Thursday, April 14, 2011

TANGKAPLAH...CUKUP BUKTI...SABIT HUKUM DENGAN HUKUM ALLAH SWT....DAN ORANG2 LAIN YANG TELAH BERZINA...YANG MEMANG SABIT...TAPI BELUM DIHUKUM....AKHIRAT ORANG2 NI MEMANG CONFIRM ALLAH HUKUM SEBAB LANGGAR SERTA CABAR HUKUM ALLAH SWT...

Polis tahu siapa pelaku

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

SERAH TUGAS...Khalid (kanan) terima serah tugas daripada Hussin sambil diperhatikan Ismail.
SERAH TUGAS...Khalid (kanan) terima serah tugas daripada Hussin sambil diperhatikan Ismail.
KUALA LUMPUR: Identiti lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dikenal pasti.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya belum boleh mendedahkan identiti lelaki terbabit kerana siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau berkata, antaranya polis masih menunggu laporan daripada syarikat pengedar jam tangan Omega yang ditemui di lokasi rakaman video itu bagi mengesahkan siapa pemiliknya berdasarkan kad pendaftaran jam itu.
“Pada saya mengikut siasatan, kita tahulah siapa dia. Ini berdasarkan bukti serta fakta yang ada. Hanya saya tidak boleh umumkan hasil siasatan sekarang kerana kita ada prosedur.

“Macam kes-kes lain sebelum ini, saya tak boleh beritahu. Semuanya kita kena rujuk pada Peguam Negara,” katanya ketika ditemui pada majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini, semalam. Pada majlis itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baru berkuat kuasa hari ini.

Khalid menggantikan Datuk Hussin Ismail yang bersara selepas berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 39 tahun empat bulan.

Berhubung identiti wanita dalam video itu pula, Ismail enggan mengulas mengenainya kerana tidak mahu menjejaskan siasatan kes itu.

Katanya, pasukan penyiasat yang ditubuhkan diberi kebenaran untuk merakamkan kenyataan semua individu yang boleh membantu siasatan termasuk wanita dalam video berkenaan.
“Apa yang penting kita sudah beri petunjuk umum kepada penyiasat dan saya harap mereka jalankan tugas dengan baik bagi menyelesaikan kes ini. Mengenai identiti wanita itu saya tidak boleh bagi jawapan,” katanya.

Menjawab persoalan mengenai lokasi video itu dirakamkan kerana ada yang mendakwa ia dibuat di luar negara, beliau berkata, apa yang penting ialah kesahihan klip video itu.

Menurutnya, kesahihan video lebih utama bagi memastikan ia bukan sesuatu yang diada-adakan atau menggunakan teknik pertindihan imej (super impose) atau ditiru dan sebagainya. “Pihak pakar sudah sahkan video itu tulen, kalau dibuat di Malaysia atau di mana-mana pun yang penting ia sahih atau tidak. Ini kerana kebanyakan orang ingin tahu sama ada video itu tulen atau tidak dan kita sudah rujuk pada pakar yang mengesahkan mengenainya.

“Siasatan polis menepati semua prosedur dan undang-undang yang ada. Ini bermakna siasatan kita adalah siasatan berpandukan kepada peraturan. Jadi dalam kertas siasatan nanti kita akan ketahuilah semua pihak yang terbabit termasuk siapa merakamkan dan sebagainya,” katanya.

Ismail berkata, jenis kesalahan dan tindakan yang bakal diambil hanya akan diketahui selepas kertas siasatan lengkap serta berdasarkan fakta dan bukti yang ada.

Beliau turut menjangkakan siasatan berhubung kes itu dapat diselesai dalam masa terdekat iaitu mungkin minggu depan sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara.

Sebelum ini, tiga individu yang menggelarkan diri mereka Datuk T mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan sudah menyerahkan video serta jam tangan jenama Omega yang didakwa ditemui di tempat kejadian kepada polis.






No comments:

Post a Comment