Monday, February 20, 2012

YANG PERGI TETAP PERGI...YANG TINGGAL TAATLAH PADA ALLAH...JANGAN SEKALI2 HIDUP KITA MENGUMPUL MAKSIAT...GAGAL TAAT DIDUNIA...MAKA GAGALLAH KITA DIAKHIRAT

Penyanyi veteran Latiff Ibrahim meninggal dunia
nina farzuin
20 Februari 2012
Latiff Ibrahim
SHAH ALAM - Penyanyi era 80-an, Latiff Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 6.06 petang tadi.
Allahyarham Latiff, 62, yang sebelum ini dimasukkan ke IJN 18 Disember lalu berikutan serangan jantung, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.
Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, beliau meninggal dunia pada pukul 5.57 petang di Unit Rawatan Koronori (CCU) IJN, dengan anggota keluarga berada di sisi Allahyarham.
Anaknya, Hazriq Latif berkata jenazah bapanya akan dibawa pulang ke rumah Taman Keramat malam ini.
"Kami tidak dapat beritahu apa-apa kerana masih bersedih dengan pemergian ayah," kata Hazriq yang enggan mengulas lanjut.
Latif Ibrahim, yang terkenal dengan lagu Nora, Mengharap Kasih Mu dan Mengenang Dikau Kembali, ialah abang kepada penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim.
Allahyarham merupakan artis yang pernah menyuburkan industri filem negara melalui lakonan filem Hapuslah Air Mata Mu (1976), Dendang Perantau (1979), Sumber Ilhamku (1979), Bintang Pujaan (1981) dan Senja Merah (1982).
Allahyarham dimasukkan ke IJN pada Sabtu lepas dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 3, Keramat esok.

Isteri maut selepas kelar suami

MAYAT Jian Min (gambar kecil) terbaring selepas dikatakan terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Lintang Paya Terubong, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Pergaduhan sepasang suami isteri yang dikatakan berpunca akibat kehadiran orang ketiga berakhir selepas suri rumah terbabit ditemui maut setelah terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Lintang Paya Terubong, Air Itam di sini semalam.
Mangsa, Qie Jian Min, 37, yang merupakan seorang warganegara China dijumpai dalam keadaan terbaring tanpa kesan darah di tepi bangunan berkenaan kira-kira pukul 1.10 pagi.
Pada masa yang sama, hasil pemeriksaan polis di rumah mangsa pula mendapati suaminya yang ingin dikenali sebagai Ah Hin, 44, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil bilik tidurnya dengan kesan darah dipercayai dikelar isterinya menggunakan sebilah pisau.
Jian Min maut selepas dikatakan cuba melarikan diri melalui tingkap rumahnya sebelum tergelincir dan terjatuh dari bangunan setinggi 28.5 meter.

Kena bogel selepas dibelasah

DUNGUN – Malang menimpa sepasang kekasih apabila mereka bukan sahaja dipukul, malah turut dipaksa berbogel sebelum gambar mereka dirakam sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian di kawasan pantai Sura Hujung di sini Sabtu lalu.
Kejadian berlaku ketika pasangan berusia 20-an itu sedang bermadu kasih di dalam sebuah kereta pada pukul 3 pagi sebelum didatangi tiga lelaki yang terus memasuki kereta mereka dan memukul kedua-dua mangsa.
Takut dicederakan lebih teruk, kedua-dua mangsa kemudian menuruti arahan suspek dengan menanggalkan pakaian sebelum aksi mereka dirakam menggunakan telefon bimbit.
Sumber memberitahu, ketiga-tiga suspek juga bertindak meminta wang sebanyak RM2,000 daripada mangsa sekiranya pasangan itu tidak mahu gambar bogel mereka didedahkan.

Tiga lelaki bermandi peluru

GOMBAK – Tidak diketahui apa puncanya, tiga lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan pemuda yang memakai topeng ski di Apartmen Gardenia Court di Taman Sri Gombak di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, tiga suspek yang menaiki sebuah Pajero menyerang tiga mangsa yang ketika itu berada di tempat letak kenderaan apartmen tempat tinggal mereka.
Semasa kejadian, ketiga-tiga mangsa berusia 18, 23, dan 29 tahun berada di dalam kereta Honda Accord

Tentera Pakistan hasilkan ‘iPad’

KAMRA, Pakistan – Di dalam sebuah kompleks tentera udara kawalan ketat yang membina jet-jet pejuang dan sistem senjata api, tentera Pakistan kini mempunyai empayar komersial tambahan, iaitu komputer tablet iPad versi tempatan.
Pengeluran komputer itu melibatkan kerjasama jurutera-jurutera Pakistan dan perkakasan komputer.
Jurutera-jurutera penerbangan memasang komputer tablet iPad versi tempatan itu, PACPAD 1 di sebuah pangkalan tentera udara di Kamra, utara Pakistan.
“Asalnya iPad, salinannya ialah PACPAD 1,” kata Mohammad Imran yang meletakkan produk itu di kedai kecil komputer dan telefon bimbitnya di sebuah pusat beli-belah di Rawalpindi tidak jauh dari sini. Komputer itu menggunakan satu sistem yang dihasilkan Google, Android 2.3 secara percuma.
Pada harga AS$200 (RM607.79), PACPAD 1 murah lebih separuh harga daripada komputer Apple atau Samsung dan komputer tablet keluaran China di pasaran.
Nama singkatan PAC adalah merujuk kepada Kompleks Aeronautikal Pakistan.
Hanya beberapa ratus produk itu telah dibuat setakat ini walaupun kumpulan baharu komputer tersebut akan disiapkan dalam tempoh tiga bulan lagi.
“Industri pertahanan cuba untuk menunjukkan kehadirannya dengan melakukan lebih daripada hanya untuk mengeluarkan senjata,” kata penulis kajian penglibatan tentera dalam perniagaan, Ayesha Siddiqa. – AP


No comments:

Post a Comment