Thursday, February 3, 2011

ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA....JADI JANGAN KITA LAWAN KUASA DAN HUKUM ALLAH...ALLAH BOLEH TURUN MUSIBAH LEBIH DAHSYAT DARI BANJIR.....

NEGARA


43,000 masih di pusat pemindahan


MUHYIDDIN (duduk dua dari kiri) berbual-bual dengan mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Pagoh semalam.


MUAR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, helikopter akan digunakan untuk operasi penghantaran bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan atau bot.
Katanya, tindakan itu adalah bagi menjamin bekalan makanan kepada mangsa banjir tidak terputus dan sampai ke tempat pada waktu yang diperlukan.
Bagaimanapun, katanya, belum ada laporan diterima daripada mangsa banjir yang gagal menerima bantuan bekalan makanan daripada agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

NEGARA


"Anak kehabisan makanan, duit"


GHAZALI (tiga dari kiri) berbincang sesuatu dengan ibu bapa pelajar di HRPZ II di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – “Anak kami dalam bahaya, tolong selamatkan mereka.”Demikian rayu lebih 30 kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) di sini, yang juga ibu bapa kepada pelajar-pelajar Malaysia yang terperangkap dalam pergolakan politik di Mesir.
Kesemua mereka merayu agar kerajaan menghantar wakil dari Kedutaan Malaysia untuk memastikan keadaan anak-anak mereka selamat.
Pakar Pergigian HRPZ II, Datuk Dr. Rosli Abdul Rahman berkata, ketika dia menghubungi anaknya, Mohd. Fathur Rahman, 21, semalam, suara anaknya itu dalam keadaan terketar-ketar kerana dalam ketakutan.
Menurutnya, biar pun anaknya itu cuba meyakinkan dirinya bahawa dia dalam keadaan selamat, namun kebimbangan tetap menyelubungi anaknya yang menuntut dalam bidang perubatan itu.
“Saya tak pernah dengar suaranya terketar-ketar sebelum itu. Saya yakin, bukan sahaja anak saya tapi semua pelajar yang berada di sana juga dalam keadaan ketakutan dan saya minta kerajaan bertindak cepat.
“Dia cakap kali terakhir dapat beli bahan makanan ialah empat ekor ayam Jumaat lalu. Sekarang ini dah berapa hari duduk dalam rumah enam orang, mesti tidak cukup dan macam mana mahu beli kalau ada perintah berkurung dan rusuhan,” katanya.


Ghairah berjudi di Singapura

03/02/2011 4:22pm

JOHOR BAHARU - Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menegur rakyat Johor yang ghairah berjudi di Singapura sejak akhir-akhir ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri sudah maklum mengenai kelakuan ramai penduduk terutama di Johor Baharu yang sering ke Singapura untuk berjudi.
"Pihak kasino (di Singapura) dilihat menyediakan pengangkutan bas pelancongan percuma sehingga ke bandar-bandar kecil seperti Kluang dan Pekan Nenas bagi mengumpan penduduk untuk datang berjudi di kasino negara itu,” katanya semasa berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Wisma Persekutuan Tiong Hua Johor Baharu hari ini.
Beliau menasihati rakyat supaya tidak terjerat dengan tabiat berjudi yang boleh meruntuhkan ekonomi dan institusi keluarga.
Isu judi dibangkitkan oleh Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Baharu, Lim Ik Kim yang berucap sebelum Ghani di majlis tersebut. - Bernama


“Kami tidur bertemankan pisau”

03/02/2011 2:00pm

SEPANG - “Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi” kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.
Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10.00 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.
Nazeera berkata, mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.
"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.
"Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan,” katanya. - Bernama


ATM pindahkan rakyat Malaysia ke Jeddah


SEKUMPULAN krew penerbanganTUDM yang terlibat dalam misi bantuan untuk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir bersiap sedia sebelum menaiki pesawat C-130 di Pangkalan Tentera Udara Subang semalam.


KUALA LUMPUR - Tiga pesawat tentera Malaysia yang berlepas ke Mesir petang semalam dijangka mengambil masa lima hari untuk operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu ke Jeddah, Arab Saudi.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, operasi tersebut akan bermula secepat mungkin sebaik sahaja pesawat tersebut tiba di Kaherah.
"Pesawat C-130 akan beroperasi selama 24 jam berturut-turut tanpa henti bagi memindahkan kira-kira 14,000 rakyat Malaysia yang berada di sana," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini semalam.
Azizan berkata, beliau telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan mengenai operasi memindahkan rakyat Malaysia itu.
Beliau kemudian melawat Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk melihat anggota-anggota tentera memuatkan barang makanan dan keperluan lain ke dalam pesawat tersebut.


Ameng ditahan lagi


REAKSI Ameng ketika diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Melaka semalam.


MELAKA – Tidak serik-serik! Penglibatan segelintir artis tanah air dengan najis dadah seakan-akan tidak dapat dipisahkan walaupun mereka telah ditahan dan dikenakan hukuman tetapi ia ibarat mencurah air ke daun keladi.
Kelmarin, bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng dan isterinya ditahan sepasukan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan ganja seberat 122 gram ketika sedang menginap di salah sebuah bilik di hotel bajet di Taman Melaka Raya di sini pukul 5.20 petang.
Difahamkan, anak lelaki pasangan berkenaan yang berusia empat tahun turut berada di dalam bilik berkenaan ketika serbuan itu dilakukan. Dia bagaimanapun dibebaskan.
Menurut sumber, serbuan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka terhadap Ameng, 43, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail dan isterinya, 41, dilakukan hasil maklumat orang ramai.
“Pemeriksaan di dalam bilik itu menemui ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 122 gram disembunyikan di dalam sebuah beg yang diletakkan di bawah sebuah kerusi panjang.



Lelaki dijel 80 tahun, 40 sebatan kerana merogol

KUALA LUMPUR - Seorang bapa bukan sahaja tergamak merogol darah daging sendiri tetapi lebih keji lagi apabila ia dilakukan di hadapan isterinya yang juga ibu remaja berkenaan sehingga menimbulkan trauma kepada kedua-dua wanita malang tersebut.
Perlakuan buas lelaki kepada sembilan anak itu bagaimanapun dibalas dengan hukuman penjara 80 tahun dan 40 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas peniaga gerai makan itu mengaku salah merogol anak kelimanya sebanyak empat kali, tahun lalu.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat memutuskan tertuduh berusia 47 tahun itu dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dengan kesemuanya diarah berjalan secara berturut-turut mulai tarikh ditangkap pada 27 Januari lalu.
Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun itu pada pukul 2 petang, 23 Januari lalu serta tiga lagi tuduhan serupa pada bulan November dan Disember tahun lalu di rumah mereka.


NEGARA


Pegawai penyiasat mati dengan kesan tembakan


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi Mat Saini yang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepalanya di Puncak Alam 2, Kuala Selangor semalam.


KUALA SELANGOR – Seorang pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Shah Alam ditemui mati dengan satu kesan tembakan pada bahagian kiri kepalanya berhampiran kawasan tanah lapang di Jalan Mahang, Puncak Alam 2 di sini semalam.
Mayat Sarjan Mat Saini Omar, 50, ditemui pada pukul 9.45 pagi dalam keadaan berlumuran darah berhampiran kereta jenis Proton Wira berwarna kelabu milik isterinya.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Mohd. Taib Ahmad berkata, ketika ditemui, pintu tempat duduk penumpang depan dan but kereta masih terbuka.
Mangsa pula dikatakan berada dalam keadaan bersandar dengan sepucuk pistol jenis .38 Smith & Wesson dipercayai milik mangsa, berada berhampirannya.
Katanya, salah satu daripada lima peluru pada pistol tersebut didapati telah digunakan.


Penyeludup gandum terjun sungai


MOKHTAR (tiga dari kiri) menyerahkan barangan rampasan berupa gandum dan minyak masak kepada Hanapi di Pasir Mas semalam.


RANTAU PANJANG - Sekumpulan lelaki warga Thailand yang sedang sibuk memunggah puluhan guni gandum untuk diseludup bertempiaran lari sebelum terjun ke dalam Sungai Golok dan berenang ke negara jiran selepas disergah oleh 10 anggota tentera Batalion 1, Rejimen Sempadan (RS) semalam.
Serbuan dilakukan pada pukul 1 pagi di kawasan Jeram Perdah dekat sini ketika anggota tentera sedang melakukan rondaan rutin bersempadan dengan Pekan Mundok di Thailand.
Ketua Kompeni D Batalion 1, RS, Mejar Mokhtar Mat Ali berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menemui 54 guni seberat 1,350 kilogram (kg) berisi tepung gandum yang cuba diseludup ke Thailand.
Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit sedang memunggah gandum dari tebing sungai ke dalam sebuah bot.

No comments:

Post a Comment