Sunday, January 30, 2011

BILA AGAMA ISLAM...SERTA AJARAN ISLAM TIDAK DIHAYATI OLEH KEDUA2 PIHAK TERMASUK MASYARAKAT....DALAM DUNIA NI ADA DUA PERKARA KITA KENA INGAT....UJIAN BAGI YANG TAKWA....BALA@MUSIBAH BAGI ORANG TAK TAAT PADA ALLAH...DAH JADI BIASA MASYARAKAT SUKA MENGHIMPUNAN HARTA...HINGGA LUPA ATAU AMBIL BERAT TENTANG MENUNTUT ILMU ISLAM IAITU PENGAJIAN2 DISURAU2@MASJID2...BIASA MAJLIS TIADA SAMBUTAN LANGSUNG...SEOLAH2 MEREKA TELAH ARIF AGAMA...TAK PAYAH BELAJAR LAGI....

 

HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI

......al hadis

 Suami puja keris setiap malam

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

HUMAIRAH ...suami makin pulih selepas berubat secara Islam.
HUMAIRAH ...suami makin pulih selepas berubat secara Islam. 
ALOR GAJAH: “Saya terjaga daripada tidur apabila terdengar suara suami seperti sedang meratib atau berzikir dengan kuat. Apabila saya intai ke dalam biliknya, saya terkejut melihat perbuatannya yang pelik.
“Dia bukannya berzikir, tapi membaca mantera dengan bahasa yang saya tidak fahami. Dia duduk di atas sejadah, tapi tak menghadap kiblat dan tangannya memegang satu keris kecil.

“Dia seolah-olah memuja keris itu,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Humairah mengenai amalan aneh suaminya kononnya untuk menambah rezeki keluarga mereka selepas diberhentikan kerja sejak setahun lalu.

Humairah, 25, dari sebuah kampung di sini berkata, dia mengesan amalan pelik suaminya yang berusia awal 30-an selepas curiga dengan sikapnya yang jauh berubah berbanding sebelumnya.

Menurutnya, selepas kira-kira seminggu diberhentikan kerja, suaminya yang berasal dari Filipina, tetapi sudah memeluk Islam sering memerap di dalam bilik sambil membaca sesuatu dalam bahasa sukar difahami.

Humairah yang ditemui Harian Metro ketika menjalani rawatan dengan seorang pakar perubatan Islam di sini berkata, keadaan bertambah parah apabila dia mengesan suaminya menjalin hubungan dengan wanita warga Indonesia yang sudah berusia hampir 50 tahun.

“Sejak menjalin hubungan dengan wanita itu, suami saya kerap berulang alik ke Filipina atau Indonesia bersama kekasih gelapnya. Ada kalanya sehingga berminggu-minggu dia tak pulang ke rumah.

“Jadi, saya yang terpaksa berkerja keras menanggung kehidupan kami serta tiga anak kami yang berusia 10 bulan hingga lima tahun,” katanya.

Humairah berkata, pada mulanya dia sukar percaya suaminya menjalin hubungan dengan perempuan lain, namun selepas sikap suaminya jauh berubah kerana suka menyendiri dalam bilik dan selalu tidak pulang ke rumah, dia yakin ada yang tidak kena.

“Keyakinan saya nyata berasas selepas terjumpa tangkal hitam dan botol minyak berisi akar kayu berbalut kain hitam serta dua keris kecil dalam lipatan cadar katil dalam biliknya.

“Saya semakin terpanggil untuk menyelidik lebih mendalam apabila selalu terjaga daripada tidur pada kira-kira jam 11 malam dan mendengar suara suami membaca mantera dengan kuat di dalam biliknya,” katanya.

Menurut Humairah, rasa ingin tahun itulah yang mendorongnya mengintai perbuatan suaminya dan ketika itulah dia mengesan amalan aneh suaminya ketika memuja keris kecil miliknya.

Katanya, kebiasaannya selepas selesai acara pemujaan itu, suaminya keluar rumah ke tempat tidak diketahuinya dan hanya akan pulang sekitar jam 5 pagi sebelum terus tidur hingga tengah hari.

“Saya kemudian membawa barangan pelik termasuk keris kecil milik suami kepada ustaz dan saya diberitahu semua itu amalan syirik yang bertentangan dengan Islam.

“Mujur, suami saya sedia mengikut saya untuk berubat. Apabila saya tanya mengenai barangan peliknya itu dia memberitahu ia pemberian kekasih gelapnya dan memujanya setiap malam supaya orang mudah kasih kepadanya dan rezeki bertambah murah,” katanya.

Humairah berkata, dia bersyukur kerana selepas melalui beberapa sesi rawatan pemulihan menggunakan al-Quran suaminya semakin pulih dan sudah insaf dengan perlakuan songsangnya.


Lelaki pukul isteri miliki emosi tidak stabil



KUALA LUMPUR: Suami suka memukul isteri disifatkan sebagai lelaki tidak ‘gentleman’ malah dikategorikan seorang yang gagal mengawal emosi kerana tindakan ganasnya yang tidak mengenal belas kasihan.
Moderator Halaqah di TV9, Ahmad Shukri Yusoff berkata, banyak perkara tidak kena apabila berlaku kes pukul memukul kerana seorang suami sepatutnya melindungi isteri sebaik yang boleh.

“Dalam institusi perkahwinan memanglah ada pertelingkahan, tetapi tidak sampai ke tahap memukul dan mencederakan isteri kerana apabila sampai tahap mencederakan dan mendera ini boleh dikategorikan golongan yang mempunyai emosi tidak stabil.
“Bagi seorang isteri, apabila mendapati ada sesuatu yang boleh memudaratkan diri, janganlah didiamkan saja. Menjadi isteri solehah tidak bermakna membenarkan kezaliman berlaku pada diri sendiri,” katanya.

Muka depan Metro Ahad semalam melaporkan seorang isteri muda berusia 23 tahun menjadi mangsa keganasan suaminya berusia 27 tahun sehingga lebam dan cedera di badan kerana kerap dipukul dan ditendang, malah digigit.

Hampir dua bulan wanita itu diperlakukan umpama hamba abdi, namun suaminya dikatakan pandai berlakon bagi menutup kesalahannya dengan meminta maaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu, sehingga berguling di hadapan mentua. Dalam waktu sama si suami mengugut membelasah isterinya dengan lebih teruk jika membocorkan rahsia perkahwinan mereka kerana bimbang tidak disahkan dalam jawatan sebagai kakitangan kerajaan.

Pasangan itu berkahwin di selatan Thailand pertengahan tahun lalu dan belum mendaftarkan perkahwinan kerana setiap kali si isteri mahu berbuat demikian, si suami berdolak dalih dengan pelbagai alasan.

Ahmad Shukri berkata, dari sudut perkahwinan pasangan itu di Thailand dan keengganan mendaftarkan pernikahan di negara ini juga jelas menunjukkan suaminya seorang yang tidak bertanggungjawab dan mahu lari dari sebarang komitmen.
“Sebab itu perangainya boleh bertukar sebelum berkahwin dan selepas berkahwin, malah boleh berlakon baik di depan mentua dan secara umumnya lelaki seperti ini boleh disimpulkan bukan lelaki baik.

“Lelaki yang berwatak jahat, penuh kepura-puraan dan hanya tahu berseronok memang ada. Bagi wanita, kenalah berhati-hati sebelum memutuskan untuk berkahwin, lebih-lebih kepada yang bercadang untuk berkahwin di luar negara,” katanya.


21 remaja bawah umur asyik berhibur ditahan



KUALA LUMPUR: Seramai 21 remaja bawah umur ditahan polis dalam satu serbuan di tiga pusat hiburan di Jalan Doraisamy, di sini awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, polis memeriksa hampir 100 pelanggan di premis berkenaan sebelum menahan semua remaja berkenaan.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata dalam serbuan itu, 21 remaja termasuk 13 perempuan ditahan manakala 12 pelanggan positif dadah jenis methaphetamine dan amphhetamine.
Menurutnya, siasatan mendapati, ada di kalangan remaja terbabit masih bersekolah dan dipercayai sering ke pusat hiburan berkenaan pada setiap hujung minggu untuk berhibur.

Katanya, semua remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan sebelum penjaga atau ibu bapa mereka dihubungi bagi mengambil semua mereka.

Beliau berkata, dalam serbuan itu juga pihaknya mendapati premis berkenaan mempunyai lesen hiburan, namun gagal mematuhi peraturan melarang pengunjung bawah umur mengunjunginya.


Keganasan rumah tangga


“Dayus! Itulah perkataan selayaknya diberikan kepada bekas suami setelah apa yang dilakukannya kepada saya,” kata mangsa keganasan rumah tangga yang hanya mahu dikenali sebagai Lieza, 24.

Menurutnya, suami yang diharap menjadi ‘payung’ untuk berteduh dan melindungi keluarga sanggup menjadikannya ‘babu’ di rumah sendiri apabila dipaksa menyara kehidupan keluarga.

“Sudahlah saya hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), apalah sangat kerja yang boleh saya dapat selain mengambil upah cuci pinggan-mangkuk di kedai makan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, walaupun suami berkelulusan universiti tempatan, dia tidak menggunakan kelayakan yang ada untuk menyara keluarga, sebaliknya upah mencuci pinggan dirampas olehnya.

“Pada awal perkahwinan, semuanya berjalan lancar namun beberapa bulan selepas itu, dia mula membuka topeng yang menyaluti wajahnya selama ini. Segala makan pakai saya sediakan walaupun telinga ini tidak berhenti menerima cemuhan daripada suami atas kesalahan yang tidak dilakukan.

“Kemuncaknya, saya ditendang sewaktu hamil lapan bulan sehingga menyebabkan keguguran,” katanya.

Lieza berkata, setelah apa yang berlaku, dia nekad mengambil keputusan untuk menuntut fasakh di mahkamah walaupun usia perkahwinan baru mencecah dua tahun.

“Tidak akan sesekali saya terima kembali dia dalam hidup. Bila ingat semula apa yang dia buat kepada saya, memang mengerikan ibarat susu diberi, tuba dibalas,” katanya.

Melihat kepada situasi di atas, wanita sering kali menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga ada segelintir golongan ini menolak terus kehadiran lelaki dalam hidup.



Berbeza karakter

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Fadhlina Siddiq berkata, keganasan rumah tangga di kalangan suami isteri semakin menjadi-jadi.

“ABIM sendiri menerima banyak panggilan telefon daripada pengadu yang meminta nasihat dan pandangan,” katanya.

Menurutnya, antara faktor yang menjadi penyumbang kepada jenayah ini ialah kenangan masa lalu.

“Mungkin sewaktu kecil, perilakunya pernah melihat ibunya dikasari oleh bapa sendiri dan itulah yang menyebabkannya terbawa-bawa ke alam perkahwinan,” katanya.

Beliau berkata, perilaku jenayah rumah tangga biasanya bersifat talam dua muka yang mana pandai berlakon baik apabila berhadapan dengan masyarakat, namun apabila di rumah, karakternya menjadi ganas.

“Selain itu, perilaku juga tidak mempunyai sifat rasa bersalah memukul mangsa malah ada yang menganggap tindakan tersebut sebagai cara untuk mengajar.

“Tekanan juga menjadi punca selain daripada faktor lain seperti mabuk, panas baran, kaki judi dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Fadhlina berkata, mangsa perlu peka bilakah tarikh atau masa kejadian dipukul berlaku.

“Sekiranya ada kesan lebam, mangsa perlu membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital serta membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga. Ini adalah sebagai perlindungan kepada mangsa untuk mengelakkan kejadian berulang.

“Jika perilakunya sangat ganas, mangsa perlu mendapatkan perintah tegahan sementara (IPO) dan polis akan membuat surat lanjutan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seterusnya mahkamah akan meluluskan dalam tempoh 48 jam,” katanya.

Menurutnya, ramai mangsa terutama isteri menarik balik kes fasakh yang difailkan kerana risau masa depan anak-anak.

“Kebanyakannya hanya melakukannya separuh jalan sahaja, sekali gus menyebabkan kes ini berlaku berulang kali,” katanya.

No comments:

Post a Comment