Sunday, November 11, 2012

NI BAGAIMANA...KITA BIAR ADIL JANGAN PILIH BULU....MANUSIA JADI KELIRU ANJURAN MAKSIAT BUAT JUGA....ANJURAN KEBAIKAN BUAT JUGA....INGAT MINYAK GAN AIR TAK CAMPUR KE

Pemandu teksi jadi penyelamat



ANGGOTA penyelamat membawa keluar lapan pelancong Singapura yang tersesat di kawasan hutan Air Terjun Kota Tinggi, Johor semalam.



KOTA TINGGI - Lapan pelancong warga Singapura berjaya ditemui pagi semalam selepas mereka dilaporkan sesat selama 24 jam ketika melakukan aktiviti merentas hutan di kawasan Air Terjun Kota Tinggi kelmarin.
Kesemua mereka berjaya diselamatkan selepas seorang daripada mereka menghubungi pemandu teksi yang menghantar mereka ke kawasan tersebut pada pukul 7.55 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, 18 anggota penyelamat yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat menemui mereka dalam keadaan sihat pada kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Penduduk kampung turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mereka itu yang bermula pukul 7 pagi.
Che Mahazan berkata, mangsa yang terlibat dikenali sebagai Tay Wei Xin, Law Teck Chuan, Sng Yu Xin, Lim Pong Hui, Sng Ping Qiu, Wong Thiam Siang, Seow Pei Wen dan Xiao Yulin.

The Yellow River buat penggemar ikan tilapia



Daripada kanan, Mufadzir Huzaireen, Sharifuddin dan Affandi menunjukkan antara hidangan berasaskan ikan tilapia di restoran The Yellow River, Seremban.



SEREMBAN - Selepas berjaya menjadi peneraju filet ikan tilapia bermutu tinggi, Tilapia House Sdn. Bhd. (Tilapia House) kini mengembangkan peniagaan mereka dengan membuka restoran The Yellow River di Pusat Komersial Oakland dekat sini yang menyediakan masakan berasaskan ikan berkenaan.
Pengarah Urusan Tilapia House, Mufadzir Huzaireen Mazlan berkata, perluasan perniagaan itu adalah kesinambungan daripada pembukaan pasar kering moden, Tilapia Market di sebelah restoran berkenaan pada Julai 2010.
"Restoran ini menawarkan lebih 20 jenis masakan dengan 60 peratus daripadanya adalah berasaskan kepada filet ikan tilapia yang dipasarkan oleh Tilapia House.

Perodua perkenal pakej Salam 1Felda



AMINAR RASHID yakin pakej Salam 1Felda bakal mendapat sambutan daripada peneroka Felda.



KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) memperkenalkan pakej istimewa bagi peneroka Felda untuk memenuhi keperluan permotoran mereka.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pakej Salam 1Felda itu termasuk rebat minimum bernilai RM1,000, baucar servis diskaun 50 peratus bagi tempoh dua tahun dan liputan insurans kemalangan peribadi bernilai RM20,000.
"Bagi melayakkan diri mendapatkan skim promosi yang berlangsung sekarang sehingga 30 April 2013 itu, peneroka perlu menunjukkan kad pengenalan, slip pembayaran Felda dan surat pengesahan.
"Skim ini juga terbuka kepada pasangan, adik-beradik, anak dan anak angkat peneroka dengan syarat mereka menunjukkan dokumen yang diperlukan," katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

ALLAH NAK MENGHUKUM KEJAP JE

Gempa bumi kuat landa Myanmar


SEBUAH pagoda rosak teruk di bandar Kyauk Myaung selepas dilanda gempa bumi semalam.



YANGON, Myanmar - Sekitar 12 orang dikhuatiri terbunuh dan 16 yang lain cedera apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan bahagian utara Myanmar semalam.
Gegaran yang berpusat dekat bandar Shwebo mengakibatkan sebuah jambatan dan sebuah lombong emas runtuh.
Bencana itu turut merosakkan beberapa struktur pagoda lama.
Namun, tiada kecederaan atau kemusnahan besar dilaporkan di bandar kedua terbesar di Myanmar, Mandalay yang terletak dekat Shwebo.
Mandalay terletak sekitar 117 kilometer ke selatan pusat gempa berkenaan.
Seorang pegawai Jabatan Meteorologi Myanmar berkata, gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 7.42 pagi waktu tempatan.
"Ini merupakan gempa bumi terburuk sepanjang hidup saya," kata seorang penduduk Shwebo berusia 52 tahun yang dikenali sebagai Soe Soe.
Menurutnya, tembok konkrit besar sebuah biara runtuh dan beberapa ukiran pada dinding pagoda lain di bandar itu turut rosak.
Kemusnahan turut dilaporkan di Mogok yang merupakan sebuah kawasan perlombongan permata utama di Myanmar.
"Tanah runtuh berlaku di sebahagian lombong batu delima tetapi tiada kecederaan berlaku ekoran kawsan tersebut menempatkan lombong lama," kata seorang penduduk Mogok, Sein Win.
Stesen televisyen Myanmar melaporkan, berpuluh-puluh pagoda di lima buah bandar rosak dalam bencana tersebut.
Bencana itu turut menyebabkan sebuah jambatan yang sedang dibina merentasi Sungai Irrawaddy runtuh.
Infrastruktur tersebut menghubungkan bandar Sintku yang terletak sekitar 65 kilometer ke utara Mandalay dengan bandar Kyaukmyaung.
Gegaran di Myanmar itu turut dirasai hingga ke Bangkok di Thailand. - Agensi

Wacana al-Quran tingkat iman



MASJID Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam menjadi lokasi Wacana al-Quran.



KUALA LUMPUR - Anugerah International Sdn. Bhd. (AI) dengan kerjasama Kosmo! akan menganjurkan program Wacana al-Quran di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 17 November ini.
Moderator program terbabit, Khairul Azhar Ghazali berkata, wacana tersebut bakal membincangkan kekuasaan al-Quran daripada sudut kedamaian, membina kecerdikan anak-anak dan meningkatkan rezeki.
"Program ini akan bermula pada pukul 7.30 malam dan akan menampilkan ahli panel berpengalaman dan mahir menyampaikan pemahaman mendalam tentang al-Quran kepada peserta.
"Pihak AI berharap program ini berjaya mendedahkan tentang kehebatan dan kemuliaan kitab suci umat Islam merentasi zaman sehingga kini," katanya yang juga salah seorang peserta rancangan Imam Muda dalam satu kenyataan di sini semalam.

Buat persembahan depan Ketua Menteri


MOHD. AFIF bersama empat rakan bakal membuat persembahan sempena perasmian Kompleks
Kubah Ria di Kuching, Jumaat ini.



KUCHING – Salah seorang pelajar terbaik pada konsert minggu pertama Soulstar 2012 teruja kerana diberi peluang untuk membuat persembahan pada majlis pembukaan rasmi Kompleks Kubah Ria di sini pada Jumaat ini.
Pelajar program realiti itu, Mohd. Afif Amier, 23, menyatakan perasaan terujanya selepas namanya serta empat peserta terbaik lain diumumkan oleh Pengetua Soulstar 2012, Iwan Dasri selepas selesai konsert itu kelmarin.
“Saya anggap ini rezeki saya, apabila diberi kepercayaan oleh pihak Soulstar untuk membuat persembahan pada majlis yang dijangka dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“Saya akan melakukan yang terbaik walaupun sedikit gemuruh dan amat teruja,” ujar penjawat awam yang bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak itu.
Empat peserta lain yang turut diumumkan untuk bersama-sama Mohd. Afif atau Afif bagi kod undian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) membuat persembahan ialah Rina Bayu Adilana Anak Jimmy (Bayu), 18, Muhd. Azhar Liza (Iz), 16, Celine Bong (Celine), 17, dan Harnida Shazila Haron (Nyda), 17.

Empat maut tonton perlumbaan rali



SEORANG anggota polis memeriksa kereta lumba yang remuk dalam satu kemalangan semasa perlumbaan amatur RallyShow dekat bandar Zlin, Republik Czech kelmarin.



PRAGUE - Tiga wanita dan seorang budak perempuan berusia enam tahun maut semasa menyaksikan perlumbaan kereta rali di Republik Czech apabila sebuah kereta lumba keluar dari trek pada kelajuan tinggi dan melanggar penonton, kata polis kelmarin
Tragedi ngeri itu berlaku pada perlumbaan RallyShow dekat bandar Zlin, sekitar 300 kilometer dari sini.
Jurucakap polis, Jana Macalikova berkata, seorang pemandu berkenaan meninggalkan laluannya dan memandu sejauh 100 meter di luar laluan perlumbaan dan melanggar sebatang pokok sebelum merempuh sekumpulan penonton.
Menurutnya, seorang wanita berusia 62 tahun dan pemuda turut cedera dalam kemalangan tersebut kelmarin. - Reuters

Jam tangan platinum RM12.6 juta


JAM tangan Patek Philippe milik penyanyi legenda Eric Clapton dipamerkan di firma lelongan Christie's di New York pada 12 Oktober lalu.



GENEVA - Seutas jam tangan milik penyanyi rock legenda, Eric Clapton dijangka dapat dijual pada harga £2.6 juta (RM12.6 juta) dalam satu lelongan di Switzerland.
Menurut akhbar MailOnline, jam kronograf jenama Patek Philippe yang diperbuat daripada logam platinum itu akan dilelong oleh firma Christie di sini hari ini.
Hanya terdapat dua jam tangan platinum Patek Philippe di dunia dengan seutas lagi jam tersebut kini berada di sebuah muzium.
Barangan itu adalah antara 310 jam eksklusif dengan harga keseluruhan mencecah £9.9 juta (RM48.1 juta) yang akan dilelong oleh firma berkenaan.
Berita berhubung jualan jam tersebut disiarkan selepas sebuah lukisan oleh Gerhard Richter milik Clapton dijual £21.3 juta dalam satu lelongan Sotheby's di London sekali gus lelongan termahal di dunia bagi seseorang pelukis yang masih hidup.
Clapton yang popular dengan lagu Wonderful Tonight membeli lukisan tersebut pada harga £2 juta (RM9.7 juta) dalam tahun 2001. - Agensi

Rumah kapsul popular di Wuhan



SEORANG pemuda mandi di dalam rumah kapsul yang disewanya di Wuhan, China.



WUHAN, China - Kadar sewa rumah yang terlampau tinggi mendorong ramai pekerja berkongsi tinggal di bilik-bilik kecil di dalam sebuah bangunan di sini, dalam wilayah Hubei, lapor akhbar New York Daily News.
Setiap bilik kecil itu yang digelar 'rumah kapsul', memiliki keluasan purata cuma 4.5 meter persegi.
Idea tersebut dicetuskan oleh pemilik hartanah tersebut yang membina 55 buah bilik kecil di dalam bangunannya.
Setiap bilik kecil tersebut berfungsi sebagai tempat tidur, ruang tamu, bilik mandi dan dapur sekali gus semua dalam satu.
Penghuninya pula terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya.
Walaupun kecil, ramai penyewa menganggap tinggal di rumah kapsul itu berbaloi memandangkan gaji mereka yang rendah berbanding sewa rumah yang amat mahal di sini. - Agensi

ZINA DIMANA2

Skandal bekas pengarah CIA terus dibongkar



PENULIS Paula Broadwell bercerita mengenai buku biografi yang ditulis bersama Petraeus dalam satu majlis di Washington pada 6 Februari lalu.



WASHINGTON - Seorang wanita misteri menjadi punca tamatnya karier Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) David Petraeus selepas dia dihujani e-mel ugutan daripada wanita simpanan lelaki tersebut, kata seorang pegawai kepada akhbar Daily News.
Wanita misteri itu yang dipercayai rapat dengan Petraeus tampil untuk meminta perlindungan daripada pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) ekoran kerap diganggu oleh kekasih gelap Petraeus, Paula Broadwell.
Susulan aduan tersebut, pihak FBI mengesan sumber ancaman itu kepada Broadwell, 40, yang merupakan lulusan Universiti Harvard dan pernah menulis buku biografi Petraeus.
Menurut sebuah laman berita tempatan, siasatan itu menemui deretan e-mel yang mendedahkan skandal seks antara Broadwell dan Petraeus.
Kedua-duanya sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.
Satu e-mel tersebut menceritakan tentang hubungan "seks di bawah meja"antara mereka.
Identiti wanita kedua yang membuat aduan tersebut dan hubungannya dengan Petraeus masih dirahsiakan tetapi menurut sumber sama, dia bukan dalam kalangan ahli keluarga Petraeus mahupun pegawai kerajaan.
Skandal seks tersebut mencetuskan persoalan berhubung kelemahan dan kecuaian seorang pemerintah tentera berkaliber seperti Petraeus dalam menangani hubungan sulitnya.
Pihak FBI menyiasat e-mel peribadi Petraeus kerana mengesyaki ia telah digodam oleh individu tertentu.
Petraeus yang berusia 60 tahun sebelum ini memiliki kerjaya cemerlang selepas membantu misi tentera AS mematahkan gerakan militan di Iraq dan Afghanistan.
Namun, beliau kecundang dan memilih untuk meletak jawatan pada Jumaat lalu selepas skandal seksnya terbongkar.
Media AS melaporkan Broadwell rapat dengan Petraeus ketika beliau menjadi komander untuk gerakan tentera AS di Afghanistan dan menamatkan i hubungan tersebut sebelum beliau dilantik sebagai ketua CIA, tahun lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Petraeus dilaporkan memohon maaf berhubung hubungan terlarang itu.
Buku biografinya yang bertajuk All In: The Education of General David Petraeus, dianggap oleh rakan-rakannya sebagai naskhah cinta daripada Broadwell kepada ketua tentera itu.
Peletakan jawatannya diluluskan oleh Presiden Barack Obama Jumaat pada Khamis lalu lalu selepas beliau menemui pemimpin itu di White House di sini.
"Sebagai seorang suami dan ketua sebuah organisasi seperti sekarang (CIA), sikap sebegini tidak boleh diterima," kata Petraeus dalam memo kepada kakitangannya.
Petraeus berkahwin sejak 38 tahun lalu dengan isterinya, Holly Petraeus yang dikenali ketika beliau masih seorang kadet tentera di Akademi Tentera AS di West Point, New York.
Tempat beliau kini diambil alih oleh Timbalan Pengarah Mike Morell sementara menunggu pelantikan Pengarah CIA yang baharu. - Agensi

Peniaga risau hilang pendapatan



SEBAHAGIAN peniaga menunjukkan notis merobohkan gerai perniagaan mereka di kawasan Rumah Pangsa Seberang Terus, Alor Setar semalam.



ALOR SETAR - Sebanyak 25 peniaga di kawasan Rumah Pangsa Seberang Terus di sini yang berniaga sejak 30 tahun lalu di kawasan itu bimbang punca pendapatan mereka hilang berikutan berkemungkinan gerai dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Kebimbangan timbul apabila mereka menerima notis daripada pihak berkuasa tempatan itu pada 8 November lalu yang meminta gerai mereka dirobohkan dalam tempoh dua hari bagi kerja menaik taraf rumah pangsa tersebut.
Wakil peniaga, Mat Isa Ahmad, 65, memberitahu, dia sejak 20 tahun lalu bergantung dengan pendapatan sebagai tukang gunting di kawasan itu bagi menyara keluarga.
Katanya, jika gerainya dirobohkan, dia akan terputus sumber pendapatan disebabkan tiada tapak niaga lain disediakan oleh pihak berkuasa.
"Peniaga tidak membantah pembangunan tetapi apa yang dimahukan ialah jaminan gerai dibina semula oleh MBAS di tapak sama.
"Ada dalam kalangan peniaga telah berniaga selama 30 tahun dan kebanyakan mereka mempunyai lesen perniagaan masing-masing," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar bersama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) semalam.
Hadir sama ialah Pengerusi Ikhlas Kedah, Sarjakhan Abu Bakar.

Berang kereta disimbah asid



MUHAMMAD SAZRI menunjukkan keretanya yang rosak selepas disimbah asid ketika diletakkan di Apartmen No. 5, Taman LTAT, Jalan Bukit Indah, Bukit Jalil semalam.



KUALA LUMPUR – Kira-kira 20 penduduk naik berang apabila kereta milik mereka yang diletakkan di tepi bangunan Blok A, Apartmen No. 5, Taman LTAT, Jalan Bukit Indah, Bukit Jalil di sini rosak akibat disimbah asid dalam perbuatan khianat baru-baru ini.
Lebih membuatkan mereka marah, kejadian yang berlaku sebanyak tiga kali pada Julai, September dan terbaharu pada 5 November lalu itu berlaku dalam kawasan yang mempunyai pengawal keselamatan.
Dalam ketiga-tiga kejadian itu, bukan sahaja 29 buah kereta rosak akibat disimbah asid dan dicalar malah, tempat duduk motosikal turut ditoreh.
Difahamkan, perbuatan khianat itu disyaki dilakukan selepas ada pihak yang berang dengan sikap penduduk yang meletakkan kenderaan masing-masing bukan di lot yang disediakan.
Seorang penduduk, Muhammad Sazri Abd. Sani, 33, berkata, dia terkejut apabila mendapati Perodua Myvi miliknya rosak akibat disimbah asid dan dicalar ketika hendak keluar bekerja pada 5 November lalu.

Warga emas mati terkejut selepas lihat puting beliung

ALOR GAJAH - Seorang lelaki warga emas menemui ajal dipercayai akibat terkejut selepas melihat puting beliung di rumahnya di Kampung Telok Gong, Masjid Tanah di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, Hasan Olok, 70, meninggal dunia dalam keadaan terbaring sejurus melihat angin puting beliung dari arah laut yang turut menerbangkan zink 33 buah rumah di kampung itu.
Menurut anak mangsa, Mohd. Azri, 26, beberapa minit sebelum kejadian, bapanya yang mahu mengambil angin telah pergi ke pantai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.
"Selepas dia keluar, saya terdengar bunyi angin kuat lalu panggil ayah masuk ke dalam rumah. Ketika itu, saya sempat lihat angin seperti puting beliung sedang bergerak laju menuju ke pantai dari arah tengah laut," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kenyataan Nurul Izzah cetus kemarahan

SANDAKAN - Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu Islam boleh memilih agama di bawah faktor kebebasan agama boleh menimbulkan suasana yang bukan sahaja sensitif tetapi boleh mencetuskan kemarahan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu bersifat mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk keselamatan, itu tidak akan kita benarkan.
"Jika dicampuradukkan politik dan pendekatan cakap tidak serupa bikin dengan agama dan isu kaum, ia memberi kesan yang boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya.




Tiga maut masa lumba



MAHARAMI (kanan) menceritakan mengenai kemalangan yang
menimpa anaknya ketika ditemui di Batu Pahat semalam.



BATU PAHAT - Tiga lelaki termasuk dua pelajar sekolah menemui ajal apabila motosikal yang mereka naiki untuk berlumba bertembung sesama sendiri di Kilometer 14, Jalan Simpang Lima-Parit Sulong di sini semalam.
Kejadian pukul 1.45 pagi itu menyebabkan seorang mekanik, Muhamad Fetri Kamsani, 21, dari Parit Puasa; Muhamad Sharul Ramadhan Maharami dan Syazwan Muhammad Rosdi masing-masing berusia 14 tahun dari Parit Haji Abdul Salam, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga mangsa dipercayai sedang berlumba dengan menaiki dua buah motosikal.
Katanya, Muhamad Fetri serta Muhamad Sharul masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dan Modenas Kriss manakala Syazwan merupakan pembonceng Muhamad Sharul.

No comments:

Post a Comment