikut syarat sah.

Mereka didakwa memperoleh wang itu secara tunai dan menerusi beberapa transaksi membabitkan bank sekitar Pelabuhan Klang, dekat sini antara April hingga September 2010.
Md Shahrizal menghadapi 31 pertuduhan dan adalah individu didakwa paling banyak memperoleh wang suapan itu iaitu RM51,760.

Dia didakwa menerima wang terbabit daripada pekerja feri, Khairulshah Hosnie secara tunai dan menerusi akaun Khairulshah sendiri, kira-kira jam 3 hingga 6 petang, antara 20 April hingga 16 Jun 2010.

Sementara itu, Mohamad Izuwanshah menghadapi 25 pertuduhan melibatkan jumlah RM31,690.

Dia didakwa memperoleh wang itu daripada individu sama secara tunai di Stesen Minyak Petronas Jalan Pandangan, dekat sini dan menerusi transaksi akaun bank Mohamad Fazly Samsuri di bank CIMB Pelabuhan Klang, antara 21 April hingga 17 Jun 2010.

Pertuduhan terhadap kesemuanya mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan kesemuanya diikat jamin antara RM4,000 hingga RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ketiga-tiga kes pendakwaan itu dijalankan hadapan tiga hakim, terdiri Hakim, Mat Ghani Abdullah, Asmadi Hussain dan M Bakri Abd Majid.

Mat Ghani menetapkan 8 April ini untuk sebutan semula kes Ahmad Zahed, Mohd Hafiz dan Mohd Khairul Haqimie manakala Asmadi menetapkan 5 Mei depan untuk sebutan semula kes Nor Shahazlina dan Md Shahrizal.

M Bakri pula menetapkan sebutan kes bagi Mohamad Huzzail dan Mohamad Izuwan pada 27 April depan untuk lantikan peguam dan penyerahan dokumen.

Difahamkan, pada Oktober lalu, SPRM menjalankan siasatan terhadap jabatan itu berhubung kes jeti Pulau Ketam, Klang kononnya menjadi transit keluar masuk pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia.
Status perkahwinan anak diragui

KOTA BHARU – Seorang bapa yang meragui status perkahwinan anak yang dikatakan bernikah di negara jiran merayu agar anak perempuannya pulang segera.

Mohd Topik Mat Piah, 59, dari Kampung Baru Limau Kasturi, Gua Musang berkata, dia hanya difahamkan anaknya berkahwin di Selatan Thailand namun tidak dapat memastikan kesahihannya.

Menurutnya, dia menyedari anaknya, Noraini, 21, ‘hilang’ ketika mahu menjemputnya pada hari terakhir Kursus Pra Perkahwinan 22 Mac lalu.

“Saya diberitahu, dia menghilangkan diri ketika rehat kursus dan tidak memasuki sesi petang yang menyebabkan saya mula mengesyaki sesuatu dan berusaha mendapatkan kepastian daripada Pejabat Agama di Gua Musang.

“Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Gua Musang selepas gagal menghubunginya melalui telefon bimbit,” katanya.

Pada 28 Mac katanya, dia berkesempatan menemui lelaki yang dipercayai ‘melarikan’ anaknya.

“Lelaki itu kata dia sudah bernikah dengan anak saya tapi tidak menunjukkan sijil nikah, dia bercakap kasar apabila saya mahukan kepastian.

“Pada esoknya, saya sekali lagi membuat laporan polis di Balai Polis Bertam kerana takut apa-apa berlaku kepada saya,” katanya.

Mohd Topik berkata, dia pernah merujuk ke Pejabat Agama untuk mengetahui status perkahwinan anaknya namun jawapan yang diterima tetap tidak memuaskan hatinya.

Katanya, seorang petugas memberitahu, terdapat salinan sijil nikah anaknya namun tidak menunjukkan kepadanya.

“Sehingga kini saya tidak dapat menghubungi Noraini, kalau lelaki itu mahu berkahwin dengan anak saya, dia perlu mengikut adat dan peraturan.

“Saya hanya meragui adakah anak saya berkahwin secara sah kerana tiada jawapan daripada pihak berkenaan yang membolehkan saya memahami keadaan sebenar,” katanya.

Katanya, dia hanya boleh menerima situasi itu sekiranya pernikahan tersebut disahkan Kadi Jajahan.

Noraini yang merupakan bekas pelajar kolej kejururawatan di negeri ini katanya, pernah dikunjungi lelaki tersebut, namun ketika dia dia menyangka lelaki itu majikan anaknya. 
20 lawan 1

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah agama di sini, cedera parah pada bahagian muka setelah dibelasah sekumpulan pelajar, dipercayai dari sebuah sekolah menengah berdekatan, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Wan Nur Azri Wan Mohammad dipercayai dipukul dan ditumbuk oleh kumpulan pelajar terbabit yang menceroboh masuk ke dalam kawasan sekolah melalui pintu pagar belakang.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang sedang berehat di dalam kelas menghabiskan waktu rehat, telah didatangi oleh kumpulan pelajar terbabit yang terdiri seramai 20 orang, kononnya untuk berjumpa.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus mengikut kumpulan pelajar itu yang mengajaknya beredar ke kawasan belakang sekolah berkenaan, iaitu di lokasi yang agak tersorok.

Difahamkan, sejurus tiba di lokasi terbabit, mangsa terus diserang tanpa belas kasihan dan kejadian itu hanya disedari oleh beberapa pelajar yang secara kebetulan melewati kawasan tersebut lalu memaklumkan kepada guru.

Menyedari kejadian itu telah diketahui umum, kumpulan pelajar terbabit terus melarikan diri dengan memanjat pagar dan berkemungkinan masuk ke kawasan sekolah mereka semula yang terletak hanya dua kilometer dari sekolah mangsa.

Mangsa yang lebam pada bahagian muka, dahi serta mengalami kecederaan pada bahagian hidung dibawa oleh guru sekolah ke wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan.

Sementara itu, ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, dari kampung Bukit Surau Haji Daud yang ditemui Sinar Harian di HSNZ semalam berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu sekitar jam 11.15 pagi selepas menerima panggilan daripada mangsa sendiri.

“Pada mulanya, dia menghubungi saya menggunakan telefon rakannya dan menyuruh saya menghubunginya semula kerana ada hal penting. Sejurus menghubunginya, rakan kepada anak saya memberitahu dia cedera kerana dibelasah oleh 20 pelajar,” katanya.

Zalina berkata, walaupun keadaan anaknya dilaporkan sudah stabil, namun dia akan memikirkan tindakan seterusnya yang perlu diambil demi memastikan keselamatan anaknya selepas ini lebih terjamin.

“Saya nak tengok keadaan dulu macam mana untuk tentukan tindakan seterusnya tetapi jika boleh, saya akan usahakan untuk berjumpa dengan ibu bapa pelajar yang terlibat membelasah anak saya bagi membincangkan hal ini.

“Tindakan selebihnya saya akan serahkan kepada pihak polis serta sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden (DSP) Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan kes tersebut dan kini masih dalam siasatan.


Ibu seorang anak tidak serik dipenjara 8 kali

KUALA TERENGGANU - Ibu kepada seorang anak berumur 11 tahun dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.26 gram pada 24 Jun 2009.

Tertuduh, Nor Aziah Abdul Malik, 39, dari Kampung Gemia, Paka yang sebelum ini pernah menjalani hukuman penjara sebanyak lapan kali mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Majistret, Siti Faraziana Zainuddin mempertimbangkan rayuan tertuduh yang diwakili peguam belanya, Mohd Hayyatuddin Muhamad memohon agar diringankan hukuman dengan alasan sudah insaf di atas kesalahan yang dilakukan itu melalui pengakuan bersalah daripada tertuduh sendiri.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwaan, Miky Dustan Muda.

Mengikut fakta kes, dia dituduh memiliki Methamphetamine seberat 0.26 gram di rumahnya di Kampung Binjai, Jalan Hiliran Chabang Tiga pada 28 Jun 2009 kira-kira jam 4.45 petang.

Dengan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama dan jika sabit kesalahan penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau keduanya.

Haiwan masuk madrasah

KAMPUNG JAWA - Sebuah madrasah di Kampung Jawa Pantai memerlukan peruntukan tambahan bagi memasang tingkap dan pintu di madrasah itu memandangkan ia sering dimasuki haiwan selain berhadapan dengan masalah tempias pada waktu hujan.

Tenaga pengajarnya, Salamah Salim, 65, berkata, projek Unit Pembangunan Luar Bandar (PLB) Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Rompin itu sangat memerlukan peruntukan tambahan bagi memulihara kesuciannya sebagai tempat pelajar menuntut ilmu.

Menurutnya, madrasah yang baru dibina kira-kira enam bulan lalu itu menempatkan 70 pelajar yang terdiri daripada anak penduduk kampung untuk belajar mengaji al-Quran pada setiap pagi hingga petang.

“Madrasah ini sering dimasuki binatang seperti ayam dan lembu kerana ia tidak bertutup apatah lagi di sini terletak naskhah al-Quran yang disumbangkan orang luar kepada anak-anak penduduk di sini.

“Kita bimbang sekiranya pintu dan tingkap tidak dipasang segera, maka ia akan diceroboh binatang bukan saja ayam dan lembu malah binatang lain turut sama masuk ke madrasah ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Salamah berkata, mereka bimbang kesucian madrasah itu akan tercemar sekiranya babi hutan yang sering berkeliaran di kawasan semak berdekatan turut masuk ke dalam madrasah itu.

Katanya, bimbang perkara itu terjadi, dia terpaksa melakukan pemantauan pada setiap masa.

“Kita berharap pihak berwajib dapat menyalurkan peruntukan segera bagi mengelakkan sesuatu tidak diingini berlaku termasuk kemungkinan kehadiran babi hutan di madrasah ini,” katanya.

Selain itu, katanya, pengajian di madrasah itu akan terganggu sekiranya hari hujan kerana pelajar terkena tempias hujan yang turut membasahi lantai bangunan.

“Pelajar menyuarakan rasa tidak selesa kerana terkena tempias hujan bawaan angin pantai berhampiran akibat ketiadaan tingkap dan pintu di madrasah ini,” katanya.

Justeru katanya, pihak berwajib diharap dapat mempertimbangkan permohonan peruntukan itu bagi memastikan keselesaan pelajar, malah memulihara kesucian madrasah berkenaan.


Pasangan kekasih mati lemas

JELEBU – Keseronokan sepasang kekasih yang berkelah di Jeram Gunung Berembun di Jalan Pantai di sini, bertukar tragedi apabila mereka lemas dihanyutkan arus deras, lewat petang semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mayat Khairunisa Khairul, 18, dari Mambau, dijumpai terapung kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang, jam 6.20 petang oleh penduduk tempatan.

Sementara pasangannya, Mohd Rozaini Badarudin, 19, yang berasal dari Klang, Selangor, masih belum dijumpai dan usaha mencari serta menyelamat oleh pasukan bomba masih diteruskan.

Seorang rakan mangsa, Nurul Faezah Noh, 19, berkata, dia bersama kedua-dua mangsa dan seorang lagi rakannya, Mohd Halim Sidek, 19, datang ke lokasi perkelahan itu, jam 12 tengah hari.

Menurutnya, mereka yang belajar di sebuah kolej swasta di Seremban 2 di sini, datang ke jeram berkenaan dengan menunggang dua motosikal.

“Ketika kami baru selesai mandi, tiba-tiba Khairunniza tergelincir dan dibawa arus menyebabkan Mohd Rozaini bertindak terjun ke sungai untuk menyelamatkan mangsa, namun air terlalu deras dan mereka sama-sama dibawa arus.


Enam ditahan rogol gadis

KUALA KANGSAR – Enam remaja berusia antara 18 hingga 24 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan merogol secara bergilir-gilir seorang remaja bawah umur, di sini Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, siasatan awal ke atas semua suspek, ada yang mengaku merogol mangsa manakala sebahagiannya menafikan melakukan perbuatan itu.

Menurutnya, gerakan memburu semua suspek dilakukan sebaik menerima laporan daripada mangsa yang masih belajar di tingkatan empat di sebuah sekolah, di sini, 30 Mac lalu.

“Ditemani ibu bapanya, dia membuat laporan telah dirogol secara bergilir oleh enam lelaki pada 14 Mac lalu di sebuah Chalet di Sauk.

“Hasil laporan itu, pihak polis terus memburu suspek dan berjaya menahan mereka di lokasi berasingan di sekitar Kuala Kangsar,” katanya pada sidang media, di sini.

Tiga daripada enam suspek ditahan pada 30 Mac, seorang pada 4 April manakala dua lagi ditahan pada 5 April di lokasi berasingan, kesemua suspek dipercayai berasal dari Kuala Kangsar.

Abdul Gaffar berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, remaja perempuan yang berasal dari Kampung Ketior berkenaan telah bertemu salah seorang suspek yang juga merupakan teman lelakinya pada tengah hari 13 Mac lalu.

Menurutnya, dalam pertemuan itu, teman lelaki berkenaan bersama lima rakan membawa mangsa ke sebuah chalet di Sauk.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi, setelah disiasat, ada suspek sudah mengaku bersalah merogol dan ada yang menafikan dengan alasan hanya memegang tubuh mangsa sahaja,” katanya

Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut, sementara mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Katanya, pihak polis dimaklumkan mangsa juga difahamkan seorang yang agak sosial dan pernah tidak pulang ke rumah sebelum ini.

“Bagaimanapun, kita sedang menunggu laporan pemeriksaan kesihatan mangsa daripada hospital.

“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya


Mencuri untuk teman lelaki

KUALA KANGSAR – Demi cinta, seorang remaja perempuan sanggup mencuri motosikal milik salah seorang penduduk sekampung dengannya untuk diserahkan kepada teman lelakinya, dipercayai warga Indonesia.

Remaja berusia 23 tahun itu melakukan kecurian itu di hada�pan rumah mangsa di kampung Senggang antara jam 12 malam hingga 5 pagi pada 23 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohammad berkata, hasil kecekapan anggota polis, remaja berkenaan berjaya ditahan bersama lima lagi suspek lain di lokasi berasingan termasuk warga Indonesia berusia 30-an yang dipercayai teman lelakinya itu.

Menurutnya, hasil siasatan awal, remaja berkenaan mengaku melakukan kesalahan mencuri motosikal jenis EX5 itu, manakala teman lelakinya mengaku memiliki barang curi.

“Remaja dan teman lelaki warga Indonesia yang juga Pendatang Tanpa Izin (Pati) itu ditangkap pada 3 April lalu dan pihak polis turut merampas sebuah motosikal EX5.

“Tiga lagi rakan suspek berusia antara 22 hingga 25 tahun turut ditahan kerana disyaki bersubahat dalam urusan aktiviti jual beli motosikal curi,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, di sini.

Abdul Gaffar berkata, semua suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada semua suspek berkenaan pernah terlibat dengan kes lain atau sebaliknya.

“Bagaimanapun, hasil siasatan awal, kita mendapati remaja berkenaan yang pernah bekerja sebagai pembantu kedai makan tidak pernah mempunyai rekod kesalahan lain.

“Kita masih menyiasat dan tidak menolak kemungkinan kes curi itu dilakukan kerana wujud perasaan tidak puas hati atau dendam,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Abdul Gaffar memberitahu, seorang lelaki berusia 40 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama setahun kerana melakukan kesalahan mencuri motosikal.

Menurutnya, lelaki, warga tempatan itu membuat pengakuan bersalah melakukan kesalahan mencuri motosikal ketika dihadapkan ke mahkamah, di sini.

Hukuman berat buat penzina

SENAI - Zina adalah satu perkara yang besar dan besar dosanya maka hukumannya juga sangat besar, kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut.

Beliau berkata, hukuman bagi mereka yang melakukan zina mengikut al-Quran adalah dihukum rejam sampai mati bagi ‘mohzan’ (yang telah berkahwin) dengan kaedah yang terhormat, lemah lembut dan menjaga kehormatan sebagai manusia.

Manakala bagi yang bukan ‘mohzan’(belum berkahwin) disebat dan dirotan 100 kali.

“Sebatan ini mempunyai pengertian kaedah yang tersendiri di tempat-tempat tertentu dengan penuh sopan santun juga untuk pengajaran dan keinsafan yang terlibat serta mereka yang lain yang belum melakukannya.

“Hendak menyabitkan seseorang itu dengan zina perlu pada kaedah tertentu iaitu dengan disaksikan oleh empat orang saksi dengan cukup syarat-syaratnya yang diisytiharkan dalam kitab Feqah dan dengan pengakuan individu itu sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pengakuan daripada seseorang yang telah melakukan zina itu juga mestilah pengakuan yang ikhlas tanpa paksaan, dalam keadaan waras, tidak tertekan, tidak dipaksa dan kesemuanya mesti dibicarakan dan melalui mahkamah.

Beliau berkata, perbicaraan membabitkan zina perlu dibicarakan dengan penuh ketelitian dan penuh keadilan agar ianya tidak menganiaya seseorang.

No comments:

Post a Comment