Wednesday, September 14, 2011

NI ZAMAN BANYAK KAKI KELENTONG....TAK KIRA DARJAT DAN STATUS...TAK KIRA HALAL HARAM

 Penumpang wajib beli insurans


PPBSM mahu semua penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu yang dibeli dengan harga RM1 daripada setiap tiket yang dibeli. - Gambar hiasan



YAN - Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) mencadangkan supaya setiap penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu bagi memastikan mereka mendapat pampasan sewajarnya jika berlaku kemalangan jalan raya.
Pengerusi PPBSM, Sa'adan Man (gambar kecil) berkata, cadangan itu bagi memastikan setiap penumpang mendapat perlindungan sewajarnya selain mereka tidak lagi menyalahkan atau menuntut ganti rugi daripada syarikat bas di kemudian hari.
Katanya, melalui cadangan itu, setiap penumpang akan diminta membeli insurans dengan membayar tambahan RM1 daripada harga tiket.
"Melalui cara ini, para penumpang akan dilindungi dengan insurans termasuk daripada aspek perubatan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada Che Rasnah Saad, isteri pemandu bas dua tingkat Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid di Taman Setia Jaya di sini semalam.
Pada 7 September lalu, Mohd. Kamil dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang dalam nahas ngeri, dua tahun lalu.
Sehubungan itu, Sa'adan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut dengan mewajibkan semua syarikat bas ekspres menyediakan insurans untuk dibeli penumpang dalam masa terdekat.
Menurutnya, dengan adanya insurans itu, syarikat bas tidak lagi dibebani dengan tindakan saman atau tuntutan ganti rugi yang dilakukan mangsa kemalangan atau pihak keluarga.

NEGARA


Awang Hitam kaki kebas duit



SYED ISMAIL menunjukkan antara barang yang dirampas daripada tujuh individu pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Sindiket penipuan membabitkan warga Afrika terus melakukan kegiatan haram menggunakan taktik terbaharu dengan mengaut keuntungan sebanyak RM243,000 selepas memperdaya 12 mangsa melalui kaedah ‘phishing’ dan ‘curi’ kad SIM telefon bimbit.
Sindiket yang dianggotai tujuh individu termasuk tiga wanita berusia di antara 20 dan 27 tahun itu didalangi oleh seorang pakar komputer dari Sierra Leone yang merupakan graduan Ijazah Sains Komputer.
‘Phishing’ ialah menggunakan alamat palsu ke laman utama sebuah bank.
Modus operandi suspek itu ialah menggodam maklumat pelanggan bank yang melakukan transaksi di kios-kios perbankan.
Difahamkan, sindiket hanya memerlukan sebatang pemacu pena untuk menyerap semua butiran transaksi pada komputer di kios berkenaan sebelum memindahkannya ke komputer peribadi suspek.
Suspek turut mencetak laporan polis dan salinan kad pengenalan palsu untuk dikemukakan kepada syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan kad SIM baharu.
Untuk memalsukan salinan kad pengenalan, suspek akan mengekalkan butiran peribadi mangsa tetapi gambarnya akan ditukar dengan gambar anggota sindiket.
Ia bertujuan untuk memudahkan rancangan mereka ketika pihak bank menghantar kod pengesahan transaksi (TAC) setiap kali mereka melakukan pemindahan wang dari akaun mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan ketika mendedahkan perkara ini berkata, sindiket bergiat di negara ini sejak awal tahun dan memilih kios bank yang kurang diawasi untuk mencuri data pelanggan.
Katanya, suspek dikesan menggunakan perisian khas yang dimuat turun dari Internet.




“Selepas mendapat segala data mangsa seperti nombor akaun, kata laluan dan butiran peribadi, suspek akan mencetak sendiri laporan polis dan salinan kad pengenalan untuk dikemukakan kepada syarikat telekomunikasi kononnya telefon bimbit mereka hilang atau disamun.
“Ia dilakukan kerana setiap transaksi memerlukan pengesahan termasuk mendapatkan TAC dari pihak bank yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas ke telefon bimbit mangsa,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya lagi, syarikat telekomunikasi kemudian akan membatalkan kad SIM lama dan menggantikannya dengan yang baharu dan menggunakan nombor yang sama.
Menurut Syed Azizan, sebelum itu, anggota sindiket akan menyamar sebagai kakitangan syarikat komunikasi untuk menghubungi mangsa dengan mengatakan perkhidmatan akan tergendala selama dua jam untuk kerja menaik taraf. Kesempatan itu akan digunakan untuk memindahkan wang mangsa ke akaun suspek.
“Dengan cara demikian, mangsa tidak akan mengetahui yang suspek sedang membuat transaksi menggunakan akaun mereka kerana TAC yang dihantar akan pergi ke telefon bimbit suspek,” katanya.

Jururawat gempal kaki kelentong



NORIDA menunjukkan laporan polis yang dibuat keatas Premila yang didakwa menipunya hingga kerugian RM11,000 di Sungai Puyu, Butterworth semalam.



BUTTERWORTH - Macam-macam cara orang menipu. Dalam kejadian di Sungai Puyu dekat sini, seorang wanita kerugian RM11,000 apabila mendakwa diperdaya jururawat peribadi arwah ibunya yang menghidap kencing manis.
Norida Abdul Rahim, 50, mendakwa, kejadian itu berlaku sebaik dia mendapatkan khidmat jururawat bergelar Premila, 20-an, selepas dicadangkan oleh seorang kakitangan Hospital Seberang Jaya awal Januari lalu.
Dakwanya, mereka sekeluarga pada mulanya senang dengan tingkah laku wanita tersebut memandangkan dia cepat mesra, bermulut manis dan mengambil berat terhadap ibunya walaupun dikenakan caj rawatan yang tinggi. Ibu Norida telah meninggal dunia Jun lalu.


PREMILA didakwa memperdaya Norida.


"Premila yang berbadan gempal merupakan pemilik sebuah pusat kejururawatan di sini. Dia begitu baik dan mesra dengan saya sekeluarga.
"Bagaimanapun, tidak sampai sebulan, dia minta pinjam RM4,500 dengan alasan bapanya sakit jantung dan berjanji membayarnya selepas Tahun Baru Cina tetapi tidak dilunaskan," ceritanya.
Tambahnya, tidak cukup dengan itu, Premila yang pandai bermuka-muka memberitahu yang dia mengenali orang dalam di syarikat automotif BMW di Kanada lalu mencadangkan supaya anak lelaki Norida dihantar mengikuti latihan sambil bekerja di sana.
Menurut Norida, Premila turut berjanji untuk membiayai perjalanan Norida sekeluarga ke sana dan menguruskan proses dokumentasi tetapi perlu membayar RM3,000 sebagai ikatan (bon) pengesahan kepada syarikat itu.


SALINAN surat palsu yang diterima Norida mengatakan anaknya diterima menyertai latihan sambil bekerja di syarikat BMW, Kanada.


"Kami sekeluarga telah mengadakan kenduri kesyukuran selain memohon cuti selama seminggu untuk ke sana. Sebagai tanda terima kasih, saya belikan iPhone kepadanya," katanya lagi yang mendakwa memberi RM4,000 lagi kepada suspek sebagai pinjaman.
Bagaimanapun katanya, dia mula ragu-ragu apabila melihat surat tawaran yang beralamat di Kajang itu mempunyai beberapa kesilapan dalam ejaan.
"Tembelang Premila pecah apabila saya mengetahui yang tawaran itu tidak wujud selepas menghubungi Bahagian Sumber Manusia BMW Motors Malaysia pada 13 April lalu," katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas pada 18 April lalu.
Ujar Norida, dia telah menghentikan khidmat Premila sejak April lalu selepas gagal mendapatkan wangnya semula dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika didekati wanita tersebut.

Remaja koma meninggal dunia

PADANG BESAR – Seorang remaja yang koma selama 33 hari selepas didakwa dibaling dengan topi keledar oleh dua anggota polis di Kampung Felcra Lubuk Sireh, Chuping, Perlis bulan lalu meninggal dunia semalam.
Muhammad Solihin Che Kassim, 14, disahkan meninggal dunia pukul 7.40 pagi di Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
Bagaimanapun, jenazah Muhammad Solihin terpaksa ‘ditahan’ di HTF kerana mereka tidak mempunyai pakar untuk melakukan bedah siasat. Difahamkan, bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar hari ini.
Bapa mangsa, Che Kassim Darus, 49, berkata, dia terkilan setiap kali menggenangkan nasib anaknya itu dan bertambah sedih apabila pengkebumian remaja itu terpaksa ditangguh pula.
“Kami datang nak ambil dia (Solihin) untuk dikebumikan dengan aman tetapi dihalang kerana bedah siasat,” luahnya ketika ditemui di Kampung Felcra Lubuk Sireh, di sini semalam.

Wira tidak didendang dihargai



PENERIMA anugerah OYA (dari kiri di barisan depan) Choo Tang, Phooi Khuan, Chong Suan, Jobal, Rinong, Bak Hooi Lin (isteri mendiang Kim Koon) dan Mohd. Asmarudin Awang (wakil Azizul) di Kuala Lumpur semalam. Han Besou tiada dalam gambar kerana tidak hadir.



KUALA LUMPUR – “Saya menghargai nyawa. Disebabkan itu, saya tidak teragak-agak untuk menyelamatkan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan walaupun melibatkan hidup atau mati saya.”
Demikian tegas Tey Chong Suan, 74, yang telah menyelamatkan nyawa Mohd. Amiruddun Mohd. Tajid, 12, ketika dia lemas semasa cuba membantu sepupunya, Mohd. Hafiz Manan, 11, yang tergelincir dalam sebatang terusan di Muar, Johor pada Jun lalu.
Katanya, dia tidak akan mengabaikan orang yang memerlukan bantuan kerana percaya itu adalah tanggungjawabnya ketika sesuatu kejadian itu berlaku.
Berkongsi mengenai pengalamannya, Chong Suan berkata, dia juga pernah menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang cedera parah akibat kemalangan pada 1973.
“Pengalaman itu menyebabkan saya terus bersemangat membantu mereka yang memerlukan bantuan,” katanya selepas menerima Anugerah Atasi Segala-galanya F&N (OYA) di sini semalam.
Pada majlis itu, dia bersama enam lagi penerima anugerah OYA membawa pulang sijil, plak, produk F&N serta wang bernilai RM5,000.
Sementara itu, Jonathan Jobal, 14, menerima anugerah di atas keberaniannya menyelamatkan dua orang sepupunya dalam satu kebakaran rumah pada Januari lalu.

No comments:

Post a Comment