Sunday, August 28, 2011

BILA SEMUA HANYA MEMIKIR KEKAYAAN@REZEKI@KESENANGAN MASING2 TANPA MEMIKIRKAN HAK ORANG LAIN.....

Pemborong pertama terima padah jual ayam terlalu mahal

MOHD. Aruwan melihat ayam yang dijual di Pasar Tani Mega di Kuantan semalam.


KUANTAN – Gara-gara menjual ayam melebihi harga siling yang ditetapkan kerajaan, seorang pemborong ayam dari Bera menerima padah apabila dia didenda RM10,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Sebelum kesalahan itu dapat dihidu, Pejabat KPDNKK Negeri telah menerima aduan daripada orang ramai dua hari lalu berkaitan harga ayam mahal yang dijual oleh para peniaga ayam di sekitar daerah berkenaan.
Pengarah Pejabat KPDNKK Negeri, Mohd. Aruwan Abd. Aziz berkata, hasil penyiasatan, penjual di situ didapati terpaksa menjual harga tinggi berikutan tindakan pemborong terbabit menjual ayam sehingga RM7.20 sekilogram (kg) berbanding harga siling maksimum pemborong iaitu RM6.35 per kg.

17 terkorban pada hari kelima Ops Sikap ke-24


KEADAAN trafik yang tidak sesak di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh memudahkan orang pulang berhari raya semalam.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 17 orang maut dalam nahas jalan raya pada hari kelima Ops Sikap ke-24 pada Sabtu lalu.
Jumlah itu berkurangan berbanding 24 kematian yang dicatatkan pada hari keempat operasi itu walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan-jalan utama di seluruh negara.

Suami mati ditikam depan isteri

KUALA LUMPUR – Kegembiraan seorang pesara tentera membuat persiapan pada saat-saat akhir menjelang Aidilfitri buat keluarganya bertukar tragedi apabila dia menemui ajal ketika baru sampai ke rumah selepas keluar membeli-belah semalam.
Semasa kejadian pada pukul 3.25 pagi di tempat letak kereta Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR), Taman Wahyu di sini, mangsa Shariff Din, 47, bersama isteri, Fauziah Ahmad Alwi, 50, dan empat anaknya baru sampai ke rumah selepas membeli barang raya di bazar larut malam (Uptown) Danau Kota di Setapak.
Shariff atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Sheriff Lobo’ dalam kalangan penduduk di situ telah lapan tahun mendiami rumah di tingkat lapan PPR itu.

Melecur terkena renjatan elektrik


KESAN simen berlubang di Stesen Komuter Sungai Gadut, Seremban selepas seorang kanak-kanak terkena rencatan elektrik semalam.


SEREMBAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera parah selepas terkena renjatan elektrik dipercayai dari kabel bervoltan tinggi ketika bermain alat kawalan jauh di Stesen Komuter Sungai Gadut dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8.35 pagi itu, mangsa Mohd. Shafiq Mat Isa melecur pada kedua-dua belah tangan, kaki kiri dan sebahagian badannya.
Alat kawalan jauh yang digunakan untuk bermain kereta pula terbakar.
Kejadian tersebut berlaku ketika kanak-kanak malang terbabit mengikut ibunya yang sedang bekerja di stesen komuter itu sebagai kakitangan pembersihan.
Ibu mangsa, Norashahin Ujang 52, berkata, ketika kejadian dia sedang membersihkan sebuah gerabak komuter manakala anaknya itu bermain sebuah alat kawalan jauh (tanpa kereta mainan) di luar gerabak berkenaan.
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan apabila menjenguk keluar tingkap gerabak saya terkejut melihat anak saya sudah terbaring di atas lantai dengan tubuhnya berasap,” kata Norashahin ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJ) di sini semalam.

Isteri cemburu simbah asid ke muka suami ketika dikejar


PENIAGA martabak yang melecur di muka dan badan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Gara-gara mengesyaki suami mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, seorang peniaga di bazar Ramadan Kok Lanas di sini melecur di kanan muka dan sebahagian badan selepas disimbah sejenis cecair berasid oleh isterinya.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi, mangsa yang berusia 47 tahun dan enggan dikenali sedang menguli doh martabak di rumahnya di Kok Lanas dekat sini sebelum pasangan itu bergaduh.
Isteri mangsa yang menghidap penyakit kencing manis ketika itu pula sedang mencuci luka pada kakinya menggunakan cecair berasid.
Sejurus selepas berperang mulut, si suami meninggalkan doh martabak diulinya dan bertindak mengejar isterinya.

26,000 OKU berdaftar di KL

KUALA LUMPUR – Sebanyak 26,000 golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada 1.8 juta di seluruh negara telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) sehingga kini sejak dilancarkan pada Julai lalu.
Timbalan Pengarah 1 JKMWPKL, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, pendaftaran dibuat sejajar dengan kempen Jom Daftar OKU yang dilancar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
“Pelbagai keistimewaan disediakan kepada OKU apabila mereka membuat pendaftaran di JKM. Pendaftaran kini semakin mudah melalui Internet dan mereka akan diberi perakuan seperti kad pengenalan.
“Namun begitu, sehingga kini, hanya seramai 26,000 OKU yang berdaftar dengan kami dan masih ramai antara mereka belum mengetahuinya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Diancam kereta sapu warga Iran


PEMANDU kereta sapu dari Iran menjadikan kawasan tumpuan pelancong di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk mencari pelanggan.


KUALA LUMPUR – Kegiatan perkhidmatan kereta sapu haram melibatkan warga Iran mengancam pendapatan pemandu teksi tempatan sejak kebelakangan ini.
Tinjauan Kosmo! mendapati, pemandu asing itu semakin bermaharajalela apabila menjadikan hotel-hotel di sekitar kawasan Bukit Bintang sebagai lokasi operasi mereka.
Menurut pemandu teksi, S. William, 37, walaupun telah membuat aduan kepada pihak berkuasa, tiada tindakan diambil setakat ini menyebabkan mereka terpaksa bersaing bagi mendapatkan penumpang.
“Kami telah mengadu kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tetapi ia tidak membuahkan hasil kerana mereka hanya mengambil sikap berdiam diri.
“Aduan yang dilakukan kepada Kementerian Pelancongan juga akhirnya menerima nasib yang serupa apabila mereka meminta bukti daripada kami sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Mohon bantuan besarkan enam anak OKU


FAUZIAH bersama anak-anaknya yang mengalami masalah genetik kategori akal di Rumah Pangsa Seri Kolam, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Bukan sengaja menagih simpati tetapi kepayahan hidup memaksa seorang ibu tunggal berusia 52 mengetepikan perasaan malu memohon bantuan agar dapat membantunya dalam membesarkan enam anak yang disahkan mengalami masalah genetik.
Menurut Fauziah Ngah yang kini tinggal di Rumah Pangsa Seri Kolam dekat sini, kesukaran mula dirasai sejak kematian suami, Aziz Jalil, 67, dua tahun lalu akibat penyakit asma.
Enam anak Fauziah yang disahkan mengalami masalah genetik kategori akal ialah Yazid Aziz, 27, Sofia, 26, Mohd. Syukri Hadafi, 25, Suriyani, 24, Mohd. Rizal, 17, dan anak bongsunya berusia sembilan tahun, Mohd. Amir Haikal.
“Saya tidak pernah minta untuk jadi begini tetapi inilah takdir, saya perlu hadapi. Sebagai ibu, saya bertanggungjawab untuk membesarkan mereka sehingga akhir hayat saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment