Sunday, February 19, 2012

BILA MAKSIAT BOLEH DILIHAT DENGAN JELAS DIMANA2...INI KE YANG MENJAGA AGAMA...BILA KES TANGKAP BERBOGEL BERSAMA PASANGAN...JADI PERKARA BIASA...MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH..BUANG ANAK...DAN MACAM MAKSIAT LAGI...HUDUD MANA...HUDUD MANA...NI KAH DIKATAKAN JAGA ISLAM...

Dua lelaki disimbah asid ketika tidur

19 Februari 2012
MARANG - Seorang remaja yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang rakannya melecur setelah disimbah cecair, dipercayai asid, dalam satu insiden awal pagi ini di Kampung Padang Merchang di sini.

Kejadian kira-kira 5.10 pagi itu berlaku ketika Mohd Fadzil Hanafi Idrus, 18, dan Shahurzaman Salim, 38, sedang nyenyak tidur bersama empat lagi rakan mereka di sebuah rumah bujang selepas menonton perlawanan bola sepak di televisyen.

Mohd Fadzil melecur di bahagian muka, badan serta kaki manakala Shahurzaman, yang bekerja sebagai nelayan, cedera di muka serta mata, dan mereka kini dirawat di unit kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dilaporkan stabil.

Seorang penyewa di rumah itu, Mohd Harmizi Hussin, 29, berkata ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan dihubungi seorang rakannya mengenai kejadian tersebut.

"Setibanya di rumah, saya terkejut melihat keadaan (Mohd) Fadzil yang melecur di muka sambil menggelupur menjerit kesakitan.

"Saya terus menghantar kedua-dua mangsa ke Klinik Kesihatan Mercang sebelum mereka kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Najib: Kerajaan, ulama, cendekiawan dan penulis maya benteng Islam

19 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemuafakatan antara kerajaan dengan ulama, cendekiawan Islam dan penulis maya menjadi benteng kukuh dalam mempertahankan kepentingan dan maruah agama Islam di Malaysia.
Menyedari kepentingan itu, Perdana Menteri berkata tiga kumpulan berkenaan perlu lebih peka dan prihatin terhadap perkembangan semasa dan perubahan dasar kerajaan supaya setiap maklumat dapat disampaikan dengan tepat dan berkredibiliti.
 
Beliau berkata kumpulan itu perlu sentiasa bekerjasama antara satu sama lain, termasuk dengan kerajaan untuk menyaring setiap maklumat dan menapis segala tuduhan dan fitnah jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan tertentu.
 
"Oleh itu, pemuafakatan yang wujud di antara ketiga-tiga kumpulan ini dan pihak kerajaan akan menjadi benteng pertahanan kepada kepentingan dan maruah agama Islam,"katanya semasa menutup Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
 
Himpunan yang diadakan buat julung kali bertemakan "Bermuafakat Mentransformasikan Ummah" itu berlangsung selama dua hari sejak semalam.
 
Najib berkata penglibatan tiga kumpulan itu amat penting dalam konteks cabaran semasa seperti melakukan tindak balas membetulkan segala maklumat berkenaan agenda atau dasar kerajaan yang sering diselewengkan atau sengaja disongsangkan menjadi fitnah untuk tujuan politik.
 
Katanya sikap berdiam diri, tidak mahu campur tangan atau malas untuk bertindak akan memberi kesan yang sangat buruk kepada umat Islam dan kedudukan agama Islam itu sendiri.
 
Perdana Menteri berkata bidang politik di dalam Islam merupakan satu jihad yang perlu diutamakan dan tidak dapat dipisahkan daripada perjuangan untuk menegakkan Islam dan memperjuangkan kepentingan umat Islam.

"Jika politik dilihat menerusi dimensi ini, maka ia satu bidang yang sangat berkait rapat dengan peranan manusia di muka bumi ini, iaitu sebagai khalifah Allah.
 
"Justeru berjihad dalam menyebarkan kebenaran dan menegakkan syariah Islam sama ada melalui penulisan atau percakapan hendaklah dimulai dengan niat yang ikhlas, beramanah, maklumat yang jujur dan tepat, serta tidak mengelirukan pihak yang mendengarnya," katanya.
 
Beliau berkata jihad sebegitu akan menghasilkan perpaduan ummah yang sedia ada menjadi lebih kukuh dan utuh, seterusnya memartabatkan Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain.
 
Mengakui revolusi teknologi manklumat sukar dikekang dan dihalang, Najib berkata kerjasama tiga kumpulan berkenaan amat penting untuk diperkukuhkan bagi menjadi penyampai dan benteng dalam menangkis "virus" media sosial yang menggunakan kemudahan itu untuk menyebarkan maklumat atas tujuan tertentu, sama ada tujuan sosial mahupun tujuan politik.
 
Beliau berkata satu daripada fenomena penggunaan media sosial itu ialah sesuatu perkara atau isu boleh menjadi "macam api dalam sekam" atau "viral" dalam masa yang begitu pantas, berbanding penggunaan surat layang yang pernah menjadi alat menyebarkan isu satu ketika dahulu.
 
"Saya fikir memanglah rasa macam sesuatu yang cukup berat nak lakukan kalau nak sebarkan sesuatu secara meluas, tapi hari ini dengan media sosial, ia cara yang paling mudah sebab kalau kita hantar satu berita, walaupun palsu tapi kalau menarik, menjadikannya ia viral dalam masa begitu pantas.
 
"Kita sedar bahawa revolusi IT adalah satu perkembangan yang tidak mampu ditolak, kita tidak ada pilihan, jika kita pilih jalan untuk mengongkong negara atau umat Islam daripada perkembangan ini, ia merupakan satu pilihan yang tidak mungkin dapat dilaksanakan. 
 
"Oleh itu, dalam kita menghadapi ruang siber yang tidak ada sempadan, maka kerjasama antara ketiga-tiga pihak ini amat penting sekali supaya dapat bertindak pantas menghalang maklumat batil itu daripada tersebar yang sesiapa saja boleh menjadi sasarannya," katanya.
 
Mengenai himpunan itu, Najib berkata ia sesuatu yang amat istimewa dan tepat pada masanya ketika umat Islam sedang menghadapi cabaran getir yang menuntut kesepaduan dalam mempertahankan negara dan kesucian Islam daripada dipermainkan pihak berkepentingan.
 
"Sebagai umat Islam, kita sedang berhadapan pelbagai cabaran yang getir dan cabaran ini menuntut kita untuk lebih bersatu padu, lebih terselaras dari segi tindakan kita, lebih kuat lagi iltizam kita dan lebih kukuh lagi pemuafakatan kita agar kestabilan dan kemakmuran negara dapat dipertahankan dan ketinggian Islam dan kesucian Islam itu dapat diperjuangkan secara bersama," katanya. - Bernama

Mohd Harmizi, seorang pemandu bas kilang, berkata Mohd Fadzil biasa datang ke rumah sewanya untuk menonton perlawanan bola sepak.

"Saya percaya suspek melontar cecair berkenaan melalui tingkap yang tidak ditutup, dan kebetulan pula (Mohd) Fadzil dan Shahurzaman tidur di atas katil berhampiran tingkap tersebut," katanya.

Pada mulanya, Mohd Harmizi menyangkakan cecair itu adalah sejenis minyak namun sangkaannya meleset setelah melihat kesan terbakar pada tilam dan kain pelekat yang dipakai Mohd Fadzil.

Bapa Mohd Fadzil, Idrus Mohd Nor yang ditemui di HSNZ berkata dia terkilan dengan kejadian itu, yang belum diketahui motif sebenarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata polis masih mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - Bernama

Lapan suspek ditahan termasuk isteri mangsa
Wartawan Sinar Harian
19 Februari 2012
PETALING JAYA - Polis menahan lapan suspek, termasuk isteri mangsa, dalam kes pembunuhan seorang pemandu lori di rumahnya di Flat Taman Petaling Utama, Jalan PJS 1/52 Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata motif pembunuhan dipercayai mempunyai kaitan dengan hubungan isterinya, yang berusia 34 tahun, dan seorang lelaki berumur 22 tahun, yang dihalang mangsa.

Arjunaidi berkata empat remaja termasuk dua pelajar sekolah menengah yang ditahan polis sehari selepas kejadian, mendakwa isteri mangsa merancang pembunuhan itu dan berpakat dengan teman lelakinya untuk mengupah mereka melakukan perbuatan tersebut serta menjanjikan bayaran RM5,000 untuk setiap orang.
"Pada hari mangsa dibunuh, empat remaja terbabit bersama teman lelaki isteri mangsa telah masuk ke dalam rumah dengan bantuan isteri mangsa yang membuka pintu, sebelum menyerang mangsa yang sedang tidur," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata mangsa mati akibat kecederaan parah di belakang badan dan tangan setelah diserang dengan sebilah parang.

"Polis turut menahan ibu bapa suspek utama (teman lelaki isteri mangsa) bagi membantu siasatan berikutan mereka merupakan jiran mangsa, dan dipercayai membantu kedua-dua suspek utama merancang komplot pembunuhan itu," katanya.
Arjunaidi berkata semua suspek direman selama seminggu mulai semalam dan polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam insiden yang berlaku pada 3 pagi itu, M. Ganesan, 35, mati akibat diserang beberapa lelaki menggunakan parang dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.- Bernama
Lembaga hitam dukung nenek
Wartawan Sinar Harian
19 Februari 2012
Lembaga hitam dukung nenek
SUNGAI BARU - Seorang nenek kepada 30 cucu yang hilang dalam tempoh 24 jam pada Rabu lalu mengadu dilarikan dan dikawal oleh tiga lembaga hitam tidak dikenali sepanjang kehilangannya.

Johara Ahmad, 83, mendakwa, sebelum ditemui jirannya di tengah-tengah sawah dalam keadaan letih, dia dijaga oleh tiga lembaga yang sukar dikenal pasti sama ada lelaki atau perempuan.

Anaknya, Masitah Mat, 60, berkata, ketika kejadian dia keluar ke bank manakala Johara tinggal bersama adiknya, Zurina, 51, di rumah mereka yang terletak di Kampung Sungai Baru Tengah.

Menurutnya, kejadian itu diketahui apabila Zurina menghubunginya dan bertanyakan mengenai ibu mereka yang tiada di dalam rumah.

“Saya menyuruh Zurina mencari ibu di bilik air, namun tiada dan puas dia mencari di sekeliling rumah tetapi gagal ditemui.

"Saya segera pulang ke rumah dan kemudian terus mengajak adik saya untuk mencari ibu sehingga malam, namun tidak jumpa,” katanya kepada Sinar Harian.


Ditemui 5 km dari rumah

Masitah berkata, mereka kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Alor Janggus bagi mendapatkan bantuan mencari ibu. Dia berkata, keesokan harinya (Khamis) jiran mereka memberitahu Johara telah ditemui di kawasan lopak berhampiran sawah padi yang terletak di Kampung Parit Buaya, kira-kira 5 kilometer (km) dari rumahnya.

“Sewaktu jiran saya membawa ibu pulang, dia kelihatan agak letih mungkin disebabkan tidak tidur, makan dan minum semalaman.

“Ibu juga ada memberitahu saya, dia dijaga oleh tiga lembaga atau 'orang' sepanjang berada di kawasan sawah padi itu, namun tidak mengenali mereka,” katanya.

Johara yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Lang dalam kalangan penduduk kampung tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu sejak dia dijumpai kira-kira jam 11 pagi.


Nampak orang cari tapi tak mampu mengeluarkan suara

Masitah berkata, Johara juga memberitahu dia terlihat orang kampung yang sedang mencarinya di kawasan berkenaan, namun tidak boleh memanggil mereka kerana dihalang oleh lembaga itu.

Dia berkata, usaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai juga terhalang apabila hanya dia sahaja yang boleh nampak orang di sekelilingnya sedangkan orang lain tidak boleh melihatnya walaupun mereka berada di kawasan berhampiran.

“Saya dan adik ada juga mendapatkan bantuan daripada bomoh sewaktu ibu belum ditemui dan bomoh turut memberitahu hanya ibu sahaja yang boleh melihat orang di sekeliling namun tidak sebaliknya.

“Sejak ibu dibawa pulang, dia juga kurang selera makan berbanding sebelum ini dan lebih banyak minum air termasuk air teh yang sebelum ini dia tidak gemar,” katanya.

Masitah berkata, Johara hanya menceritakan suasana di tempat kejadian kepada mereka sekeluarga setelah mula mengingati apa yang berlaku. Apa pun, mereka sekeluarga berasa lega apabila Johara ditemui dalam keadaan selamat.


Temui Johara duduk atas tanah bendang
Sementara itu, Johara berkata, sewaktu perjalanan ke kawasan berkenaan, dia tidak berasa letih walaupun jauh kerana berasa seolah-olah ada orang yang mendukungnya ke sana.

Sinar Harian turut menanyakan Johara lebih lanjut mengenai kejadian, bentuk tubuh serta usia tiga ‘orang’ atau lembaga misteri yang menjaganya, namun Johara tidak dapat menjelaskannya kerana tidak dapat mengingati secara keseluruhan apa yang berlaku.

Penduduk, Ismail Othman, 70, berkata, sewaktu dia terjumpa dengan Johara, wanita itu sedang duduk di atas tanah yang telah dilalui oleh jentera padi.

Dia yang sebak melihat keadaan Johara yang kelihatan pucat lesu segera mengangkat lalu memapah untuk dibawa pulang ke rumah.

“Pada awalnya saya tidak menyangka objek hitam di tengah petak sawah ialah Johara namun saya tetap mendekati objek terbabit untuk mendapatkan jawapan.

“Johara juga ada memberitahu saya yang dia dijaga oleh tiga lembaga berwarna hitam dan bertubuh besar sepanjang berada di petak sawah itu,” katanya.

Ismail berkata, tidak banyak yang ditanyakan kepada Johara mengenai kejadian itu kerana sepanjang perjalanan pulang, dia berasa sedih melihat keadaan Johara.
Risau pusat hiburan terbuka
Wartawan Sinar Harian
19 Februari 2012
Hiburan
PANTAI CHENANG - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Temoyong bergerak aktif mengadakan rondaan berskala bagi memastikan kawasan sekitar terhindar daripada gejala sosial dan mencegah anak muda tempatan terjebak aktiviti najis dadah dan minuman keras.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Bohor Tempoyak, Abdul Rahin Othman, 60, berkata, selain memastikan kerukunan penduduk sekitar, pihaknya turut memantau aktiviti di kawasan pusat hiburan sekitar pantai terbabit.
 
“Berdasarkan pemantauan, terdapat tiga atau lebih pusat hiburan beroperasi secara terbuka yang menyajikan persembahan ala ‘live band’.
 
“Ini termasuk penjualan arak berleluasa kepada pengunjung,” katanya, ketika operasi pemantauan di sekitar Pantai Chenang.
 
Abdul Rahin berkata, operasi bermula 11 malam dan berakhir sekitar jam 1 pagi itu dilakukan setiap minggu membabitkan kawasan Pantai Chenang sepanjang hampir dua kilometer.
 
Menurutnya, hasil pemantauan juga mendapati sebuah kelab yang agak ‘ekstrem’ dipenuhi ramai pengunjung sebahagian besar adalah pelancong asing berkumpul di kawasan pantai.
 
“Ada antara mereka adalah masyarakat tempatan terdiri daripada anak-anak muda. Kami bimbang mereka terikut budaya Barat.
 
“Perkara ini perlu dibendung kerana gejala sosial kian menjadi-jadi terutama penggunaan arak kalangan remaja dan belia,” katanya.
 
Abdul Rahin turut melahirkan kebimbangan kemungkinan pusat hiburan terbabit dipengaruhi aktiviti bahan terlarang seperti pil ecstacy secara tersembunyi.
 
Katanya, pihaknya memohon pihak berkuasa memantau segera agar gejala itu supaya tidak mengganggu kehidupan masyarakat setempat, selain mencemar imej Langkawi sebagai pulau pelancongan.
 
Menurutnya, penjualan minuman keras didakwa berleluasa dan pihaknya kecewa serta khuatir tiada pantauan secara berkesan menyebabkan ada pengusaha pusat hiburan menjalankan perniagaan itu hingga lewat pagi.
 
“Pemimpin setempat juga perlu buat pemantauan. Komitmen Pemuda Umno sebelum ini, juga ada melaungkan usul mahu jadikan Langkawi sebagai pulau pelancongan ‘Halallan Toiyibba’ ketika perhimpunan Agong Umno,” katanya.
 
Abdul Rahin berharap komitmen pemimpin setempat digiatkan dalam hal berkenaan.
Ikut kekasih jaga pusat judi
Wartawan Sinar Harian
19 Februari 2012
Ikut kekasih jaga pusat judi
SUNGAI BULOH - Seorang pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara 17 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi bersepadu bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis di pusat siber judi di Bandar Baru Sungai Buloh, malam kelmarin.

Pelajar perempuan itu ditahan bersama teman lelaki yang juga penjaga sebuah pusat siber judi online di Bandar Baru Sungai Buloh, di sini. Ketika disoal, remaja itu mengakui sering mengikut teman lelakinya pada waktu cuti hujung minggu semata-mata untuk berseronok.

“Ibu dan bapa saya berada di Johor, saya tinggal dengan nenek di Rawang, bosan duduk di rumah jadi ikutlah dia (teman lelaki), boleh tolong-tolong dia jaga kedai,” katanya kepada Sinar Harian.

Dimaklumkan, tanpa pengetahuan neneknya, hampir setiap minggu, pelajar berkenaan mengikut teman lelakinya bekerja.

Sementara itu, remaja lelaki berusia 19 tahun itu pula memberi alasan bahawa dia baru sebulan bekerja di pusat siber dengan gaji RM1,000 sebulan.

“Saya tidak tahu ianya salah, jadi saya bekerjalah kerana perlu menyimpan wang untuk berkahwin,” katanya yang gagal memberikan kad pengenalan diri sewaktu diminta anggota penguat kuasa Jais.

Dalam serbuan itu, MBSA turut menyita 108 set komputer membabitkan empat premis di kawasan sama.

Turut ditahan, dua warga Myanmar yang merupakan penjaga premis kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa MBSA, Zakaria Mat Piah berkata, tindakan diambil dibawah Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber MBSA (2007) peruntukan 3 iaitu menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen.

Pengunjung beragama Islam dibawa ke pejabat Jais untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Jurutera maut dalam nahas
Wartawan Sinar Harian
19 Februari 2012
Jurutera maut dalam nahas
PONTIAN – Seorang jurutera sebuah kilang di sini, maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Jalan Johor Bahru - Pontian, kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Kampung Pengkalan Raja Pekan Nenas, pagi semalam.

Mangsa, Rozaimah Mohd Badawi, 24, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Toyota SE yang dipandunya bertembung dengan sebuah Proton Wira yang datang dari arah bertentangan.

Ibu mangsa, Rosnah Bedu, 47, berkata, sebelum kejadian, Rozaimah dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas menghantarnya mengambil wang BR1M di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.

“Saya terkejut menerima berita kemalangan yang menimpa arwah. Masih terbayang arwah menghantar saya mengambil wang BR1M sebanyak RM500,” katanya kepada Sinar Harian di pekarangan rumah mayat, Hospital Pontian, semalam.

Menurutnya, Rozaimah baru sahaja bekerja selama lapan bulan sebagai jurutera di kilang berkenaan setelah tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Manakala, pemandu Proton Wira, seorang lelaki berumur lingkungan 30-an hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Pontian sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba Pekan Nenas, Mohd Yazed Othman berkata, bumbung kereta mangsa terpaksa dipotong dengan menggunakan alat pemotong hidraulik.

Menurutnya, enam anggota mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Bagaimanapun, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kemalangan berkenaan.
Bogel depan penguat kuasa
KAMARUL HALIM M KAMAL
18 Februari 2012
Bogel depan penguat kuasa
BATU PAHAT – Tergamam! Demikian reaksi sekumpulan pegawai penguat kuasa agama selepas tubuh yang membuka pintu sebuah bilik di hotel bajet di sini, tidak dibaluti waima dengan seurat benang sekalipun.

Lagak selamba si gadis yang terus menayangkan tubuhnya itu, diburukkan lagi selepas dengan tidak semena-mena gadis itu meracau kepada pegawai penguat kuasa agama yang ketika itu sedang menjalankan operasi banteras maksiat.

Timbalan Penguatkuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pegawai bertugas berulang kali mengarahkan gadis itu supaya mengenakan pakaian, namun tidak diendahkan dan berterusan membiarkan tubuhnya diperhatikan tanpa sedikit pun rasa malu.

Katanya, ketika serbuan dalam operasi banteras maksiat kira-kira jam dua pagi kelmarin, gadis berusia 26 tahun itu dipercayai berdua-duaan bersama pasangannya di dalam bilik hotel bajet berkenaan sebelum diserbu.

“Melihat keadaan gadis terbabit tanpa pakaian, kami mengarahkannya mengenakan pakaian lengkap, namun dia berlagak selamba dan tidak mengendahkan arahan itu.

"Anggota wanita yang bertugas kemudiannya memberikan tuala sebelum gadis itu mengenakan pakaian lengkap sebelum berulang kali mengatakan dirinya hanya berseorangan di bilik hotel itu," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, turut ditemui sekeping nota penuh contengan bersamanya dan berdasarkan nota itu, gadis berkenaan dipercayai mengalami masalah kemurungan.

“Antara isi kandungan kertas itu termasuk, 'aku tertekan kejar akhirat’, serta beberapa contengan lain yang agak sukar difahami malah tulisannya seperti individu yang berada di bawah pengaruh dadah yang kebiasaannya sering berimaginasi.

“Turut ditemui bersama gadis terbabit satu kotak berisi kondom dipercayai digunakan bagi tujuan hubungan seksual," katanya.

Bagaimanapun katanya, pasangan gadis itu dipercayai mengetahui kehadiran unit penguat kuasa lebih awal, sebelum meloloskan diri menerusi tingkap tingkat dua hotel terbabit.

"Hasil siasatan mendapati gadis terbabit merupakan warga tempatan, malah turut mendakwa dirinya anak yatim piatu.

"Malah, dia mula menangis serta meracau sejurus diperiksa anggota bertugas sebelum diberikan kaunseling,” katanya.

No comments:

Post a Comment