Tuesday, August 30, 2011

SEGALA PROJEK JANGAN TIRIS...BANYAK JENAYAH@SELUDUP TAK GUNA PURDAH....JANGAN ROSAKKAN IMEJ ISLAM...ISLAM AGAMA ALLAH..JANGAN PERLEKEH...BAGAIMANA YG TAK TUTUP AURAT SERTA BERTELANJANG BULAT DIINTERNET....SEMUA AKTIVITI BERCAMPUR LELAKI PEREMPUAN...TAK CAMPUR TAK SAH..BERLAKU ZINA RIUH SEKAMPUNG...HUKUM ALLAH DILANGGAR SAKAN..SAYU SEDIH ORANG YANG MERASA...DAPAT MERASA SECARA TOTAL...KITA TENGOK JE...INGAT DOA ORANG DIZALIMI TIADA HIJAB...PENGHASUT DAN PENGADU DOMBA MASUK NERAKA....

RM45 juta ganti peralatan usang di HKL

TIONG LAI (kiri) menyampaikan sumbangan kuih raya kepada petugas Jabatan Kecemasan HKL di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menggantikan kelengkapan perubatan yang usang di beberapa unit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebaik sahaja permohonan peruntukan RM45 juta diluluskan kerajaan.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, antara unit terbabit ialah Unit Rawatan Rapi dan Unit Penjagaan Koronari.
“Permohonan peruntukan itu sudah dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan,” katanya kepada pemberita selepas melawat warga HKL sempena sambutan Aidilfitri di sini semalam.
Selain itu, Tiong Lai berkata, HKL kini dalam proses naik taraf meliputi antaranya pembinaan tempat letak kereta bertingkat dan blok baru bernilai RM600 juta bagi Hospital Ibu dan Anak.
“Blok baru Hospital Ibu dan Anak ini akan dibina tahun depan. Sekarang ini kita dah ambil tender dan kita juga akan tempatkan 400 buah katil tambahan untuk blok ini,” katanya.
Selain itu, HKL juga bakal mempunyai pusat jagaan harian iaitu Ambulatory Care Centre (ACC) bernilai kira-kira RM90 juta yang menempatkan semua pakar bagi pesakit mendapatkan rawatan harian, rujukan dan susulan.

Pakai purdah sembunyi syabu


NORDIN (dua dari kiri) menunjukkan bengkung yang dipakai di badan untuk menyembunyikan syabu.


SHAH ALAM – Sindiket yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan syabu antarabangsa semakin kreatif dengan taktik-taktik terbaharu untuk mengelirukan pihak berkuasa bagi membawa masuk barang haram itu ke negara ini.
Selain menggunakan taktik kreatif seperti menjadikan syabu sebagai replika kepala harimau, memasukkan dadah dalam omboh enjin kereta, mi segera, ubi kayu atau pencuci rambut, kini ada dalam kalangan kurier dadah terbabit berlagak seperti seorang alim dengan wanita berpakaian purdah manakala lelaki memakai jubah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, taktik pemakaian purdah dan jubah bagi membawa syabu dikesan ekoran penahanan beberapa orang kurier dadah yang kemudian didapati menyembunyikan dadah dalam bengkung yang dipakai di badan.
“Ada warga Iran dikesan menyimpan syabu dalam bengkung di sebalik penampilan memakai jubah manakala bagi wanita memakai purdah menyembunyikan dadah di badan mereka,” kata beliau ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Pada awal tahun ini, menurut beliau, polis menahan tiga wanita Iran berpurdah yang kemudian dikesan menyembunyikan sejumlah dadah syabu di badannya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang.
Sepanjang tahun lepas dan tahun ini, polis mencatatkan sebanyak 23 kes dadah disembunyikan dalam bagasi, menelan dadah (5), menyimpan di dalam silinder besi (2), menyimpan di dalam sabun mandi (1), menyembunyikan di dalam peket mi segera (2) dan menyimpan di dalam ubi kayu (20).
Semua rampasan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan LCCT.
Mengulas mengenai tangkapan di KLIA, Nordin memberitahu, jumlah tangkapan warga asing membawa dadah meningkat secara mendadak pada setiap tahun.
“Pada tahun lalu sebanyak 164 orang ditahan termasuk 27 wanita dan tujuh kanak-kanak.
“Daripada jumlah tangkapan itu, rakyat Iran paling ramai ditahan dengan 114 orang lelaki dan 16 orang wanita,” kata beliau.
Baki tangkapan itu membabitkan rakyat India, Pakistan, Turki, Bulgaria, Thailand, Nigeria, Kenya, Togo dan Indonesia.
Bersama-sama dengan tangkapan itu, polis merampas sebanyak 154.21 kilogram syabu yang kesemuanya bernilai RM37 juta.
Sehingga Jun tahun ini, Nordin berkata, polis berjaya mengesan sebanyak 56 kes penyeludupan dadah jenis syabu di KLIA dengan 43 tangkapan.
“Jumlah terbesar warga asing yang ditangkap ialah 32 rakyat Iran termasuk 16 wanita,” kata beliau.

Peminat akaun lucah Facebook tidak waras


Jangan terpengaruh dengan akaun lucah di Facebook yang dicipta untuk merosakkan akhlak remaja.


KUALA LUMPUR – Menjijikkan apabila ada golongan remaja masa kini ibarat gila seks apabila mereka dengan selamba mewujudkan beberapa akaun yang memuatkan gambar-gambar lucah membabitkan wanita tempatan atau warga asing menerusi laman sosial Facebook.
Tinjauan Kosmo! mendapati sekurang-kurangnya terdapat 15 akaun sedemikian telah diwujudkan dan telah menarik minat lebih 1,000 pelayar Internet yang rata-ratanya remaja untuk menjadi pengikut.
Kesan perbuatan itu bukan sahaja bakal melahirkan remaja yang rosak akhlak malah bakal menjadikan laman sosial yang popular pada masa kini medan untuk menyiarkan gambar-gambar yang mengaibkan.
Difahamkan, pengguna Internet yang ingin menjadi pengikut hanya perlu menekan butang like (suka) pada papan pemuka akaun tersebut sebelum diterima masuk oleh pereka laman seks tersebut.
Lebih memalukan, sebaik diterima masuk tanpa disedari segala aktiviti mereka berkaitan akaun itu akan dipaparkan di dinding Facebook masing-masing dan semua gambar-gambar tidak senonoh itu turut boleh dilihat oleh rakan-rakan lain.
Keadaan yang berlaku itu dilihat sangat membimbangkan kerana ia merupakan punca kepada keruntuhan moral dan akhlak generasi muda masa kini.
Lambakan laman-laman web yang wujud itu boleh mempengaruhi minda terutamanya golongan remaja yang semakin meminati laman sosial berkenaan pada masa kini.

Azlim kini fasih bahasa Mandarin


MOHAMAD LAZIM (kiri) dan Umi Azmira menunjukkan sepucuk surat daripada Umi Azlim di rumah mereka di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh baru-baru ini.


PASIR PUTEH – Setelah hampir lima tahun meringkuk di sebuah penjara di China, Umi Azlim Mohamad Lazim, 28, kini sudah mampu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut selain tidak mahu terus meratapi nasib yang menimpa.
Bapanya, Mohamad Lazim Jusoh, 55, memberitahu, anaknya kini bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penjara termasuk menyertai kumpulan teater.
Menurutnya, melalui surat yang dikirimkan oleh anak sulungnya itu beberapa hari sebelum Ramadan lalu, Umi Azlim memberitahu, dia kini menjadi pengarah dan pelakon dalam satu kumpulan teater di sana.
“Saya bangga kerana dia sudah pandai bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin dengan lancar selepas mempelajarinya melalui seorang guru bahasa.
“Namun, apa yang membimbangkan saya dalam suratnya baru-baru ini, dia meminta saya kirimkan wang untuk membeli vitamin dan beberapa jenis
ubat kerana selera makannya berkurangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Pak Amat di sini baru-baru ini.
Tambahnya, melalui surat tersebut, anaknya memberitahu, berat badannya semakin menurun selain faktor cuaca yang tidak menentu.
Jelasnya, Umi Azlim turut menghantar surat kepada dua ibu saudaranya yang menetap di Johor dan Selangor untuk meminta bantuan kewangan.
“Dia minta RM400 untuk beli ubat termasuk ubat lelah kerana ada asma.
“Dengan pendapatan sebagai seorang mekanik, memang saya tidak mampu tetapi untuk tidak menghampakannya saya kirim antara RM50 dan RM100 sebulan,” ujarnya.
Ditanya perkembangan kes anaknya, Mohamad Lazim memberitahu, dia sendiri tidak tahu sampai bila anaknya akan meringkuk dalam penjara.
“Menurut peguam, proses rayuan untuk membawanya pulang terpaksa ditangguhkan.
“Ia mungkin disebabkan baru selesai kes perbicaraan Umi Azlim yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guongzhaou daripada hukuman mati,” jelasnya.
Umi Azlim menggemparkan negara selepas ditahan bersama hampir tiga kilogram heroin dalam bagasinya di Lapangan Terbang Shantou, China pada 19 Januari 2007 selepas empat bulan menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang sains biologi di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

‘Saya tidak boleh maafkan cucu’


ROKIAH terpaksa menggunakan dua tongkat untuk berjalan selepas dirompak oleh cucunya di Taman Binjai Manis, Ketereh pada Jun lalu.


KOTA BHARU – Biarpun Aidilfitri sering disulami dengan kemaafan, namun bagi seorang nenek, Rokiah Boto yang menjadi mangsa samun di rumahnya oleh cucu sendiri dan seorang rakan cucunya yang telah menerima hukuman penjara Julai lalu, masih sukar memaafkan perbuatan kedua-duanya kerana amat trauma dengan peristiwa itu.
Rokiah, 78, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Taman Binjai Manis, Ketereh berkata, perbuatan cucu dan rakannya itu masih kekal dalam ingatannya dan membuatkan dia berasa sangat takut setiap kali didatangi orang di depan pintu rumah.
“Saya masih tidak boleh maafkan cucu saya. Kejadian pun baru beberapa bulan dan apa yang dilakukan mereka amat kejam.
“Saya yang bertongkat ditolak jatuh ke lantai dan barang kemas yang dipakai diragut. Sudahlah perasaan takut dan sakit masih dirasai, barang berharga saya juga hilang,” katanya.
Kosmo! pada 25 Julai lalu melaporkan seorang cucu bukan saja tergamak berpakat dengan rakan untuk merompak neneknya dalam kejadian di sebuah rumah di Ketereh di sini Jun lalu, malah sanggup membiarkan warga emas itu ditolak oleh rakannya ketika meragut rantai emas dipakai mangsa.
Tindakan jahat cucu itu, Shamsul Kahar Mohamad, 30, rakan sebayanya, Mohd. Ikhwan Abdullah, menerima balasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 10 tahun selepas mereka mengaku salah atas pertuduhan merompak Rokiah di Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Irwan Suainbon turut mengenakan lima kali sebat terhadap setiap tertuduh.
Shamsul Kahar dan Mohd. Ikhwan didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas Rokiah dengan melarikan seutas rantai tangan dan seutas rantai emas bernilai RM6,000 yang dipakai mangsa di Taman Binjai Manis, Ketereh pada pukul 1 petang pada 28 Jun lalu.

Parkir tidak cukup


MASALAH kekurangan ruang meletak kenderaan bukan sahaja berlaku di Hospital Kuala Lumpur tetapi juga di beberapa buah hospital lain di Lembah Klang.


KUALA LUMPUR – Kebanyakan pengunjung di beberapa buah hospital di sekitar Lembah Klang mengeluh kerana terpaksa berdepan kesukaran untuk meletakkan kenderaan masing-masing.
Tinjauan Kosmo! baru-baru ini mendapati masalah tersebut berlaku di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Kajang dan Hospital Serdang malah ada tempat meletak kenderaan awam di hospital kerajaan kini dihadkan kepada kakitangan hospital sekali gus menambah beban orang ramai.
Seorang pelawat, Azir Marzuki, 27, berkata, masalah tempat letak kenderaan telah lama berlarutan di HKL dan kebanyakan hospital kerajaan lain terutama di kawasan yang padat penduduk.
“Baru-baru ini saya mahu melawat seorang rakan, malangnya selepas hampir satu jam berpusing-pusing saya gagal mencari ruang letak kenderaan dan akhirnya waktu melawat pesakit tamat,” katanya di sini baru-baru ini.

Periuk nasi 53 nelayan terjejas


YUSOF (dua dari kanan) bersama nelayan lain menunjukkan pantai yang tercemar di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang baru-baru ini.


JOHOR BAHRU – Kehidupan 53 nelayan di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini semakin tertekan ekoran masalah pencemaran laut akibat projek perindustrian yang sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.
Lebih menyedihkan, para nelayan tersebut terpaksa menangkap ikan di kawasan lebih jauh seperti di Teluk Sengat, Kota Tinggi atau mencari pekerjaan lain untuk menyara keluarga.
Sebelum ini, mereka mampu meraih pendapatan harian antara RM80 dan RM300 setiap kali keluar menangkap ikan namun, kini mereka mendakwa hasil yang diperoleh hanya cukup untuk keperluan sehari.
Ketua Komuniti Nelayan Kampung Tanjung Langsat, Yusof Ahmad, 46 berkata, kehidupan para nelayan di situ semakin terhimpit kerana kawasan mencari rezeki mereka sudah hilang sejak pembangunan industri minyak dilaksanakan di situ.
Selain itu, katanya, para pengusaha ikan sangkar juga mengalami kerugian apabila hasil ternakan mereka mati kesan daripada bahan kimia yang digunakan di kawasan industri berkenaan.
“Sebelum ini, kawasan laut di kampung ini merupakan kawasan yang mewah dengan udang tetapi kini semua benih telah pupus.
“Justeru tidak hairan, hari ini sukar melihat nelayan mencari udang, ikan atau ketam di kawasan ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Belajar melombong di Lembah Bijih Timah


CALVIN HO (empat dari kiri) bersama kakitangannya di Lembah Bijih Timah di Lost World of Tambun, Ipoh baru-baru ini.


IPOH – Lost World of Tambun (LWOT), taman tema air popular di negeri Perak menampilkan tarikan terbaharu kepada para pengunjungnya iaitu Lembah Bijih Timah yang mula dibuka kelmarin.
Pengurus Besarnya, Calvin Ho berkata, Lembah Bijih Timah merupakan laman pendidikan yang bukan sahaja membolehkan pengunjung mengetahui sejarah awal mengenai aktiviti perlombongan bijih timah tetapi juga merasai sendiri aktiviti mendulang bijih timah.
Menurutnya, LWOT telah melabur lebih daripada RM2 juta untuk membina tarikan terbaharu itu di atas tanah seluas kira-kira 1.01 hektar.
“Lembah Bijih Timah amat signifikan kepada LWOT memandangkan Ipoh pernah menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia suatu masa dulu.
“Malah Tambun sendiri berasal daripada perkataan menambun yang merujuk kepada perbuatan menimbus bekas lombong untuk dijadikan kebun sayur-sayuran,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment