Vios langgar tembok madrasah
|
KUALA LUMPUR - Seorang penjenayah yang disifatkan tegar dan ganas hanya sempat menikmati hasil rompakan bank di Petaling Jaya, Selangor hanya lima hari sebelum mati ditembak dalam kejadian di Jalan Datuk Senu 3, Sentul di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, lelaki berusia 33 tahun yang memiliki enam rekod jenayah itu mati akibat cedera parah selepas berbalas tembak dengan polis.
Bagaimanapun, seorang lagi suspek dapat melarikan diri.
Episod malang penjenayah dari Kelantan itu bermula apabila sepasukan anggota polis terserempak dengan sebuah kereta jenis BMW berwarna putih di Greenwood, Gombak yang digunakan ketika menyamun bank berkenaan.
Sebaik menyedari diekori, suspek berhenti berhampiran Plaza Tol Gombak dan menaiki sebuah kereta Toyota Vios berwarna perak dipandu seorang lelaki lain yang menunggu di situ.
Anggota polis kemudian cuba menghampiri kenderaan tersebut tetapi suspek mengeluarkan senapang patah sebelum berlaku kejadian berbalas tembak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek kemudian memecut kenderaan itu sejauh 15 kilometer hingga ke Jalan Datuk Senu 3.
"Akibat terlalu laju, kereta penjenayah terbabas dan melanggar tembok Madrasah Majidiah.
"Seorang suspek dapat melarikan diri manakala pemandunya maut terkena tembakan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
3 konstabel ditahan kes rogol
BUKIT MERTAJAM - Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan selepas seorang wanita Indonesia membuat laporan polis mendakwa dirinya diperkosa ketika ditahan di sebuah balai di sini semalam.Semua mereka berpangkat konstabel yang berusia 20 hingga 30-an itu ditahan petang semalam dan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi Kosmo! Ahad mengesahkan tangkapan tiga anggota itu yang dibuat susulan laporan daripada mangsa yang berusia 25 tahun kelmarin.
Dalam pada itu, ketika menceritakan semula episod hitam itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu restoran mendakwa, kejadian berlaku apabila dia dibawa ke balai polis berkenaan selepas pasport miliknya dikatakan tamat tempoh.
Sebelum itu, pada pukul 6.20 pagi kelmarin, mangsa yang menaiki sebuah teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah di Perai ditahan anggota polis peronda yang kemudiannya meminta dia menunjukkan kad pengenalan.
Wanita itu mendakwa, ketika kejadian dia hanya membawa salinan pasport.
"Mereka (polis) beritahu pasport saya sudah tamat tempoh dan terus bawa saya ke balai polis untuk ditahan di lokap.
"Ketika berada di balai saya merayu supaya dilepaskan tetapi seorang daripadanya memaksa saya melakukan hubungan seks sebelum menghantar saya pulang ke rumah pada pukul 7.30 pagi," kata wanita itu pada sidang akhbar di Pejabat MCA Bahagian Bukit Mertajam di sini semalam.
Tiga remaja menyamar polis diberkas
KUALA LUMPUR - Perbuatan tiga remaja lelaki memperdaya seorang penunggang motosikal warga Pakistan dengan menyamar sebagai anggota polis bukan sahaja tidak menjadi malah mereka diberkas pihak berkuasa semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi di Jalan Loke Yew, mereka menaiki kereta Perodua Myvi sebelum menghalang motosikal yang ditunggang mangsa berusia 32 tahun.
Ketiga-tiga remaja itu memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarahkan mangsa berhenti di bahu jalan.
Ketika kejadian, tiga suspek, dua daripadanya berusia 15 dan 18 tahun dan sudah tidak bersekolah memakai baju T tertera logo Polis Diraja Malaysia dan mengeluarkan buku nota yang juga mempunyai logo sama.
Suspek kemudian meminta mangsa menunjukkan lesen memandu, cukai jalan dan pasport.
Ketua Unit Penguat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, tiga suspek itu tidak bernasib baik apabila perbuatan mereka dilihat anggota peronda yang kemudian menghampiri lokasi kejadian.
"Pemeriksaan mendapati tiga remaja terbabit cuba menipu penunggang motosikal tersebut dengan menyamar sebagai polis," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.
Kewaja nafi kutip yuran RM10,000
KUALA LUMPUR - Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja) di Kampung Sungai Mulia, Setapak dekat sini menafikan dakwaan pihaknya megutip yuran RM10,000 setahun bagi setiap penghuni pusat perlindungan tersebut.Pengetuanya, Yahya Mohamed Yusof berkata, pihaknya bukan mengusahakan pusat tersebut sebagai aktiviti komersial tetapi hanya membantu wanita yang mengandung dan mempunyai masalah sosial.
"Disebabkan desakan ekonomi, kami terpaksa meminta yuran pendaftaran sebanyak RM1,930 seorang, itu pun jika penghuni atau ahli keluarga mampu.
"Bukan semua penghuni selesai membayar yuran dan ada yang tidak bayar langsung," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Dua beradik bukan Islam berkhatan di Masjid Negara
KUALA LUMPUR - Dua beradik bukan Islam adalah antara 200 kanak-kanak yang dirai pada majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara semalam.
Chai Kian Fei, 10, dan Chai Kian Haw, 7, murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China Yuk Chai berbaris bersama kanak-kanak lain sebelum dimandikan dengan pancutan air oleh pasukan bomba.
Mereka yang memakai kain pelikat dan baju T kemudian dikhatan menggunakan teknik "Alisklamp" oleh 10 pegawai perubatan klinik swasta.
Terdahulu, ibu dua beradik itu, Kok Mi Fung berkata, dia terpanggil untuk menghantar anaknya menyertai program itu kerana menyedari kepentingan berkhatan.
Pengantin rugi RM60,000
KAJANG – Keluarga seorang pemuda terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM60,000 apabila pelbagai kelengkapan untuk majlis perkahwinannya musnah dalam kejadian banjir di Kampung Sungai Ramal Dalam di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 7 malam itu, satu set pelamin, 11 buah khemah, set peralatan audio serta ratusan kerusi dan meja hanyut dibawa arus deras.
Mohd. Nizar Yusalni, 26, berkata, sewaktu kejadian, rumahnya dipenuhi sanak saudara yang sedang bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung semalam.
“Hujan lebat bermula pada pukul 6 petang. Apabila air mula naik ke paras betis, saya mengarahkan ahli keluarga supaya memindahkan lauk-pauk ke kawasan yang lebih tinggi.
“Namun, air mengalir terlalu deras menyebabkan kesemua kelengkapan yang lain tidak dapat diselamatkan,” ujarnya ketika ditemui semalam.
Petraeus mengaku hubungan sulit
|
WASHINGTON - Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), David Petraeus bertindak meletak jawatan secara mengejut kelmarin selepas beliau mengaku mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.
Petraeus yang merupakan bekas seorang jeneral pernah mengetuai kempen ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Afghanistan.
Menurut beberapa pegawai AS, hubungan sulit tersebut terbongkar semasa satu siasatan dijalankan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka berkata, Petraeus menjalinkan hubungan sulit bersama penulis biografi dan pegawai unit simpanan tentera AS, Paula Broadwell.
Wanita itu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pakar radiologi, Dr. Scott Broadwell dan memiliki dua anak lelaki iaitu Lucien dan Landon.
Dua pegawai yang terlibat dalam siasatan tersebut memberitahu, skandal mereka terbongkar apabila pihak FBI memantau e-mel Petraeus susulan aduan bahawa Broadwell mempunyai akses kepada akaun e-mel peribadinya.
Peletakan jawatan Petraeus sekali gus mengejutkan unit perisikan Washington dan komuniti politik ekoran beliau sebelum ini dianggap sebagai antara jeneral AS yang terbaik.
Petraeus yang mencecah usia 60 tahun pada Rabu lalu memberitahu pegawai-pegawai CIA dalam satu kenyataan bahawa beliau menemui Presiden Amerika Syarikat di White House di sini pada Khamis lalu dan meminta untuk dibenarkan untuk meletakkan jawatan.
Peletakan jawatannya diluluskan oleh Obama kelmarin.
"Petraeus memberitahu stafnya bahawa dia tersilap membuat penilaian dalam hubungannya dengan Broadwell.
"Sebagai seorang suami dan ketua sebuah organisasi seperti sekarang (CIA), sikap sebegini tidak boleh diterima," katanya.
Petraeus berkahwin sejak 38 tahun lalu dengan isterinya, Holly Petraeus yang dikenali ketika beliau masih seorang kadet tentera di Akademi Tentera AS di West Point, New York.
Tempat Petraeus kini diambil alih oleh Timbalan Pengarah CIA, Mike Morell sebelum pengganti beliau diumumkan. - Agensi
Lebih 20 askar Bashar maut letupan bom
DARAA - Dua serangan bom berani mati menggegarkan bandar ini semalam, yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 20 askar rejim Presiden Bashar Al-Assad, kata sebuah kumpulan permerhati.Kumpulan Permerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia memberitahu, letupan berkembar pada awal pagi itu berlaku di zon keselamatan yang menempatkan bangunan perisikan tentera dan sebuah kelab pegawai tentera di sini.
Beberapa aktivis pula berkata, sekitar 30 buah kereta kebal yang digunakan untuk membedil bandar ini dan kawasan sekitarnya turut ditempatkan di sebuah stadium berdekatan.
Daraa, yang terletak di selatan Syria merupakan bandar kelahiran Bashar.
Menurut mereka, dua letupan itu disusuli beberapa pertempuran antara tentera rejim dengan penentang, Tentera Pembebasan Syria yang berjuang untuk menggulingkan Bashar.
"Saya mendengar bunyi dua letupan amat kuat disusuli satu letupan kecil dan bedilan mesingan," kata seorang aktivis di sini, Mohammad Abu Houran.
Agensi berita pemerintah SANA melaporkan letupan berkembar itu menyebabkan kemusnahan besar dan kehilangan nyawa tetapi tidak mengulas lanjut.
Kumpulan pemerhati tersebut memberitahu, lebih 36,000 orang terbunuh di Syria sejak kebangkitan menentang Bashar bermula pada Mac tahun lalu bagi menuntut demokrasi dan kebebasan bersuara. - Agensi
16 banduan mati di penjara
COLOMBO - Satu kejadian tembak-menembak antara sejumlah banduan yang merusuh dengan pasukan keselamatan di sebuah penjara di ibu kota Sri Lanka di sini meragut nyawa sekurang-kurangnya 16 banduan, kata polis.
Pihak berkuasa menyatakan semalam bahawa pihaknya turut menangkap lima banduan yang melarikan diri.
Menurut polis, 42 orang lagi cedera dalam kejadian itu kelmarin yang tercetus selepas sejumlah banduan merusuh dan mengambil alih kawalan di penjara berkenaan tanpa mengulas lanjut.
Namun, seorang pegawai kanan penjara memberitahu, polis berjaya menawan semula pusat tahanan itu semalam.
Menurut Pengarah Hospital Kebangsaan Colombo, Dr. Anil Jasinghe, seramai 13 anggota polis, empat askar, seorang pengawal penjara dan seorang orang awam turut dirawat di hospital berkenaan akibat kecederaan. - Agensi
Muda-muda sudah bercerai
PERKAHWINAN pada usia muda mendatangkan dua konotasi berbeza. Ia sebuah perkebunan cinta yang subur menghijau namun jika salah percaturan, ia bakal menjadi perkuburan cinta.
Dalam satu fakta yang dikemukakan pakar motivasi Datuk Mohd. Fadzilah Kamsah, sebanyak 65 peratus pasangan muda bercerai disebabkan asas pendidikan agama yang longgar seperti tidak bersolat dan kurang pengetahuan dalam membentuk keluarga berasaskan ajaran Islam.
Sebanyak 80 peratus pasangan muda di negara ini dikesan melafazkan cerai berikutan hubungan tidak direstui keluarga.
Sekilas pandang kisah rumah tangga artis tempatan, banyak perkahwinan artis-artis muda yang bermula dengan cinta bersemi tetapi terputus dalam masa yang singkat.
Nama-nama seperti Maya Karin, Nora Danish, Farah Asyikin, Nabila Huda Shuhaimi, Beego, Adda Butterfly, Anne Ngasri, Erema dan Siti Nordiana adalah antara selebriti tempatan yang berdepan kegagalan perkahwinan pada usia muda.
Pasukan khas siasat kejadian
Oleh Isma Ismail
isma@hmetro.com.my
isma@hmetro.com.my
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah mengesahkan pihaknya menubuhkan pasukan khas itu bagi menjalankan siasatan terperinci.
Menurutnya, pasukan khas itu menjalankan siasatan lebih menyeluruh dan meliputi pelbagai aspek.
“Saya memberi jaminan siasatan yang adil dijalankan tanpa melindungi mana-mana pihak sekalipun yang didakwa itu adalah anggota polis,” katanya.
Semalam, akhbar melaporkan seorang wanita berasal dari Jawa Tengah, Siti Maemanah Kasman, 25, mendakwa diperkosa tiga anggota polis dalam sebuah bilik sebuah balai.
Wanita berkenaan mendakwa dirogol anggota polis berkenaan apabila dia dibawa ke balai berkenaan selepas ditahan kerana tidak membawa pasport di kawasan flat, di sini, jam 6.20 pagi.
Dakwanya, ketika merayu supaya dilepaskan, salah seorang daripada anggota polis yang menahannya minta supaya dia ‘melayan’ keempat-empat anggota itu.
Dia mendakwa melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir dengan tiga anggota polis terbabit di atas tilam dalam sebuah bilik di belakang kaunter balai itu.
Wanita itu mendakwa dihantar pulang ke Taman Impian, Alma oleh anggota polis terbabit jam 7.30 pagi dengan kereta persendirian.
Menurut Mazlan, tiga anggota polis dari Balai Polis Perai itu kini direman sehingga 16 November ini bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Katanya, semua anggota polis berkenaan ditahan jam 7 malam iaitu selepas empat jam wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada petang hari kejadian.
“Apabila siasatan terhadap kes ini lengkap, laporannya dihantar ke timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Gadis dinoda rakan sekerja
Difahamkan, gadis yang berusia 19 tahun itu mendakwa diperkosa tiga lelaki dipercayai warga asing di tempat kerjanya di pasar raya di Selayang, bulan lalu.
Ibu mangsa yang terkejut mendengar pengakuan anak perempuannya itu tampil membuat laporan di balai polis berhampiran, petang kelmarin.
Sumber berkata, mangsa mendakwa diperkosa tiga lelaki yang juga rakan sekerjanya itu secara bergilir-gilir ketika mereka bekerja di pasar raya berkenaan. “Mangsa mendakwa dibawa ketiga-tiga lelaki terbabit ke sebuah bilik sebelum diperkosa. Kejadian itu dipercayai berlaku dua kali pada bulan lalu.
“Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan trauma dan takut ke tempat kerjanya. Mangsa memberitahu ibunya dia mahu berhenti kerja,” katanya.
Menurut sumber, si ibu yang hairan dengan permintaan anaknya itu bertanyakan mengenai sebab mahu berhenti kerja sebelum anaknya menceritakan apa yang berlaku.
Difahamkan, seorang suspek ditahan reman dan dua lagi suspek dikatakan melarikan diri. Polis giat memburu mereka bagi membantu siasatan kes itu.
‘Kami tak jual’
Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
yusmizal@hmetro.com.my
“Saya juga berharap keluarga angkat yang pernah berurusan dengan kami supaya turut tampil menjelaskan situasi sebenar kerana mereka tahu prosedur yang kami gunakan, bukan seperti mana yang dilaporkan sesetengah media,” kata Pengerusi Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusuf mengulas khabar angin mengatakan pusat itu menjual bayi untuk mendapatkan keuntungan.
Menurutnya, laporan sesetengah pihak mengatakan pusat kelolaannya berbuat demikian adalah tidak tepat dan ia adalah pandangan pelatih yang melarikan diri baru-baru ini dan bukannya gambaran keseluruhan kerana pihaknya menerima kemasukan pelatih di situ atas dasar kemanusiaan.
Yahya berkata, sejak awal lagi, dia sudah memaklumkan kepada mana-mana individu dan keluarga mengenai keadaan pusat itu yang penuh tetapi tiada pilihan lain kerana mereka tetap mahu bayi dalam kandungan dijaga Kewaja.
Jumaat lalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) menyita pusat perlindungan wanita berkenaan kerana tidak berdaftar menyebabkan kesemua 69 penghuninya termasuk seorang bayi perempuan berusia lima bulan diserahkan kepada ibu bapa masing-masing atau ditempatkan sementara di asrama JKM.
Menurut Yahya, atas ihsan kepada ibu dan bayi yang bakal lahir, Kewaja memutuskan untuk menerima kemasukan pelatih baru memandangkan tiada tempat lagi termasuk pusat jagaan kelolaan JKM boleh menampung penghuni baru.
Mengulas mengenai pendaftaran pusat jagaan itu, Yahya berkata, dia akan mengadakan pertemuan dengan pihak JKM hari ini khusus bagi membincangkan mengenai proses mendapatkan kebenaran berkenaan.
GRO dicekup ketika asyik layan pelanggan
Dalam serbuan jam 1.45 pagi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Abdul Malik Bujang bersama 30 anggota itu, 23 wanita warga China, seorang lelaki Bangladesh dan seorang lelaki tempatan diberkas atas pelbagai kesalahan imigresen.
Abdul Malik berkata, ketika pemeriksaan semua wanita warga asing terbabit sedang asyik melayan pelanggan di bilik karaoke dan ruang legar dalam premis berkenaan dengan berpakaian seksi.
dan menjolok mata.
“Seramai 11 yang ditahan memiliki pasport namun menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO, lapan pemegang pas isteri kepada warganegara (WOC), tiga memiliki pas pelajar dan seorang pemegang pas ikhtisas (PLIK).
“Wanita warga asing ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti tidak bermoral, manakala lelaki Bangladesh bekerja sebagai penjaga bar serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri dan lelaki tempatan itu pula ditangkap kerana disyaki melindung pesalah imigresen,” katanya di sini, semalam.
IU tonton filem lucah
BERDISKUSI mengenai pornografi masih lagi menjadi isu sensitif dalam program televisyen di Korea. Namun, penyanyi IU tanpa segan-silu berkongsi pengalamannya menonton filem lucah dengan penonton.
Dalam rancangan Go Show yang disiarkan minggu lalu, pengacaranya, Kim Young-chul sekadar bergurau dengan bertanya sama ada dia pernah menonton filem begitu.
Apa yang membuat semua penonton terkejut adalah apabila penyanyi lagu My Heart is Beating itu membuat pengakuan di luar jangkaan.
"Muda-mudi zaman sekarang memang terlalu cepat berkembang. Seperti mereka, saya juga pernah menonton filem lucah.
"Tetapi kandungannya tidaklah menarik seperti yang saya harapkan. Sebelum berasmara sepatutnya perlu ada adegan cinta berputik. Namun, ia tidak dipaparkan dalam filem itu," ujarnya yang mengundang gelak ketawa penonton
No comments:
Post a Comment