Monday, October 3, 2011

BILA PENGUATKUASA UNDANG2 ALLAH...DINAFIKAN...TAK YAKIN UNDANG2 ALLAH BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT MASYARAKAT....SEBAB DIJAJAH MEREKA YAKIN UNDANG2 PENJAJAH LEBIH BAIK...JIKA PERIKTIKAD BEGINI MAKA ROSAKLAH IMAN@AKIDAH...MAKA BERJAYALAH MUSUH2 UNTUK MEMESONG IMAN ORANG ISLAM.....

Titisan darah kesan suspek

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Shahrul Ridzuan Zulkifli
am@hmetro.com.my

TAHAN...suspek ditahan selepas mengaku membuang bayinya.
TAHAN...suspek ditahan selepas mengaku membuang bayinya.
KEJAM ...anggota polis mengangkat mayat bayi yang dicampak dari tingkat dua  flat.
KEJAM ...anggota polis mengangkat mayat bayi yang dicampak dari tingkat dua flat.
GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam.
Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.
Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.

Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.


Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang.



Bayi dalam beg belakang hotel



KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan masih hidup dan bertali pusat ditemui diletakkan dalam beg di belakang sebuah hotel di Jalan Ipoh, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, seorang lelaki tempatan yang melalui kawasan berkenaan menemui bayi itu sebelum memaklumkan kepada seorang jururawat sebuah klinik swasta berhampiran.

Jururawat itu mengambil bayi berkenaan dan dirawat oleh seorang doktor di klinik berkenaan sebelum dibawa ke Balai Polis Sentul untuk membuat laporan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaan badannya yang masih kotor dan berdarah.

“Siasatan awal mendapati bayi terbabit mungkin milik pekerja asing dari Myanmar yang tinggal di kawasan berkenaan,” katanya.

“Bagaimanapun, suspek masih lagi dikesan kerana belum ada saksi tampil memberikan maklumat,” katanya.

Hantuk kepala kekasih putuskan hubungan



KUALA LUMPUR: Angkara hubungan cinta yang terputus, seorang lelaki yang bagaikan dirasuk bertindak kejam menghantuk kepala bekas teman wanitanya ke dinding, memukul, malah mengugut mahu mencampakkan mangsa ke dalam kolam gara-gara wanita itu enggan meneruskan semula hubungan.
Sebelum kejadian, suspek berusia 30-an bersemuka dengan mangsa di tempat kerjanya di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.

Dalam pertemuan itu, suspek gagal memujuk mangsa menyebabkannya berang sebelum memarahi wanita itu ketika mereka bertemu di tepi kolam hotel berkenaan.
Menurut sumber, tidak tahan dengan maki-hamun bekas teman lelakinya, mangsa cuba beredar, namun tidak sempat apabila dihalang suspek yang kemudian terus memukul kepalanya.

“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa cuba menyelamatkan diri dengan meminta pertolongan, namun sekali lagi suspek bertindak ganas dengan menampar muka dan menarik rambut sebelum mangsa dihantuk ke dinding bangunan hotel itu,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek mengugut mahu mencampakkan mangsa ke dalam kolam jika enggan meneruskan semula hubungan.

“Tidak tahan diperlakukan sedemikian, mangsa menjerit meminta tolong dan jeritan itu didengari pekerja lain yang kemudian bergegas ke tempat kejadian.

“Panik melihat kehadiran rakan sekerja mangsa, suspek melarikan diri,” katanya.
Mangsa yang cedera di kepala, muka dan lebam di badan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Tak mampu beli susu anak OKU



SEREMBAN: Seorang ibu tunggal terpaksa memberikan anaknya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), minum air bercampur susu cair bagi menggantikan susu formula akibat kemiskinan hidup.
Laila Wati Omar, 44, berkata anaknya, Nurul Nur Iqmazatul Iqma Abd Manap, 13, yang mengalami kecacatan sejak lahir terpaksa minum air yang dicampur dengan susu cair kerana kekangan hidup dialaminya.

“Saya mengakui mendapat bantuan sebanyak RM400 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal, namun jumlah berkenaan tidak mencukupi kerana saya tidak mampu bekerja selepas terbabit dalam kemalangan dua bulan lalu. “Hati ini sedih melihat Nurul Nur Iqmazatul Iqma terpaksa minum air dicampur susu cair walaupun sepatutnya dia diberikan susu formula, namun hanya itu yang mampu saya lakukan,” katanya yang juga ibu kepada enam anak berusia antara tujuh hingga 22 tahun ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Jalan Jelebu, Ampangan, di sini, semalam.
Menurutnya, Iqmazatul cacat sejak dilahirkan dan mengalami kekejangan urat saraf menyebabkan dia tidak mampu berjalan atau duduk serta hanya mampu minum susu atau bubur yang dimasukkan ke dalam botol susu.

Laila berkata, dia yang dulunya menampung keluarga dengan membuat kuih terpaksa berhenti kerana tidak mampu melakukan sebarang kerja selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan tangan sebelah kirinya tidak berfungsi dengan baik.

“Saya pernah cuba untuk bekerja dengan melakukan tugas ringan tetapi ternyata tidak mampu akibat dari kesan kemalangan dua tahun lalu dan kini hanya duduk di rumah, tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya.

Terjun sungai tutup aib

Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my

SERIAN: Seorang ibu kepada tiga anak berusia antara 18 bulan dan 10 tahun, dikatakan sempat melambai kepada rakan sebelum nekad terjun ke dalam sungai hanya beberapa minit selepas menceritakan masalah peribadi dihadapi dalam kejadian di Sungai Serin, dekat Kampung Panchor Sungai Bari, petang kelmarin.
Sambil menitiskan air mata, mangsa, Winni Friday, 30, memanjat sebatang pokok di tebing sungai dan melambai ke arah rakannya berusia 15 tahun sebelum terjun, kira-kira jam 3.30 petang.

Suri rumah berkenaan yang sudah berumah tangga dipercayai bertindak demikian akibat kecewa selepas teman lelaki enggan bertanggungjawab terhadap anak luar nikah yang dikandung hasil hubungan terlarang Seorang saksi berusia lingkungan 50-an yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian mangsa mengajak seorang rakan wanita ke sebuah kebun berhampiran sungai berkenaan dan menceritakan masalah peribadi dihadapi.
“Mangsa duduk di tebing sungai sambil menceritakan hubungan sulitnya dengan seorang lelaki sehingga mengandung anak luar nikah kepada remaja berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa memberitahu kekasihnya enggan bertanggungjawab walaupun sudah acap kali didesak menyebabkan wanita terbabit kecewa sebelum mengambil tindakan nekad itu,” katanya.

Walaupun dipujuk rakan, mangsa dikatakan nekad mengugut untuk menarik rakannya sama ke dalam sungai itu jika cuba mengulangi pujukan itu.

“Mangsa memanjat sebatang pokok di tebing sungai berkenaan sebelum terjun dan rakannya yang panik bergegas mendapatkan bantuan penduduk kampung,” katanya.

Katanya, mangsa turut meninggalkan nota terakhir yang menjelaskan tindakannya termasuk hubungan sulit dengan seorang lelaki tidak dikenali selain telefon bimbit di tepi pokok terbabit.
Difahamkan, suaminya bekerja sebagai buruh di Johor.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Siburan, Hashim Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

“Hari ini (semalam) adalah hari kedua operasi mencari dan menyelamat mangsa dan buat masa ini, kami masih belum menemuinya,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi berkata, mangsa dipercayai membunuh diri akibat tidak tahan masalah dihadapi.

Beliau berkata, polis turut menemui nota yang dipercayai menceritakan masalah dihadapi.

Hotel di dalam hutan menanti pembeli



HOTEL Balsams Grand Resort di Dixville Notch, New Hampshire, Amerika Syarikat kini mencari pemilik baharu.



DIXVILLE NOTCH, New Hampshire - Sebuah hotel berusia hampir 150 tahun yang terletak di dalam hutan di sini kini menanti pembeli sejak ia mula berada dalam pasaran untuk dijual pada Julai tahun lalu.
Hotel Balsams Grand Resort yang ditutup pada 14 September lalu itu mempunyai padang golf dan boleh memuatkan 400 tetamu.
Ahli lembaga pengarah hotel itu kini mencari pemilik baharu yang boleh memodenkan hartanah tersebut kerana ia tidak pernah mengalami sebarang kerja-kerja pengubahsuaian besar sejak awal tahun 1900-an.
Hotel itu milik keluarga Tillotson sejak tahun 1954 yang terkenal kerana melabur dalam industri getah.
Namun, ia kini mengalami kerugian sejak beberapa tahun lalu.
Hotel itu menggunakan tenaga wap panas yang dijana oleh sebuah loji biojisim yang pernah digunakan untuk menjana kilang milik Tillotson yang terletak dekat dengan hotel tersebut.
"Ia adalah kos terbesar kami selain kos buruh, ia menyebabkan kami sukar bersaing sebagai sebuah hotel. Adalah sukar untuk mendapat pulangan modal apabila kos tenaga anda begitu tinggi," kata presiden dan pengurus besar hotel tersebut, Jeff McIver.
Hotel itu mengalami kerugian selama bertahun-tahun dengan aset yayasan keluarga tersebut digunakan untuk menampung kos operasinya. - Agensi

Mati celah pintu

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa. Gambar kecil, Hue.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa. Gambar kecil, Hue.
SEREMBAN: Seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai terperangkap di ruang antara jeriji besi dan pintu utama di tingkat tiga pejabatnya di Jalan Yam Tuan, di sini, semalam.
Ketika kejadian, mangsa, Hue Wan Ching, 79, yang dikatakan tinggal berseorangan di bilik pejabat itu sejak 30 tahun lalu sebagai penjaga bangunan itu ditemui dalam keadaan terbaring.
Difahamkan, dalam kejadian jam 11 pagi, mayat wanita terbabit ditemui dalam keadaan berulat dan busuk itu berbungkus langsir dipercayai dijadikan selimut ketika sejuk.

Sumber berkata, wanita itu dipercayai membuka pintu dan keluar sebelum pintu pejabat itu tiba-tiba tertutup, manakala tombol pintu terkunci dari dalam.


“Mangsa kemudian terperangkap antara ruang itu dan mungkin mati akibat kelaparan dan kesejukan, malah dia juga mempunyai sejarah sakit jantung.


Beli ‘khadam’ dalam talian

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop, Muhammad Saufi Hassan dan Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
am@hmetro.com.my

KARUT...antara barangan yang dijual dalam laman web terbabit.
KARUT...antara barangan yang dijual dalam laman web terbabit.
KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan RM100 hingga RM300, sebuah laman web kini dikesan cuba mempromosi ajaran khurafat kepada sesiapa saja yang berkeinginan untuk memiliki ilmu kebatinan seperti ilmu tujuh silat ghaib, kebal, berjalan atas air, ilmu khadam dan beberapa ilmu lain tanpa perlu melalui proses pertapaan dan latihan selama bertahun-tahun.
Setiap ilmu yang ingin dipelajari mempunyai harga yang sudah ditetapkan, asalkan pelanggan sanggup membayarnya dan segala ilmu yang dihajati akan diperturunkan, tetapi peliknya hanya melalui panggilan telefon pada waktu tertentu di samping menyediakan bahan termasuk kemenyan, limau nipis dan air telaga.

Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh untuk mendapatkan ilmu yang ditawarkan laman web itu. Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari, berkata orang ramai usah terpedaya dengan ilmu ditawarkan laman web terbabit kerana ia boleh memesongkan akidah.
Katanya, meminta pertolongan atau berdamping dengan khadam hukumnya haram di sisi syarak dan bertentangan ajaran Islam.

“Tindakan seseorang itu kononnya jika ilmu itu ingin berjaya perlu mendirikan solat dan berzikir satu tindakan untuk mengaburi mata orang ramai termasuk menghalalkan helah mereka sedangkan itu bertentangan dengan Islam.

“Solat dan zikir ialah cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah, bukan satu cara untuk berdampingan dengan khadam sedangkan manusia tidak layak memohon pertolongan daripada jin kerana itu akan menambahkan kesombongan mereka,” katanya mengulas mengenai ilmu ditawarkan laman web terbabit. Selain pelbagai ilmu kebatinan, laman web itu turut menawarkan pelbagai barangan yang dikatakan mempunyai khasiat tersendiri seperti geliga lipan yang ditawarkan dengan harga RM10 juta, keris berdiri (RM80,000), minyak pengasih (RM450), minyak pengasih lidah jin yang dikatakan hanya ada sembilan botol di dunia ini yang dihantar melalui alam bunian oleh jin (RM300), minyak air mata bunian untuk penunduk dan pengasih (RM300), minyak harimau putih yang dikatakan mampu menggerunkan musuh pemakainya (RM250) dan beberapa koleksi barangan tembaga dan koleksi senjata lama pada harga yang tertera pada laman web itu.

Penganjur laman web itu ketika dihubungi Harian Metro berkata, bukan semua individu yang ingin ilmu yang dihajati akan berjaya kerana ia bergantung kepada keazaman seseorang.

“Seseorang yang mahu memiliki ilmu kebatinan ini perlu menghadapi beberapa peringkat ujian yang akan diuji khadam digelar Penghulu Lengkia selama tujuh hari. Hanya mereka yang berjaya melepasi ujian selama seminggu itu akan dikurniakan ilmu yang diinginkan.
“Lebih penting, individu itu perlu menjaga solat dan mengamalkan zikir Asma’ Husna sepanjang proses pembelajaran itu bagi memastikan ia berjaya,” katanya.

Mengulas kenyataan itu, Abdul Malek berkata, manusia sebaik-baik ciptaan dan lebih sempurna daripada jin. Justeru manusia hendaklah memohon bantuan dan pertolongan hanya daripada Allah dan tidak ada pihak lain yang layak.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Silat Gayong Malaysia, Datuk Adiwijaya Abdullah ketika dihubungi berkata, tiada istilah belajar silat secara ghaib kerana ilmu itu perlu dipelajari secara fizikal untuk satu tempoh tertentu sebelum individu berkenaan mahir dalam sesuatu disiplin ilmu itu.

“Saya berpendapat ilmu kebatinan atau pengisian silat secara ghaib ini mustahil dan tidak mungkin akan berlaku tanpa pembabitan pihak ketiga atau menggunakan khidmat jin bagi tujuan tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju, berkata mereka yang menggunakan laman web itu untuk mendapatkan sebarang ilmu bertentangan dengan etika persilatan dan bimbang jika orang ramai berpendapat ia berkaitan dengan dunia persilatan.

“Sedangkan Nabi Muhammad yang bersifat maksum cedera ketika Perang Badar, apatah lagi kita manusia biasa yang sering melakukan dosa dan maksiat boleh memiliki ilmu seperti itu,” katanya.

Berang kalah lawan ayah

Oleh Azahar Hashim
am@hmetro.com.my

KULIM: Hanya kerana ditegur berikutan sikapnya suka berfoya-foya, seorang lelaki berusia 30-an bertindak luar batasan apabila menyerang bapanya dengan parang dalam kejadian di Kampung Baru Air Merah, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki terbabit bertengkar dengan bapanya yang berusia 60 tahun sebaik dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Berikutan itu, berlaku pergelutan antara mereka dan dalam pergelutan itu, suspek terjatuh dan luka di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata suspek yang berang akibat kecederaan itu mencapai parang dalam rumah itu sebelum cuba menetak bapanya.


“Melihatkan keadaan semakin berbahaya, bapanya terus melarikan diri lalu meminta pertolongan daripada jiran yang terkejut dengan pergaduhan itu,” katanya di sini, semalam.

Kelibat makhluk dalam dewan

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

TUMPAT: “Anak saya memberitahu, dia tergamam dan menggeletar sebaik melihat satu lembaga besar memerhatikannya ketika di dalam dewan peperiksaan semalam.
“Selepas menjerit ketakutan, anak saya pengsan sebelum dibawa mendapatkan rawatan oleh guru,” kata Rozali Abdul Rahim, 46, bapa kepada Sara, 11, yang diserang histeria di sekolahnya jam 10 pagi semalam.

Rozali berkata, ketika kejadian, anaknya yang belajar di Tahun Lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Pengkalan Kubor 1 sedang menduduki peperiksaan penggal akhir tahun bersama beberapa rakannya sebelum tiba-tiba menjerit ketakutan.

Katanya, selain anaknya, kira-kira 10 lagi murid di dalam dewan itu turut menjerit seolah-olah ternampak sesuatu yang menakutkan sebelum tidak sedarkan diri.


“Nasib baik dia dapat dipulihkan dengan bantuan pengamal perubatan tradisional yang didatangkan dari Pengkalan Chepa,” katanya, semalam.

No comments:

Post a Comment