Wednesday, February 22, 2012

KEMISKINAN TINDAKAN PUSAT ZAKAT...JENAYAH LAKSANA HUKUM ALLAH UNTUK DIBENDUNG..UNDANG2 MANUSIA ..TAK KAN AKAL MANUSIA MENANDING ILMU DAN KESEMPURNAAN ALLAH..SUSAH KALAU JADI MAKHLUK@MANUSIA TAK SEDAR DIRI NI...

Bekas banduan geletar mengaku rogol adik kandung

22 Februari 2012
KUALA TERENGGANU - Seorang bekas banduan menggeletar ketika membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan merogol dan mengugut adik kandungnya dengan pedang, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Wan Fadilah Nor Wan Idris di sini hari ini.

Tertuduh yang melakukan kesalahan sumbang mahram itu selepas dua hari dibebaskan daripada penjara akibat kesalahan dadah, kemudiannya dijatuhi hukuman  penjara 12 tahun dan lima sebatan bagi kedua-dua kesalahan itu.
Dia dihukum penjara 11 tahun dan lima sebatan bagi kesalahan merogol dan penjara setahun bagi kesalahan mengugut tetapi perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan selepas Hakim Wan Fadilah Nor memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berturutan.

Terdahulu, tertuduh yang berumur 37 tahun hanya tunduk dan mengangguk faham ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadilah Nor.

Dalam keadaan menggeletar, dia kemudiannya mengaku salah. Dia didakwa telah secara paksa merogol adik perempuannya yang berumur 24 tahun di belakang sebuah rumah di Kuala Besut pada 10.30 malam, 10 Februari lalu mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 puluh tahun serta boleh dikenakan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah mengugut mangsa dengan sebilah pedang dengan tujuan menakutkan mangsa supaya tidak membuat laporan polis bersabit kejadian itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazlyza Mohd Nazri. - Bernama
Denda berlengan pendek
ROSALWANI CHE SOH
22 Februari 2012
Denda
KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam.
Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.
 
Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.
 
Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).
 
Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu.

Kes bunuh: Kontraktor ubah suai rumah ditahan
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
22 Februari 2012
SHAH ALAM – Kes bunuh seorang ibu kepada dua anak di parkir sebuah pusat perniagaan di Seri Kembangan, 3 Februari lalu selesai selepas polis memberkas seorang lelaki, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek berusia 33 tahun dan bekerja sebagai kontraktor ubah suai rumah itu tahan, kira-kira jam 7.10 malam.

Beliau berkata, polis turut merampas resit penjualan telefon bimbit di sebuah kedai pajak gadai di Klang. “Mangsa tidak mengenali suspek. Kes ini dipercayai bermotifkan samun,” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, hari ini.

Mohd Adnan berkata, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes samun dan curi. Katanya, suspek ditahan reman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian tersebut, mayat mangsa berusia 39 tahun ditemui suami dan majikan tempatnya bekerja di tempat duduk penumpang hadapan di dalam kereta jenis Honda City.

Mangsa yang merupakan pembantu peribadi sebuah syarikat teknologi maklumat itu ditemui dijerut dengan wayar pembesar suara dan ditikam di bahagian kiri leher menggunakan pisau.

Sebilah pisau sepanjang enam inci ditemui di luar pintu kereta di bahagian pemandu dan telefon bimbit, dompet serta beg tangan milik mangsa hilang.
Terdesak, suami ajak isteri hamil meragut
Wartawan Sinar Harian
23 Februari 2012
penyamun ditangkap
SUNGAI SIPUT (U) – Gara-gara terdesak, seorang lelaki sanggup mengajak isterinya yang sedang mengandung meragut di pasar pagi, Pekan Sungai Siput di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan pasangan muda yang baru sahaja berkahwin lima bulan itu cuba meragut bekas duit seorang peniaga buah, tidak berjaya apabila mereka ditangkap orang ramai.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pasangan suami isteri berkenaan menunggang motosikal dan meragut bekas duit milik seorang peniaga.

Menurutnya, tindakan isteri yang membonceng motosikal meragut bekas duit digantung di gerai berkenaan disedari peniaga itu, lalu menjerit meminta pertolongan.

“Selepas meragut, suspek terus memecut motosikal, tetapi mereka berjaya ditangkap orang ramai.

“Si isteri berusia 22 tahun, dipercayai orang tempatan, manakala suaminya berusia 32 tahun dari Kedah,” katanya.

Beliau berkata, dengan tangkapan itu, polis dapat menyelesaikan beberapa kes ragut di sekitar Sungai Siput.

No comments:

Post a Comment