Friday, February 24, 2012

KEAGONGAN BAGINDA SAW...SAMPAI SEKARANG..TIDAK BOLEH KITA NAFIKAN...IKUTLAH SYARIATNYA..JIKA NAK SELAMAT DIDUNIA DAN DIAKHIRAT

Hilang pada hari kekasih

NURUL ZAKIAH yang hilang sejak 14 Februari lalu dirayu pulang oleh keluarganya.


KUALA LANGAT – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.
Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.
Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu dan tidak pernah menemuinya.
Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak berdekatan.
Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian ibunya.
Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar.

Warga emas maut ditetak anak


ANGGOTA polis membawa keluar suspek (tengah) yang dipercayai menetak ibunya hingga mati di Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI - Seorang wanita warga emas maut di tangan anak sendiri akibat ditetak di kepala di sebuah rumah di Kampung Padang Buluh, Mukim Sidam Kiri, dekat sini semalam.
A'inshon Abd. Rahman, 60, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah oleh penduduk yang kemudian melaporkan kepada polis kira-kira pukul 1.30 petang.
Suspek yang masih bujang difahamkan berang selepas ditegur ibunya yang melarangnya keluar dari rumah.
Pemuda berusia 26 tahun itu kemudian mengambil sebilah parang di luar rumah sebelum menyerang ibunya di dapur.
Selepas berulang kali menetak belakang kepala ibunya, suspek kemudian melarikan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, polis kemudian menjalankan gerakan memburu suspek dan berjaya menangkapnya sekitar kawasan Sidam Kiri kira-kira sejam kemudian.

Sindiket terbesar curi lori tumpas


SEBAHAGIAN komponen lori curi yang telah dileraikan ditemui di Kampung Air Putih, Simpang, Taiping, Perak baru-baru ini.


SHAH ALAM - Polis menumpaskan satu sindiket curi kenderaan dipercayai terbesar bernilai jutaan ringgit dengan tertangkapnya 12 suspek dalam serbuan berasingan di Selangor dan Perak pada Khamis dan Jumaat lalu.
Kesemua suspek disyaki telah bergiat aktif sejak 10 tahun lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, tangkapan pertama membabitkan tiga lelaki berusia di antara 22 dan 33 tahun di belakang sebuah pasar raya di Rawang ketika mereka cuba mencuri sebuah lori pada 16 Februari lalu.
Beliau berkata, polis kemudian memeriksa kenderaan dinaiki suspek dan menemui pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk mencuri seperti pemutar skru, gunting, playar, wayar yang diubah suai dan test pen.
"Keesokan harinya, polis kemudian menahan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun pada pukul 4 pagi di Sabak Bernam sebelum menyerbu sebuah premis di Kampung Air Putih, Simpang di Perak," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Penduduk terkejut sembilan kereta dipecah


SEBAHAGIAN kereta yang dipecah dalam kejadian di Taman Desaria, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Penduduk kawasan PJS 5 di sini semalam terkejut apabila mendapati sembilan buah kereta yang diletakkan di tanah lapang berhampiran Pangsapuri Desaria dipecah penjenayah yang mahu mencuri barangan berharga.
Kejadian tersebut disedari pada pukul 7 pagi ketika pemilik kenderaan mahu menggunakan kereta mereka untuk ke tempat kerja.
Antara kereta yang dijadikan sasaran oleh penjenayah itu termasuk Proton Persona, Gen 2, Saga, Satria, Wira dan sebuah teksi. Kejadian itu pula disyaki dilakukan oleh lebih seorang penjenayah.
Seorang pekerja butik barangan kosmetik, Nor Azurah Nordin, 28, berkata, dia hanya tahu kereta Proton Satria miliknya dipecah selepas dihubungi ibunya yang tinggal berhampiran tempat kejadian.
"Selepas diperiksa, saya dapati pemain cakera padat digital telah lesap manakala cermin tingkap pemandu pecah. Saya rugi RM1,000," ceritanya.
Pada masa sama, seorang pekerja bengkel, Kamal Salim, 23, memberitahu, kejadian itu menyebabkan dompet yang tertinggal di dalam kereta Proton Persona miliknya lesap. Kereta itu baru dibeli lima bulan lalu.

Pegawai kastam menyamun dijel


BIDIN dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar selepas dijatuhi hukuman penjara semalam.


ALOR SETAR – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dihukum penjara lima tahun dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah menyamun seorang lelaki membabitkan kerugian RM300 dua tahun lalu.
Hakim Mohd. Sabri Ismail turut memerintahkan agar tertuduh, Bidin Hamid, 50, dipenjara enam bulan jika dia gagal menjelaskan wang denda tersebut.
Bidin bagaimanapun membayar denda itu.
Mohd. Sabri menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Bidin selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Bidin yang bekerja di pejabat JKDM di Tanjung Dawai, Sungai Petani dekat sini kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan samun ke atas Ong Sui Chai, 54, melibatkan wang tunai berjumlah RM300 di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di hadapan Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, Batu 10, Alor Biak, Sungai Korok, Air Hitam, Kubang Pasu dekat sini.

Mangsa simbah asid dibedah esok


MOHD. FAZIL terlantar di wad mangsa kebakaran HSNZ, Kuala Terengganu semalam dan dijangka dibedah esok.


KUALA TERENGGANU - Dua lelaki yang menjadi mangsa kes simbah asid ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang, Marang dekat sini Ahad lalu dijadual menjalani pembedahan menampal kulit baharu esok.
Mohd. Fazil Idrus, 18, dan Shahrulzaman Salim, 38, kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Bapa Mohd. Fazil, Idrus Mat Nor, 54, berkata, anaknya itu bakal dibedah bagi membolehkan kulit paha lapisan pertamanya diambil untuk ditampal pada bahagian muka, tangan dan kaki yang melecur teruk.
"Kami harap pembedahan itu berjaya, sedih juga rasa apabila Mohd. Fazil masih enggan bercakap sejak ditimpa musibah itu," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Idrus juga belum tergamak membenarkan Mohd. Fazil melihat cermin bagi mengelakkan anaknya itu terkejut.
"Saya tidak tahu bagaimana dia mahu hadapi semua ini kerana hampir separuh daripada mukanya telah melecur," tambahnya.
Kosmo! kelmarin melaporkan mengenai nasib malang dua sahabat itu yang cedera parah selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang.

Bekas ketua IMF ditahan

KERETA yang dinaiki Dominique Strauss-Kahn dikerumuni ramai jurugambar akhbar di sebuah mahkamah di bandar Lille, Perancis semalam.


LILLE, Perancis - Polis Perancis menahan bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn (gambar kecil) untuk disoal siasat semalam.
Strauss-Kahn disoal siasat berhubung dakwaan bahawa beliau mengambil bahagian dalam parti seks di Paris dan Washington, Amerika Syarikat dan berurusan dengan satu sindiket pelacuran di bandar ini.
Parti seks itu dibiayai oleh satu pasangan ahli perniagaan.
Strauss-Kahn berusia 62 tahun yang sebelum ini dilihat bakal menjadi Presiden Perancis bagi menggantikan Nicolas Sarkozy dipanggil menjadi saksi tetapi kini pihak pendakwa raya menyatakan dia kini menjadi seorang suspek.
Dia tiba di sebuah balai polis di bandar ini pada pukul 9 pagi waktu tempatan untuk disoal siasat mengenai peranannya dalam skandal seks terbaharunya itu.
Selepas Strauss-Kahn tiba, pihak pendakwa raya menyatakan dia akan ditahan tentang dakwaan mengambil bahagian dalam pelacuran dan menyalahgunakan dana syarikat.
Penahanannya mungkin berlanjutan selama 96 jam.
Mengikut undang-undang Perancis, terlibat dalam aktiviti pelacuran akan dikenakan hukuman penjara tujuh tahun.
Pada 14 Mei tahun lalu, Strauss-Kahn ditangkap semasa dia memegang jawatan sebagai ketua IMF atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja wanita yang membuat aduan mengenai perbuatannya itu di sebuah hotel di New York.
Dia kemudian meletakkan jawatan ketua IMF.
Namun, dia dibebaskan atas dakwaan tersebut kerana kredibiliti wanita tersebut tidak boleh dipercayai. - Agensi

Berbaris untuk lihat janggut Nabi Muhammad


KANTA pembesar digunakan untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah bekas di Masjid Nasional, Dhaka semalam.


DHAKA, Bangladesh - Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam.
Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai.
Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai.
Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. - Agens

No comments:

Post a Comment