Friday, February 4, 2011

AJAL ITU TELAH DITAKDIRKAN...DAN TAK MENGIRA USIA...MAKA BERTAKWA...JANGAN HABISKAN USIA DENGAN BUAT MAKSIAT SERTA MELAWAN HUKUM ALLAH...DIKHUATIRI TIDAK SEMPAT BERTAUBAT.....

NEGARA


Pelajar diacu pistol di kepala


AITF SAMSUDIN (kanan) mengetuai bacaan doa kesyukuran setelah dia bersama sebahagian pelajar lain selamat tiba di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Pengalaman diacukan pistol ke kepala ketika berada di Mesir bakal menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan seumur hidup kepada seorang pelajar tahun pertama jurusan pergigian Universiti Al-Azhar.
Siti Nabilah Mohd. Azaman, 20, memberitahu, kejadian menakutkan itu berlaku ketika dia dan empat rakannya keluar ke kedai berhampiran untuk menambah nilai prabayar telefon bimbitnya bagi menghubungi keluarga di tanah air.
"Sedang kami berjalan kaki menuju ke kedai, kami terkejut apabila seorang warga tempatan yang tidak dikenali mengacukan pistol ke kepala kami dan menyuruh kami pulang ke rumah.
"Tanpa melengahkan masa kami yang ketakutan terus berlari pulang," ceritanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.


NEGARA


'Ops Piramid' bermula di Kaherah


SEBAHAGIAN pelajar Malaysia berehat sejurus tiba di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, semalam.


KUALA LUMPUR - Misi 'Ops Piramid' untuk memindahkan lebih 11,000 rakyat Malaysia di Mesir berhadapan dengan kekangan perintah berkurung dan hak pendaratan di lapangan terbang terlibat.
Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, perintah berkurung yang sebelum ini bermula dari pukul 4 petang hingga 8 pagi keesokannya kini telah diawalkan kepada pukul 1 petang.
"Kita terpaksa bergerak cepat untuk memastikan pelajar dan rakyat kita (Malaysia) dapat dipindahkan kerana waktu yang ada begitu terhad dan ketika itulah kita nak bawa semuanya ke lapangan terbang," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, hak pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah juga agak sukar diperoleh akibat daripada keadaan tegang di Mesir.
Kohilan berkata, operasi semalam bergerak ke kawasan luar Kaherah antaranya ke Iskandariah, Mansourah, Tanta, Zagazig serta daerah lain untuk memindahkan rakyat Malaysia.


NEGARA

Harga minyak bakal melambung

KUALA LUMPUR – Krisis politik di Mesir jika dibiarkan berpanjangan dibimbangi mengakibatkan harga minyak dunia terus melambung sekali gus akan turut memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.
Pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Majid (gambar) berkata, krisis tersebut yang sudah pun berlarutan lebih seminggu telah mengakibatkan kenaikan harga bahan bakar dunia kepada kira-kira RM310 setong ketika ini.
Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila aktiviti ekonomi menerusi Terusan Suez, Mesir yang merupakan laluan tunggal perdagangan yang menghubungkan Eropah dan Asia sudah mula terganggu.
“Jika terusan itu terganggu, ia sudah pasti menimbulkan masalah paling besar iaitu harga minyak dunia terus meningkat termasuk di negara kita,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.



NEGARA


Janda upah gengster ceroboh rumah

KUALA LUMPUR - Perasaan dendam yang meluap-luap terhadap bekas suaminya didakwa telah mendorong seorang janda mengupah beberapa lelaki disyaki gengster untuk menceroboh rumah lelaki tersebut dan melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM657,600 dalam kejadian di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.
Kejadian tersebut disedari ahli perniagaan berusia 47 tahun tersebut ketika pulang ke rumahnya pada pukul 1.30 pagi kelmarin. Ketika itu, dia dan isteri barunya yang berusia 39 tahun keluar atas urusan perniagaan.
Difahamkan, janda berusia 41 tahun tersebut telah berpisah dengan suaminya beberapa bulan lalu.
Sumber memberitahu, beberapa minggu sebelum kejadian, mangsa dan isterinya telah mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada salah seorang gengster yang diupah itu.
Katanya, sebaik sampai di rumahnya di tingkat 18 kondominium tersebut, dia mendapati sebahagian kecil pintu rumahnya telah terkopak manakala kuncinya telah ditukar oleh pemilik rumah berkenaan didakwa bekas isterinya.



Masuk perangkap Datuk Kabi

KUALA LUMPUR – Biarpun dalam perintah sekatan daerah, kegiatan penipuan seorang lelaki yang menggunakan gelaran nama Datuk Kabi tiada berkesudahan.
Baru-baru ini, lelaki berusia 30-an yang dikenakan perintah sekatan selama dua tahun di sebuah daerah di Johor itu dipercayai menipu seorang lelaki tempatan dengan menggunakan dua keping cek palsu yang kesemuanya berjumlah RM180,000.
Sumber berkata, kedua-dua cek tersebut dikeluarkan oleh Datuk Kabi kepada mangsa yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat insurans di ibu negara bagi urusan pembelian sebuah kenderaan mewah Toyota Alphard bernilai RM180,000.
“Penjualan kenderaan mewah itu diiklankan menerusi sebuah laman web di Internet. Datuk Kabi kemudian menghubungi mangsa dan dalam perbincangan itu, suspek mendakwa dia hanya menjadi saksi pembelian kenderaan itu kerana ia akan dibeli atas nama ibunya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Sumber itu memberitahu, selepas bersetuju dengan syarat yang ditetapkan pemilik kenderaan itu, Datuk Kabi pada mula menyerahkan sekeping cek bernilai lebih RM2,000 sebagai wang pendahuluan.
Baki kesemua harga kenderaan itu dibayar melalui cek kedua yang diserahkan kepada mangsa seminggu selepas cek pertama.
Selepas menyerahkan dua keping cek itu, Datuk Kabi menerima kenderaan Toyota Alphard itu daripada mangsa pada 6 Januari lalu.
Namun, kata sumber itu, mangsa mula menyedari dia menjadi mangsa penipuan selepas gagal menunaikan cek pertama yang didapati cek tendang kerana tiada wang di dalam akaun tersebut.
Cek kedua bernilai RM161,000 pula yang diserahkan beberapa hari kemudian kepada pengurus tersebut pula didapati lewat tarikh tunai.
Jelas sumber itu, mengikut perjanjian suspek perlu membuat pembayaran penuh ke atas kenderaan mewah itu dalam tempoh 21 hari dari tarikh perjanjian.
Katanya, mangsa dan suspek telah berjumpa sepanjang urusan pembelian kenderaan tersebut namun tidak menyedari lelaki tersebut banyak terlibat dalam kes penipuan sebelum ini.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Travers di sini pada awal Januari lalu.
“Polis menumpukan siasatan ke atas cek pertama kerana ia kes tipu manakala bagi cek kedua pula, masih belum terbukti kesalahannya,” katanya yang memberitahu pihaknya belum membuat sebarang tangkapan kerana suspek masih menjalani perintah sekatan.
Datuk Kabi sebelum ini pernah ditahan bagi membantu siasatan berhubung 25 kes penipuan cek mencecah jutaan ringgit dalam urusan pembelian hartanah dan menggunakan cek tendang di beberapa buah negeri di negara ini.
Pada 2 Januari 2009, Datuk Kabi pernah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang atas tuduhan menipu seorang jurujual melibatkan RM75,000.
Dia didakwa menipu dan memperdaya seorang jurujual, Ng Cheiw Beng, 43, dengan menyerahkan sekeping cek Am Bank (M) Bhd. bertarikh 5 April 2006 bernilai RM75,000 sebagai bayaran membeli sebuah kereta sedangkan cek itu tidak sah. Kes itu masih dibicarakan di mahkamah tersebut.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu pihaknya telah merampas kenderaan mewah itu.


Minta maaf sebelum ajal

MERSING – Tiada siapa menyangka perbuatan ‘buang tabiat’ oleh seorang Penyelia Pemasaran Bahagian Korporat di sebuah Pertubuhan Peladang Kawasan Endau (PPKE) yang meminta maaf kepada semua rakannya rupa-rupanya mempunyai cerita di sebaliknya.
Pegawai itu, Hazwan Hadi Mohamad, 25, (gambar kecil) menemui ajal selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya terlibat dalam kemalangan pada pukul 6.45 pagi di Kilometer 11, Jalan Endau-Mersing semalam.
Difahamkan, anak bongsu daripada dua beradik itu bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Kampung Teriang Besar, di sini.
Mangsa yang baru dua hari bekerja di situ meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh badan apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam semak.
Menurut rakan karib mangsa, Asrol Ahmad, 25, kenderaan mangsa ditemui orang ramai yang melalui jalan tersebut kira-kira pukul 7.10 pagi sebelum memaklumkannya kepada polis.
Katanya, beberapa hari lalu, mangsa beria-ia ingin menemui rakan-rakannya untuk meminta maaf selain memberitahu dia tidak akan berjumpa lagi dengan mereka selepas ini.
“Tidak sangka kata-katanya itu memberi petunjuk yang arwah akan meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Dia tidak menunjukkan perubahan lain tetapi ada memberitahu kami yang dia sangat teruja kerana baru mendapat kerja,” cerita Pembantu Tadbir di salah sebuah sekolah rendah di daerah Mersing itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan, Mohd. Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat,” katanya.
Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Teriang.



Budak lemas ditelan lagun maut


ANGGOTA bomba mengangkat mayat Rabiatul Adawiah yang ditemui lemas di Lagun Kuala Semerak, Pasir Puteh semalam.


PASIR PUTEH - Seorang bapa tidak menyangka hasrat anak perempuannya beria-ia ingin berkelah di Lagun Kuala Semerak di sini kerana tidak puas mandi sambil mencari kepah kelmarin merupakan petanda kematiannya selepas "ditelan" di lagun itu semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Rabiatul Adawiyah Razni, 8, menjadi korban lemas ketika berkelah di lagun itu yang mempunyai dasar yang jerlus.
Mereka yang menetap di Kajang, Selangor mengambil peluang bersantai sekeluarga di situ apabila pulang bercuti di Machang dekat sini sempena Tahun Baru Cina.
Bapa mangsa, Razni Tahir, 39, dari Laklok, Machang berkata, sebelum kejadian anak sulung daripada lima beradik itu begitu ceria bermain tidak jauh dari tempat dia mencari kepah.
Menurutnya, ketika itu anaknya bersama bapa saudaranya, Mohd. Ilham Mazlan, 13, hanya berada di tepi air di lagun berkenaan.
Pada masa yang sama, katanya, dia sering menasihatkan mangsa supaya tidak pergi terlalu jauh kerana air semakin pasang dan ada tempat yang lebih dalam.
"Tidak sampai lima minit saya berleter, Rabiatul Adawiah bangkit dari tempat duduknya dan terus menuju ke tengah lagun.
"Saya menjerit dengan kuat melarangnya jangan pergi jauh tetapi tidak diendahkan olehnya sebelum kelibatnya hilang selepas terjerlus dalam lagun tersebut," ceritanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Razni memberitahu, mereka sekeluarga telah berkelah di lagun itu kelmarin.
Malah katanya, dia mengetahui ramai mangsa yang lemas di lagun itu sebelum ini dan tidak menyangka kejadian yang sama menimpa anaknya pula.
"Bagaimanapun arwah menyatakan keinginannya berkelah lagi di lagun ini selepas menyatakan seronok dan tidak puas bersantai di sini semalam (kelmarin)," ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.55 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama lima anggota bomba serta lima anggota Unit Skuba dari Kota Bharu.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui berada dalam keadaan terdampar tidak jauh daripada tempat kanak-kanak itu lemas pada pukul 2.20 petang.



NEGARA


Pelajar 'terseksa' PTPTN belum diterima - PKPIM

KUALA LUMPUR - Ramai pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta mendakwa mereka masih belum menerima wang pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi semester ini.
Lebih mengecewakan lagi ada sesetengah universiti sudah menuntut yuran peperiksaan akhir semester namun, wang pinjaman itu masih belum diperoleh.
Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Afif Ahmad Mohtari Yasim berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai masalah tersebut membabitkan pelajar di seluruh negara.
"Kes ini bukan kes kecil sebaliknya dihadapi oleh begitu ramai penuntut di seluruh negara. Malah mungkin ada pelajar sekarang sedang berlapar dan menanggung seksa kerana tiada wang," dedahnya kepada Kosmo! semalam.
Menurut Ahmad Afif, selain itu, masalah yang timbul ekoran kelewatan wang PTPTN juga melewatkan pelajar membeli buku teks, pembayaran yuran universiti dan pembayaran sewa tempat tinggal.
"Bayangkan, bagaimana seorang pelajar yang datang daripada keluarga sederhana terpaksa mengikat perut selama beberapa bulan kerana tidak mempunyai wang selama satu semester," jelasnya.
Lebih memburukkan keadaan, kos makanan dan minuman di institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang mencecah lebih kurang RM10 sehari.
"Jadi, bagi sebulan kos paling minimum hanya untuk makan dan minum sahaja sudah cecah RM300. Tambah pula yuran pengajian sekitar RM350 sehingga RM800 dan buku-buku rujukan akademik mencecah RM250.
"Bayangkanlah jumlah sekitar RM1,500 yang terpaksa ditanggung sendiri oleh para pelajar universiti kita sebelum masuknya pertengahan semester. Bagaimana mereka mahu bertahan sehingga tiga bulan untuk satu semester," katanya.
Justeru, PKPIM mahu PTPTN memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut dan mencari satu mekanisme bagi menyelesaikan segera masalah tersebut.

No comments:

Post a Comment