Sunday, September 11, 2011

MACAM2 KES...OK KE KEADAAN DIMALAYSIA...ADAKAH AGAMA MENJADI PEGANGAN HIDUP...MEDIA2...TAK MAMPU MENDIDIK JADI BAIK DAN TAKWA...JANGAN PULA KITA TEMPAT MENGADU DOMBA DAN TEMPAT MENFITNAH JUGA MEMBURUK2KAN PERIBADI SESEORANG...SEDANGKAN KITA TAK ADA SIKIT TERCALAR KENA PELURU....LAHIR JE...SENANG SERTA HIDUP MEWAH...

Tokoh ‘ikan bilis’

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

IPOH: “Mat Indera hanya tokoh ‘ikan bilis’ dalam Parti Komunis Malaya (PKM), malah beliau terlalu kecil untuk diangkat sebagai wira sebenar peristiwa Bukit Kepong,” kata tokoh ilmuan sejarah negara yang juga Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Ramlah Adam.
Dr Ramlah berkata demikian dalam Wacana Merdeka anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) bertajuk ‘Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar’ yang berlangsung selama hampir empat jam di Auditorium Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), petang semalam.

Wacana ilmu dihadiri lebih 500 ratus orang itu turut menampilkan seorang lagi tokoh sejarah negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim serta bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dan bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Yuen Yuet Leng.
Majlis ilmu dipengerusikan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian. Keempat-empat panel bersetuju bahawa wira sebenar yang perlu dikenang dan dicanang dalam tragedi berdarah itu adalah 25 nyawa yang terkorban termasuk Ketua Balai Polis Bukit Kepong, Sarjan Jamil Shah serta 16 anggota polis lain bersama empat pegawai kampung dan seorang isteri serta tiga orang anak mereka.

Memulakan wacana, Hanif menyifatkan 25 nyawa yang terkorban itu adalah wira sebenar peristiwa hitam itu kerana sanggup mempertahankan balai polis mereka sehingga ke titisan darah terakhir.

“Cuba kita bayangkan, 18 anggota polis, tiga polis bantuan, empat pengawal kampung berserta 13 isteri dan anak masing-masing terkepung dan dihujani oleh peluru tembakan dari 200 laras senjata api segerombolan askar komunis yang kejam.

“Mereka bertahan selama lima jam menangkis serangan itu tanpa menyerah kalah sehingga akhirnya mereka rentung dalam kebakaran. Jadi saya mahu bertanya kepada anda semua, siapa wira sebenar?,” katanya.

Sementara itu, Dr Khoo berkata, anggota polis dan keluarga yang diserang 200 komunis itu bukan mempertahankan pihak British, sebaliknya Tanah Melayu pada masa itu masih berada di bawah kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Riwayat cinta

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

KENANGAN...Faizal dan Zuzziana ditemui terbaring berpelukan.
KENANGAN...Faizal dan Zuzziana ditemui terbaring berpelukan.
SEREMBAN: Kecewa apabila cinta dihalang keluarga, sepasang kekasih nekad minum racun menyebabkan seorang lelaki maut manakala teman wanitanya kini koma di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di sini.
Dalam kejadian jam 8 pagi semalam di rumah di Taman Bunga Sejati, Nyatoh, Rantau, di sini, Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, ditemui kritikal.
Seorang jiran, Suthir Baba, 26, menemui pasangan kekasih itu dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih.

Suthir berkata, dia menyedari kejadian itu ketika pulang dari bekerja jam 8.20 pagi selepas melihat wanita membuka pintu pagar dan kemudian masuk semula ke dalam rumah.


Menurutnya, selang beberapa minit dia terdengar bunyi orang bernafas kuat dari dalam rumah itu sebelum dia dan seorang lagi jiran meninjau untuk melihat apa yang berlaku.

Identiti mayat dikenal pasti



AMPANG: Identiti mayat remaja perempuan yang ditemui hampir 80 peratus badannya terbakar berhampiran loji kumbahan Lembah Jaya, di sini, Isnin lalu, sudah dikenal pasti selepas bapa mangsa tampil membuat laporan polis Rabu lalu.
Difahamkan, bapa mangsa berbuat demikian selepas membaca laporan akhbar mengenai berita penemuan mayat berkenaan sebelum mengesahkan anting-anting dan pakaian ditemui pada mayat itu milik anaknya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata keluarga mangsa sudah membuat pengecaman dan menuntut mayat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini semalam.
Beliau berkata, menurut laporan bapanya, mangsa yang berusia 19 tahun pelajar kolej swasta di Selayang dan keluar rumah kira-kira jam 8 malam, Ahad lalu.

“Mangsa meminta kebenaran untuk keluar sebentar dan memberitahu ingin bertemu rakannya, namun tidak pulang ke rumah hingga Rabu lalu.

“Bapanya yang berusia 50-an membuat laporan kira-kira jam 8.30 pagi di Balai Polis Setapak,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Selasa lalu, Harian Metro melaporkan penemuan satu mayat gadis dalam keadaan terlentang manakala 80 peratus badannya terbakar di Kampung Lembah Jaya Utara, di sini.


Dibunuh enggan pinjamkan RM50



BRICKFIELDS: Hanya kerana enggan meminjamkan RM50 kepada rakan sekerja yang juga rakan sekampungnya di Madura, Indonesia, seorang buruh binaan mati dibunuh di sebuah rumah yang diubah suai di Taman Tan Yew Lai, di sini, tengah hari semalam.
Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika pekerja lain berada di masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata polis menerima maklumat kejadian kira-kira jam 3 petang.
“Menurut saksi, tiga daripada mereka pergi menunaikan solat Jumaat sebelum menemui mangsa di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Wan Bari berkata, seorang lagi pekerja yang menghilangkan diri kini diburu polis dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Diculik 12 jam

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 45 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dikurung dua lelaki lebih 12 jam di sebuah rumah di Pandan Jaya, dekat sini, kelmarin.
Dia yang menjalankan perniagaan keluarga diculik kira-kira jam 8 malam, Rabu lalu di hadapan rumahnya di Kajang, dekat sini.

Sebaik diculik, seorang suspek berusia 30-an menghubungi keluarga mangsa meminta tebusan RM500,000 dan mendakwa kegagalan menyediakan wang berkenaan akan menyebabkan mangsa dibunuh.
Biarpun panik dengan ancaman berkenaan, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis sekali gus membolehkan kerjasama dirancang untuk menjerat penculik selain menyelamatkan mangsa.

Menurut sumber, rundingan dilakukan berjaya mengurangkan tebusan sebanyak RM200,000 selain mendedahkan lokasi pertukaran antara mangsa dan wang yang bakal dilakukan di sebuah taman perumahan di Pandan Jaya, Ampang, dekat sini.

Sumber berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang mengesan lokasi tebusan mengepung kawasan rumah berkenaan sejak jam 7 malam, kelmarin.

“Suspek yang menaiki sebuah kereta tiba di rumah berkenaan kira-kira jam 9 malam. Namun, selepas mangsa dibebaskan, pasukan polis terus menahan suspek,” katanya.

Suspek yang ditahan dan mangsa yang diselamatkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Difahamkan, keterangan mangsa sudah dirakam pihak berkuasa sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Katanya, seorang lagi suspek masih diburu pihak berkuasa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob ketika dihubungi, memberitahu pihaknya menerima laporan mengenai penculikan itu namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, satu sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK), oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Mohd Adnan Abdullah, berhubung kejayaan pihak polis menyelamatkan mangsa culik itu pada minggu hadapan.

Lelaki gila talak mengamuk tak henti



SUNGAI PETANI: “Mai (mari) ambil gambaq (gambar) saya cepat! Mai ramai-ramai ambil gambaq!” kata lelaki berusia 37 tahun kepada sekumpulan wartawan dan jurugambar selepas dia ditahan polis kerana tiba-tiba mengamuk selepas bekas isterinya enggan merujuk kembalinya dengannya, kelmarin.
Dalam kejadian di Kampung Teluk Wang Besar, Sungai Pasir, di sini, lelaki itu ditahan pada jam 9.50 malam selepas mengamuk sejak jam 3.30 petang dengan merampas senapang patah dan sejumlah peluru milik bapanya selain mengugut mencederakan tiga anaknya yang berusia lima hingga 10 tahun jika bekas isterinya itu enggan kembali rujuk dengannya.

Difahamkan, mereka berpisah lebih setahun lalu dan isterinya yang berusia 30-an itu kini menetap di Perlis. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, lelaki itu mengalami tekanan perasaan selepas bekas isterinya enggan kembali rujuk menyebabkan bekas pengawal keselamatan sebuah kilang di Bakar Arang di sini, itu tiba-tiba naik angin petang kelmarin.
“Bapa suspek juga sempat menyelamatkan tiga anak suspek yang berada dalam rumah itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam kelmarin.

Katanya, selepas itu suspek berkurung dalam rumah berkenaan dan usaha memujuknya selama lebih dua jam gagal menyebabkan anggota keluarganya menghubungi polis.

Difahamkan, suspek kecewa kerana dia sudah dua kali ke pejabat agama bagi mengambil borang untuk proses rujuk, tetapi tidak dilayan wanita itu. Difahamkan, pasangan itu bercerai kerana wanita itu tidak tahan dengan sikap panas baran suspek.

Polis yang tiba jam 5 petang, mengepung rumah suspek selain mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya suspek bertindak di luar dugaan. Selain itu, bekas isterinya turut dibawa dari Perlis dalam usaha memujuknya supaya menyerah.

Ong berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut dan polis turut merampas selaras senapang patah yang tidak berisi peluru dan sejumlah peluru daripada lelaki itu. Kes disiasat mengikut Akta Senjata Api.


Sejarah hitam

Oleh Azri Onn Othman
hmkk@hmetro.com.my

LABUAN: “Bukan niat kami adik-beradik tidak mempedulikan ayah, tetapi ada sejarah hitam dilakukannya menyebabkan kami sukar memaafkannya.
“Akibat perbuatannya itu dia dimasukkan ke penjara, tapi selepas keluar penjara dia mengulangi semula perbuatannya itu,” kata seorang perempuan mendakwa anak kepada Wahid Hussin, 71.

Kisah Wahid disiarkan Harian Metro semalam selepas dia mendakwa diabai dan dibuang tujuh anaknya di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, Rabu lalu.

Wanita enggan dirinya dikenali mendakwa mewakili adik-beradik lain iaitu empat perempuan dan tiga lelaki turut kecewa sikap adik Wahid, Alias Hussin, 60-an.


Katanya, Alias tidak menjelaskan perkara sebenar dan membuat fitnah serta sengaja memburuk imej mereka.


Mangsa ragut kena seret



SUBANG JAYA: Seorang wanita terseret beberapa meter ketika melawan peragut yang cuba merampas beg tangannya ketika dia menuju ke keretanya di Jalan Persiaran Kewajipan, di sini, Rabu lalu.
Ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 29 tahun sedang berjalan ke keretanya untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun, ketika menghampiri keretanya, tiba-tiba muncul sebuah motosikal ditunggangi dua lelaki dari arah belakang terus merampas beg tangannya.
Menurut sumber, mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit cuba melawan dan enggan melepaskan beg tangan itu.

“Ia menyebabkan lelaki terbabit bertindak merentap kuat beg berkenaan dan pada masa sama rakannya memecut laju motosikal ditunggangi mereka.

“Akibatnya, mangsa terjatuh dan terseret beberapa meter di atas jalan sebelum akhirnya melepaskan beg tangannya itu,” katanya.

Dirodok kerana tolong kawan



KUALA LUMPUR: Niat mulia seorang lelaki membantu rakannya yang dipukul enam ‘samseng’ di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, di sini membawa padah apabila dia ditikam tiga kali menyebabkan mangsa koma selama dua hari dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kejadian kira-kira jam 11 malam, 7 Julai lalu itu menyebabkan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Shakir, 23, dirawat di PPUM selama seminggu selepas ditikam di belakang, kepala dan kaki.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya dilaporkan kepada polis kelmarin selepas dinasihatkan berbuat demikian.
“Saya lambat membuat laporan kerana tidak mahu memperbesar perkara ini, namun atas nasihat abang ipar yang bimbangkan keselamatan, saya akur dan membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, dalam kejadian itu, dia pada mulanya mahu membantu rakan yang dipukul enam lelaki termasuk empat pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun dan dua lagi berusia 20-an.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan dia turut dibelasah kumpulan lelaki itu.

Katanya, akibat pukulan dan tendangan enam lelaki itu, dia dan rakannya terjatuh, tetapi nasibnya lebih malang apabila seorang daripada mereka yang memegang pisau kerambit bertindak menikamnya di kepala, belakang dan kaki.

“Saya pengsan dan hanya tersedar selepas dua hari dirawat di PPUM.
“Rakan saya hanya cedera ringan,” katanya yang membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Sungai Besi.

No comments:

Post a Comment