Sunday, October 2, 2011

SEKUFU@SETARAF MEMANG DIGALAKKAN DALAM PERKAHWINAN ISLAM..NI DISEBUT DALAM KITAB FEQAH BAB MUNAKAHAT....CUMA SEGELINTIR ISTERI WALAUPUN RENDAH PENGAJIAN..EGO JUGA MUNGKIN RASA CANTIK(TAK CANTIK MANA PUN...CUMA PERASAN JE) ...ATAU KAUM KERABATNYA KAYA...SELAIN KELILINGNYA BATU API...NI PANGGIL SYOK SENDIRI...

Akibat tidak setaraf

Oleh Rosyahaida Abdullah
rosyahaida@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Status pendidikan dan kerjaya suami yang lebih tinggi berbanding isteri akan menjamin perhubungan yang lebih harmoni, kata Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim.
Menurut beliau, di Malaysia khususnya, suami seharusnya mempunyai kelulusan mahupun taraf yang lebih tinggi bagi mempamerkan sifat kepemimpinan dalam rumah tangga sekali gus mengurangkan ego wanita berkerjaya.

“Kebanyakan kes membabitkan isteri tidak menghormati suami, mereka (isteri) sering menganggap kedudukan mereka lebih tinggi hingga dengan berani memperkecilkan serta hilang rasa hormat terhadap suami.
“Malah, apabila kedudukan mereka jauh lebih tinggi, situasi mengungkit seperti contoh merasakan dialah (isteri) yang menanggung keluarga selain berasa malu dengan taraf suami yang tidak begitu berpangkat pasti akan timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai suami yang dipukul dan dikurung isteri gara-gara permintaannya tidak dipenuhi.

Mangsa turut diherdik di khalayak ramai malah menjadi tempat isterinya melepaskan baran menyebabkan si suami mengambil keputusan untuk berpisah.

Sementara itu, penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz, berkata wujud kemungkinan kejadian itu berpunca daripada berlaku perkara yang menimbulkan kemarahan si isteri hingga lupa pada kedudukannya sebagai seorang isteri.

“Mungkin dia (isteri) mengalami tekanan disebabkan masalah tertentu antaranya suami tidak bertanggungjawab, wujud orang ketiga dan sebagainya,” katanya.

Hanya mampu lihat anak ditelan air



KOTA KINABALU: Seorang murid tahun dua maut selepas terjatuh dalam lubang yang tidak mempunyai penutup sedalam kira-kira lima meter di tepi Jalan Batu 7, Jalan Tuaran Lama, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa, Chua Soon Lee, 8, bersama ibunya, Chua Mui Tse, 30, dikatakan sedang berjalan mencari besi buruk sekitar tempat kejadian sebelum terjatuh dalam lubang berkenaan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas.

Sebelum tragedi malang itu, mangsa yang juga anak sulung bersama ibunya keluar rumah kira-kira jam 2 petang untuk mencari besi buruk, namun ketika kejadian, mangsa berada di belakang manakala ibunya berada di depan.
Menurut Chua, sebelum kejadian, dia sempat melihat anaknya berjalan sambil membaling batu ke dalam parit.

“Ketika itu, saya terus berjalan untuk mencari besi buruk sebelum tiba-tiba terdengar suara meminta tolong dari belakang. “Saya terus menoleh dan terkejut apabila mendapati anak saya tiada. Ketika itu, saya begitu takut dan terus berlari mencari suara jeritan itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam Katanya, dia terkejut apabila mendapati anaknya berada dalam lubang berkenaan dengan tangannya masih terkapai-kapai meminta tolong, namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana lubang itu terlalu dalam.

“Ketika itu, saya hanya mampu melihat tangannya terkapai-kapai meminta tolong sebelum hilang daripada permukaan air.

“Saya terus meminta bantuan orang ramai menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat meminta bantuan.

“Selepas itu, sepasukan anggota jabatan itu tiba dan menjalankan kerja menyelamat termasuk mengepam air keluar sebelum beberapa minit kemudian anak saya ditemui terbaring dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya. Katanya, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku kerana ia begitu cepat hingga tidak mampu berbuat apa-apa.
“Saya membawanya keluar untuk mencari besi buruk kerana hari ini, dia tidak bersekolah. ‘’Lagipun, semalam (kelmarin) dia meminta supaya dibelikan basikal baru bagi memudahkannya ke sekolah, namun hari ini (semalam) dia sudah tiada,” katanya sebak.

Sementara itu, Penolong Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohamad Nor Amit, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.40 petang sebelum tiba di tempat kejadian jam 3.53 petang.

3 penyamun lagak penumpang samun drebar teksi



KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi berdepan detik mencemaskan apabila disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau Rambo yang berlagak sebagai penumpang di Jalan Ipoh, di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.40 itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Zam, 49, berkata ketiga-tiga suspek menaiki teksinya di Jalan Raja Chulan dan meminta dihantar ke Kompleks Mutiara dekat Jalan Ipoh.

Menurut Zam, sebelum turun dari teksi, suspek yang berpura-pura bertanyakan jumlah tambang tiba-tiba mengeluarkan dua pisau Rambo sebelum mengacukan di leher dan perutnya.
“Mereka kemudian mengarahkan saya menyerahkan dompet serta telefon bimbit sebelum memaksa saya turun kerana ingin merampas teksi saya.

“Saya ikut saja arahan mereka kerana bimbang dicederakan. Selepas turun daripada teksi, saya menjerit meminta pertolongan dan pada masa sama enjin teksi mati secara tiba-tiba,” katanya ketika ditemui, semalam. Berang dengan tindakannya menjerit meminta tolong, suspek mengejar Zam sejauh kira-kira 50 meter namun, kehadiran anggota polis di tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang ramai menyelamatkannya apabila suspek melarikan diri.

“Saya membuat laporan di Balai Polis Sentul dan dimaklumkan semua suspek sudah ditahan oleh anggota polis peronda terbabit,” katanya yang berterima kasih kepada orang ramai dan polis yang pantas mengambil tindakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan penahanan tiga suspek berusia antara 24 dan 38 tahun.

Pegawai polis maut nahas



KLUANG: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya gagal dikawal lalu terbabas di Kilometer 80.6 Jalan batu Pahat - Mersing berhampiran Kahang, di sini, semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa, Irwan Affandi Ahad, 31, yang bertugas di Pusat Tahanan Narkotik Simpang Renggam, di sini bersama konvoi motosikal berkuasa tinggi bersama rakannya dari bandar ini menuju Mersing.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Mohd Noor Mohamad berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikal ditunggangnya sebelum terbabas ke bahu jalan raya.
“Kesan kejadian itu, mangsa dipercayai cedera parah di bahagian dalaman sebelum dibawa ke Klinik Kahang bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, mangsa yang menunggang motosikal jenis CBR 600 itu disahkan meninggal dunia jam 1 tengah hari sebelum jenazahnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kluang,” katanya.

Jenazah Irwan dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Felda Palong Tujuh, Gemas, Negeri Sembilan.

Anak hilang sejak Khamis



KOTA TINGGI: “Anak saya dimarahi seorang lelaki ketika menghubungi saya sebelum talian terputus. Kejadian itu benar-benar membimbangkan saya sekeluarga,” kata Ibrahim Ahmad, 47, bapa kepada seorang remaja perempuan berusia 13 tahun tidak pulang ke rumah sejak Khamis lalu.
Beliau berkata, panggilan telefon itu dibuat anaknya, Aisyah, petang Jumaat lalu dan anak sulungnya itu hanya sempat memberitahu nama, sebelum seorang lelaki memarahi anaknya dan talian telefon dimatikan.

“Khamis lalu, Aisyah ke sekolah agama seperti biasa dengan menunggang basikal kira-kira jam 12 tengah hari, ketika itu saya menghantar anak kedua daripada empat beradik ke sekolah sama, saya melihat basikal anak saya masih di sekolah, manakala kelas digunakan untuk pengajaran haji.
“Saya beranggapan Aisyah mengikuti kelas haji dan terus pulang, namun berasa pelik apabila anak sulung saya belum pulang menyebabkan saya kembali ke sekolah agama beberapa jam kemudian dan ke sekolah menengah di Jalan Bukit Seri Lalang di sini, untuk bertanya guru dan rakan sekelas sama ada Aisyah hadir ke sekolah atau tidak,” katanya ketika ditemui di Kampung Tembioh di sini, semalam.

Menurutnya, dia dimaklumkan Aisyah tidak hadir ke sekolah dan kali terakhir dilihat di Taman Aman kira-kira tiga kilometer dari sekolahnya bersama seorang rakan sekolah agama, namun bersekolah menengah di Kota Kecil.

Katanya, bimbang dengan keselamatan anaknya itu, dia bergegas ke Taman Aman bersama beberapa saudara-mara dan rakan serta meronda di kawasan sekitar bagi mencari anaknya itu tetapi gagal.

“Saya menunggu di jambatan berhampiran rumah jam 6 petang dengan harapan anak saya itu pulang bersama pelajar lain. Mungkin anak saya menghadapi masalah hingga tidak ke sekolah, namun bersedia mendengar penjelasannya.

“Selepas Maghrib, anak saudara saya menghubungi dan memaklumkan tahu kediaman rakan anak saya yang dilihat bersama di Taman Aman, menyebabkan saya dan isteri, Rohani Tek, 36, bergegas ke rumah berkenaan,” katanya.
Menurutnya, mereka bertemu ibu pelajar berusia 14 tahun itu dan wanita berkenaan memberitahu anaknya juga belum pulang tetapi enggan membuat laporan polis.

“Kami membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi,” katanya.

Rohani berkata, ketika keluar rumah anaknya yang berambut pendek dengan ketinggian 110 sentimeter hanya ada RM1 sebagai bekal ke sekolah agama.


Mangsa hampir hilang tangan ditetak 2 lelaki



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 41 tahun hampir kehilangan tangan kanannya apabila ditetak dua lelaki berhampiran rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Usahawan di sini, awal pagi semalam.
Mangsa, A Murugaiyah, ditemui isterinya dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas kehilangan banyak darah akibat tetakan pada lengan dan ditikam pada pinggang, selain cedera di badan.

Menurut isteri mangsa, Danam Letchmy, 24, dia menyedari keadaan itu kira-kira jam 4 pagi sebaik dimaklumkan jiran yang terdengar jeritan suaminya.
“Saya terkejut melihat keadaan suami yang berlumuran darah dan pengsan di hadapan sebuah rumah di tingkat 11 iaitu satu tingkat di bawah rumah kami.

“Jiran yang datang membantu kemudiannya menghubungi polis dan ambulans bagi menghantar suami saya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Harian Metro.

Menceritakan kejadian itu, Danam Letchmy berkata, mereka keluar ke rumah kakak ipar di tingkat 17 blok yang sama bagi menghadiri jamuan makan malam yang turut dihadiri beberapa kenalan rapat.

Menurutnya, dia pulang ke rumah bersama empat anaknya yang lain kerana waktu ketika itu sudah lewat malam dan meninggalkan suaminya yang masih berbual di tangga bersama beberapa rakannya yang lain.

“Suami memang kenal kedua-dua lelaki yang menyerangnya, tetapi mereka tidak rapat. Melalui cerita suami, dua lelaki itu tiba-tiba menyerangnya sebelum menetak tangan kanan,” katanya.

Bomoh kelentong

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kegiatan bomoh ‘kelentong’ turut tersenarai ‘carta’ 10 jenayah komersial paling banyak berlaku di negara ini, selain sindiket penipuan lelaki Nigeria, penyelewengan pelaburan dan cabutan bertuah Macau.
Dari Januari hingga Ogos lalu, 174 kes penipuan bomoh dilaporkan kepada polis dengan jumlah kerugian mencapai RM5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata, berdasarkan jumlah kerugian mangsa, kegiatan bomoh ‘kelentong’ berada pada kedudukan kelima dalam senarai 10 jenis jenayah komersial di negara ini sepanjang tempoh sama.

“Jumlah kerugian paling banyak kes penyelewengan pelaburan membabitkan RM61 juta daripada 247 kes dan di tangga kedua penipuan lelaki Nigeria dengan 774 kes manakala jumlah kerugian mangsa RM24 juta.


“Secara keseluruhan sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini, jumlah kes dilaporkan membabitkan 10 jenis jenayah komersial ini 3,935 dan jumlah kerugian mangsa iaitu RM122 juta,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai jenayah bomoh ‘kelentong’ Syed Ismail berkata, pihaknya mengklasifikasikan penipuan itu kepada tiga jenis iaitu bomoh Cina, perubatan dan nombor ramalan.

Menurutnya, taktik penipuan bomoh Cina ialah memberitahu mangsa mendapat sial dan perlu menyerahkan barang kemas serta wang untuk upacara sembahyang bagi membuang sial.

“Bomoh perubatan pula menipu mangsa dengan meyakinkan mangsa mengenai kuasa yang ada pada sesuatu azimat seperti batu, tangkal dan sebagainya.

“Dengan kaedah tersendiri termasuk mencelupkan azimat itu ke dalam air hingga air bertukar warna, mangsa akan terpedaya dan membeli azimat itu dengan harga ratusan ribu ringgit,” katanya.

Menurutnya, bomoh nombor ramalan pula beroperasi dengan menghantar surat kepada mangsa dan meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun sebagai kos upacara sembahyang untuk memenangi perjudian nombor ekor.

“Sikap ambil mudah rakyat kita antara punca mereka menjadi mangsa selain kerakusan mengejar kemewahan tanpa mengambil kira risiko kerugian yang bakal dihadapi,” katanya.

Beliau berkata, biarpun taraf pendidikan masyarakat negara ini membanggakan, ia nyata bukan benteng kukuh untuk mereka menangkis ‘permainan’ penjenayah alaf baru yang lebih bijak memanipulasikan teknologi.

“Kalau dulu jenayah dilakukan secara terang-terangan dan dapat disabitkan kesalahan dengan bukti kukuh dan tepat, kini penjenayah hanya perlu duduk di rumah dan lebih menakutkan mereka mampu menjadi ‘pembunuh senyap’ yang mengancam keselamatan negara.

Menurutnya, perkembangan teknologi maklumat dan siber membuka ruang kepada ‘penjenayah’ untuk tampil berani menggunakan pelbagai medium bagi merancang jenayah.




10 jenayah komersial utama

1. Penipuan pelaburan
Jumlah kerugian: RM61 juta(j)
Jumlah kes: 247
Modus operandi: Memujuk mangsa buat pelaburan dalam pelbagai perniagaan sama ada pertanian, jualan langsung atau bisnes Internet dengan janjikan pulangan lumayan.


2. Penipuan Afrika
Jumlah kerugian: RM24j
Jumlah kes: 774
Modus operandi: Mengaburi mangsa dengan menjadikan kenalan di laman sosial sebelum hantar bungkusan, perniagaan black money dan vaksin ternakan


3. Penipuan Macau
Jumlah kerugian: RM13j
Jumlah kes: 629
Modus operandi: Menyamar pegawai polis dan bank maklumat peribadi disalahguna bagi penipuan atau konon keluarga mangsa diculik sebelum diminta masuk wang ke akaun.


4. Toto
Jumlah kerugian: RM13j
Jumlah kes: 215
Modus operandi: Mengaku jual tiket nombor ramalan yang memenangi cabutan bertuah di akhbar.


5. Penipuan bomoh
Jumlah kerugian: RM5j
Jumlah kes: 174
Modus operandi: Mengaku pakar ubat mangsa dengan guna barang kemas atau wang atau batu azimat.


6. Internet/E-Dagang
Jumlah kerugian: RM3j
Jumlah kes: 1,300
Modus operandi: Membuat pengiklanan tipu dalam laman web dengan minta mangsa buat bayaran pendahuluan.


7. Jual beli barang murah
Jumlah kerugian: RM1.2j
Jumlah kes: 178
Modus operandi: Mengaku ejen menjual barang rampasan kastam atau tender dengan cara berjumpa mangsa atau iklan di laman web.


8. Kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) menang hadiah
Jumlah kerugian: RM0.95j
Jumlah kes: 354
Modus operandi: Mengirim SMS daripada syarikat gergasi seperti Shell, Celcom dan Petronas, memberitahu mangsa pemenang bertuah.


9. Gores dan menang
Jumlah kerugian: RM0.8j
Jumlah kes: 89
Modus operandi: Menipu konon mangsa menang hadiah lumayan sebelum meminta bayar wang tunai jika ingin menuntut hadiah.


10. Cek pintas
Jumlah kerugian: RM0.05j
Jumlah kes: lapan
Modus operandi: Mencuri cek dikirimkan pelanggan melalui pos sebelum menukar nama penerima dan nilai sebenar cek menggunakan bahan kimia kepada nama sindiket.

Wanita tempatan terpikat sikap romantis lelaki asing



KUALA LUMPUR: Sifat romantik lelaki warga asing dipercayai menjadi antara faktor utama wanita negara ini mudah terpedaya dalam pelbagai kes penganiayaan dan penipuan harta benda serta wang ringgit, kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Khaidzir Ismail.
Beliau tidak menolak kemungkinan cita rasa wanita negara ini lebih cenderung kepada lelaki warga asing disebabkan sikap mereka yang lemah lembut dan pandai mengambil hati sekali gus berjaya memikat golongan wanita.

“Wanita tidak pandang paras rupa semata-mata, mereka suka dihargai lelaki dan dilayan dengan baik. Oleh itu, kemungkinan perwatakan lelaki warga asing yang dilihat lebih baik dari lelaki tempatan menjadikan wanita lebih memilih mereka (warga asing),” katanya ketika mengulas isu wanita cair di pangkuan lelaki warga asing.
Selain itu, katanya, kebanjiran warga asing di negara ini turut menyebabkan wanita mudah terjebak dalam kes penipuan namun perkara terbabit boleh diatasi dengan pemantauan pihak bertanggungjawab terhadap kegiatan warga asing di negara ini.

Menurutnya, pemantauan tidak hanya terletak di bahu pihak berkuasa semata-mata tetapi juga memerlukan kerjasama ibu bapa untuk mengawasi aktiviti dan pergaulan anak di luar rumah.

“Selain pemantauan, golongan wanita sendiri perlu rasional. Tak salah sekiranya ingin berkawan tetapi haruslah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya walaupun ditawarkan pelbagai benda menarik.

“Sekiranya ditipu, mereka boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa seperti polis dan biro pengaduan awam supaya ia dapat dikumpulkan bersama kes lain untuk diberi perhatian serius oleh pihak berwajib,” katanya.

Harian Metro Jumaat lalu melaporkan kes penipuan membabitkan wanita negara ini yang terjerat dengan taktik penipuan lelaki warga asing yang dikenali melalui laman sosial facebook yang mana mangsa mengalami kerugian kira-kira RM96,000.

Suspek samun giat diburu

Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

KLANG: Polis melancarkan gerakan memburu dua suspek berusia 20-an disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata sebuah kedai makan di Batu 1, Jalan Kapar, di sini, dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, berkata maklumat risikan sedang dikumpul bagi memastikan penjenayah dalam kejadian berkenaan, diberkas.

“Suspek itu masih diburu. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyamun secara berkumpulan.
“Keterangan mangsa dalam kejadian berkenaan sudah diambil dan polis turut berharap orang ramai yang mengetahui kejadian tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Ditanya sama ada kejadian berkenaan mempunyai kaitan dengan dua rompakan ke atas restoran mamak di Shah Alam baru-baru ini, Mohamad Shukor berkata, setakat ini siasatan mendapati ia tiada kaitan.

Sementara itu, pemilik kedai makan berkenaan, Mohd Salleh Che Tan, 30, berkata dia masih trauma dengan kejadian kira-kira 6.30 pagi Jumaat lalu itu apabila mengingati detik dia diacu parang di leher oleh seorang daripada suspek berkenaan. “Kami baru nak buka kedai. Saya masih ingat kejadian ketika suspek itu mengacu parangnya ke leher saya dan menyuruh saya duduk sambil meminta saya mengeluarkan barang-barang berharga yang saya miliki.

“Pada masa sama saya lihat seorang lagi suspek mengarahkan isteri saya duduk dan sebelum menuju masuk ke dalam dapur.

“Di dapur, suspek mengambil pisau dan mengacukan senjata itu ke arah pembantu kedai saya yang berada di dapur sambil mengugut menyerahkan barangan berharga,” katanya.
Dia bersyukur tiada sesiapa yang tercedera walaupun kejadian samun itu menyebabkan kerugian dianggarkan lebih RM20,000 termasuk wang tunai di kaunter mesin wang, telefon bimbit, barang kemas dan kereta Proton Wira miliknya berwarna perak dengan nombor pendaftaran WFR 6247.

“Saya berharap penyamun berkenaan diberkas kerana bimbang mereka akan bertindak lagi melakukan jenayah terhadap orang lain,” katanya.

Belasah isteri hilang kad sim



KUALA LUMPUR: Berang kad modul pengenalan pengguna (SIM) telefon bimbit miliknya hilang, seorang suami membelasah isterinya dan memaksa wanita itu mencari sehingga jumpa malah mengugut akan menceraikannya jika gagal.
Dalam kejadian rumah pasangan itu di Batu 3, Gombak, dekat sini kira-kira jam 9 pagi Jumaat lalu, lelaki terbabit berusia 20-an seolah-olah hilang pertimbangan apabila gagal mencari kad SIM miliknya yang hilang.

No comments:

Post a Comment