Thursday, November 15, 2012

HIJRAH

Impian menetap di Madinah tercapai



"YA Allah Na, jika abang ada peluang mahu rasanya menetap di Mekah ataupun Madinah. Mana-mana pun abang tidak kisah. Kedua-dua tempat barakah. Hati jadi seronok, tenang dan damai. Insya-Allah, abang akan datang kembali untuk menetap di sini selepas Sofea berumur 20 tahun."
Itu bait-bait kata yang pernah terlontar daripada bibir Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim kepada adik perempuannya, Azlina sewaktu mereka sama-sama menunaikan ibadah haji kali pertama pada tahun 2006. Ketika itu, mereka dalam perjalanan pulang dari Masjidil Haram ke hotel.
Pelaksanaan rukun Islam kelima itu ternyata membawa kesan yang amat besar dalam hidupnya.
Ia merupakan impian 16 tahun ke hadapan. Kalimat yang terdetik daripada hati itu mendapat perkenan Yang Maha Esa. Empat tahun kemudian, Muhd. Kamil ditawarkan untuk berhijrah ke Madinah sebagai Profesor Perakaunan di Universiti Taibah.
Tawaran yang diperoleh melalui Dr. Adnan Alamasi selaku dekan universiti tersebut boleh diibarat sebagai hadiah paling bermakna buat Muhd. Kamil. Apatah lagi ia berlaku selepas keazaman untuk berhijrah ke jalan Allah pada usia melepasi 41 tahun.
"Secara zahirnya, pada usia tersebut saya sudah memiliki segala-galanya termasuk kerjaya, isteri dan empat zuriat sebagai pengikat kebahagiaan. Tetapi dalam konteks agama, saya manusia yang jahil.
"Saya tidak tahu membaca al-Quran melainkan hanya beberapa surah ringkas yang dihafal sejak kecil. Saya juga tidak pandai berdoa dalam bahasa Arab. Tidak hafal wirid selepas solat, tidak pandai membaca surah Yasin, tidak pandai bertahlil malah ayat Kursi pun tidak lancar.
"Perkara ini menjadi penyebab saya gagal khatam al-Quran. Amalan pula hanya menyentuh perkara wajib. Perkara-perkara sunat langsung diketepikan. Ia tiada dalam kamus diri," akui Muhd. Kamil, 48, tentang kehidupan lampaunya yang diabadikan dalam buku bertajuk Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman.
Bagaimanapun, kejayaan dalam pendidikan rasmi Muhd. Kamil agak berlawanan. Ketika di sekolah rendah, beliau berjaya menamatkan pelajaran dalam tempoh lima tahun dan muncul sebagai pelajar terbaik.

SEGALA-GALANYA berubah sebaik Muhd. Kamil menunaikan ibadah haji enam tahun lalu.


Begitu juga sewaktu mengikuti program diploma dan sarjana muda dalam bidang perakaunan, beliau bergelar pelajar terbaik dan kedua terbaik. Malah, anak kelahiran Besut, Terengganu itu berjaya menghabiskan pengajian di peringkat sarjana sebulan lebih awal manakala ijazah doktor falsafah (PhD) diperoleh dalam tempoh 32 bulan sekali gus mencatat rekod dalam sejarah Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Tunaikan haji
Ia satu pencapaian yang boleh dibanggakan bagi sesetengah pihak. Namun, hidup terasa kosong.
Segala-galanya bermula ketika Allah membuka pintu hatinya untuk menunaikan fardu haji pada tahun 2005. Ketika itu beliau berjaya dalam kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C di UiTM. Ia merupakan rekod pelantikan termuda dalam sejarah UiTM kerana Muhd. Kamil berusia 39 tahun ketika itu. Dalam kejauhan itu terselit kepahitan apabila beliau berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk difitnah ekoran keputusan tersebut.
Selepas menerima surat pelantikan rasmi sebagai seorang profesor beserta tunggakan melebihi puluhan ribu ringgit, Muhd. Kamil berkata pada isterinya, Raudzah Roslan atau lebih mesra dipanggil Roza: "Allah menunaikan permohonan abang. Abang solat hajat hampir setiap malam setahun yang lepas. Abang merayu. Abang minta profesor, Dia bagi jawatan ini, Dia bagi duit lagi. Ya Allah, abang tidak sepatutnya berhenti daripada melakukan perkara yang abang lakukan selama ini. Abang hendak pergi haji. Abang hendak bersyukur kepada-Nya."

MUHD. KAMIL bersama isteri, Roza yang sentiasa berada di sisi dalam apa jua keadaan.


Begitulah hidayah Allah, anugerah terindah yang dipancarkan ke dalam hati Muhd. Kamil sekali gus mengundang rasa insaf kepada dirinya.
Benar, perancangan Allah Maha Hebat. Walaupun baru mendaftar untuk menunaikan haji sekitar bulan Julai 2005, namun panggilan untuk menjadi tetamu Allah berjaya diperoleh bagi musim haji tahun 2006. Ia kelihatan ajaib kerana mengikut giliran yang diberikan Tabung Haji, Muhd. Kamil hanya boleh pergi pada tahun 2011.
Itulah yang dinamakan kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya hatta perancangan manusia itu sendiri. Rentetan daripada itu, maka bermulalah pengembaraan rohani dan jasmani Muhd. Kamil bersama isteri, kakak (Shalmiah) dan adiknya, Azlina.
Sesuatu yang kelihatan mustahil menjadi kenyataan. Beliau mula belajar al-Quran dengan Hafizi, seorang hafiz muda sebelum berangkat ke Tanah Suci. Dengan bantuan beberapa jemaah yang memperbetulkan bacaannya termasuk Azlina, beliau dapat khatam al-Quran di Masjidil Haram. Baginya, ia cukup istimewa walaupun dilakukan pada usia 42 tahun.
"Ya Allah, akhirnya aku khatam di Masjidil Haram. Di hadapan Kaabah. Di rumah Pencipta Yang Maha Berkuasa lagi Bijaksana. Ia cukup istimewa," catat Muhd. Kamil dalam bukunya itu.
Hijrah Muhd. Kamil
Hasil daripada ibadah yang dilakukan dengan penuh rasa tawaduk, ia membangkitkan keimanan yang mendalam terhadap kebesaran Allah.
Ditanya tentang pengertian hijrah, Muhd. Kamil menjelaskan hijrah baginya adalah melakukan perubahan supaya diri semakin hampir dengan Allah.
"Apabila hijrah kita semata-mata kerana Allah, kesannya kita akan hampir dengan Allah. Kita merasai betapa kehidupan ini terlalu singkat. Maka apa sahaja yang kita lakukan, bersandar kepada keinginan asas tersebut iaitu mahu menjadi manusia yang lebih baik disisi-Nya.
"Sehubungan itu, kita akan terjemahkan dalam kehidupan harian dengan menjadi manusia yang lebih kuat bekerja, tekun, disiplin dan tidak berkira. Malah, sifat-sifat buruk seperti dengki, khianat dan suka membuat fitnah tentu sekali terhakis," ujar Muhd. Kamil melalui temu bual melalui e-mel bersama Kosmo! baru-baru ini.

DALAM tempoh setahun, Muhd. Kamil akan pulang bercuti selama dua bulan di Malaysia.


Apa yang pasti, individu yang paling terkesan dengan penghijrahan Muhd. Kamil ialah isterinya, Roza. Roza tidak pernah jemu berdoa agar pintu hati suaminya terbuka untuk menunaikan haji.
Bagi Roza, dia amat bersyukur apabila melihat saat-saat awal penghijrahan suami terutama ketika menzahirkan niat untuk ke Mekah.
"Itulah hadiah perkahwinan yang paling berharga untuk saya. Enam tahun saya berdoa dan bermunajat mengharapkan suami lembut hati untuk menunaikan haji. Alhamdulillah, ia diperkenankan Allah," jujur luahan Roza mengenai suaminya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Julai 1989. Ketika itu Roza berusia 22 tahun dan Muhd. Kamil 25 tahun. Mereka berkenalan ketika belajar di UiTM, Terengganu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Sara Fateha, 22; Ahmad Haris Azrai, 21; Ahmad Amirul Iran, 14 dan Farah Sofea, 9.
Muhd. Kamil dan Roza serta dua anak mereka, Amirul dan Sofea berangkat ke Madinah pada 7 September 2011. Roza yang merupakan mantan pensyarah di UiTM turut bertugas di Universiti Taibah sebagai pensyarah pengurusan. Kini sudah satu tahun dua bulan beliau menetap di Madinah.
Sepanjang berada di Madinah, Muhd. Kamil sebolehnya tidak meninggalkan solat jemaah lima waktu di Masjid Nabawi. Kehidupan di Madinah cukup istimewa kerana setiap minggu beliau mengadakan jamuan berbuka puasa untuk jemaah melalui sumbangan yang dihulurkan oleh pembaca blog Kehidupan Ringkas tapi Signifikan.

KEPENTINGAN HIJRAH NABI MUHAMMAD KE MADINAH




HIJRAH NABI MUHAMMAD S.A.W KE MADINAH: FAKTOR DAN KEPENTINGANNYA TERHADAP PENYEBARAN ISLAM

Oleh:

Hatika Binti Megat Jamil
Nor Asyikin Binti Saman
Nor Hashimah Binti Wasiuddin
Norhidayah Binti Zulkefli


Disemak oleh:
Muhammad Yusri bin Yusof


PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat taufik dan hidayahNya, kerja kursus CTU151 bertajuk “ Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah: Faktor dan kepentingannya terhadap penyebaran Islam ” berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Dalam kesempatan ini, kami ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga kerja kursus ini berjaya disiapkan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami.


PENDAHULUAN

Hijrah merupakan perkara sunat yang disarankan oleh Allah S.W.T kepada seluruh ummat Islam. Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah. Pada umumnya, perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun, dalam konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.
Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M. Penghijrahan ini dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Nabi Muhammad S.A.W berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq, selepas penghijrahan orang Islam yang lain. Perjalanan baginda dan Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah memakan masa selama lebih kurang 12 hari. Walaubagaimanapun, Umar Bin Al-Khattab telah berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya.


1.0 DEFINISI HIJRAH

1.1 BAHASA

Hijrah pada bahasa bermaksud perpindahan atau perubahan daripada satu keadaaan kepada keadaan yang lebih baik ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).

1.2 ISTILAH

Hijrah pada istilah ialah perpindahan Rasulullah S.A.W dan orang-orang Islam dari Makkah ke Madinah untuk menyebarkan Islam ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).

1.3 KONSEP

Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang lebih luas dan mendalam, iaitu perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan. Hijrah juga boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku ( Muhd Bukhari Lubis, 1981 ).
Orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negatif, iaitu sebagai suatu pelarian. Pendapat orientalis Barat ini boleh disangkal kerana konsep hijrah dalam Islam berbeza daripada konsep hijrah Barat dengan menggunakan empat hujah. Yang pertama, penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah Kedua. Yang kedua, ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah juga telah disambut dengan rela dan meriahnya oleh orang Madinah. Yang ketiga, orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah. Akhirnya, Nabi Muhammad S.A.W pula telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madianah termasuk orang bukan Islam ( Muhd Bukhari Lubis, 1981 ).
Penghijrahan yang berlaku pada hari ini sangat berbeza daripada penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah. Misalnya, pada hari ini, penghijrahan sesuatu kelompok manusia adalah akibat peperangan, dan mereka ini dianggap pelarian. Kehadiran pelarian ini di sesebuah negara adalah tidak diundang, malah mereka akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing ( Muhd Bukhari Lubis, 1981 ).

2.0 PERISTIWA HIJRAH

2.1 SEBELUM HIJRAH

Tentangan terhadap Islam semakin hebat dan pelbagai usaha dari pihak Quraisy untuk menyekat dakwah Islam ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ). Musyrikin Makkah telah melakukan pelbagai usaha menghalang dakwah Rasulullah S.A.W antaranya, tawaran untuk bergilir-gilir melaksanakan agama masing-masing, menawarkan pangkat, harta dan wanita kepada Rasulullah S.A.W, mengenakan sekatan ekonomi terhadap orang Islam, Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib selama 3 tahun. Selain itu, mereka juga telah melakuka penyeksaan terhadap orang Islam dan membuat perancangan untuk membunuh Nabi ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
Pada tahun 620 Masihi, beberapa orang Madinah telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W secara sulit. Pertemuan itu telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama. Perjanjian ini dibuat pada tahun 621 Masihi bersamaan tahun ke sebelas kerasulan Nabi. Antara isi kandungan perjanjian ini ialah tidak mensyirikkan Allah S.W.T, tidak membunuh anak, tidak membuat fitnah atau khianat, tidak mencuri, tidak berzina, serta tidak menderhaka kepada Rasulullah S.A.W ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 622 Masihi bersamaan tahun ke tiga belas kerasulan, termeterai Perjanjian Aqabah Kedua yang dibuat antara Rasulullah S.A.W dengan 37 orang lelaki dan 2 orang perempuan Madinah. Antara isi kandungan perjanjian tersebut, mereka haruslah menerima Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin dan berjanji mempertahankan Rasulullah. Kemudian, mereka juga berjanji untuk berjuang mempertahankan Islam dan membantu Rasulullah S.A.W serta orang Islam yang lain ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).

2.2 SEMASA HIJRAH

Sehari sebelum hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah, musyrikin Makkah telah berbincang bagi menghalang Nabi daripada berhijrah. Mereka telah bersetuju untuk membunuh Nabi S.A.W semasa baginda sedang tidur ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
Pada malam penghijrahan, pemuda musyrikin Quraisy telah mengepung rumah Nabi untuk membunuh baginda tetapi Allah telah menurunkan wahyu bagi memberitahu Nabi tentang rancangan kafir Quraisy tersebut dan memerintahkan baginda agar berhijrah ke Madinah. Manakala, Saidina Ali telah diperintahkan oleh Nabi agar tidur di atas katil baginda dan Nabi telah berjaya keluar dari rumahnya lalu menuju ke rumah Abu Bakar untuk mengajaknya berhijrah ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
Kemudian, Nabi bersama Abu Bakar keluar dari Makkah menuju ke Gua Thur dan bersembunyi di sana. Setelah 3 hari 2 malam di dalam Gua Thur, baginda meneruskan perjalanan ke Madinah dengan dibantu oleh Abdullah Bin Arqit. Setelah itu, baginda berhenti di Quba' selama 4 hari dan membina masjid pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Masjid Quba' ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ). Pada 2 Rabiulawal tahun ke 13 kerasulan ( 2 Julai 622 Masihi ), Rasulullah S.A.W bersama Abu Bakar telah selamat sampai di Madinah. Mereka berdua disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Madinah ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).

2.3 SELEPAS HIJRAH

Hijrah telah mempersaudarakan antara golongan Ansar dan Muhajirin. Hijrah juga telah menjurus kepada pembinaan masjid sebagai tempat ibadah dan lambang perpaduan umat Islam. Selain itu juga, beberapa perjanjian telah termeterai bersama golongan Yahudi di Madinah ( Naeem Siddiqi, 1985 ).


3.0 SEJARAH HIJRAH

3.1 HIJRAH PERTAMA: HABSHAH

Pada permulaannya, penghijrahan umat islam yang pertama ialah menuju ke negeri Habsyah. Rombongan ini terdiri daripada sepuluh orang lelaki dan empat orang wanita kemudian disusuli oleh rombongn berikutnya sehingga mencapai seratus orang, diantaranya ialah Usman bin Affan beserta isteri beliau Ruqayyah,Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ja’far bin Abu Talib dan lain-lain. Penghijrahan ini berlaku pada tahun kelima kenabian tahun 615 Masihi. Setibanya di negeri Habsyah, mereka mendapat sambutan, penerimaan dan perlindungan yang baik dari rajanya. Ketika itu nabi tidak ikut ke Habsyah. Beliau tetap tinggal di Makkah. Orang Quraisy telah mengutus Amr bin Ash dan Abdullah bin Abi Rabi’ah ke Habsyah supaya meminta Raja Habsyah menolak kedatangan kaum muslimim tetapi baginda bersikap bijaksana kerana baginda tidak hanya menerima keterangan dari sebelah pihak sahaja akhirnya permohonan kaum muslimin untuk tinggal di Habsyah diperkenankan oleh raja dan tuntutan Quraisy ditolak ( Faisal Ismail, 1984 ).

3.2 HIJRAH KEDUA: TAIF

Seterusnya, baginda berhijrah ke Taif untuk mendapat dorongan dan sokongan dari Khabilah Tsaqif terhadap musuh-musuh islam Makkah. Beliau menggunakan tutur kata yang baik dan sikap yang penuh dengan hormat dan bijak ketika menemui pemuda-pemuda Kabilah Tsaqif dan mengajak mereka untuk mentauhidkan Allah dan memeluk agama Islam. Namun begitu ajakan baginda tidak dihiraukan oleh pemuda-pamuda tersebut malah mereka menolaknya dengan kasar. Baginda diusir, diejek, dicemuh dan dilempari dengan batu. Baginda tabah menghadapi segala cubaan yang ditimpakan kepadanya. Baginda terpaksa kembali ke Makkah dan terus menuju ke Baitullah lalu beliau Tawaf dan sujud berdoa semoga Allah mengampuni kaumnya ( Faisal Ismail et.all, 1984 ).

3.3 HIJRAH KETIGA: MADINAH

Penghijrahan yang terakhir baginda ke Madinah pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 Masihi. Penghijrahan ini berlaku secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Nabi Muhammad S.A.W berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah dan telah memakan masa selama lebih kurang 12 hari. Namun, Umar bin al-Khattab telah berhijrah secara bersendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya ( Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.all, 2006 ).

4.0 SEBAB DAN TUJUAN HIJRAH

Dakwah Islamiah telah disebarkan di Makkah lebih kurang 13 tahun.Pelbagai rintangan telah dihadapi oleh nabi Muhammad S.A.W dalam masa tersebut. Untuk meneruskan dakwah Islamiah, nabi Muhammad S.A.W telah mangambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah.
Terdapat beberapa faktor berlakunya hijrah ke Madinah. Faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah adalah disebabkan perintah Allah menerusi wahyu. Maka dalam wahyu ini Allah telah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W dan Allah telah memerintahkan baginda agar segera berhijrah. Perintah ini yang berasas ayat Al-Quran, iaitu surah Al-Anfal yang telah mempercepatkan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke kota Madinah. Dengan perlindungan Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W dan sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq selamat sampai ke Madinah.
Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman daripada orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam di Makkah. Walaubagaimanapun, penghijrahan itu bukan bererti orang Islam kecewa dengan penentangan tersebut tetapi ini merupakan strategi Nabi Muhammad S.A.W untuk mengembangkan Islam. Bagi baginda, suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah islamiah. Selain itu, hijrah juga membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan.
Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah adalah disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik.pada ketika itu suku Aus dan Kharaj di Madinah sering bertelagah sesame sendiri dan ekonomi mereka pula dikuasai oleh golongan Yahudi. Oleh itu, golongan Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad S.A.W untuk mengetuai kepimpinan di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W juga diperlukan untuk mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan ( Muhd Yusof bin Ibrahim et.all, 2006 ).

5.0 KEPENTINGAN HIJRAH

Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam pada hari ini. Setelah berlaku hijrah ke Madinah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi, sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu
( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).
Hijrah juga telah dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Perpaduan ini telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. Ini sangat penting kerana dengannya masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi, agama dan kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup. Tanpa perpaduan, keharmonian hidup dalam sesebuah masyarakat atau negara tidak akan wujud. Apabila keadaan ini berlaku, matlamat dan visi masyarakat atau negara berkenaan untuk mencapai kemajuan dan kemakuran tentu akan gagal ( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).
Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Takwim hijrah ini telah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua, Khalifah Umar al-Khattab. Pada masa ini, takwim Hijrah digunakan di Negara Islam seperti Malaysia. Setiap tahun, Negara kita, Malaysia, mengadakan sambutan “ maal hijrah ” dan matlamatnya adalah untuk mengingati perjuangan umat Islam dahulu agar perkara itu sentiasa segar dalam ingatan generasi sekarang ( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).
Hijrah juga menunjukkkan bahawa sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang. Dalam konteks hijrah ke Madinah, orang Madinah telah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah. Mereka sanggup memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas yang lain, serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah. Oleh itu, sikap sedia berkorban, bekerjasama, dan tolong-menolong untuk membangunkan negara harus tersemat dalam jiwa kita
( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).
Peristiwa hijrah ini telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting selain sebagai suri rumah untuk menggerakkan kemajuan sesebuah negara. Contohnya, puteri Abu Bakar Al-Siddiq, Asma’. Beliau telah berjaya membantu perjuangan Nabi Muhammad S.A.W apabila beliau dengan beraninya telah menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Thur walaupun menyedari tindakannya berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar ( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).
Hijrah juga menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad S.A.W. Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. Selain itu, baginda tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan. Sifat positif ini patut dicontohi ( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).


KESIMPULAN

Berdasarkan topik yang dibincangkan iaitu berkenaan hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah, kami dapat simpulkan bahawa hijrah yang dilakukan oleh baginda mendatangkan banyak kesan samada dari segi kebaikan atau keburukan walaupun baginda dan sahabat menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan. Penghijrahan yang telah baginda lakukan ada yang disokong oleh orang sekelilingnya dan ada juga yang menbantah. Kekuatan dan kesabaran baginda telah membuahkan hasil apabila berjaya berhijrah ke Madinah dan menyampaikan wahyunya di negeri tersebut. Banyak pengajaran yang boleh kita dapati melalui penghijrahan baginda. Antaranya, kita haruslah bersabar dalam melakukan sesuatu. Seterusnya, kita juga harus bijak berfikir sebelum melakukan sesuatu. Selain itu, kita juga hendaklah memberi keutamaan kepada agama dengan bersolat dan berdoa dalam apa jua yang kita lakukan.











RUJUKAN

Faizal Ismail, ( 1984 ), Sejarah Dan Kebudayaan Islam Dari Zaman Permulaan Hingga Zaman Khulafaurasyidin. Yogyakarta: CV Bina Usaha.

Muhd Bukhari Lubis, ( 1981 ), Sekitar Sejarah Dan Tamadun Islam. Bangi, Selangor:
Ustara Sendirian Berhad.

Naeem Siddiqi, ( 1985 ), Muhammad Pembina Umat. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Muhd Yusof Bin Ibrahim, Muhammad Bukhari Bin Ahmad, Rosnanaini Binti Sulaiman, ( 2006 ), Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zulkarnain Yunus, Muhammad Salam Kamil, Xpress PMR. Selangor Darul Ehsan: Sasbadi Sdn. Bhd.

Kepentingan Hijrah


Bincangkan Kepentingan Hijrah Dalam Tamadun Islam.
Pendahuluan :
  • Hijrah dari Mekah ke Madinah.
  • Hijrah daripada istilah hajara, bermakna pindah.
  • Dalam sejarah Islam : berpindah dari Mekah ke Madinah.
  • Dalam konteks lain : berhijrah dari alam jahiliah kepada Islam dan berhijrah dari perkara yang buruk kepada yang baik.
  • Merupakan titik tolak kepada penyebaran Islam secara meluas.
  • Peringkat awal orang Islam hijrah secara bersembunyi.
  • Peringkat kedua berhijrah secara terang-terangan, dimulakan oleh Umar al Khattab.
  • Peringkat ketiga Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar berhijrah selepas bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari dan berhijrah ke Madinah pada bulan Rabiulawal 622M.
Isi-isi  :
Kepentingan Hijrah :
Pusat Gerakan Islam Berpindah Ke Madinah :
  • Kegiatan dakwah Islam berkembang bebas
  • Melepasi sempadan Mekah Madinah
Penyebaran Islam Semakin Meluas :
  • Ajaran Islam semakin pesat berkembang.
  • Nabi Muhammad menghantar utusan ke negara-negara lain untuk menyeru rajanya memeluk Islam contoh Byzantine dan Habsyah.
  • Islam disebarkan tanpa ugutan dan halangan daripada kaum Quraisy.
Perubahan Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. :
  • Tidak diancam atau didera fizikal dan mental oleh kaum Quraisy.
  • Nabi menjadi pemimpin utama di Madinah
Pertumbuhan Umat Islam :
  • Wujud sebuah ummah Islamiah iaitu Ansar dan Muhajirin.
  • Umat Islam semakin kukuh.
Penubuhan Negara Islam :
  • Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia apabila Nabi membentuk sebuah Perlembagaan Madinah.
  • Piagam Madinah menepati ciri-ciri sebuah perlembagaan.
Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah :
  • Sistem perundangan yang teratur di bentuk meliputi semua bidang.
Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar :
  • Konflik tradisi antara Aus dan Khazraj telah berjaya dilenyapkan apabila Nabi Muhammad berjaya menyatukan dengan ikatan semangat ukhuwah Islamiah.
Permulaan Kalendar Hijrah :
  • Tarikh penghijrahan merupakan titik terawal bagi pengiraan sistem
  • kalendar Islam (hijrah) pada 634 M oleh Khalifah Umar al Khattab.
Perubahan Dasar Politik :
  • Umat Islam dibenarkan bertindak lebih agrasif – berperang menentang kekerasan.
Kesimpulan :
Hijrah membawa banyak perubahan kepada kehidupan umat Islam. Kehidupan umat Islam semakin baik dan proses perkembangan Islam semakin lancar.

Kepentingan Hijrah

Peta : Kedudukan Madinah, kerajaan Islam pertama.

Soalan Percubaan SPM 2009, Melaka

Terangkan kepentingan Hijrah kepada umat Islam.
F1 dakwah Islamiah
H1a dapat dilaksanakan dengan aman tanpa selindung
H1b sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu

F2 mendamaikan suku Arab di Madinah
H2a yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj
H2b melalui semangat persaudaraan sesama Islam

F3 menjalinkan hubungan persadaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah
H3a orang Islam Makkah tidak yang berhijrah tidak berasa asing dan rendah diri di Madinah
H3b menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial
H3c Nabi Muhammad telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berpindah ke Madinah
H3d golongan Ansar kepada orang Islam Madinah

F4 menyatukan penduduk Madinah
H4a yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama
H4b ini melahirkan kehidupan harmoni di Madinah
H4c dengan ini masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan agama

F5 membina sebuah masjid
H5a iaitu Masjid al-Nabawi
H5b Masjid Quba merupakan masjid pertama
H5c masjid dijadikan tempat beribadat, belajar, bertemu dan berbincang masalah, kawasan persekitaran masjid diadakan aktiviti harian seperti jual beli

F6 wujud takwin Islam
H6a berdasarkan kiraan tahun Hijrah
H6b takwin ini digunakan ketika Khalifah Umar al-Khattab

F7 menubuhkan sebuah negara Islam Madinah
H7a menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah
H7b menjadikan Madinah sebaga ipusat tamadun Islam

F8 menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong
H8a orang Islam Madinah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah
H8b mereka sanggup memberikan tempat tinggal, makanan dan keperluan asas
H8c menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah

F9 pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
H9a Abu Bakar as-Siddiq sanggup bergadai harta dan nyawa
H9b Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda
H9c Abdul Rahman bin Auf memberi sumbangan harta

F10 menunjukkan peranan wanita
H10a Asmah binti Abu Bakar membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
H10b menghantar makanan
H10c menyampaikan berita tentang pergerakan Quraisy

F11 menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhamad s.a.w.
H11a baginda sanggup berkorban meninggalkan kesenangan hidup
H11b tidak pernah berputus asa
H11c bersembunyi di Gua Thur dan mencari jalan lain ke Madinah
[mana-mana 10 x 1m = 10m]
BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH.
(1) Peristiwa penghijrahan ke Madinah.
a) Kedudukan penduduk Madinah sebelum hijrah.
1. Madinah terletak di utara Makkah di tengah – tengah perjalanan jalan dagang antara Makkah dan Syam.
2. Tiga golongan pendudukannya – Nasrani, Yahudi dan Arab.
3. Tiga golongan Yahudi – Bani Quraizah, Qunaiqa’, Nadhir.
4. Dua golongan Arab – suku Aus dan Khazraj.
5. Masalah politik dan ekonomi kerap berlaku antara mereka.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpn9Q7jFL1sqL1P2LiFiApCLJxagpmFFpalbL_zJHF3BV2RhgIN8jFJ7gZTcUW6jGnCa1wUPq6MlEl1mfK4UahokIujn3ba9D2cg9jKPnsUklIGuXca_6A3czp001o0d0kXvE0fmTIWLnx/s320/genggam-tangan1.jpg
b) Perjanjian Aqabah 1 dan 2.
1. Ketika di Makkah beberapa orang suku Khazraj berjumpa nabi dan memeluk Islam, selepas kembali mereka menyebarkan Islam di Madinah.
2. Pada tshun berikutnya (621 M), suku Aus dan Khazraj menemui nabi lagi dan membuat perjanjian Aqabah 1.
3. Isi perjanjiannya – suku Aus/Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul. Mereka berjanji membantu nabi. Mereka tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak.
4. Selepas perjanjian ini nabi menghantar Mus’ab b. Umair ke Madinah menyebarkan Islam di sana.
5. Pada tahun 622 M, suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah 2, isi kandungannya – suku Aus/Khazraj memeluk Islam dan mengaku taat setia kepada nabi. Mereka menjemput nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah. Mereka akan menyediakan tempat tinggal, keselamatan dan mempertahankan Islam.
c) Perjalanan hijrah nabi Muhammad.
1. Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622M.
2. Ia berlaku secara senyap dan berperingkat – peringkat.
3. Nabi berhijrah selepas penghijrahan orang Islam lain.
4. Perjalanan hijrah Nabi ditemani oleh Abu Bakar selama 12 hari.
5. Umar al-Khattab berhijrah dengan terang – terangan, bersendirian dan dengan berani.
d) Konsep hijrah.
1. Perkataan arab bermaksud berpindah (perpindahan dari Makkah ke Madinah untuk mengukuhkan Islam).
2. Pengertian lebih luas – menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukkan dan kejahatan, perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
3. Tafsiran orientalis barat, hijrah ialah pelarian. Ia disangkal oleh Islam kerana orang Islam dijemput oleh penduduk Madinah, ketibaan disambut rela penduduk Madinah, diberi tempat tinggal dan dijamin keselamatan, nabi diterima semua penduduk termasuk orang bukan Islam.
e) Bagaimana Nabi melepaskan diri dari Makkah ke Madinah.
1. Hijrah bermula apabila nabi melepasi kepungan Quraisy di rumah bagnda. Ali telah tidur di tempat tidur nabi dan menggunakan selimut nabi.
2. Kemudian nabi berjumpa Abu Bakar memeberitahu perintah Allah agar berhijrah. Mereka berdua bersembunyi di Gua Thur. Perjalanan seterusnya dipandu Abdullah b. Arqat.
f) Apakah sebab dan tujuan hijrah.
1. Perintah Allah melalui wahyu yang menyatakan niat orang Quraisy ingin membunuh nabi.
2. Allah memerintahkan nabi agar segera berhijrah ke Madinah.
3. Ancaman di Makkah menjejaskan penyebaran Islam, maka suasana aman di Madinah memudahkan penyebaran Islam.
4. Suku Auz dan Khazraj sering bertelagah dan ekonomi mereka dikuasai orang yahudi. Maka mereka memerlukan pemimpin seperti nabi untuk mendamaikan hidup mereka.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoSUv_ilC9Pcy0YC5MCg3k_mJZPTebRl3LCHTjYhCLNjj91NeTWhqVlcihvbMgRlBbvkZHf51bPCS-7FF2NrmQicjpFWNxmhy7lfXhWV__3jnjIMM1uqFVrWRmRQFZmK5p-JWskKWFgTPU/s400/Picture1.jpg
g) Apakah kepentingan hijrah.
1. Dakwah Islam dapat disebarkan secara aman dan terang.
2. Mempersaudarakan suku Arab Madinah (Aus dan Khazraj).
3. Mempersaudarakan orang Islam Madinah dan Makkah.
4. Orang Makkah yang berhijrah ke Madinah digelar Muhajirin dan orang Madinah digelar Ansar.
5. Menyatukan penduduk pelbagai suku, budaya dan agama di Madinah.
6. Nabi membina masjid al-Nabai – masjid menjadi temapt beribadat, belajar bertemu dan berbincang, di persekitaran masjid aktiviti harian dijalankan seperti jual beli.
7. Takwim hijrah sempena peristiwa hijrah digunakan bermula dari pemerintahan Khalifah Umar.
8. Nama Yathrib ditkar kepada Madinah al-Munawwarah bermaksud kota bercahaya.
9. Hijrah membawa sikap toleransi, tolong – menolong. contohnya orang Islam Makkah dibantu oleh orang Madinah.
10. Hijrah dibantu pengorbanan harta dan nyawa para sahabat seperti Abu Bakar, Ali dan Abdul Rahman Auf.
11. Wanita juga sanggup berkorban seperti Asma’ puteri Abu Bakar ke Gua Thur menghantar makanan dan berita.
12. Hijrah menunjukan ketabahan nabi meninggalkan kesenangan hidup dan tidak berputus asa.
13. Hijrah menunjukkan kebijaksanaan nabi yang tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur.
( 2 ) Piagam Madinah/Sahifah Madinah.
http://serambimadina.files.wordpress.com/2010/01/alquran-kuno-021.jpg
a) Latar belakang piagam Madinah.
1. Piagam ini dirangka oleh nabi berpandukan wahyu daripada Allah.
2. Ia mencatatkan tanggungjawab ketua negara dan rakyat.
3. Ia juga hasil persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
4. 23 fasal tentang orang Islam dan tanggungjawabnya.
5. 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk Yahudi terhadap negara Madinah.
6. Perlembagaan ini ialah perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia.
b) Apakah kandungan Piagam Madinah.
1. Politik – nabi ialah pemimpin semua penduduk Madinah, nabi juga ketua hakim berlandaskan musyawarah dan adil.
2. Agama – bebas memilih dan mengamal agama tanpa gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam.
3. Sosial – masyarakat Madinah dianggap ummah, bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.
4. Undang – undang Islam – dilaksanakan secara menyeluruh tetapi peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam boleh diamalkan. Hukuman dikenakan adalah adil.
5. Ekonomi – riba dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi.
6. Pertahanan – semua penduduk diwajibkan memepertahankan Madinah dari ancaman musuh.
7. Kedudukan orang Yahudi mempunyai hak yang sama, hak kebebasan, hak keselamatan, selagi mematuhi Piagam Madinah.
c) Apakah kepentingan Piagam Madinah.
1. Model pemerintahan berasaskan Islam – agama Islam boleh dilaksanakan dalam negara berbilang agama dan bangsa.
2. Kandungannya merangkumi peraturan dunia dan akhirat.
3. Dari segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya sedekah, keadilan ekonomi digalakkan.
4. Nabi berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah, nilai yang ditanamkan ialah ukhuwah Islamiah.
5. Konsep keadilan sosial – Islam menekankan persamaan dan persaudaraan, tiada perbezaan taraf dalam masyarakat.
6. Nabi mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban, Bantu – membantu.
7. Syariah Islam yang adil sesuai diikutioleh semua masyarakat.
8. Nabi menyusun perlembagaan dahulu sebelum membentuk kerajaan.
9. Pemerintahan Islam meletakkan Allah kuasa tertinggi.
10. Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab.
11. Semua bangsa mesti mematuhi peraturan.
12. Semua penduduk harus mempertahankan negara Islam.
d) Apakah strategi negara Islam Madinah dalam menyebarkan Islam.
1. Quraisy Makkah mencari sokongan orang Arab dan Yahudi di Tanah Arab bagi menentang Islam di Madinah.
2. Strategi baginda pula dengan menyebarkan Islam secara meluas seperti di Rom, Parsi, Mesir.
3. Nabi menghantar perutusan ke sana untuk memeluk Islam.
4. Nabi menggunakan kaedah diplomasi dengan mewujudkan persefahaman antara negara disamping menyebarkan Islam.
5. Serangan Quraisy kepada kabilah Islam akhirnya membawa perang, tetapi perang dalam Islam untuk maruah diri, agama dan negara. Perang hanya dilakukan selepas turunnya wahyu Allah menbenarkannya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_-0F9y7ZNKPg7ngJ3St2nsGCzhoUZtpMrs3SwW8Ho_5jak_7fZS0rW1rGi72vglmSfvBv1VaE7P4Cb1Pp3nZWeNum-0MG4MBzLRCFYpMu4aRkPyp6mx1Ph2irKbuI3S7nLMQKcPzH1U0/s1600/badar.jpg
e) Konsep perang dalam Islam.
1. Antara siri perang Islam di Madinah seperti Perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.
2. Allah memberi izin perang setelah diserang Quraisy.
3. Prinsip perang dalam Islam ialah berperang apabila diserang musuh, mencari keamanan agar tempat ibadat terjaga, menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
4. Sekira musuh Islam inginkan pendamaian, maka umat Islam perlu memilih pendamaian.
5. Perang antara orang Islam dengan Quraisy Makkah tidak memaksa musuh memeluk Islam, penerimaan agama Islam adalah secara suka rela.
6. Dalam Perang Badar, walaupun Islam menang, tawanan wanita dan kanak – kanak dibebaskan, tawanan lelaki dibebeaskan jika berjaya mengajar 10 orang kanak – kanak Islam sehingga pandai.
7. Tentera Islam yang berperang dilarang membunuh sesuka hati termasuk memusnahkan tumbuhan.
8. Kesannya lebih ramai memeluk Islam selepas Perang Badar.
( 3 ) Perjanjian Hudaibiah.
a) Latar belakang berlakunya Perjanjian Hudaibiah.
1. Pada tahun 628 M, umat Islam berhasrat menziarahi Makkah tempat asal mujahirin dan mengerjakan umrah.
2. Mereka disekat oleh Arab Quraisy di Hudaibiyah keranaQuraisy merasa maruah mereka tercabar.
3. Pihak Islam menghantar utusannya iaitu Uthman Affan menerangkan tujuan sebenar mereka datang.
4. Tetapi Quraisy enggan menerimanya. Kemudiannya Quraisy bimbang, lalu menghantar Suhail b. Amru memeterai Perjanjian Hudaibiah.
5. Mulanya para sahabat tidak menerima perjanjian ini yang dianggap berat sebelah, tetapi menerimanya sebagai pengajaran yang besar.
b) Apakah kandungan Hudaibiah.
1. Genjatan senjata selama 10 tahun.
2. Kabilah Arab lain bebas memihak kepada pihak Islam Madinah atau Quraisy Makkah.
3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya akan dipulangkan.
5. Umat Islam boleh mengerjakan umrah tahun berikutnya.
c) Apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiah.
1. Memberi umat Islam menunaikan haji.
2. Memberi kebebasan umat Islam ke Makkah dan menunaikan ibadat di Kaabah.
3. Tempoh pendamaian ini memberi peluang kepada dakwah Islamiah ke seluruh Tanah Arab tanpa gangguan Quraisy.
4. Perjanjian memberi gambaran Islam tersebar secara aman.
5. Perkara 3 dan 4 perjanjian Hudaibiah kelihatan menguntungkan Quraisy tetapi dalam masa panjang ia menguntungkan Islam buktinya pengislaman tokoh berpengaruh seperti Khalid al Walid, Amru al – As.
6. Perjanjian juga menunjukkan nabi pemimpin unggul, dikagumi dan berwawasan.
7. Perjanjian ini menunjukkan Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.
d) Bagaimana pencabulan Perjanjian Hudaibiah berlaku.
1. Perjanjian ini hanya bertahan selama 2 tahun kerana pihak Quraisy sengaja mencabulinya.
2. Quraisy memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
3. Bani Khuza’ah ini berpihak kepada Islam di Madinah,
4. Bermakna Quraisy melanggar perjanjian genjatan senjata.
5. Pihak Islam bertegas menghantar tentera ke Makkah.
( 4 ) Pembukaan Kota Makkah.
http://4.bp.blogspot.com/_yR4CWGooXu0/SpViDrji0fI/AAAAAAAAAQA/AeeoS2muiWg/s400/fathu+mekah.jpg
a) Peristiwa pembukaan semula Kota Makkah.
1. Nabi membuka semula Kota Makkah selepas hampir lapan tahun tinggal di Madinah.
2. Pembukaan ini kesan daripada tindakanQuraisy melanggar perjanjian Hudaibiah.
3. Pembukaan ini ialah strategi jangka panjang nabi menyebarksn Islam kerana penguasaan Makkah akan memantapkan Islam.
4. Baginda dan tentera memasuki Makkah secara aman.
5. Tokoh Quraisy seperti ketuanya Abu Suffian dan Al – Abbas amat khuatir lalu memeluk Islam sebelum kedatangan tentera Islam.
6. Empat pasukan tentera seramai 10 ribu orang masuk ke Makkah diketuai Khalid al – Walid, Abu Ubaidah, Saad Ubadah, dan Zubair al – Awwan, dari arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah.
7. Taktik ini memudahkan Makkah dikepung dan dibuka.
b) Apakah kepentingan pembukaan Kota Makkah.
1. Pembukaan Makkah menybabkan Abu Suffian dan al – Abbas memeluk Islam diikuti Arab Quraisy yang lain.
2. Nabi memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung di dalam Kota Makkah.
3. Setelah berjaya, nabi bertawaf mengelilingi Kaabah dan berpidato menyatakan pentingnya perpaduan antara pelbagai bangsa dan agama.
4. Nabi memaafkan pihak Quraisy dsn tidak berdendam.
5. Kaabah terpelihara daripada unsure jahiliah, berhala dihapuskan dan masyarakat Islam mendalami ilmu Islam.
6. Makkah menjadi Kota Suci umat Islam dan tempat beribadat seperti ibadat haji.
7. Walau bagaimanapun Madinah tetap menjadi pusat pemerintahan Islam, Makkah menjadi wilayah kerajaan Islam.
8. Selepas itu berlaku peristiwa haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w., dalam khutbah haji terakhir itu nabi berpesan, “ pusaka yang nabi tinggalkan selepas wafat ialah al- Quran dan sunnah, umat Islam tidak akan sesat selagi tidak meninggalkan pusaka ini ”.
9. Nabi wafat pada 632 M bersamaan 11 Hijrah.

Hijrah Menuju Rabbi


Langkah perubahan itu ada andai anda belum MATI!


Hijrah? Ada apa ya? Saya tidak mahu berbicara tentang hijrah yang sering kali kita dengar. Seperti ini mungkin, Nabi berhijrah dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq terjumpa Suraqah bin Malik, dikejar orang Musyrikin Mekah, disengat kalajengking, dan seumpamanya.

Jangan fikir saya menyalahkan manusia yang bercerita cumanya sirah itu terdapat ibrah yang cukup banyak. Kita tidak inginkan penceritaan kosong. Bagi saya sirah punyai kekuatan untuk jiwa manusia. Kalau kita sekadar bercerita seperti cerita maka ia akan jadi bosan yang amat seperti membaca buku SEJARAH! Sebaiknya kita sertakan dengan pengajaran agar manusia mengambil manfaat yang cukup besar daripada sirah.

Tak percaya tanyalah Ustaz Sya’ari Abdul Rahman. Saya masih ingat lagi kata-kata beliau semasa perkongsian berkaitan buku (Kuasa Kepimpinan Al-Fateh) di Maktab Perguruan Perlis. “Bila membaca kita sepatutnya menimbulkan pertanyaan dan mengkaji barulah pembacaan itu tidak bosan”.

 Sedikit perkongsian ilmu bersama teman-teman di KK8 ketika membincangkan hijrah. Ada yang memberi takrif hijrah dan segala bagai berkaitan hijrah. Ya saya seronok dengan sembang-sembang itu. Mengisi jiwa walaupun sekejap.

Apa kaitan dengan Hijrah Menuju Rabbi?

Suka sangat saya kaitkan dengan niat.

Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat
(Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim)

Kenapa? Niat adalah penentu sama ada amal kita dikira atau tidak. Teringat pesan sahabat ”kalau awal-awal lagi kita sudah silap niat selain Allah, adakah amal ini akan dihitung?”

            Jadi saya mengajak anda untuk menilai sebentar. Apakah hijrah kita kerana Allah? Atau sebaliknya? Muhasabah sebentar.

            Ada manusia ingin berubah kerana harta dan wanita. Senang kata untuk dunia. Kita dalam golongan ini? Nauzubillah. Hakikat berubah kita untuk mendekatkan diri pada Allah. Kalau berazam untuk jadi kaya maka kita juga kena berazam dengan harta yang Allah beri kita akan infaq lebih lagi daripada sebelum ini. Ini barulah hijrah yang sebenarnya.

Hijrah Menuju Rabbi=Bahagia di Syurga

            Mari kita analisis sirah para sahabat nabi s.a.w.

Saidina Mus’ab bin Umair r.a, Duta Islam ke Madinah. Dulunya kaya, minyak wanginya paling terbaik ketika itu, diminati ramai. Saat berjumpa Allah tidak kain yang cukup untuk menutupi jenazah beliau.

Saidina Abdullah Zul Bajadaian r.a. Sahabat nabi yang ditelanjangkan dan diberi kain yang kasar untuk membaluti tubuhnya. Saat itu berlaku ketika beliau memeluk Islam. Syahidnya di Tabuk.

Nah! 2 tokoh ini saya rasa sudah cukup untuk membuatkan anda berfikir. Kajilah konteks hijrah mereka dalam realiti “tersirat” bukannya “tersurat”.

            Mereka berubah kerana mendambakan kasih Ar-Rahman. Yakin dengan janji syurga yang pasti. Tiada ragu dalam diri.

Jadinya apa kaitan sahabat nabi dengan kita?

Sejarah mereka adalah bukti kejayaan mereka berubah. Mereka boleh berubah maka kita boleh berubah.

Nak contoh yang lebih dekat? Saya nyatakan Bob Lokman, Abg Sham Kamikaze dan Yusof Islam.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang  beriman, orang-orang yang berhijrah, dan berjihad dijalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang(Al-Baqarah:218)
  
Masihkah ada peluang berhijrah?

Jangan sesekali katakan tidak pada perubahan. Semua manusia boleh berubah. Sama ada kepada kebaikan atau keburukan.

Maka perubahan bagaimana yang kita mahukan? Hijrah Menuju Rabbi kita hajatkan. Takkanlah kita hajatkan hijrah kepada maksiat? Andai yang berhajat kepada maksiat punyai masalah jiwa. Satu perkara yang bahaya.

Jangan rasa gentar untuk menjadi baik. Fitrah manusia hajatkan kepada kebaikan. Tidak semestinya kita terus berubah secara total. Mungkin sedikit demi sedikit tetapi konsisten. Contoh mudah, dulu kita selalu derma RM2, mungkin kali ini kita naikkan sedikit kepada RM5.

Nak contoh lagi? Mungkin dahulu kita jenis panas baran. Makanya saat terasa hendak marah apa kata kita istigfar dahulu ataupun terus “TOP UP” ia dengan air wudu’.

Mungkin dahulu kita selalu mencarut,selalu berkata kesat. Maka kita beritahu sahabat supaya ingatkan bila terlepas perkataan yang tidak soleh. Bukankah ini satu hijrah yang lebih baik dan kita mampu melaksanakannya?

Maka perubahan itu ada langkahnya

Langkah perubahan saya kongsikan dari Langitilahi : BROHAMZAH

Dosa kita, adalah racun yang membinasakan hati dan diri. Dosa inilah yang membuatkan kita semakin hari semakin jauh daripada Allah SWT. Bahkan, Allah SWT semakin “menjauhi” kita lantaran kebusukan dosa-dosa yang kita lakukan secara berulang-ulang kali tanpa rasa bersalah.

Untuk menjadi hamba-Nya, kita harus berazam untuk meninggalkan segala dosa secara menyeluruh. Kita sedar, bahawa di sana terdapat suatu halangan yang terbesar dalam meninggalkan segala kebusukan dosa ini.
Itulah, dia hawa nafsu. Justeru, titik tolak kepada langkah awal ini ialah mujahadah!

[2] Terdapat keinginan untuk berubah

Hasrat, keinginan dan hajat untuk berubah ; adalah nokhtah permulaan yang amat-amat kita perlukan untuk melakukan sebarang perubahan.

Segala-galanya bermula di sini. Itulah kehendakan hati. Adakah kita benar-benar berkemahuan besar untuk berubah? Adakah ia benar-benar dijiwa dan diselami? Semuanya, kita perlu soal dengan jujur, ikhlas dan terbit kea lam realiti.

Katakan di dalam hati berulang-ulang kali :
“ Ya Allah, aku ingin berubah untuk-Mu dan hanya kerana-Mu!”

[3] Menyediakan dan serahkan hatinya untuk dididik

Untuk berubah ke arah yang lebih baik, soleh dan diredhai oleh Allah SWT ; kita perlukan hati serta jiwa yang diserahkan sepenuhnya untuk diproses dan dididik.

Ya, sepenuhnya. 100 %, tanpa sebarang keciciran dan pengecualian. Bagi yang mempunyai murabbi, ustaz atau ustazah – berikan kepercayaan dan keyakinan kepada mereka untuk mendidik kita. Serahkan segala hati dan jiwa kepada mereka yang dipercayai untuk mendidik kita.

“Bersedialah untuk dididik!”- Slogan bagi yang hajatkan perubahan yang menyeluruh!

[4] Bertaubat bersungguh-sungguh (Taubat Nasuha)

Syarat ini adalah syarat yang utama. Untuk berubah, penyesalan dan kesungguhan dalam bertaubat harus diutamakan. Ia adalah kunci untuk menghampiri diri kepada Allah SWT.

Wahai saudara-saudaraku, ketahuilah bahawa Allah SWT telah membuka pintu taubat selebar-lebarnya dan tidak akan menguncinya sampai matahari terbit dari tempat terbenamnya.

Setiap kali kita melakukan dosa, kemaksiatan, kesalahan dan kejahatan, : Allah SWT berkata kepada kita : “ Datanglah kepada-Ku wahai hamba-Ku, maka Aku akan menerima taubatmu.”

[5] Berdoa, meminta dan merayu bersungguh-sungguh kepada Allah SWT

Hadapkan wajah kita kepada-Nya. Dongakkanlah kepala ke langit-Nya. Dan tadahkanlah tangan kita dengan penuh kerendahan jiwa dan kesungguhan yang tiada tara.

Sesiapa yang mendekat kepada-Mu, maka Engkau pun mendekat kepadanya. Sesiapa yang mencintai-Nya, maka Engkau pun akan mencintainya. Dan, sesiapa yang memohon kepadaMu, maka Engkau akan mengkabulkan segala permintaan-Nya.

Kebanyakan daripada kita, acu tidak acu dengan dosa. Masih bermain-main dengan lafaz doa dan ibadah jiwa ini. Kita sedar akan diri yang jijik, kotor dan penuh dengan noda ini tetapi, kita tidak pernah untuk menadah tangan berdoa memohon keampunan dan rahmat-Nya. Jika berdoa pun, hanya bentuk ritual yang dibuat-buat tanpa kehadiran jiwa dan merasai kemanisan dalam meminta-minta dengan Allah SWT.

Kesimpulan : Hijrah biar kepada Rabb ‘Alamin

Kata akhir saya, peluang masih ada untuk kita berubah. Cumanya terletak pada diri kita. Teringat pesan sahabat saya “ semua manusia boleh berubah, cumannya nak atau tidak sahaja”. Kuatkan diri dan mohon doa pada Allah. Moga hijrah kita mendapat keredhaan Allah. Amin!

No comments:

Post a Comment