Sunday, November 11, 2012

WAHAI MANUSIA YANG AKAN MATI.....JANGANLAH BUAT MAKSIAT DAN JADI ORANG JAHAT SERTA YANG ORANG PENIPU....KITA TAK KAN SELAMAT DIDUNIA DAN DIAKHIRAT

 AGAMA TAK DIAMALKAN....TAK BELAJAR DAN TAK PENDULI....HUKUM HUDUD TAK MAHU....MALAH DITOLAK DAN DPERLEKEH.....KESANNYA....AMBIK KAU....AKHIRAT NERAKA MENUNGGU PENZINA2 SERTA PENOLAK2 HUKUM ALLAH...TU MASA.....AMBIK KAU...KAT DUNIA DEGIL

‘Simpan’ 3 pemuda

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Satu ketika dia mempunyai segala-galanya dalam hidup seperti diidamkan kebanyakan wanita berjawatan besar, keluarga bahagia dan sihat tubuh badan tetapi angkara hobi jeliknya menyimpan lelaki muda untuk kepuasan nafsunya, ‘aset’ berharga itu hilang daripadanya hidupnya.
Episod hitam wanita berusia 53 tahun dikenali sebagai Jun ini bermula apabila dia disahkan menghidap penyakit Aids pada 2009 selepas dijangkiti kuman HIV daripada seorang daripada tiga ‘anak ikan’ yang ‘dibelanya’.
Anak ikan ialah istilah digunakan untuk lelaki muda yang ‘disimpan’ wanita berusia sebagai pemuas nafsu.

Khuatir penyakit itu diketahui umum, dia mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pegawai atasan di sebuah agensi kerajaan di selatan tanah air.

Pada masa sama, dia diceraikan suami yang turut memisahkannya dengan tiga anak selepas mengetahui penyakit itu diperoleh hasil hubungan terlarang.

Ramai wanita gersang



KUALA LUMPUR: Memiliki wajah kacak, berpenampilan menarik dan mahir memuaskan nafsu wanita gersang antara modal digunakan segelintir individu, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi, untuk meraih wang dengan cara mudah.
Dengan menawarkan khidmat sebagai gigolo atau pengiring sosial, ada antara mereka hidup mewah berikutan dibela wanita yang ketagih belaian lelaki muda.

Dengan hanya melayan nafsu seks ‘mak ikan’ seminggu sekali atau menemani mereka ke mana saja, ada anak ikan bukan saja dibayar dengan wang ringgit, malah menerima hadiah seperti motosikal atau kereta bagi memudahkan mereka bergerak.

Berikut pengakuan individu yang pernah dibela sebagai ‘anak ikan’ atau lelaki simpanan wanita gersang.

Berusia 28 tahun, lelaki yang mahu dikenali sebagai Sam mengakui pernah hidup mewah sewaktu dibela ‘mak ikan’ atau ‘sugar mummy’.

Mewah layan doktor



DIDI, 32, (bukan nama sebenar) pernah menjadi anak ikan secara tidak sengaja apabila berkenalan dengan wanita bernama Camelia di laman sosial.
Menurut Didi, perkenalan itu secara tidak sengaja apabila dia menyapa seorang kenalan menerusi laman sembang ketika menuntut di institusi pengajian tinggi, lebih 10 tahun lalu.

“Dalam laman itu, saya tidak tahu bagaimana dan dengan siapa saya bersembang. Saya hanya memilih berdasarkan nama wanita.
“Apabila melihat nama Camelia, saya cuba berbual dengannya dan ternyata mendapat perhatian,” katanya.

Menurut Didi, perkenalan mereka terjalin dalam tempoh singkat apabila daripada perbualan biasa, ia beralih kepada cerita berbaur seks dan lucah.

Tidak sampai dua minggu, hubungan mereka berdua menjadi akrab apabila mula bertukar-tukar gambar dan mengajak untuk berjumpa.
“Menerusi gambar, Camelia memang cantik, membuatkan saya terpikat padanya. “Bekerja sebagai doktor, dia memberitahu menghadapi masalah dengan suaminya dan dahagakan belaian lelaki.

“Kerana suka perwatakannya, saya menawarkan diri menjadi kekasih gelapnya.
“Malah, ketika kali pertama berjumpa, pertemuan kami berakhir dengan hubungan seks,” katanya.

Didi berkata, bermula detik itu dia menjadi lelaki simpanan atau anak ikan Camelia apabila sering berjumpa dan melampiaskan nafsu sama ada di dalam kereta atau bilik hotel.

Menurut Didi, hidup sebagai lelaki simpanan Camelia sangat mewah berikutan wanita itu tidak kedekut dan sering memberi wang.

Malah segala yuran pengajian, perbelanjaan bulanan serat duit sewa semuanya ditanggung.

Malah, akui Didi, wanita berkenaan pernah menawarkan kereta kepadanya bagi memudahkan mereka berjumpa.

“Namun saya tolak kerana tidak mahu keluarga syak. Saya hanya minta dia gantikan motosikal lama saya dengan yang baru.

“Malah, boleh dikatakan setiap kali berjumpa, Camelia memberikan duit antara RM300 hingga RM500. Dalam tempoh sebulan, kami berjumpa lapan hingga sembilan kali, di mana ada kalanya saya mendapat lebih RM2,000 sebulan,” katanya.

Menurutnya, hubungan dengan Camelia bertahan hanya dua tahun sebelum dia kembali ke kampung halaman sebaik menamatkan pengajian.

Malah, walaupun kini berumah tangga dan mempunyai seorang anak, Didi mengakui sukar melupakan Camelia selain pernah cuba menghubunginya.

“Sebelum memutuskan hubungan, saya berbincang dengannya dan kami berpisah secara baik. “Cuma sepanjang hidup sebegitu, perasaan saya berat sebab sentiasa teringatkannya. Saya cuba menghubunginya tapi tak berbalas,” katanya.

Gigolo ada PhD



KUALA LUMPUR: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikesan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral sebagai lelaki simpanan dan pengiring sosial hingga dijangkiti penyakit Aids bukan saja membabitkan mereka di peringkat diploma dan ijazah, malah doktor falsafah (PhD).
Pengasas dan Pengarah Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah, Muhammad Abdullah berkata, pihaknya menerima beberapa kes membabitkan pelajar IPT daripada pelbagai peringkat yang menghidap Aids selepas terbabit dalam kegiatan itu.

“Ini sebenarnya satu contoh yang saya kira sebagai balasan Allah apabila seseorang cuba mencari kesenangan dengan cara mudah, seterusnya melanggar hukum Allah.
“Walaupun Darul Ukhwah membantu mereka, kita sedih kerana selepas penat belajar dan berjaya menamatkan pelajaran, akhirnya disahkan dijangkiti virus HIV lantaran sikap ingin hidup mewah sewaktu belajar,” katanya.

Menurutnya, hampir 40 peratus penghidap Aids yang berlindung di Darul Ukhwah mendapat HIV berikutan menjalin hubungan terlarang dan bertukar-tukar pasangan.

Malah, ada antaranya bukan sekadar menawarkan khidmat seks kepada wanita, malah kaum sejenis.
“Kerana itu, saya mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam gejala seks haram dan bersekedudukan.

“Nikmatnya sekejap saja, yang perlu dirisaukan adalah kesannya. Aids bila sekali terkena, memang tidak ada ubatnya. Jadi elakkan seboleh mungkin,” katanya.

Usah sesal setelah dapat penyakit

KUALA LUMPUR: “Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian memang akan menyesal selama-lamanya,” kata pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh mengenai nasib Jun yang dijangkiti virus HIV daripada seorang daripada tiga lelaki simpanannya.
Katanya, individu yang terbabit, sama ada ‘mak ikan’ atau ‘anak ikan’, memang tidak mampu berfikir secara rasional berikutan seks haram bukan saja berdosa besar, malah boleh menyebabkan mereka mendapat jangkitan penyakit yang tiada ubatnya.

“Jika boleh berfikir dengan bijak, pasti mereka dapat melihat bahawa perbuatan ini punca seseorang mendapat jangkitan HIV.
“Ini fakta yang tidak boleh disangkal lagi dan jika perkara ini pun mereka tidak dapat melihat dengan jelas, ini bermakna mereka memang ada masalah untuk berfikir,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Zawawi berkata, penyakit itu boleh dianggap sebagai ujian Allah kepada seseorang untuk memperbetulkan diri dan kembali ke jalan Allah.

“Jangan apabila seseorang mendapat penyakit sedemikian, dia beranggapan hidupnya akan musnah. Bersyukurlah kerana masih sempat dan diberi peringatan Allah untuk bertaubat.
“Lagipun, jika kita tidak mendapat musibah ini, mungkin kita lebih hanyut dan dikhuatiri mati dalam kesesatan,” katanya.

Menurut Mohd Zawawi, duit diterima hasil perbuatan itu tidak berkat dan setiap ibadah mereka akan tertolak dengan sendirinya.
“Kita dituntut mencari rezeki halal dan bersih kerana menerusi sumber halal, ia menjamin serta memberi kesan positif kepada kehidupan seseorang.

“Sebab itu, ada orang memiliki kekayaan melimpah ruah tetapi hidupnya serta hatinya tidak senang. Sering ditimpa musibah dan penyakit kerana rezekinya tidak berkat,” katanya.

Ibu berjiwa kental

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my

LAHIR AWAL... Tasha kanak-kanak albino penghidap CP.
LAHIR AWAL... Tasha kanak-kanak albino penghidap CP.
KASIH... Norhayati memangku Alya.
KASIH... Norhayati memangku Alya.
KUALA LUMPUR: Tiga wanita ini layak digelar ibu mithali kerana berjiwa kental dalam mengharungi pelbagai dugaan menjaga anak kurang upaya kritikal terlantar (AKUKT).
Ujian mereka sungguh hebat. Nooriani Mat Noh, 38, terpaksa menerima hakikat memiliki anak istimewa selepas kehilangan dua anak pertama; anak Norhayati Mohd Idris, 37, pula menghidap sekurang-kurangnya lima penyakit serius, manakala Fatiah Man, 41, kerap tidur malam dalam keadaan duduk sambil memeluk anak istimewanya.
Ketiga-tiga kanak-kanak itu mengalami masalah cerebral palsy (CP), menyebabkan mereka tidak mampu berdikari selain menghidap pelbagai jenis penyakit lain yang memerlukan penjagaan sepenuh masa.

CP atau bahasa mudahnya lumpuh otak adalah satu kategori ketidakupayaan perkembangan apabila bahagian otak tertentu yang mengawal koordinasi dan pergerakan otot dalam badan seseorang mengalami kerosakan.

Ikuti pengalaman tiga wanita tabah ini ketika ditemui Metro Ahad di Pusat Perlindungan dan Jagaan Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya Azwar Kuala Lumpur dan Selangor (Psiaku Azwar) di Taman Batu Muda, Batu Caves, di sini.

‘Lidah putus lepas tergigit’



TIDUR duduk dan bersandar di katil sambil memeluk Saidatul Hafidah Azahar yang berusia lima tahun enam bulan menjadi lumrah dalam hidup Fatiah.
Menurutnya, anaknya dilahirkan sihat tetapi ketika berusia setahun enam bulan, tiba-tiba Saidatul Hafidah atau Ifa jatuh pengsan dan nafasnya terhenti 10 minit, mengakibatkan oksigen tidak sampai ke otak, sekali gus menjejaskan perkembangannya.

“Sejak itu, Ifa mengalami CP dan susah tidur. Kalau ikutkan, doktor suruh berikan ubat tidur kepada Ifa setiap malam. Dulu, saya berikan Ifa ubat tidur dan dia lelap pada jam 10 malam dan bangun jam 4 atau 6 pagi.
“Bagaimanapun, disebabkan tak mahu terlalu bergantung kepada ubat tidur kerana bimbang banyak kesan sampingan, saya memberhentikan pengambilan ubat untuk Ifa, cuma diberi ketika keadaan betul-betul memerlukan,” katanya.

Dia memberikan Ifa ubat tidur setiap malam daripada usia kanak-kanak itu setahun enam bulan hingga empat tahun.

“Selepas penggunaan ubat tidur dihentikan, Ifa cuma tidur jam 2 atau 3 pagi setiap hari. Pernah dia tidak tidur tiga hari tiga malam. Akibatnya, saya dan suami (Azhar Jamhari yang berkhidmat sebagai tentera) menjaganya bergilir-gilir.
“Disebabkan tidak cukup tidur, ketika di pejabat saya sering mengantuk dan mengambil peluang untuk tidur seketika. Mujur rakan faham keadaan saya yang perlu menjaga anak istimewa,” katanya yang bekerja sebagai kerani.

Lidah Ifa putus akibat tergigit sendiri ketika kejang akibat sawan sewaktu di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 2008.
Menurutnya, menjaga AKUKT memerlukan kesabaran tinggi kerana selain sukar tidur, Ifa sering sawan tetapi kini penyakit itu makin berkurangan.

“Alhamdulillah, suami boleh terima keadaan anak kami. Dia yang sering memberi kekuatan dan dorongan kepada saya. Kadangkala bila hilang sabar, suami menenangkan saya.

“Bayangkan, daripada anak yang sihat, boleh bercakap dan memanggil saya mama, kini dia hanya terlantar. Dulu dia terpaksa bernafas menerusi leher, tapi saya minta doktor buka tiub berkenaan dan kini Ifa boleh bernafas seperti biasa,” katanya.

Ifa diberi minum susu menggunakan picagari. Sebanyak lapan tin susu diperlukan setiap bulan selain ampin pakai buang, membabitkan kos RM700.

Ramai ibu alami tekanan



KUALA LUMPUR: “Mereka saya temui ketika berlinangan air mata dan dalam keadaan tertekan. Kebanyakannya ditemui di hospital ketika menjaga anak sakit dalam jangka waktu lama, manakala anak lain terpaksa dijaga suami di rumah.
“Sesiapa yang ada anak kurang upaya terlantar kritikal (AKUKT), jangan malu dengan masyarakat. Datang ke sini kerana kami sedaya upaya membantu memberi sokongan,” kata Yang Dipertua Persatuan Sokongan Ibu dan Kanak-kanak Kurang Upaya Azwar Kuala Lumpur dan Selangor (Psiaku Azwar), Shaarah Othman.

Katanya, kanak-kanak terbabit hanya minum seumur hidup dan ada yang diberikan minuman dengan tebukan pada perut, leher atau kepala.
“Disebabkan masalah kesihatan, ada kes AKUKT hidung terkoyak (tiga kes) dan lidah terputus. Seorang kanak-kanak lidah terputus kerana kejang berada di hospital, dua lagi dijaga ibu bapa manakala tiga sudah meninggal dunia,” katanya.

AKUKT ialah kanak-kanak menghidap sakit kronik yang memerlukan bantuan seseorang dan penjagaan rapi untuk hidup meliputi penjagaan kebersihan, makan minum dan urusan seharian.

Shaarah berkata, anak terbabit diberi minum susu khusus serta perlu memakai lampin pakai buang seumur hidup dan mereka juga sering masuk wad atau unit rawatan rapi bagi menerima rawatan doktor pakar dari semasa ke semasa.
“Mereka juga perlukan bantuan alat sokongan seperti kerusi sorong bayi, wayar untuk makan dan mesin oksigen untuk pernafasan. Mereka mudah demam kerana antibodi lemah selain diramal tidak hidup lama.

“Berikutan itu, saya merasakan rumah untuk AKUKT perlu diwujudkan bagi memberi sokongan dan bantuan kepada ibu yang pernah atau masih mempunyai anak terlantar,” katanya.
Menggunakan pengalamannya yang pernah memiliki anak kurang upaya terlantar kritikal yang dibantu banyak pihak, bekas peguam itu melepaskan kerjayanya bagi menubuhkan Psiaku Azwar serta membantu ibu senasib dalam membuat permohonan kepada pihak atau agensi berkaitan bagi meringankan beban kewangan.

“Setiap bulan kami adakan acara atau majlis doa selamat, tahlil dan bacaan Yasin. Ada masanya acara ini tidak dapat dilakukan kerana masalah kewangan atau tiada tajaan.

“Kami turut memberi bantuan kepada ibu bapa yang mengalami masalah kewangan dengan membelikan susu untuk bayi kurang upaya. Rumah amal ini dijadikan transit untuk AKUKT.

“Kami benar-benar memerlukan sokongan penaja menerusi bantuan bulanan atau berterusan bagi menyediakan susu khusus dan lampin pakai buang yang juga keperluan penting,” katanya.

Psiaku Azwar ditubuhkan pada 5 September 2009 dan menaungi 67 AKUKT.

Pada masa ini, Pusat Perlindungan dan Jagaan Psiaku Azwar di Taman Batu Muda, Batu Caves, menaungi 43 AKUKT dengan 23 orang sering datang ke pusat itu, manakala selebihnya dalam keadaan benar-benar kritikal dan ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

Mereka yang ingin membuat sumbangan boleh berhubung dengan Psiaku Azwar menerusi e-mel psiaku@yahoo.com dan facebook psiakuazwar.

Otak bayi cedera



KUALA LUMPUR: Penyakit cerebral palsy (CP) atau dalam bahasa mudahnya dipanggil lumpuh otak boleh berlaku disebabkan faktor sebelum bayi lahir seperti keganjilan struktur otak, faktor ketika lahir seperti bayi lemas atau kekurangan oksigen mahupun selepas lahir, misalnya jangkitan selaput otak (meningitis).
Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Tropicana, Dr Ling Shih Gang berkata, gejala utama CP ialah perkembangan motor yang terbantut.

“Kanak-kanak biasa dapat duduk sebelum sembilan bulan, merangkak sebelum 12 bulan dan berjalan sendiri sebelum 18 bulan. Untuk kanak-kanak CP, perkembangannya lebih lewat.
“Gejala lain yang mungkin didapati termasuk sawan, masalah pendengaran dan penglihatan, susah menelan, jangkitan paru-paru yang berulang dan sembelit,” katanya.

Menurutnya, kerosakan otak kanak-kanak CP adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan, namun fungsi pergerakan tangan dan kaki dapat diperkuatkan melalui fisioterapi.

Rawatan, termasuk fisioterapi untuk meningkatkan fungsi pergerakan tangan dan kaki, ubat sawan, alat pendengaran. Katanya, selain itu usaha ibu bapa memberi anak makan melalui tiub daripada mulut ke perut dan mempraktikkan terapi pertuturan dan pembedahan, mengurangkan keregangan otot berlebihan.


Balasan rompak bank

Oleh MUHAMMAD APENDY ISSAHAK
apendy@hmetro.com.my

SENGET... polis menyiasat kereta penjenayah yang terbabas dan merempuh tembok sebuah madrasah.
SENGET... polis menyiasat kereta penjenayah yang terbabas dan merempuh tembok sebuah madrasah.
KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah hanya mampu melarikan diri beberapa kilometer sebelum ditembak mati oleh polis selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh tembok sebuah madrasah di Jalan Datuk Senu 3, Kampung Chubadak Tengah, Sentul, di sini, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai suspek utama kes rompakan sebuah bank di Sri Damansara, dekat sini, Isnin lalu, yang menyebabkan kerugian lebih RM200,000.
Dalam insiden berbalas tembakan jam 4.30 pagi, seorang rakan suspek yang turut berada dalam kereta jenis Toyota Vios itu sempat meloloskan diri sebaik kenderaan mereka terbabas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sebelum kejadian, pasukan khas yang dibentuk bagi menyiasat kes rompakan itu berjaya mengesan sebuah kereta jenis BMW di Greenwood, Gombak, yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Polis kemudian mengekori suspek, namun menyedari dia diekori, pemandu BMW itu memecut laju dan berhenti di persimpangan berhampiran Plaza Tol Gombak sebelum menaiki kereta Toyota Vios yang menunggu di situ.

5,000 bawah umur kahwin



RIYADH: Lebih 5,000 gadis bawah umur 14 tahun melangsungkan perkahwinan di Arab Saudi.
Media negara itu memetik aktivis sosial, Ali Abdul Rahman al-Roumi sebagai berkata,ia bagaimanapun bukan satu trend yang berlaku di negara berkenaan.

Beliau tidak menyebut tempoh masa perkahwinan itu berlangsung.

“Terdapat 5,622 perkahwinan membabitkan gadis babawah 14 tahun. Masalah ini dijangka tidak akan selesai meskipun jika kerajaan menetapkan had umur untuk mendirikan rumah tangga.

“Malah, langkah itu, jika diambil, mungkin akan mencetuskan masalah lebih besar,” kata Ali, yang juga ahli akademik di Universiti Islam Imam Mohammad Bin Saud.

Pada masa sama, beliau juga tidak bersetuju dengan mereka yang menentang langkah untuk menetapkan had umur untuk berkahwin.

Katanya, tindakan yang perlu dilakukan ialah mengambil kira usia pengantin lelaki dan perempuan tidak terlalu jauh dan memastikan jumlah wang hantaran tidak terlalu mahal bagi mengelak daripada perbuatan yang disifatkan sebagai ‘menjual anak kepada orang kaya.

Menurutnya, kebanyakan perkahwinan bawah umur itu berlaku di kawasan pedalaman kerana kecenderungan ibu bapa untuk mengahwinkan anak mereka dengan lelaki tua yang kaya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Syura, Abdullah Bin Saleh Al Haeithi berkata, Kementerian Kehakiman sedang mengkaji pelaksanaan had umur untuk berkahwin. - GN

PSY terima sijil Rekod Dunia Guinness



PSY bersama sijilnya.
PSY bersama sijilnya.
LONDON: Penyanyi sensasi Korea Selatan, PSY menerima sijil Rekod Dunia Guinness ketika ditemuramah di studio Radio 1 BBC di sini, semalam.
PSY, yang terkenal dengan lagu Gangnam Style menerima sijil berkenaan selepas mengalahkan LMFAO dan Justin Bieber untuk ‘Like’ paling banyak bagi video dalam YouTube. Video Gangnam Style mencatatkan 4,911,081 ‘Like’ sejak mula dimuatnaikkan pada 15 Julai lalu.

“Saya begitu teruja,” kata PSY yang nama sebenarnya Park Jae-sang selepas menerima sijil berkenaan. “Inilah sijil pertama saya. Saya tidak pernah menerima sijil di sekolah,” katanya. - Agensi

Air dihurungi lalat bongkar kematian



PASIR MAS: Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung Kubang Sepat, Tendong sejak seminggu lalu membawa kepada penemuan mayat reput seorang lelaki.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, mayat Ahmad Shihabuddin Abdul Ghani, 48, ditemui jirannya dalam keadaan terlentang dan berbogel serta dihurungi lalat.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan.
Jiran mangsa, Che Hassan Che Mamat, 58, berkata dia mula mensyaki sesuatu selepas terbau busuk sejak seminggu lalu.

Katanya, dia hanya menyedari punca bau busuk itu datang dari rumah mangsa apabila seorang jiran terdekatnya ternampak titisan air dihurungi lalat menitis ke bawah rumah.

“Saya dan beberapa penduduk kampung pergi ke rumah itu dan terkejut mendapati mayat mangsa yang reput dalam keadaan terlentang dan bogel serta dipenuhi lalat sebelum menghubungi polis,” katanya.
Che Hassan berkata, dia tidak kenal rapat jirannya kerana mangsa baru berpindah dan tinggal di kampung itu sejak enam bulan lalu.

“Penduduk kampung juga tidak mengenalinya kerana dia baru tinggal di kawasan ini dan kami hanya tahu dia tinggal sendirian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Demi ayah

Oleh NORIAH IDRIS
nori@hmetro.com.my

KASIH... Ibrahim  yang terlantar sakit hampir dua tahun dijaga oleh anaknya (dari kiri) Badrul Hisham,  Salman dan Siti Hajar.
KASIH... Ibrahim yang terlantar sakit hampir dua tahun dijaga oleh anaknya (dari kiri) Badrul Hisham, Salman dan Siti Hajar.
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan nekad meninggalkan bangku persekolahan sejak Jun lalu untuk menjaga bapanya yang sakit kerana terbabit kemalangan jalan raya setahun lalu.
Siti Hajar Ibrahim, 14, berkata, dia terpaksa melupakan impian meneruskan pelajaran kerana perlu menjaga bapanya, Ibrahim Muhd Taib, 84, yang terlantar di rumahnya di Kampung Bukit Tangki Air, Cheras di sini, sejak setahun lalu.

Dia tidak berseorangan menjaga bapanya kerana ditemani abang, Salman, 24, yang masih menganggur. Walaupun mempunyai 11 adik-beradik, namun disebabkan sibuk dengan kerjaya serta memiliki keluarga sendiri membuatkan masing-masing tidak dapat memberi tumpuan sepenuh masa terhadap bapa mereka.
“Saya tak kesal berhenti sekolah awal kerana kasihan dengan keadaan ayah yang sakit manakala ibu tiri pula sudah meninggalkan kami sejak dua bulan. Saya dan abang bergilir-gilir menjaga ayah bagi memastikan ubat dan susu diberikan kepadanya mengikut masa ditetapkan.

“Ayah tak dapat berkomunikasi dengan baik bagi menyatakan apa yang dia mahu. Kami hanya menggunakan bahasa isyarat untuk membantunya,” katanya.

Siti Hajar berkata, ibunya meninggal dunia sembilan tahun lalu dan bapanya pernah berkahwin dengan wanita dari Indonesia tetapi ibu tirinya itu sudah pulang sejak dua bulan lalu.
Seorang lagi anak Ibrahim, Badrul Hisham, 30, berkata, setiap hari dia memandikan bapanya selain meninjau keadaan dua adiknya yang tinggal di rumah berkenaan.

Dia bekerja sebagai pemandu teksi dan turut menjalankan perniagaan di pasar Down Town Cheras pada sebelah malam, sudah berkeluarga dan tinggal di Sungai Besi Sementara itu, Naib Ketua Wanita Umno Cheras, Datuk Zurainah Musa yang menziarahi warga emas itu memuji sikap dua beradik berkenaan yang menjaga bapa mereka dengan baik.
Bagaimanapun, katanya, dia akan berbincang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menempatkan warga emas itu di pusat perlindungan yang dilengkapi penjagaan kesihatan.

Beliau berharap anak-anak Ibrahim dapat berbincang mengenai tawaran itu selain membantu mendapatkan pelbagai bantuan sewajarnya kepada keluarga terbabit.

Ketua Umno Cawangan Cheras, Rosmani Mahimi pula berkata, pihaknya sering menyampaikan bantuan bersesuaian kepada warga emas itu bagi mengurangkan beban keluarganya Pada masa sama, katanya, dia berharap Siti Hajar dapat meneruskan semula persekolahan manakala abangnya akan mendapat pekerjaan sesuai. Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Abd Shukor.


SENDA ATAU TAK....HARAM TETAP HARAM....SEPERTI PEGANG TANGAN...PELUK...DEDAH AURAT...BERCAMPUR GAUL BUKAN MUHRAM...TAK KAN TAHU KOD

‘Tak niat persenda’

Oleh ELRAFAEI SAPI
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Bukan niat saya mahu mempersenda sesiapa atau mana-mana stesen televisyen, tapi menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesen TV dan mengangkat Gagasan 1Malaysia,” kata pelakon popular, Rosyam Nor mengenai kontroversi ketika menjadi penyampai anugerah pada Anugerah Skrin (ASK2012), malam kelmarin.
Rosyam berkata, lakonannya di atas pentas sebagai Kapten Hook bersama Erra Fazira yang menjadi Snow White pada acara anugerah tahunan itu hanya sketsa untuk hiburan semata-mata.

Nama Rosyam dikaitkan dengan kontroversi dalam satu blog hiburan apabila dalam persembahan itu, dia menyebut: “Nasib baik kita kat TV3 boleh cuit-cuit, kalau kat TV Alhijrah cuit pun tak boleh.” Mengulas mengenai lakonan itu, Rosyam berkata, kata-kata itu bukan disampaikan dengan niat tersembunyi, tetapi meminta maaf jika ada pihak tersinggung dan dia tidak berniat memperkecil stesen TV Alhijrah atau TV3.
“Ketika saya menyebut stesen TV Alhijrah, maksud saya ialah stesen itu mengangkat lakonan mengikut landasan Islam. Begitu juga, sepatutnya Snow White dicium sebelum saya tersedar dan katakan ini Malaysia bukan Amerika (Syarikat),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rosyam yang turut menerima anugerah Drama Rantaian Terbaik menerusi penerbitan drama Jangan Ambil Padang Kami menyatakan, insiden yang berlaku malam itu tidak memberi masalah padanya mahupun menerima kritikan negatif selepas acara tamat.

“Mesej saya untuk karyawan seni tempatan supaya memahami peraturan stesen TV itu sendiri. Begitu juga, saya menyelitkan mesej antara saya dengan orang kerdil iaitu jika saya sumpah kamu menjadi tinggi, orang kerdil itu menjawab, saya takut lupa diri,” katanya.
Rosyam berharap, peminat mahupun penonton acara itu memahami dengan jelas mengenai mesej disampaikannya. Baginya, penyampaian komedinya nampak santai tetapi serius untuk karyawan seni serta kemajuan industri hiburan tempatan.

Walaupun menggunakan dialog sendiri dalam lakonan itu, dia juga berharap pihak tertentu tidak sewenang-wenangnya menulis komen untuk mencari kesilapan artis.

‘Artis patut tunjuk contoh baik kepada umum’



KUALA LUMPUR: “Artis sepatutnya menunjukkan contoh baik kepada masyarakat. Jika mereka terbabit dengan jenayah, dikhuatiri peminat setia boleh terikut-ikut melakukan perbuatan sama,” kata penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar.
Beliau berkata, tindakan artis melakukan jenayah membimbangkan kerana boleh memberi imej negatif pada masyarakat serta perkembangan industri hiburan tempatan.

“Mungkin kerana tak berjaya mencapai impian dalam kerjaya seni, dia berubah pada perkara lain sehingga mengambil jalan mudah iaitu sanggup melakukan jenayah,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, artis memainkan peranan besar dalam masyarakat apabila perbuatan dan cara hidup mereka diikuti peminat.

Malah, apa yang dibimbangkan, peminat setia akan terpengaruh jika artis itu melakukan perbuatan negatif seperti jenayah.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai dua beradik pemain gitar kumpulan rock popular 1990-an bersama adik lelaki dan seorang wanita ditahan polis di sebuah flat di Taman Selayang, awal pagi kelmarin.


96 web gulung tikar

IPOH: Kira-kira 96 laman web tempatan menjual pelbagai produk perangsang seks dan pelangsing tubuh haram `gulung tikar’ apabila Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (BPF KKM) dibantu polis antarabangsa (Interpol) menyekat semua laman web itu baru-baru ini.
Semua laman web itu dikesan melakukan penipuan apabila menjual produk tidak mendapat kelulusan KKM dan didapati mengandungi racun berjadual kepada pengguna internet di negara ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (BPF KKM), Mazlan Ismail, berkata, semua laman web itu berjaya dijejaki hasil operasi bersama 100 negara lain dalam memerangi penjualan ubat-ubatan haram melalui internet sejak 25 September lalu.
Beliau berkata, pihaknya dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat dan menutup laman web menjual produk haram itu.

“Antara produk haram yang cuba dijual adalah Vimax, Vig-Rx, Super Magic Power dan pelbagai produk lain yang dipercayai diseludup dari luar negara,” katanya.

Menurutnya, hasil maklumat diperoleh itu, pihak BPF turut melakukan siasatan terhadap 1, 260 bungkusan pos dan kurier yang disyaki dihantar pihak sindiket kepada pelanggan yang membuat pembelian melalui internet.
“Operasi bersepadu dipanggil Pangea V itu diselaraskan oleh Interpol bertujuan menyekat aktiviti penjualan ubat-ubatan haram, palsu atau tidak sah di seluruh dunia.

“Aktiviti sindiket itu dianggap berbahaya berikutan pihak sindiket mampu menghantar ubatan-ubatan terlarang atau beracun ini hampir di seluruh pelusuk dunia,” katanya.
Menurutnya, operasi turut membabitkan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa dan organisasi yang ada kaitan dalam perdagangan berasaskan internet.

“Satu pusat kawalan operasi diwujudkan di Ibu pejabat sekretariat Interpol di Lyon, Perancis. Sepanjang tempoh operasi bermula 25 September lalu, beberapa serbuan dilakukan di alamat premis yang dikaitkan dengan penjualan ubat melalui internet.

“Pemeriksaan turut dilakukan terhadap bungkusan yang dipercayai mengandungi ubat palsu dan tidak sah di pintu masuk negara. Di Malaysia, operasi ini membabitkan kerjasama BPF KKM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan SKMM.

“Pemeriksaan bersama dilakukan pegawai Penguatkuasa Farmasi, KDRM dan KPDNKK di pintu masuk utama serta pusat mel dan kurier di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pulau Pinang dan Subang, Selangor,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya turut merampas ubat anti kanser, antibiotik, ubat kurus dan produk makanan kesihatan.

‘Nenek ranggi’

Oleh HADZLAN HASSAN
hadzlan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Usianya mencecah 60 tahun dan kebanyakan wanita seusianya berada di rumah bermesra dengan anak cucu pada waktu malam, namun berbeza dengan ‘nenek ranggi’ ini apabila masih berada di sebuah pusat hiburan.
Lebih mengejutkan, dia bukan pengunjung, malah menjadi penjaga pusat hiburan yang memiliki 60 wanita warga asing bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan dalam satu serbuan bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, hasil maklumat orang ramai, serbuan dilakukan di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, di sini, jam 9.30 malam kelmarin.
Menurutnya, dalam operasi diketuai Inspektor Nasir Ismail itu, 50 wanita Vietnam, China (9) dan Kemboja (1) ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen.

“Ketika serbuan, beberapa wanita cuba menyembunyikan diri di celah sofa dalam bilik yang diterangi cahaya samar itu, selain ada memanjat siling, namun semuanya ditahan.

“Siasatan mendapati pusat hiburan itu beroperasi menggunakan lesen sah. Sehubungan itu, kami akan mencadangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya membatalkan lesen pusat hiburan yang melakukan kesalahan berulang,” katanya.
Metro Ahad difahamkan, dua minggu lalu, pusat hiburan sama diserbu sepasukan polis dari D7 Bukit Aman membabitkan penahanan 79 wanita warga asing.

Dalam serbuan berasingan kelmarin, 51 individu ditahan dalam operasi tiga jam oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Chow Kit dalam usaha membersihkan kawasan itu daripada jenayah dan pengedaran dadah.
Seorang daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya, dua lagi mengikut Seksyen 12(3) kerana memiliki dadah manakala tiga lagi mengikut Seksyen 15(1)(a) kerana memasukkan dadah dalam badan. Selebihnya ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah.

Operasi membabitkan 11 anggota dari balai berkenaan diketuai Inspektor Zakaria Anas tertumpu di lokasi yang dikenal pasti hasil maklumat orang ramai.

Zainuddin berkata, polis akan terus menjalankan pemantauan dan serbuan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di daerah terbabit dari semasa ke semasa.

“Kami mengharapkan kerjasama orang ramai untuk menghulurkan maklumat bagi memudahkan tindakan pihak berkuasa kerana membanteras jenayah adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

No comments:

Post a Comment