Sunday, November 11, 2012

TIADA BEBAN BATU DIGALAS......YANG KAYA RAYA....KEKAYAAN BOLEH MAKAN TUJUH KETURUNAN TAK ABIS...YANG MISKIN PAPA KEDANA...TAK BOLEH KE MEREKA BANTU

Pening hutang RM2j

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

ADUAN...Masni (kiri) menceritakan masalah kepada Yati selepas terjerat hutang along.
ADUAN...Masni (kiri) menceritakan masalah kepada Yati selepas terjerat hutang along.
KUALA LUMPUR: Niat murni seorang wanita membantu orang lain terutama rakan yang dalam kesempitan dengan meminjamkan wang, memakan diri apabila dia kini menanggung hutang hampir RM2 juta.
Ibu kepada 12 anak yang bertugas sebagai guru di Sabah itu mengaku dia tidak berfikir panjang apabila menawarkan diri membantu 102 rakan dan kenalannya dengan meminjam wang daripada tiga ceti haram atau along tanpa pengetahuan suami dan keluarganya.
“Pada awalnya, saya hanya berniat ingin membantu rakan yang terdesak. Mungkin kerana bahagia melihat kegembiraan orang lain, saya langsung tidak terfikir niat baik itu memakan diri,” katanya kesal.

Wanita berasal dari utara Semenanjung hanya mahu dikenali sebagai Masni, 50, berkata, hidupnya makin tersepit apabila rakan yang meminjam mula mengadu tidak mampu membayar semula mengikut jadual dipersetujui sebelum ini, kerana terikat dengan pelbagai komitmen.

“Bayangkan, hanya dalam tempoh kurang sebulan pada Jun lalu, saya sudah meminjam RM685,000 daripada ceti untuk membantu 102 rakan dan kenalan.

Wanita reput dalam bas

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

SIASAT...anggota forensik memeriksa bas tempat  mayat ditemui.
SIASAT...anggota forensik memeriksa bas tempat mayat ditemui.
KAJANG: Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila menemui mayat wanita yang reput dan berulat dalam bas rosak yang diparkir di kawasan Kompaun Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi, pengawal keselamatan terbabit dikatakan mahu memeriksa bas lama itu apabila diberitahu seorang mekanik mengenai kelibat seorang wanita kelihatan seperti sedang tidur di bahagian belakang bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu jam 10.38 pagi selepas mendapat panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan di Menara MPKJ berkenaan.
“Mayat ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan telentang di bahagian belakang bas yang sudah tidak digunakan sejak dua tahun itu.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan keadaan mayat yang sudah reput serta berulat itu, kami anggarkan mangsa meninggal dunia sejak empat hingga lima hari lalu,” katanya.

Ab Rashid berkata, mangsa dipercayai berbangsa India dan berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa disedari berada di dalam bas itu sejak Khamis lalu oleh mekanik yang datang memeriksa bas berkenaan sebelum dia memaklumkan pengawal keselamatan, pagi semalam.

Menurutnya lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat.
Sementara itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut selagi punca kematian belum dapat dipastikan.

Bedah perut keluar sudu

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
husni@hmetro.com.my

STABIL...Ah Lek diziarahi Yew selepas pembedahan mengeluarkan sudu (gambar kecil) dari dalam perutnya.
STABIL...Ah Lek diziarahi Yew selepas pembedahan mengeluarkan sudu (gambar kecil) dari dalam perutnya.
TAIPING: Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu.
Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.

Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.

“Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

30 tahun tidur di kaki lima

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

MARI IKUT...pegawai yang menjalankan operasi memujuk beberapa lelaki gelandangan yang ditahan, semalam.
MARI IKUT...pegawai yang menjalankan operasi memujuk beberapa lelaki gelandangan yang ditahan, semalam.
KUALA LUMPUR: Menjadikan kaki lima sebagai rumah sejak lebih 30 tahun lalu kerana hidup sebatang kara dan pernah ditahan tiga kali oleh penguat kuasa tidak menimbulkan ketakutan di hati seorang warga emas yang ditahan dalam operasi gelandangan di sekitar bandar raya ini, kelmarin.
Lelaki dikenali sebagai Khalid Yeop, 49, berkata, dia bekerja sebagai pengutip besi buruk dan menjualnya di kaki lima.

Katanya, dia hanya mempunyai beberapa helai pakaian yang dijadikan teman hidup dan mencari kotak untuk mengalas tidur.

“Saya tidak pernah malu walaupun hidup begini, malah gembira kerana terdapat ramai rakan senasib yang menemani sebaik malam menjelma,” katanya ketika ditemui selepas operasi, di sini.

Khalid berkata, mereka gembira kerana ada insan prihatin menghulurkan makanan percuma apabila petang menjelma dan tidak perlu meminta sedekah.

Dalam Operasi Gelandangan Bersepadu yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Alam Flora dan agensi lain itu, 59 orang termasuk 53 warga Malaysia, dua (Indonesia), tiga (Myanmar) dan seorang warga India ditahan.
Operasi bermula jam 10 malam hingga 1 pagi itu turut mengambil tindakan saringan terhadap lapan lelaki di bawah AADK dan lima di bawah JKM.

Melalui ops itu, mereka yang ditahan rata-rata tidak mampu menyewa rumah kerana berniaga kecil-kecilan di kaki lima.

Mereka sanggup tidur di kaki lima kerana memperoleh makanan percuma disediakan badan bukan kerajaan (NGO) setiap petang.

Ada juga yang cuba melarikan diri kerana takut ditangkap pihak berkuasa, namun ditahan.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Operasi DBKL, Mohd Hisham Izhar berkata, faktor utama gelandangan sanggup tidur di kaki lima kerana makanan percuma diberikan NGO “Walaupun golongan gelandangan menunjukkan penurunan, ia masih membimbangkan kerana mereka kebanyakkan suka membuang sampah di merata-rata yang mencemarkan imej ibu kota,” katanya.

Abang menangis minta diselamatkan



KUALA LUMPUR: “Saya menerima panggilan telefon daripada abang minta saya selamatkan dia dalam keadaan menangis dan ketakutan.
“Selepas itu, panggilannya terputus. Saya cuba menghubunginya semula sebanyak enam kali, namun gagal menyebabkan saya tidak sedap hati,” kata Mohd Kharul Izwan Mat Yaakob, 26, ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam.

Abangnya, Mohd Nor Mat Yaakob, 32, ditemui rentung selepas bengkel motosikal milik majikannya di Jalan Bangsar, di sini, terbakar dalam kejadian awal pagi semalam.
Kharul berkata, beliau menerima panggilan daripada abangnya jam 2.30 pagi ketika itu beliau sedang tidur di rumahnya di ibu kota.

“Abang minta saya datang ke bengkel motosikal tempatnya bekerja dan selamatkan dia. Katanya bengkel itu sedang terbakar dan dia berasa takut.

“Tiba-tiba panggilan terputus dan usaha saya menghubunginya semula gagal,” katanya.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, bomba sedang memadamkan kebakaran sebelum dimaklumkan satu mayat lelaki ditemui rentung di tingkat dua bangunan berkenaan.

Beliau yang bekerja sebagai juruteknik berkata, beliau yakin itu adalah abangnya.
Kharul berkata, abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU) di kaki kirinya akibat kemalangan 10 tahun lalu baru sebulan bekerja sebagai mekanik di bengkel berkenaan.

“Abang baru saja berpindah ke bilik tingkat atas bengkel berkenaan. Saya reda dengan apa yang berlaku. Arwah abang anak ketujuh daripada lapan beradik.

Mayat mangsa dibawa ke PPUM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk urusan pengebumian di kampung halaman mereka di Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 pagi dan tiga jentera ke lokasi membantu memadamkan kebakaran.

“Usaha memadamkan kebakaran membabitkan 23 pegawai dan anggota. Api dapat dikawal jam 3.02 pagi,” katanya.

TU SEBAB DALAM DALAM ISLAM ADA KANUN JENAYAH....PERLU DIBUAT SERTA DIKUATKUASAKAN...TIDAK INI LAH JADINYA...AKHIRAT KORANG JAWAB

‘Mereka generasi tak takut dosa’



KUALA LUMPUR: “Mereka generasi yang tak takut lagi kepada dosa dan apa dibuatnya itu sudah jadi satu keseronokan lebih-lebih penuntut yang mahu sentiasa disalut kemewahan,” kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal.
Beliau mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai pengakuan pelajar institusi pengajian tinggi yang sanggup menawarkan khidmat sebagai gigolo atau pengiring sosial untuk meraih wang dengan cara mudah.

Semua dilakukan dengan hanya bermodalkan wajah kacak, berpenampilan menarik dan mahir memuaskan nafsu wanita gersang serta ketagih belaian lelaki muda dikenali ‘mak ikan’.
Menurutnya, memperlihatkan situasi semasa masalah sosial, desakan hidup bukan lagi menjadi satu-satunya alasan mengapa penuntut universiti sanggup terbabit dengan kegiatan terkutuk itu apatah lagi ibarat menjual badan.

“Banyak faktor mendorong mereka untuk melakukan demikian bukan semata-mata desakan hidup saja, tetapi lebih utama adalah keinginan mereka yang mahu sentiasa mewah dan dapat apa diinginkan mengatasi segala-galanya.

“Mereka seolah mencapai keseronokan berganda apabila dapat lakukan cara begini sekali gus mengatasi tahap ketakutan kepada Allah S.W.T. Inilah yang kita bimbangkan sangat,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Noor Aziah yang juga Pengerusi Program Khidmat Nasihat Persatuan Wanita UKM (Sukmanita) berkata, beliau turut mengendalikan pelbagai kes membabitkan penuntut bermasalah, namun tidak mampu menginsafkan mereka.

‘Pesan arwah ayah jadi kenyataan’



KUANTAN: “Sebelum arwah meninggal tiga bulan lalu kerana sakit jantung, dia sempat berpesan kepada kami sekeluarga supaya tidak sesekali membeli motosikal untuk adik ketiga kerana bimbang terbabit dalam kemalangan.
“Pesanan arwah ada kebenaran dan menjadi kenyataan apabila adik ketiga saya terbunuh akibat terbabit dalam kemalangan selepas motosikal ditungganginya melanggar pembahagi jalan,” kata Rudy Hamzah, 31.

Dia abang kepada Harieri, 22, yang terbunuh di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Tanah Putih, berhadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, Harieri yang bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah kilang bata di Kemaman, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Menceritakan semula kejadian itu, Rudy berkata, dia menerima panggilan berhubung kemalangan itu daripada seorang rakan jam 3.30 pagi dan bergegas ke bandar ini dari Kemaman untuk melihat keadaan adiknya.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat mayat adiknya terbaring atas permukaan jalan.
“Motosikal Kawasaki 150 yang ditunggang arwah baru sebulan dibeli ibu mereka, Roziah Mohamad, 52, atas permintaan adik dan kenderaan itu digunakan Harieri untuk berulang-alik ke tempat kerjanya.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum meninggalkan rumah kelmarin. Selepas kejadian itu, barulah saya teringat pesanan arwah ayah supaya tidak membenarkan Harieri menunggang motosikal,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Sementara itu, Pegawai Penguat kuasa Trafik dan Pentadbiran, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Tanah Putih dari bandar ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian mangsa terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan mengakibatkannya tercampak beberapa meter.

Gali kubur kebas ‘bayak’



SIBU: Selepas tanah perkuburan Cina di Miri menjadi mangsa, penjarah kubur kini kembali mengganas apabila menjadikan Tanah Perkuburan Iban di Bukit Aup, dekat sini, sebagai sasaran terbaru.
Difahamkan, penjenayah memecah kubur untuk melarikan barangan berharga seperti barangan kemas dan wang tunai atau dipanggil ‘bayak’ yang ditanam bersama si mati.

Kegiatan itu dikesan sejak dua minggu lalu, namun laporan polis hanya dibuat penduduk sebuah rumah panjang di Balai Polis Sentral, di sini, Jumaat lalu.
Seorang ahli keluarga mangsa enggan dikenali berkata, sehingga laporan polis itu dibuat, sebanyak 18 kubur sudah diselongkar kumpulan penjenayah itu.

“Kegiatan itu disedari penduduk sejak dua minggu lalu dan ia didapati berterusan sehingga Khamis lalu. Kami kesal dengan perbuatan biadab itu yang bukan saja mencuri harta si mati tetapi ia sebenarnya mengganggu ketenteraman roh saudara mara kami,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis yang mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit.
“Polis sudah memeriksa lokasi kejadian dan sedang berusaha mengesan penjenayah. Orang ramai mengetahui kegiatan itu perlu segera membuat laporan untuk memudahkan tindakan diambil,” katanya.

Mei lalu, sebuah kubur Cina di Miri diceroboh dan penjenayah melarikan keranda seorang wanita yang dipercayai turut ditanam dengan barangan kemas.
Pada 3 April lalu, seorang lelaki terkejut apabila mendapati kubur menempatkan mendiang ibunya di Tanah Perkuburan Cina di Jalan Riam, Miri, diceroboh sebelum penceroboh melarikan keranda bersama tulang ibunya yang mati lebih 20 tahun lalu.

Kejadian itu disedari anak lelaki mangsa, dikenali sebagai Chang, 45, ketika menziarahi kubur mendiang ibunya untuk melakukan upacara sembahyang bagi memperingati dan menghormati roh ibunya.

Seperti kebiasaan, anak mangsa bersama ahli keluarga menziarahi kubur ibu untuk sembahyang selain membersihkan kawasan persekitaran.

Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila mendapati kubur ibunya dipecahkan manakala keranda dan rangka tulang ibu turut hilang.

Sementara itu, kes sama turut berlaku di Tanah Perkuburan Islam di Lorong Mendu 2, dekat Kuching, apabila diceroboh dan batu nisan dicabut dengan dua laporan polis dibuat keluarga waris berhubung kejadian itu pada 6 dan 8 Mei lalu di Balai Polis Sekama dan Balai Polis Gita.

Kawasan perkuburan itu antara terawal dibuka di negeri ini selepas diwakafkan hampir 100 tahun lalu bagi kegunaan umat Islam sekitar bandaraya Kuching termasuk dari Tabuan, Batu Lintang dan kawasan lain.

Berikutan kejadian itu, 20 penduduk kampung bersama keluarga waris berkumpul di kawasan perkuburan berkenaan semalam bersama sepasukan polis serta wakil Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) yang hadir menjalankan siasatan

Menyamar orang tua untuk rompak



LONDON: Seorang pelajar berusia 16 tahun menggunakan mekap dan memakai rambut palsu untuk menyamar sebagai orang tua untuk melakukan rompakan bersenjata.
Dengan berpakaian seperti lelaki tua, Miles Alura merompak sebuah kedai emas di Kent, Julai lalu, dan melarikan barang kemas berharga 50,000 pound (RM243,375).

Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Menurut polis, Alura, memakai rambut palsu ketika merompak sebuah kedai emas Mayfair di London, sebulan sebelum itu dan melarikan barang berharga 100,000 pound (RM486,750).

Dalam dua kejadian itu, dia dan beberapa rakan mengugut staf dengan senjata api mainan sebelum mengikat mereka dan melarikan diri.

Untuk menyamar lelaki tua, Alura memakai topi, mewarnakan kening, memakai janggut palsu, menipiskan rambut dan bermekap, sekali gus mengingatkan seseorang kepada penyamaran seperti dalam siri kartun Scooby Doo.

Alura yang berasal dari Camden Road, London, dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Kingston selepas dia mengaku bersekongkol untuk merompak.

Dia turut dikenakan hukuman dua setengah tahun penjara kerana memiliki senjata api mainan dan lima tahun penjara kerana merompak. Semua hukuman itu berjalan serentak.

Seorang lagi remaja berusia 16 tahun dari Stoke Newington, London, dipenjara tiga tahun kerana merompak, bersekongkol untuk merompak, manakala remaja ketiga berusia 15 tahun dari Holloway, London, dijatuhkan hukuman tahanan setahun dan arahan menjalani latihan.

Nama kedua-dua rakan Alura itu tidak boleh didedahkan kerana faktor usia. - DM

Potong lidah untuk pujuk isteri pulang



NEW DELHI: Seorang lelaki memotong lidahnya dalam usaha untuk memujuk isterinya pulang.
Si isteri dilapor meninggalkan rumah mereka selepas hilang sabar kerana suaminya sering menggunakan bahasa kesat terhadapnya.

Pembaiki televisyen, Bunty Vernma, 32, yang berasal dari Khaldwadi di Sendhwa, menyalahkan lidahnya yang menjadi punca dia mengeluarkan kata-kata kesat terhadap isterinya, Hema.
Hema meninggalkan rumah mereka bersama-sama anaknya, menyebabkan Verma menyesal dan bertindak drastik dengan memotong lidahnya.

Dalam surat kepada isternya, Vernma berkata, dia bertindak demikian kerana menyesal dan meminta Hema memaafkannya.

Sehingga ini, Hema masih belum pulang dan suaminya dimasukkan ke hospital.
Rakan Verma, Aslam dan Sultan memberitahu media, Hema adalah isteri kedua Verma dan isteri pertamanya meninggalkannya beberapa tahun lalu. - DM

13 korban gempa bumi di Myanmar



SEBUAH jambatan masih dalam pembinaan merentasi Sungai Irrawaddy, runtuh akibat gempa bumi semalam.
SEBUAH jambatan masih dalam pembinaan merentasi Sungai Irrawaddy, runtuh akibat gempa bumi semalam.
SHWEBO: Satu gempa bumi kuat melanda Myanmar semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh.
Gegaran itu yang mencetuskan panik di bandar raya Mandalay, turut mencederakan 40 orang.
Gempa 6.8 magnitud itu melanda kawasan pedalaman 116 kilometer ke utara Mandalay, disusuli dengan gegaran selepas gempa, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Empat pekerja terhumban ke dalam Sungai Irrawady di utara bandar berkenaan yang terletak berhampiran pusat gempa itu.

Mereka dikatakan antara mangsa yang terbunuh, lapor kumpulan sukarelawan Save The Children.

Sementara itu, sebuah kuil runtuh di Kampung Kyauk Myaung akibat gempa itu, meragut dua nyawa. Seorang lagi mati di Mandalay.

Di bandar Sint Ku, bencana itu menyebabkan enam penduduk mati, termasuk dua yang terkorban apabila sebuah lombong emas runtuh.

“Penduduk begitu bimbang mengenai kemungkinan berlaku satu lagi gempa,” kata kumpulan itu.

Sementara itu, penduduk di Mandalay meluru keluar dari bangunan yang bergoncang kuat ketika gempa berlaku.

Bagaimanapun, tidak ada kerosakan besar dilapor berlaku di bandar itu.

“Saya lari keluar dari rumah sambil mendukung anak. Semua penduduk berkumpul di jalan raya. Ada yang meraung sementara yang lain mengalami pening kepala,” kata seorang penduduk San Yu Kyaw.

USGS mengeluarkan amaran kuning dengan berkata, gempa itu mungkin menyebabkan kematian dan kerosakan berhampiran kawasan kejadian.

Gempa itu yang mulanya dikatakan berukuran 7.0 magnitud, melanda jam 7.42 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer.

Ia disusuli dengan dua gegaran selepas gempa berukuran 5.0 magnitud selang 20 minit.

Seorang pegawai Jabatan Bantuan dan Penempatan Semula berkata, kebanyakan yang cedera adalah pekerja binaan. - AFP

Ajal serang hendap

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
am@hmetro.com.my

MANJUNG: Seorang isteri tergamam apabila melihat suaminya terbaring berlumuran darah selepas ditembak penjenayah di bahagian telinga kiri hingga menembusi mata.
Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin, mangsa, Steven Ling Hock Chuan, 33, ditembak dengan pistol oleh beberapa individu yang menyerang hendap mangsa di luar pintu pagar rumahnya di Taman Sejati Dua, Seri Manjung, di sini.

Mangsa yang ditembak dua das bagaimanapun maut beberapa jam selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Manjung, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, mangsa sebelum itu sempat makan bersama isteri dan ahli keluarga lain.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai mekanik menghantar isteri dan ahli keluarga pulang ke rumah sebelum mandi serta menukar pakaian.

Bergasak selepas nahas jalan



MIRI: Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri, dikerah bagi meleraikan pergaduhan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lelaki selepas seorang daripada suspek yang juga samseng jalanan melanggar kenderaan dinaiki tiga beranak di Jalan Pujut 7, kelmarin.
Insiden tercetus apabila suspek berusia 30-an memandu kereta Proton Saga, dikatakan sengaja mengekori rapat kereta Perodua Alza yang dinaiki tiga beranak terbabit, sebelum merempuh kenderaan itu dari belakang dalam kejadian jam 6.30 petang.

Difahamkan, semua yang terbabit dalam pergaduhan itu rakan kepada mangsa dan suspek selepas kedua-dua pihak masing-masing menghubungi rakan mereka bagi mendapatkan bantuan.
Saksi kejadian enggan dikenali berkata, insiden berlaku apabila pemandu kereta Proton Saga itu menunjukkan isyarat lucah menyebabkan pemandu kereta Perodua Alza membalasnya dengan menunjukkan isyarat sama.

“Bagaimanapun, pemandu Proton Saga bersama rakannya kemudian mengejar selain mengekori rapat dan menghimpit Perodua Alza itu sebelum merempuhnya. “Sebaik menghampiri simpang lampu isyarat menuju ke Lutong, suspek memecut keretanya lalu merempuh belakang kenderaan mangsa.

“Insiden itu menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua pihak dan kemuncaknya apabila suspek bersama rakannya membelasah mangsa sehingga cedera di muka dan badan,” katanya.
Katanya, keadaan itu menyebabkan orang awam menghubungi polis sebelum kereta peronda tiba di tempat kejadian bagi meredakan keadaan.

“Walaupun dengan kehadiran anggota polis, kedua-dua pihak menghubungi rakan lain. Kedatangan mereka menyebabkan jalan raya bertambah sesak sehingga menyukarkan orang ramai melaluinya.” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, akibat kejadian itu dua individu terbabit dalam pergaduhan dimasukkan ke Hospital Miri selepas dipercayai cedera parah, manakala enam individu berusia 30 hingga 40-an ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, setakat ini siasatan dijalankan dengan mengambil keterangan daripada individu ditahan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment