Friday, November 16, 2012

GOPOH DAN BILA AKAL TAK BERFUNGSI DENGAN BAIK

Sondol nak bayar tol

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

REMUK...keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan.
REMUK...keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan.
BANTU...mangsa dipapah pasukan keselamatan selepas diberi rawatan kecemasan.
BANTU...mangsa dipapah pasukan keselamatan selepas diberi rawatan kecemasan.
SEREMBAN: “Saya terkejut sebaik mahu membayar tol, tiba-tiba sebuah kereta dari belakang merempuh kereta saya hingga meluncur laju dan melanggar palang tol,” kata A Mohindaran, 52, mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan di Plaza Tol Setul menghala Seremban, di sini, semalam.
Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, kereta Proton Persona dinaiki tujuh sekeluarga merempuh belakang kereta dinaiki Mohindaran menyebabkan seorang daripada mereka patah tangan kiri manakala yang lain cedera ringan termasuk dua kanak-kanak.
Mohindaran berkata, dia yang menaiki kereta Proton Waja dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Pilah dari ibu kota tidak sempat membayar tol akibat kejadian itu.

“Kejadian terlalu pantas apabila saya terdengar bunyi rempuhan kuat sebelum kereta meluncur laju ke depan.

“Sebaik tiba di tol saya sempat menyerahkan tiket tol kepada jurutol. Tapi belum sempat saya keluarkan duit, saya rasa kereta seperti ‘dihempap’ dari belakang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Serangan cinta hampa

Oleh Junaidi Ladjana
am@hmetro.com.my

PARAH....Virgnia terlantar di HQE selepas melecur separuh badan akibat disimbah cuka getah.
PARAH....Virgnia terlantar di HQE selepas melecur separuh badan akibat disimbah cuka getah.
KOTA KINABALU: Berang cintanya dihalang, seorang pemuda bertindak gila apabila menceroboh rumah keluarga teman wanitanya, lalu menyimbah sebaldi cuka getah ketika keluarga berkenaan tidur di ruang tamu, menyebabkan seorang bayi berusia enam bulan yang juga adik kekasihnya maut manakala kakak dan ibu bayi itu parah.
Dalam kejadian di Kampung Gaur, Kota Belud, jam 5 pagi pada Rabu lalu, bayi berkenaan, Johrsin Hortelano, maut selepas enam jam dirawat di Hospital Kota Belud akibat melecur teruk di muka.
Ibu bayi itu, Virgnia Alegada, 39, dalam keadaan kritikal dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu dan seorang lagi anaknya, Jezel Hortelano, 12, dirawat di Hospital Kota Belud dengan keadaannya dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, kata sumber, teman wanita suspek yang turut tidur di ruang tamu rumah berkenaan ketika kejadian tidak cedera.

Menurutnya, ketika kejadian, semua 10 beranak itu termasuk teman wanita suspek, tidur di ruang tamu rumah itu dan suspek menyimbah cuka getah melalui tingkap terbuka.

Tuli puja ‘batu geliga’

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my

TEKNIK PUJA...Zaidi menunjukkan cara dia memuja batu terbabit. Gambar kecil, batu yang didakwa kononnya mempunyai kesaktian.
TEKNIK PUJA...Zaidi menunjukkan cara dia memuja batu terbabit. Gambar kecil, batu yang didakwa kononnya mempunyai kesaktian.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup berbelanja RM32,000 untuk membeli ‘batu geliga’ yang didakwa ada kuasa hikmat untuk menundukkan isterinya yang kuat berleter, namun padah menimpa apabila dia mengalami masalah pendengaran dipercayai kesan penggunaan batu itu.
Mangsa, seorang ahli perniagaan hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 28, berkata, geliga itu dibelinya pada Ogos tahun lalu daripada seorang lelaki di selatan tanah air yang mendakwa dirinya pawang besar di Indonesia.
Zaidi berkata, ketika membeli geliga itu dia diberitahu kuasa hikmat batu hanya menjelma jika dia melakukan rutin pemujaan yang ditetapkan.

“Untuk memastikan geliga itu mampu memberi kuasa yang saya inginkan, saya perlu melakukan pemujaan dengan menggunakan kemenyan serta kunyit hidup pada setiap malam Jumaat di kawasan perkuburan.

“Jika gagal melakukan pemujaan yang disyaratkan itu, saya diberi peringatan ada kemungkinan berlaku musibah kepada saya atau ahli keluarga,” katanya ketika ditemui.

No comments:

Post a Comment