Monday, February 20, 2012

ZINA ... LACUR..HAMBA SEX..PEREMPUAN SIMPANAN..GRO..DAH JADI LUMRAH...SAPE MENJADI BENTENG MEMPERTAHANKAN ISLAM..HUDUD TETAP TAK DILAKSANAKAN..NAK TUNGGU GAJAH JADI KUCING KE...

Sazali anak P. Ramlee terlantar sakit

SAZALI yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk 
bergerak ketika ditemui di Semenyih semalam.


SEMENYIH – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib yang menimpa anak seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali, 53, yang kini terlantar sakit selepas kemalangan dua bulan lalu.
Lebih menyedihkan kemalangan yang menimpanya itu berlaku selepas sebulan memulakan pekerjaan baharu sebagai tukang sapu di sini pada November tahun lalu.
Sebelum ini, Sazali hilang pekerjaan setelah berkhidmat selama 13 tahun dengan Alam Flora Sdn. Bhd. kerana syarikat itu tidak lagi menguruskan sampah di negeri Selangor.
“Semasa kejadian itu saya balik dari kerja dalam keadaan hujan lebat. Jalan dipenuhi air menyebabkan basikal saya terlanggar besi penutup air kumbahan dan saya terjatuh di atas besi itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam

Enam bulan jadi hamba seks

Woon (kiri) menunjukkan gambar bekas kekasihnya yang sering mengugut mahu menyebar gambar bogelnya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang peniaga terpaksa menjadi hamba seks kepada bekas teman lelakinya selama enam bulan ekoran bimbang gambar bogelnya didedahkan jika dia enggan memenuhi nafsu lelaki berkenaan sejurus selepas mereka berpisah pada Julai tahun lalu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Woon, 29, berkata, sejak perpisahan itu, dia terpaksa memenuhi kehendak bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Teh sehingga Disember tahun lalu.
“Saya nekad untuk mengelakkan diri kerana tidak tahan lagi dengan ugutan dia kerana saya ingin menjalani kehidupan dengan aman.
“Dia bukan sahaja sering mengugut untuk menyebarkan 80 keping gambar bogel saya di laman web termasuk menghantarnya kepada rakan dan ahli keluarga jika saya tidak menuruti kehendaknya,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.
Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat olehnya di Balai Polis Jalan Bandar di sini pada 12 Februari lalu yang juga tarikh terakhir dia diugut oleh lelaki berkenaan.
Mengulas lanjut, katanya, dia pernah menjalinkan hubungan bersama Teh yang bekerja di bidang teknologi maklumat pada tahun 2000 tetapi telah berpisah pada tahun 2003.
“Namun, kami kembali bersama pada tahun 2010 selepas saya bercerai dengan suami saya pada tahun 2009,” tambahnya yang turut memberitahu, dia membenarkan gambar bogelnya diambil sebagai bukti cinta kepada Teh.
Tambah Woon, lelaki tersebut turut mengugutnya dengan menghantar gambar bogel melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) malah mendaftar akaun laman web sosial Facebook dengan menggunakan gambar separuh bogelnya.
“Saya sudah tidak tahan lagi. Tolonglah berhenti ganggu saya,” rayunya yang kini terpaksa mengambil pil tidur kerana masalah amnesia yang dihadapi akibat kes berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong menasihati golongan wanita supaya jangan membenarkan teman lelaki mengambil gambar bogel mereka kerana ia boleh disalahgunakan.

Muka melecur disimbah asid


MOHD. FAZIL masih lemah selepas disimbah asid di sebuah rumah di Marang, Terengganu ketika ditemui di HSNZ semalam.


MARANG – Dua sahabat cedera parah apabila masing-masing disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang tidur selepas menonton perlawanan bola sepak di Kampung Padang Merchang dekat sini semalam.
Kejadian pukul 5.15 pagi itu menyebabkan Mohd. Fazil Hanafi Idrus, 18, melecur teruk di muka, tangan dan kaki manakala rakannya, Shahrulzaman Salim, 38, melecur di muka dan badan.
Mohd. Fazil sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia manakala Shahrulzaman, seorang nelayan. Mereka kini dirawat di Unit Kebakaran, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dekat sini.
Mengimbau semula kejadian itu, Shahrulzaman berkata, pada mulanya dia tidak menyedari dirinya telah disimbah asid sehinggalah terdengar jeritan Mohd. Fazil.
“Dalam keadaan mamai saya tanya dia apa yang terjadi sebelum saya lihat tangannya melecur. Tidak lama selepas itu, baru saya rasa pedih dan rupanya saya juga telah disimbah asid,” ceritanya sambil memberitahu empat lagi rakannya yang turut tidur di situ tidak cedera.
Menurut Shahrulzaman, ketika tidur, tingkap rumah itu dibuka kerana cuaca panas dan percaya individu berkenaan menyimbah asid melalui ruang tersebut yang setinggi kira-kira dua meter.
Sementara itu, pemilik rumah berkenaan, Mohd. Hamizi Hussin, 29, memberitahu, rumahnya sering dijadikan tempat melepak oleh rakan-rakannya setiap hari sambil menonton perlawanan bola sepak.
Katanya, ketika kejadian terdapat enam rakannya bermalam di situ manakala dia keluar menghantar pekerja kilang di Chendering.
“Saya terus pulang sebaik dihubungi rakan dan membawa mereka yang cedera ke Klinik Kesihatan Merchang. Tilam turut terhakis terkena asid serta terdapat bau masam di dalam rumah,” katanya.
Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa mengesahkan kejadian yang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu.

Terus muflis angkara bank cuai


WAN ISMAIL menunjukkan laporan polis dan penyata bank ketika ditemui Kosmo! di Ampang Jaya baru-baru ini.


AMPANG JAYA – Seorang peniaga restoran bukan sahaja terpaksa menanggung status muflis sehingga ke hari ini malah wang berjumlah RM17,377.41 di dalam akaun sebuah bank di Pandan Indah di sini 'lesap' begitu saja akibat kecuaian bank tersebut.
Mengimbas sebelum kejadian itu, Wan Ismail Wan Muda, 36, mendakwa, dia diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Selangor pada tahun 2007 selepas menjamin seorang saudara yang membeli sebuah kereta Perodua Kancil berharga RM33,000.
“Mengikut prosedur, selepas diisytihar muflis semua wang dalam akaun saya akan diserahkan ke Jabatan Insolvensi Selangor.
“Tetapi apa yang berlaku pada September 2008, saya yang memeriksa penyata kewangan akaun di bank itu, terkejut mendapati wang RM17,377.41 dalam akaun telah dipindahkan ke Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur.
“Lebih malang, duit yang dipindahkan ke Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur itu atas nama individu lain (yang tidak dikenali),” dakwanya ketika ditemui Kosmo!.
Berikutan masalah itu, Wan Ismail berkata, dia berjumpa dengan pegawai bank berkenaan beberapa kali namun dalam tempoh lima tahun masalah tersebut tidak selesai malah telah banyak menyusahkan hidupnya.
Kata Wan Ismail, antara alasan diberikan pihak bank berhubung masalah tersebut seperti pihak bank perlu menyelesaikan perkara itu dengan berjumpa pihak Insolvensi.
“Tetapi apabila saya pergi ke Jabatan Insolvensi Selangor, pihak sana pula memberitahu bahawa saya perlu merujuk permasalahan tersebut kepada bank kerana wang RM17,377.41 tersebut telah dimasukkan ke akaun lain dan bukan ke jabatan itu.
“Sepanjang tempoh tersebut hingga sekarang, saya terpaksa berulang-alik ke bank dan Jabatan Insolvensi Selangor tetapi masalah ini tetap juga tidak selesai,” katanya yang juga telah membuat laporan polis berhubung masalah yang dihadapinya.
Sejak berhadapan dengan masalah itu, Wan Ismail berkata, dia merasakan dirinya dianiaya kerana pihak bank mengambil masa terlalu lama menyelesaikan kecuaian yang jelas disebabkan pihak bank.
Mengikut maklumat, kerani bank yang melakukan proses memindahkan wang dari dalam akaun miliknya telah bersara.
Bagaimanapun, pada 13 Februari lalu, Wan Ismail berkata, dia menerima sepucuk surat dari pihak bank terbabit yang mengaku berlaku kecuaian pihaknya ketika proses pemindahan wang.
“Dalam surat tersebut, menyatakan pihak bank telah membuat rayuan kepada Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur supaya memindahkan duit dari Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur ke Jabatan Insolvensi Selangor yang menguruskan kes saya,” kata Wan Ismail bapa kepada dua orang anak.
Katanya, dia merasa amat kecewa dengan sikap pihak bank yang hanya menghantar surat memaklumkan perkara itu dan bukannya mengambil inisiatif untuk berjumpa dengannya bagi menjelaskan masalah itu.
“Saya sebagai pelanggan bank dan disebabkan kecuaian bank saya terpaksa membazir masa selama lima tahun, pihak bank layan saya seperti masalah yang berlaku itu remeh,” katanya.
Sementara itu, jurucakap bank terbabit ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menghantar sepucuk surat kepada Wan Ismail baru-baru ini dan proses untuk memindahkan wang ke Jabatan Insolvensi Selangor sedang diuruskan.

Melancong untuk melacur


TINJAUAN wanita dari negara Uzbezkistan yang menawarkan dirinya untuk dijadikan pelacur di sekitar jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Kegiatan pelacuran membabitkan wanita dari negara-negara Asia Tengah yang pernah dibanteras pada 2009 kini dikesan cuba dihidupkan kembali di kawasan Bukit Bintang di sini.
Risikan polis mendapati, pelacur dari negara Asia Tengah termasuk Kazakhstan, Uzbekistan dan Turkmenistan berusia lingkungan 20-an itu dibawa ke sini oleh sindiket tertentu dengan menggunakan pas pelajar atau pas pelancong.
Mereka kembali digilai atas beberapa faktor termasuk cantik, bertubuh tinggi lampai, berkulit gebu dan seksi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, ia terbukti apabila pihaknya menahan 15 wanita dari negara-negara itu baru-baru ini.
Katanya, kemasukan semula wanita itu disebabkan permintaan tinggi dari lelaki warga asing dan tempatan.
“Aktiviti persundalan sejak hujung tahun lalu itu mula dikesan pada awal tahun ini. Pelacur-pelacur itu akan ‘dibela’ oleh seorang bapa ayam yang akan menghantar mereka ke sebuah pub di Bukit Bintang di sini pada pukul 9 malam untuk mencari pelanggan,” katanya kepada Kosmo!.
Tambahnya, dalam serbuan itu, 13 gadis dari Asia Tengah tersebut gagal menunjukkan dokumen perjalanan dan polis percaya pasport mereka dipegang oleh pihak sindiket.
Menurut Abdul Jalil, gadis berkenaan mengenakan caj di antara RM500 dan RM1,000 bagi sekali perkhidmatan seks.
“Pelacur China pula dicari kerana caj perkhidmatan seks yang murah iaitu RM150 hingga RM200 manakala wanita Vietnam pula dipilih kerana pandai berbahasa Inggeris,” katanya.
Ujar Abdul Jalil, pihaknya percaya sindiket-sindiket itu tidak akan berputus asa dan sentiasa mencari jalan untuk menghidupkan semula kegiatan tersebut walaupun polis kerap melakukan serbuan.
“Kita akan tetap mengekang kegiatan itu walaupun mereka menggunakan pelbagai taktik termasuk mengubah tempat operasi,” katanya.

Jet peribadi Jackie Chan dipamer


JACKIE CHAN
KANAN: .JET peribadi Jackie Chan mendarat di lokasi Pertunjukan Udara Singapura di Singapura pada 14 Februari lalu.


SINGAPURA - Sebuah jet peribadi milik pelakon dan pengarah terkenal, Jackie Chan dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura di sini pada minggu lalu.
Jet Legacy 650 itu yang berwarna putih, merah dan kuning diilhamkan daripada mitos haiwan naga dalam kepercayaan bangsa Cina.
Chan menjadi duta syarikat Embraer yang mengeluarkan jet itu.
Jet itu mempunyai 13 kerusi dan berharga AS$31.5 juta (RM95.87 juta), lapor agensi berita AFPsemalam.

Rogol budak: Lelaki Myanmar dipenjara 9 tahun

20/02/2012 3:32pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga Myanmar hari ini dipenjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan di rumah sewanya di Taman Wilayah Selayang dekat sini, minggu lepas.
Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid turut memerintahkan tertuduh, Mohd Shukur Zawkareya dihantar ke negara asalnya selepas tamat menjalani hukuman itu.
Mohd. Shukur, 28, didakwa terhadap empat pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun di dalam sebuah bilik di alamat 7-2-1, Jalan 20/20A, Taman Wilayah Selayang, Sentul antara pukul 11.30 malam hingga 3.30 petang, pada 3 Feb. hingga 6 Feb. lepas, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Tertuduh, yang bekerja sebagai penjual sayur di Pasar Borong Selayang, turut dituduh tinggal di Malaysia tanpa sebarang dokumen yang sah, mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963.
Mohd .Shukur, yang masih bujang, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat pertanyaan Balai Polis Jinjang, Sentul pada pukul 9 malam, 6 Feb lepas.
Bagi keempat-empat kesalahan rogol itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara enam tahun hingga sembilan tahun, manakala bagi pertuduhan kelima (tiada pasport) tertuduh dijatuhi hukuman penjara setahun.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu serentak, bermula dari tarikh dia ditangkap pada 6 Feb. lepas. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment