Sunday, January 30, 2011

BILA APA CARA UNTUK MENGELAK PERBUATAN ZINA SERTA BUANG TAK DAPAT ATASI.....CARA ALLAH DAH TENTU DENGAN HUKUM ALLAH...CUMA KITA DEGIL DARI NAK MELAKSANAKAN...KITA HAMBA DAN MAKHLUK PATUT IKUT AJE...ITU TANDA MENGESAKAN ALLAH ATAU KATA LAIN MENTAUHIDKAN ALLAH....

‘Tidur’ dalam kolam

Oleh RIADZ RADZI
riadz@hmetro.com.my

ALOR SETAR: “Saya terkejut apabila seorang kanak-kanak lelaki memberitahu ada orang ‘tidur’ dalam kolam,” kata pengawal penyelamat kolam renang, Mohd Rosidi Mohd Ali, 37, mengenai kejadian seorang pengunjung lemas di kolam renang di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang, mayat Tan Kaw Liang, 36, ditemui terbaring di dasar kolam renang sedalam kira-kira 1.3 meter itu.

Mohd Rosidi berkata, ketika kejadian dia baru saja menamatkan syifnya pada jam 5.30 petang sebelum didatangi dua kanak-kanak memberitahu ada orang ‘tidur’ di dalam kolam.
“Saya baru selesai mandi selepas syif kerja saya tamat pada jam 5.30 petang. Sebaik diberitahu kanak-kanak itu, saya segera ke situ dan mendapati seorang lelaki dalam keadaan terbaring di dasar kolam.

“Saya segera terjun ke dalam kolam dan mengangkat lelaki terbabit yang tidak sedarkan diri. Saya segera memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR), tetapi gagal. Malah, saya terkejut kerana bukan air yang keluar dari mulut mangsa, tetapi darah,” katanya.

Mohd Rosidi berkata, dia mengesyaki mangsa mengalami masalah kesihatan kerana lemas di kawasan kedalaman paras dada orang dewasa selain darah keluar dari mulut dan hidungnya.

Selain penyewa hotel, kolam renang itu dibuka kepada orang ramai dan beroperasi tiga syif setiap hari. Ia dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 12.15 tengah hari sebelum ditutup untuk kerja pembersihan kolam.

Ia dibuka semula pada jam 1 petang hingga 4.45 petang sebelum disambung semula pada jam 5.30 petang dan ditutup pada jam 8.45 malam.

Mohd Rosidi berkata, ketika kejadian, kawasan kolam renang itu baru dibuka untuk syif kedua dan ada kira-kira enam pengunjung termasuk mangsa ketika itu.

Difahamkan, seorang lagi pengawal penyelamat yang bertugas berada kira-kira 10 meter dari tempat kejadian tetapi tidak perasan kejadian itu kerana mangsa tidak meronta-ronta ketika lemas.

Ibu mentua mangsa, Ooi Swee Keow, 61, berkata Tan dari Taman Padi Emas, Alor Mengkudu, di sini, ke kolam renang itu bersama dua anaknya berusia tiga dan enam tahun.

“Hampir setiap minggu dia membawa keluarganya mandi di kolam itu. Namun, semalam (kelmarin) isterinya tidak turut serta kerana bekerja.

“Minggu depan Tahun Baru Cina dan semua persiapan dibuat. Nampaknya semuanya tidak bermakna sekarang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asistan Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas dan polis menolak sebarang unsur jenayah.

Tinjauan Metro Ahad di kolam renang itu semalam mendapati ia beroperasi seperti biasa.


‘Spiderman’ terima padah

BERATUR... sebahagian pendatang tanpa izin ditahan ketika serbuan awal pagi semalam.
BERATUR... sebahagian pendatang tanpa izin ditahan ketika serbuan awal pagi semalam.
SUBANG JAYA: Tindakan berani seorang lelaki warga Indonesia melakukan aksi ‘spiderman’ dengan terjun dari kediamannya di tingkat tiga membawa padah apabila cedera parah di pinggang dan patah kaki.
Lelaki terbabit panik selepas Pangsapuri Seri Mutiara diserbu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kerjasama pegawai Imigresen dan anggota Rela, semalam.

Dia mulanya melawan anggota yang menahannya sebelum terjun semata-mata ingin melarikan diri.
Dalam operasi dijalankan pada jam 1 pagi, lelaki berkenaan tidak mempedulikan kecederaannya dan terus melarikan diri, namun berjaya ditangkap pihak berkuasa di bawah pangsapuri terbabit.

Sementara itu, satu unit di pangsapuri berkenaan terpaksa dipecahkan apabila penghuni enggan membuka pintu selepas diketuk berulang kali.

Selepas berjaya memasukinya, muncul seorang wanita berpura-pura seperti baru bangun daripada tidur dan mengaku dia tinggal berseorangan.

 Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut menjumpai seorang wanita pendatang tanpa izin dari Indonesia bersembunyi di bawah tilam.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Ikhsan berkata, serbuan terbabit dilakukan selepas mendapat aduan orang ramai yang bimbang dengan kehadiran pendatang tanpa izin.

Beliau berkata, orang awam turut bekerjasama memberi maklumat berkaitan kediaman diduduki warga asing yang memudahkan pihaknya melakukan serbuan.

“Hasil serbuan ini kita memeriksa 112 warga asing dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, India dan Vietnam. Bagaimanapun kita hanya menahan 14 orang yang tidak mempunyai dokumen sah.

“Semua mereka yang ditahan akan diserahkan kepada Imigresen Selangor bagi tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan.

Adnan berkata, pihaknya memeriksa 50 unit kediaman yang disewa warga asing, bagaimanapun lima daripadanya tidak tepat.

“Lelaki yang cedera akibat terjun dari tingkat tiga dibawa ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.


Berderau darah

Oleh IBRAHIM ISA
ibrahim@hmetro.com.my

BATU PAHAT: “Berderau darah saya apabila melihat sekujur tubuh bayi dengan kesan darah di dalam longkang yang belum siap sedalam hampir setengah meter.
“Apabila menghampiri longkang berkenaan, saya dapati bayi lelaki itu dalam keadaan bogel dan mengereng, lengkap dengan tali pusat dan uri yang belum dipotong,” kata pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43 yang menemui mayat itu dalam longkang yang masih dalam pembinaan di sebuah rumah di Jalan Mekar 5, Taman Mekar, Ayer Hitam, dekat sini, semalam.

Menurut Hamid, dia merasakan ibu bapa bayi berkenaan mungkin membuang bayi itu pada lewat malam atau awal pagi semalam kerana pada jam 8 pagi hingga 10 pagi kelmarin, mereka masih menjalankan tugas membina longkang dan tembok rumah di kawasan itu.
Mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan itu disyaki dibuang tanpa belas kasihan apabila ibu bapa bayi tidak membalut kain pada bayi itu dan meletakkannya ke dalam longkang yang mengalirkan air.

Keadaan itu menyebabkan bayi berkenaan maut dipercayai akibat kesejukan atau lemas akibat air di dalam longkang.

Hamid berkata, dia melihat mayat bayi itu pada kira-kira jam 8.10 pagi ketika ingin menyambung semula tugas pembinaan longkang di kawasan rumah berkenaan.


Menurutnya, sejurus melihat jenazah berkenaan dia terus menghubungi balai polis berhampiran sebelum sepasukan polis menjalankan siasatan dan mengambil mayat bayi untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

Katanya, mayat bayi lelaki cukup sifat itu ditemui dengan tali pusat serta uri belum dipotong dan dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Menurutnya, berdasarkan keadaan mayat, pihaknya percaya bayi itu dibuang dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kecederaan lain ditemui padanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi, di mana jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Berikutan itu, sesiapa yang tahu atau melihat kejadian ini diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

NEGARA


Mayat bayi dicampak dalam longkang


MAYAT bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang di Ayer Hitam, Batu Pahat semalam.



BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.
Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.


 Jumpa bayi dalam longkang

BATU PAHAT - Mayat bayi lelaki dipercayai berbangsa Melayu ditemui oleh seorang bekerja buruh binaan di dalam takungan air longkang ketika dia sedang mula melakukan kerja hariannya kira-kira jam 8.10 pagi semalam.

Bayi berkenaan dijumpai mati terapung di Taman Mekar, Ayer Hitam dalam keadaan tanpa pakaian selain cukup sifatnya.

Pekerja berkenaan, Hamid Marzuki, seorang warga Indonesia yang juga penduduk tetap negara ini berkata, ketika sampai ke tempat pembinaan berkenaan dan mahu mulakan kerja, dia terkejut melihat seolah-olah ada bayi dalam longkang.

Katanya, apabila menghampiri dan melihatnya dari dekat, ternyata ia mayat bayi yang masih lagi sempurna sifat dan seperti baru dilahirkan dengan keadaan mengiring.

“Setelah melihat yang saya temui itu benar-benar bayi, saya terus sahaja menghubungi pihak polis.

“Bayi berkenaan masih lagi mempunyai tali pusat dan juga urinya dan saya percaya ia dibuang dalam lingkungan waktu malam tadi. Bayi ini dipercayai mati lemas akibat takungan berkenaan dipenuhi air akibat hujan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan pihaknya masih lagi membuat siasatan.

Katanya, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Ibrahim berkata, mayat bayi berkenaan juga dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Ibrahim turut mengharapkan orang ramai dapat memberikan kerjasama untuk menyiasat kes ini dengan selanjutnya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes ini diminta tampil ke hadapan untuk membantu pihak polis melakukan siasatan dan kami mengharap orang ramai dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya,” katanya.

NEGARA


Kaki kiri Hairuman dipotong




KUALA LUMPUR - Kaki kiri mangsa renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon telah dipotong dalam satu pembedahan lebih tujuh jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.
Dia yang memasuki dewan bedah HKL tepat pukul 9.30 pagi itu terpaksa menjalani pemotongan kaki tersebut atas faktor perubatan.
Menurut kakaknya, Maryuni Miskon (gambar), 32, pembedahan yang dijalankan memakan masa lebih daripada tujuh jam.
"Setelah kaki Hairuman dipotong, pembedahan plastik pula dilakukan bagi menutup bahagian luka di kaki kanan dengan kulit yang masih elok.
"Faktor itu menyebabkan pembedahan yang dilakukan mengambil masa yang lama dan sepanjang pembedahan kami sekeluarga sentiasa berdebar-debar," katanya ketika dihubungi semalam.




Tiga kali tak datang mahkamah



KUALA LUMPUR: “Tembelang suami terbongkar apabila dia ditangkap khalwat bersama teman wanitanya sekitar September tahun lalu.
“Saya tidak mahu lagi ada ikatan dengannya, namun tiada kerjasama daripadanya. Sudah tiga kali dia gagal hadir ke mahkamah untuk mengesahkan perkahwinan kami bagi membolehkan saya menuntut fasakh,” kata Alina.

Menurut Alina, suami mempermainkannya dan ‘bercakap besar’. “Saya dan keluarga memintanya hadir ke mahkamah untuk mengesahkan perkahwinan dan selepas itu menamatkan ikatan perkahwinan kami, tetapi dia (suami) buat tidak endah.
“Dia kata semua itu tidak perlu. ” katanya yang turut membuat laporan polis mengenai pelakuan suaminya.

Alina berkata, dia mengakui sungguh menyesal kerana rela menjadi mangsa ‘cinta’.

“Kerana cinta dan sayangkannya, saya turuti saja kehendak suami. “Menjadi ‘hamba abdi’ untuk tempoh dua bulan, selain dipukul dan digigit, meninggalkan memori hitam yang sukar dilupakan sehingga hari ini,” katanya.

Sementara itu, ibu Alina yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah, 45, kesal dengan sikap keluarga menantunya.

“Kami pernah bertemu keluarga menantu, tetapi yang saya kesalkan bapa kepada menantu memberitahu, apa yang dilakukan menantu saya adalah haknya sebagai suami,” katanya.


Wanita maut ditikam di dada


SHAH ALAM – Seorang wanita tanpa identiti ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan kesan tikaman pada badan, di Kilometer 5.4, Jalan Sungai Tua, Hulu Yam, Gombak, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an itu ditemui terbaring dalam keadaan cedera parah serta berlumuran darah di kawasan itu.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan mati sebaik tiba di Hospital Selayang. Kejadian kemudiannya dimaklumkan kepada polis kira-kira jam 2.30 p:agi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati terdapat dua kesan tikaman pada dada sebelah kanan mangsa, luka di bahagian lengan kanan serta kesan koyak pada kedua-dua belah lututnya.

“Kami percaya mangsa mungkin ditikam semasa berada dalam kereta sebelum ditolak keluar.

“Tiada kesan pergelutan, tetapi polis percaya mangsa yang cedera parah berjalan kira-kira 200 meter daripada lokasi awal dia ditolak, untuk mendapatkan bantuan,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dihantar semalam.

Abdul Rahim berkata, pihaknya menemui kesan titisan darah di sepanjang jalan hingga ke kawasan rumput tempat mangsa ditemui rebah.

“Ada tiga kesan tompokan darah di situ bersama sepasang selipar getah jenama Adidas milik mangsa yang memakai baju berwarna cerah, berseluar panjang warna krim serta tudung warna coklat,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut, menunjukkan mangsa berkulit cerah serta berambut hitam paras bahu itu, mempunyai tanda suntikan cacar BCG, sekali gus tidak menolak kemungkinan dia adalah warga tempatan.

Katanya, identiti mangsa juga masih belum dipastikan berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan mangsa ditemui bersamanya.

Abdul Rahim berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian termasuk individu yang terbabit membunuh mangsa.:

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, 03-61262222 atau terus tampil ke balai bagi membantu siasatan.

“Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau rakan terdekat, diminta memaklumkan segera kepada polis termasuk untuk pengecaman,” katanya.


Pekebun kecil getah mampu peroleh RM15,000 sebulan

KOTA BHARU - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memaklumkan pekebun kecil getah yang mengusahakan tanah seluas dua hektar kini mampu memperoleh pendapatan sehingga RM15,000 sebulan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ali Nordin Whiduddin berkata, pekebun mampu memperoleh pendapatan harian sebanyak RM496 berdasarkan hasil 80 kilogram getah dijual pada harga RM6.20 sekilogram.

"Pendapatan harian itu adalah bagi kawasan dua hektar yang mereka usahakan...kalau mereka mempunyai kebun yang lebih luas, maka pendapatan mereka juga lebih besar," katanya selepas merasmikan Seminar Mengoperasikan Amanat Ketua Pengarah 2011, di sini, hari ini.

Ali Nordin berkata, kebanyakan pekebun kecil mempunyai tanah seluas dua hektar dan mengusahakannya sendiri berikutan peningkatan harga bahan komoditi itu di pasaran dunia.

"Di Kelantan harga getah lebih tinggi iaitu RM8 sekilogram, bererti pendapatan pekebun kecil di Kelantan lebih banyak, yang kita kira tadi purata harga di peringkat nasional," katanya.-Bernama


Bahana tinggal laptop dalam kereta

KUALA TERENGGANU - Kecuaian seorang pemilik kereta meninggalkan barangan berharga di atas tempat duduk belakang untuk ke kedai makan berhampiran membawa padah apabila kesempatan itu digunakan perompak memecahkan cermin kereta mangsa sebelum melarikan barangan berkenaan, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Abdul Halim Mohd Ishak berkata, kejadian berlaku antara jam 7.30 petang hingga 9.15 malam ketika mangsa meninggalkan keretanya di kawasan parkir belakang sebuah pasar raya di Jalan Kampung Cina di sini untuk ke kedai makan yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja.

“Mangsa yang tidak menyedari gerak-gerinya itu diperhatikan terus meninggalkan keretanya sebelum memasuki kedai makan itu untuk menikmati makan malam bersama beberapa rakan lain kira-kira jam 7.30 petang.

“Satu jam 40 minit kemudian, mangsa keluar menuju ke keretanya terkejut apabila mendapati cermin belakang di sebelah kanan dipecahkan dan mendapati barangan berharga iaitu tunai RM1,500, sebuah komputer riba dan kamera digital lesap,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Abdul Halim mengingatkan kepada orang awam agar jangan sesekali meletakkan barangan berharga di dalam kereta lebih-lebih lagi dipamerkan secara terbuka kerana boleh mengundang daya tarikan individu yang berniat tidak baik.

“Jenayah melibatkan kecurian di dalam kenderaan kebiasaannya berpunca daripada kecuaian individu itu sendiri kerana tidak cakna terhadap ciri keselamatan yang wajar dilakukan,” katanya.

Abdul Halim turut menekankan agar orang ramai jangan sesekali mengamalkan sikap suka meletakkan komputer riba di dalam kereta kerana kewujudan alatan itu sebenarnya boleh dikesan walaupun tidak diaktifkan.


JPN mohon pengadu, anak tiada sijil lahir tampil

KUANTAN – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta pengadu dan anak perempuannya di Taman Kenangan, Raub, yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri sejak lahir diminta hadir ke JPN Raub bagi menyelesaikan permasalahan mereka seperti mana yang disiarkan dalam akhbar ini pada 25 Januari lalu.

Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisah Mohd Noor berkata, pengadu, Asis Kaseng, 51, dan anaknya, Asni, 15, perlu hadir ke JKN Raub dengan mengemukakan dokumen bukti kelahiran bagi membolehkan permohonan yang bersesuaian diterima dan diproses berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurutnya, pihak jabatan itu juga sudah pun berkunjung ke rumah pengadu pada 25 Januari itu juga tetapi pengadu tiada di rumah.

“Pada 25 Januari lalu kami sudah pun ke rumah pengadu tetapi disebabkan pengadu tiada di rumah menyebabkan usaha kami untuk membantu menyelesaikan masalah mereka gagal,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Sinar Harian pada 25 Januari lalu menyiarkan kisah Asis yang kini sedang berusaha untuk membantu anaknya Asni memperoleh dokumen pengenalan diri supaya anaknya itu boleh menjalani sesi persekolahan seperti mana rakan-rakan seusia dengannya.


Padah tidur di lorong belakang

SEREMBAN – Malang bagi seorang lelaki apabila dia digilis sebuah lori ais semasa sedang lena tidur di atas kotak dekat lorong belakang sebuah restoran di Taman Tuanku Ja’afar, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 pagi itu, mangsa, G. Krisnasamy, 31, mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berpunca apabila pemandu lori berkenaan tidak menyedari mangsa berada di kawasan berkenaan berikutan keadaan gelap.

“Pemandu lori berusia 40-an itu mahu menghantar bekalan ais di restoran itu dengan mengundur lorinya masuk ke lorong belakang restoran terbabit.

“Sebelum mengundurkan kenderaan, pemandu memaklumkan dia tidak nampak sebarang kelibat manusia di kawasan berkenaan cuma timbunan kotak yang tidak digunakan lagi,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, pemandu lori berkenaan terus mengundurkan kenderaan sebelum berasa seolah-olah melanggar bonggol jalan.

“Pemandu lori itu keluar dari kenderaan dan melihat seorang lelaki dalam keadaan mengerikan dan tidak bernyawa di bawah lorinya,” katanya.

Berikutan itu, katanya, pemandu berkenaan terus menghubungi panggilan kecemasan dan membuat laporan polis di balai polis berdekatan.

“Hasil maklumat orang awam, kita mendapati kawasan itu menjadi tumpuan melepak lelaki mabuk.

“Mungkin mangsa tidur di atas timbunan kotak berkenaan sebelum digilis lori,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kemalangan berkenaan.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan berkenaan dan meminta saksi kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini untuk bedah siasat dan sehingga kini mayat mangsa masih belum dituntut waris,” katanya.



Pekerja Plus jumpa mayat reput

SENAI – Tidak sampai sepuluh hari mayat rentung ditemui di Ladang Felda Techno Plant Taib Andak, kali ini mayat manusia dalam keadaan reput pula dijumpai pekerja pembersihan Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus), semalam.

Mayat berkenaan yang sudah reput dipercayai telah lama meninggal dunia dan ditemui kira-kira 100 meter di bawah tebing laluan lintas (fly-over) susur masuk ke Lebuhraya Senai-Nusajaya yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Bangunan Telekom, Senai.

Sinar Harian difahamkan, mayat berkenaan ditemui dua kakitangan Plus kira-kira jam 8 pagi semalam ketika mereka sedang menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput berhampiran tebing di lokasi kejadian.

Identiti mayat berkenaan dipercayai lelaki berdasarkan keadaannya yang memakai seluar jeans panjang berwarna biru serta sepasang kasut putih bersaiz besar ketika ditemui.

Terdahulu, 19 Januari lalu, pekerja Ladang Felda Techno Plant Taib Andak, digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki berbangsa Cina dalam keadaan rentung oleh seorang pekerja ladang kira-kira jam 8 pagi.

No comments:

Post a Comment