Saturday, October 8, 2011

MASALAH NAK BERCERAI MUNGKIN SUSAH...LAGI SUSAH DIAKHIRAT JIKA PENCERAIAN TAK BENARKAN OLEH SYARAK...KERANA JIKA BERCERAI TANPA SEBAB DIBENARKAN OLEH SYARAK....WANITA ITU TAK BOLEH CIUM SYURGA....

Pegawai SPRM jadi perompak



Aziz (ditutup muka) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sepang semalam atas tuduhan merompak.



SEPANG – Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas sembilan pertuduhan termasuk merompak, bersubahat dan menyembunyikan rancangan jenayah terhadap tiga pengurup wang yang kerugian wang berjumlah hampir RM1 juta pada September lalu.
Tiga tertuduh ialah S. Vijayarao, 33, Wan Elfie Shafizy Wan Ahmad, 30, dan Aziz Jaafar, 48. Kesemua mereka bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dengan Vijayarao berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya, Wan Elfie Penolong Penguasa manakala Aziz Penolong Kanan Penguasa.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa bersubahat dengan dua lagi suspek yang masih bebas merompak secara berkumpulan terhadap pengurup wang Singapura, Hameed Saadik Batcha, Abd. Rahman Mohamed Marican dan Mohamed Zakkariya Shatik sebanyak AS$300,000 (RM947,444).
Dua suspek yang masih bebas itu ialah T. Sritharan, 32, dan D. Nagarajan, 34.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu merompak dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Mereka turut didakwa bersubahat dengan Sritharan menipu kesemua mangsa dengan memperkenalkan Sritharan sebagai pegawai SPRM.
Dakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Besar, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas, Najib Zakaria dan Peter Gregory Syril.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di tandas lelaki bersebelahan Restoran Deli France, Tingkat 1, Bangunan Satellite di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada pukul 11.25 malam 15 September lalu.
Ketiga-tiga tertuduh juga didakwa sengaja menyembunyikan rancangan rompakan itu bagi memudahkan Sritharan dan Nagarajan melakukan jenayah itu.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 120 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, Mohd. Abzafree menawarkan jaminan RM100,000 dan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan menimbangkan mereka adalah pegawai SPRM manakala dua suspek masih bebas.
Bagaimanapun, Vijayarao yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM10,000 kerana dia ditahan kerja dan perlu menyara dua anak dan isteri hanya bekerja sebagai guru.

Lumpuh: Karpal menang saman RM2 juta




GEORGE TOWN - Karpal Singh (gambar) menang dalam kes saman membabitkan tuntutan ganti rugi lebih RM2 juta terhadap seorang pengurus bank, Lau Yee Fuat yang melanggar teksi dinaikinya sehingga Pengerusi DAP itu lumpuh dalam kejadian tujuh tahun lalu.
Hakim Mahkamah Se- syen, Chan Jit Li memutuskan demikian selepas mengambil kira perubahan hidup yang terpaksa dilalui oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu akibat kemalangan tersebut.
Hujah hakim itu, Karpal yang dahulunya aktif, terlibat dalam kemalangan ketika menaiki teksi yang dipandu oleh Soid Abd. Ghani ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Utama di sini.
"Kemalangan itu mengubah hidup Karpal dan mungkin jumlah diputuskan tidak memuaskan mana-mana pihak tetapi keputusan telah dibuat," kata Jit Li semasa membacakan keputusannya semalam.
Karpal memperoleh ganti rugi kerosakan am berjumlah RM380,000; kos rawatan (RM399,162.37); dua mesin lif kerusi roda (RM56,930 dan RM47,300); penjagaan rawatan selama tujuh tahun (RM212,800) dan ubat-ubatan (RM12,998.06).
Jit Li turut mengarahkan Karpal dibayar rawatan susulan berjumlah RM378,000, kenderaan khas (RM276,141,52), penjagaan rawatan (RM135,808), pembedahan susulan (RM66,666), kerusi roda (RM40,170) dan perbelanjaan perjalanan (RM11,951,98).


Belanja teh tarik sebelum samun

KLANG – Tiga penjenayah layak digelar penyamun sengkek apabila tergamak melarikan barang kemas dan wang RM400 milik sepasang suami isteri orang kelainan upaya selepas memberi mereka minum teh tarik mengandungi bahan khayal dalam kejadian di Bukit Kuda di sini Rabu lalu.
Bukan itu sahaja, penyamun tidak berhati perut itu juga bertindak meninggalkan pasangan bisu masing-masing berusia 68 tahun itu di tepi jalan di kawasan Rawang selepas melakukan samun.
Sumber memberitahu, kejadian pukul 1 petang itu berlaku apabila pasangan itu didatangi dua wanita berusia lingkungan 20-an sejurus mereka keluar dari sebuah klinik.
Katanya, suspek kemudian mengajak mangsa menaiki kereta dan mengatakan mereka sanggup menghantar mereka pulang.
“Mangsa pada mulanya menolak ajakan tersebut tetapi akhirnya akur selepas suspek berkeras.
“Kereta yang dipandu seorang lagi lelaki kemudian menuju ke Klang sebelum berhenti di sebuah restoran di Jalan Pos Baru di sini,” katanya.
Tambahnya, mangsa kemudian diberi minum teh tarik yang telah dicampur bahan khayal menyebabkan kedua-dua mangsa pengsan.
Menurut sumber itu, mereka kemudian dibawa ke satu kawasan terpencil di Rawang sebelum suspek menyamun pelbagai barang kemas termasuk rantai perkahwinan, cincin dan anting-anting mangsa.

Bayar RM1,000 untuk bercerai


Siti Saida akhirnya bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Hasrat penyanyi Siti Nursaida Tarudin untuk bercerai termakbul apabila suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Fikri bersetuju menerima RM1,000 daripada kakak penyanyi tersohor Siti Nurhaliza itu sebagai bayaran tebus talak (khuluk) dengan talak satu.
Jumlah itu diterima dengan rela hati oleh Mohd. Ghazali 40, selepas penyelesaian yang dicari dalam tiga majlis hakam sebelum ini sejak setahun lalu tidak membuahkan hasil kerana Saida, 35, wanita yang dikahwini selama 15 tahun berkeras untuk berpisah.
Kecewa dengan tindakan Saida yang juga plaintif, Mohd. Ghazali selaku defendan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, sebaliknya menyerahkan kepada wakil hakam iaitu pegawai mahkamah untuk berbuat demikian.
Anggota badan hakam bagi pihak Mohd. Ghazali kemudian melafazkan cerai talak satu terhadap Saida, manakala wakil wanita tersebut selepas itu dilihat menyerahkan wang tunai RM1,000 kepada Mohd. Ghazali.
Bapa kepada empat anak itu bagaimanapun enggan menerima wang tersebut, sebaliknya menyerahkan wang berkenaan kepada mahkamah.
Terdahulu, Hakim Mohd. Suhaily Rosdi di Mahkamah Rendah Syariah di sini meminta kedua-dua pihak bersalaman dan bermaaf-maafan, namun bekas jurutera kaji bumi itu memberitahu ia tidak perlu.
Saida bagaimanapun terus pergi ke arah suaminya yang berdiri di hujung meja dan menghulurkan tangan, namun tidak disambut, sebaliknya defendan berkata: "Sampai hati awak buat macam tu kepada saya."
Saida yang dilihat kekok dengan situasi tersebut hanya mendiamkan diri tetapi Mohd. Ghazali ditegur hakim supaya tidak bercakap.
Sementara itu, proses cerai beberapa kali terganggu disebabkan kedegilan Mohd. Ghazali yang mahukan Saida tidak membuat tuntutan terhadap harta dan anak-anak kerana mendakwa perceraian tersebut berlaku disebabkan kecurangan wanita tersebut.
Lantaran itu, hakim menasihatkan defendan supaya memfailkan permohonan lain sekiranya tidak berpuas hati dan rasa teraniaya kerana masing-masing berhak mendapat keadilan.


Tiga pelatih Tunas Bakti hilangkan diri

TAPAH - Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan tiga pelatih sekolah pemulihan akhlak, Sekolah Tunas Bakti, Taiping yang menghilangkan diri ketika rombongan sekolah itu berhenti rehat di hentian Rehat dan Rawat Tapah di sini baru-baru ini.
Ketua Polis daerah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 7.15 petang 22 September lalu ketika bas rombongan berkenaan dalam perjalanan pulang ke sekolah selepas mengadakan lawatan ke bangunan Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Katanya, tiga remaja terbabit ialah Abu Hurairah Mohd. Safu, 16, Muhammmad Aminuddin Muhamad Razali, 15, dan Muhammad Hafizzul Mohd. Nasir, 18.
"Pihak polis telah meminta kerjasama daripada keluarga remaja-remaja ini namun sehingga kini tidak seorang pun daripada mereka yang pulang ke rumah atau menghubungi sesiapa bagi mendapatkan pertolongan.

Israel rampas tanah pusaka Badwi Arab


MASYARAKAT Badwi mengambil bahagian dalam satu protes di bandar Beersheba bagi membantah rancangan rejim Zionis untuk mengusir mereka.



BEERSHEBA, Israel - Beratus-ratus penduduk keturunan Arab Badwi melancarkan protes untuk membantah rancangan rejim Zionis mengusir 30,000 anggota komuniti mereka dari beberapa kawasan perkhemahan dan kampung di Israel.
Pada bulan lalu, Kabinet Israel meluluskan pelan untuk menempatkan semula sekitar 36 buah kampung di selatan Israel yang diduduki oleh 90,000 penduduk Badwi.
Komuniti tersebut menyatakan, tanah yang diduduki itu adalah tanah pusaka milik nenek moyang mereka yang diwarisi sejak turun-temurun.
Pihak berkuasa Israel bagaimanapun menganggap masyarakat Badwi sebagai setinggan, sekali gus enggan menyalurkan kemudahan dan prasarana asas seperti jalan raya, sekolah, klinik, air atau elektrik kepada mereka.
Bantahan tersebut berlangsung kelmarin. - AP

No comments:

Post a Comment