Friday, February 24, 2012

AGAK PAYAH KITA ADA ANAK PEREMPUAN...LEBIH2 CANTIK...LELAKI HIDUNG BELANG SENTIASA MENGINTAI@AMBIK PELUANG...JALAN TERBAIK..KAWINKAN DENGAN SEGERA..JIKA ADA JODOH...BERDOALAH PADA ALLAH SWT

Pikat anak dara secara 'halus'

KUALA LANGAT – Nurul Zakiah Hidayah Azman yang lari dari rumah selepas termakan pujukan kekasihnya sejak 14 Februari lalu dikatakan telah terkena ilmu pengasih lelaki Pakistan tersebut hingga menyebabkan dia mula berbohong dan melawan cakap orang tua.
Andaian tersebut dibuat selepas perangai pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting di sini itu berubah dalam sekelip mata sejak berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan atau nama sebenarnya, Arsad Mohd., 20-an.
Samer Khan memiliki wajah kacak ala pelakon Bollywood dan berbadan sasa ala ahli gusti.
Ibu saudara Nurul Zakiah, Norlaila Saad, 43, berkata, sebelum mengenali lelaki itu, gadis tersebut seorang yang jujur dan mudah menerima nasihat.
Katanya, antara perubahan sikap yang paling ketara ialah Nurul Zakiah akan mula gelisah dan tidak tentu arah jika tidak dapat bertemu dengan pujaan hatinya itu dalam tempoh 48 jam.
“Bimbang dengan kelakuannya itu, saya telah memberitahu bapanya, Azman Saad yang dia disyaki telah terkena sihir namun kami tidak sempat berbuat apa-apa kerana dia telah melarikan diri terlebih dahulu.
“Saya sudah anggap dia seperti anak sendiri. Sejak kehilangannya, kami telah membuat pelbagai usaha untuk mencarinya termasuk membaca Yasin dan solat hajat tetapi nampaknya doa kami belum dimakbulkan,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Ibu cubit anak dijel

MELAKA – Tindakan seorang ibu yang mencubit tangan anaknya sampai lebam kerana malas menukarkan baju mangsa menyebabkan wanita itu dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Maszuridah Kuming, 34, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan.
Mengikut pertuduhan, Maszuridah yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai makan di sini didakwa menyebabkan anak lelakinya yang berumur lima tahun mengalami kecederaan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pukul 9 malam pada 20 Julai 2011 di sebuah rumah di Batu 7 1/2, Bukit Rambai di sini.
Maszuridah didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
“Saya menjaga empat orang anak, saya turut menanggung keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan selain anak bongsu saya yang berusia enam bulan masih menyusu badan,” kata Maszuridah.

Berlian merah jambu ditemui

BERLIAN merah jambu diletakkan di hujung mata sebatang pen.


SYDNEY - Gergasi perlombongan Rio Tinto semalam menyatakan pihaknya menemui batu berlian merah jambu 12.76 karat di Australia.
Ia merupakan berlian merah jambu terbesar pernah ditemui di negara berkenaan.
Dinamakan Argyle Pink Jubilee, batu berlian besar itu ditemui di lombong berlian merah jambu Argyle di Kimberley, Australia Barat.
Rio Tinto dalam satu kenyataan memberitahu, masa selama 10 hari diperlukan bagi memotong dan mengilat batu permata berkenaan.
"Kami semua teruja dengan penemuan berlian ini yang jarang-jarang ditemui," kata Ketua Divisyen Berlian Merah Jambu Argyle, Josephine Johnson.
"Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi.
"Individu yang dapat memakai berlian merah jambu ini sudah tentu amat bertuah," tambahnya.
Menurut kenyataan Rio lagi, harga berlian Argyll tersebut dianggar lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat. - AFP

Jepun mahu bina lif ke angkasa




TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.
Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.
Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.
Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.
"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.
Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.
Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.
Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP

Saintis India temui haiwan seperti ular


Gambar yang disiarkan www.frogindia.org semalam menunjukkan seekor chikilidae dewasa bersama anaknya yang baru menetas.


NEW DELHI - Sejak sebelum era dinosaur lagi satu spesies amfibia yang tidak berkaki hidup bebas di bawah tanah yang beriklim monsun di pedalaman utara India tanpa diketahui saintis.
Sekumpulan saintis India yang menemui spesies baharu amfibia memberikan ia nama chikilidae setelah menggali tanah untuk mencari haiwan berkenaan di hutan selama lima tahun.
Ketua kajian tersebut, Profesor Sathyabhama Das Biju dari Universiti New Delhi berkata, chikilidae tergolong dalam keluarga caecilian iaitu yang paling primitif antara tiga kumpulan amfibia termasuk juga katak dan salamander.
Disiarkan dalam jurnal Royal Society of London semalam, penemuan mereka mengukuhkan lagi bukti bahawa India dipenuhi hidupan amfibia dengan habitat yang perlu dilindungi.
Menurut Sathyabhama, chikilidae bukan sahaja tidak berbahaya tetapi ia turut membantu petani dengan memakan ulat dan serangga yang merosakkan tanaman manakala pergerakan spesies itu di bawah tanah dapat membantu menyuburkan tanah.
Namun, penduduk tempatan kerap membunuh chikilidae kerana tersilap anggap bahawa amfibia itu merupakan seekor ular berbisa. - AGENSI

Penjawat awam dakwa polis enggan terima aduan

23/02/2012 7:35pm

KUALA LUMPUR - Seorang penjawat awam mendakwa seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor enggan menerima laporan yang hendak dibuatnya berhubung satu cubaan untuk melakukan penipuan oleh sindiket.
Mangsa berusia 28 tahun yang enggan namanya disiarkan mendakwa, beliau ingin membuat laporan polis pada kira-kira pukul 5.30 petang semalam, namun anggota berkenaan enggan menerima laporannya dengan alasan mangsa belum mengalami kerugian.
"Selain itu beliau juga memberi alasan bahawa ramai lagi yang telah ditipu berhubung kes berkenaan dan itu adalah perkara biasa,” dakwanya kepada Bernama ketika ditemui.
Semalam mangsa dihubungi seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah seorang Inspektor dari Bukit Aman yang bernama Kamarul Hisham yang mengatakan mangsa adalah salah seorang anggota sindiket yang ditumpaskan tahun lepas.
"‘Inspektor’ tersebut berkata begitu berikutan rampasan 200 buah buku bank pada sindiket tersebut dan salah satunya dikatakan kepunyaan saya.
"Selepas itu ‘inspektor’ tersebut meminta nombor akaun bank saya dengan alasan untuk membersihkan nama saya dari disenarai hitamkan dan (saya) terus (ke IPD Shah Alam untuk) membuat laporan polis kerana curiga dengan dakwaan ‘inspektor’ tersebut,” dakwa mangsa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment