Sunday, April 10, 2011

ADAKAH SENANG DENGAN HIDUP MENIPU@JAHAT@MEMBUNUH DLL...ATAU DENGAN KATA LAIN HIDUP DENGAN TAK BERMORAL@MEMBUAT KEZALIMAN....LUPA AKAN SEKSAAN YANG DIJANJI OLEH ALLAH SWT

Joli 16 kad kredit palsu

Oleh D J Dolasoh
am@hmetro.com.my

ABDUL MANAB...tahan
ABDUL MANAB...tahan
GERIK: Tiga lelaki hanya sempat ‘joli katak’ menggunakan 16 kad kredit palsu selama 40 minit sebelum diberkas polis dalam satu kejadian di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, tiga suspek berusia antara 42 hingga 45 tahun berasal dari Cheras, Selangor yang menaiki keretaProton Exora, berhenti di sebuah stesen minyak.

Selain mengisi minyak penuh, ketiga-tiga suspek turut menggunakan beberapa kad kredit milik mereka untuk menambah nilai prabayar telefon bimbit masing-masing di stesen minyak berkenaan sebelum meneruskan perjalanan.

Bagaimanapun kira-kira jam 6.30 petang, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik menerima panggilan daripada sebuah bank melaporkan mengenai penggunaan kad kredit secara haram oleh tiga suspek berkenaan.


Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Bahrum berkata, dua anggota unit peronda yang menerima maklumat itu, mengesan dan menahan kereta dinaiki suspek di Kilometer 17.5 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) menuju arah Kelantan.

“Ketika disoal siasat, suspek mengaku berhenti di stesen minyak mengisi minyak dan menambah nilai prabayar telefon bimbit menggunakan kad kredit didakwa milik mereka.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui 16 kad kredit, sembilan telefon bimbit pelbagai jenis dan sejumlah botol minyak wangi pelbagai jenama yang belum digunakan dalam kereta mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek dibawa ke IPD Gerik untuk pemeriksaan susulan dan diambil keterangan sebelum dibawa ke IPD Taiping kerana kes di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bagi tindakan selanjutnya.

Menurutnya, polis masih menyiasat sama ada ketiga-tiga suspek ada kaitan dengan sindiket pemalsuan kad kredit dalam negara atau pernah terbabit kes jenayah lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan dikenakan sebatan.


Dua gadis berdepan maut



INILAH kesan luka pada tubuh Cheng yang dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum setelah didakwa diberi suntikan ubat selulit manakala gambar bawah ialah contoh ubat yang diambil.



KUALA LUMPUR - Dua gadis mendakwa mereka kini berdepan maut apabila seorang pakar kecantikan menyuntik tubuh mereka dengan ubat yang salah bagi rawatan selulit pada paha dan punggung mereka kira-kira lima bulan lalu.
Akibatnya, kedua-dua sahabat karib itu kini dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum sekali gus menyebabkan bahagian suntikan mengalami luka yang sukar untuk sembuh.
Lebih menakutkan, walaupun dicuci di klinik setiap hari, luka tersebut bukan sahaja terus membesar malah mereka mengalami masalah kegatalan melampau.
Mereka juga sudah menghabiskan wang kira-kira RM50,000 untuk menjalani rawatan tersebut.
Kedua-dua gadis itu yang masing-masing mahu dikenali sebagai Cheng, 26, dan Wong, 30, mendakwa, segala-galanya bermula setelah mereka mendapatkan nasihat seorang pakar kecantikan di Subang Jaya, Selangor.


RM5,000 lesap bahana e-mel

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
am@hmetro.com.my

KESAL...Ayu menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya  dan surat daripada bank berkenaan.
KESAL...Ayu menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya dan surat daripada bank berkenaan.
KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.

Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain.
Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan.

“Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.

“Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.

“Selepas e-mel dan kata laluan dimasukkan, saya menerima SMS daripada bank yang mengatakan sejumlah wang daripada akaun saya sudah dipindahkan,” katanya.

Ayu berkata, walaupun laporan polis dan aduan dibuat, bank berkenaan seolah-oleh lepas tangan dan sukar bekerjasama dalam mengendalikan kes itu.
Menurut Ayu, bank itu memberi jawapan tidak meyakinkan terhadap persoalan diajukan terutama ke akaun mana wangnya dipindahkan.

“Pegawai bertugas berkata siasatan terperinci dijalankan dan pelbagai perkara perlu diteliti sebelum laporan lengkap disiapkan dan lebih mengecewakan terdapat kekeliruan dari segi waktu transaksi berlaku.

“Mengikut laporan bank berkenaan, waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11.59 malam, tetapi berdasarkan penyata kewangan bank itu,menunjukkan waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11 malam.
“Saya membuat laporan polis sekali lagi serta menghantar surat aduan kepada Bank Negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap laporan yang diterima selain meminta laporan terbabit diteliti semula,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, bank berkenaan perlu menaik taraf tahap keselamatan sistem perbankan secara dalam talian kerana dia bukan mangsa pertama dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan ramai lagi menjadi mangsa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan mangsa pada 2 Mac lalu dan siasatan masih dijalankan.

Mohamad menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan e-mel daripada pihak yang tidak dikenali dan menyarankan orang ramai membuat pengesahan dengan pihak bank jika maklumat diterima meragukan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda.


2 beranak ‘ditawan’ penyamun



KUALA LUMPUR: Dua beranak dan seorang pembantu rumah berdepan saat getir di rumah sendiri apabila ‘ditawan’ sekumpulan lima penyamun bersenjatakan parang yang mengikat mereka sebelum dikurung di dalam bilik.
Lima lelaki yang dipercayai warga Indonesia itu memecah masuk rumah keluarga terbabit di Seri Kembangan, di sini, kelmarin, sebelum menyamun barangan kemas, wang, jam berjenama dan peralatan elektrik dianggarkan bernilai RM100,000.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, seorang wanita berusia 50-an dan anak lelakinya berusia 20-an serta orang gaji tidur di bilik mereka tidak menyedari rumah dipecah masuk sekumpulan lelaki bertopeng.
Menurut sumber, kumpulan penjenayah terbabit mengejutkan mangsa yang tidur berasingan di dalam bilik.

“Mereka (mangsa) pada mulanya dikumpulkan di ruang tamu rumah berkenaan. Sebaik penjenayah itu memastikan semua penghuni rumah ditawan, suspek mengikat tangan dan kaki mangsa. Semua mangsa kemudian dikurung dalam sebuah bilik,” katanya.

Sumber itu berkata, kumpulan terbabit menggeledah rumah berkenaan sebelum melarikan diri dengan pelbagai barang berharga.

“Selepas menggeledah kira-kira 20 minit, kumpulan terbabit meninggalkan rumah itu dipercayai menggunakan sebuah kereta yang ditinggalkan berhampiran kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa berjaya membuka ikatan dan menghubungi pihak berkuasa.
“Sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian dan usaha memburu kumpulan terbabit giat dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias ketika dihubungi berkata, polis masih melakukan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Bakar rumah lepas samun



SEREMBAN: Biadab dan berhati kering adalah ungkapan sesuai bagi penjenayah gila yang bukan hanya menyamun barangan berharga bernilai puluhan ribu ringgit, malah turut sempat membakar sebahagian besar rumah mangsa yang disamunnya di Taman Bukit Emas, Senawang, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, dua bilik rumah teres satu tingkat milik pasangan suami isteri, R Munisuaran, 29, dan S Priya, 28, musnah dijilat api selepas dibakar suspek.

Lebih malang apabila selain semua pakaian dan dokumen penting menjadi abu, semua barang kemas termasuk wang tunai serta komputer riba milik pasangan itu yang semuanya dianggarkan bernilai RM30,000 turut dilarikan penyamun terbabit. Menurut Munisuaran, mereka berdua ketika itu tiada di rumah berikutan pergi ke rumah ibu mentuanya di sekitar Port Dickson, dekat sini, untuk melihat anak anjing peliharaannya dan terus bermalam di situ.
Dia yang juga kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bagaimanapun terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang jiran memaklumkan kediamannya terbakar, kira-kira jam 5 pagi.

“Tanpa berfikir panjang, saya bergegas ke rumah yang dilihat sudah dipecah masuk dan musnah terbakar terutama bilik tidur kami.

“Apabila diperiksa, saya mendapati semua barang kemas, dua komputer riba dan sejumlah wang negara asing yang di simpan lesap,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.


Mayat berasap



MERSING: Dua anggota Gerup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memasang pukat di Pantai Sekakap di sini, semalam, terkejut menemui mayat seorang wanita disumbat dalam beg beroda dalam keadaan berasap akibat dibakar.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, kedua-dua komando berusia 20-an berpangkalan di Kem Iskandar dan tidak bertugas, menyangka ada pihak membakar beg itu kira-kira 25 meter dari lokasi mereka memasang pukat lalu menghampirinya.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, sebaik menghampiri mereka mula curiga kerana berbau busuk.
“Kecurigaan menyebabkan mereka tidak mengusik beg sebaliknya terus menghubungi polis.

“Sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati beg itu disumbat dengan mayat seorang wanita dipercayai berbangsa Melayu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing, semalam.

Menurut Mohd Nor, siasatan awal mendapati mangsa mungkin mati dibunuh dalam tempoh tidak sampai 24 jam di tempat lain sebelum disumbat dalam beg dan dibuang di kawasan semak.

Selain itu, mayat mangsa berumur antara 16 hingga 25 tahun itu sukar dikenal pasti kerana rentung 95 peratus.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui. Bagaimanapun, kami menemui dua rantai yang boleh digunakan untuk membantu siasatan.
“Satu rantai dipakai di kaki kiri manakala satu lagi rantai leher dengan perkataan sama ada ‘Suemzar’ atau ‘Suemzan’. Kami tidak menolak ia mungkin nama mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mohd Nor, masih terlalu awal untuk mengesahkan perkara berkenaan.

Pada masa sama, IPD Mersing turut mendapatkan bantuan Unit Forensik serta Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bagi melakukan siasatan di lokasi kejadian.

“Mayat dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga diminta tampil untuk membuat pengecaman,” katanya.

Mereka mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mersing, Asisten Superintendan Aziz Che Embong di talian 07-7992222.

No comments:

Post a Comment