Malek tidak henti menangis
IPOH - Suasana sedih menyelubungi Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh (HPI) di sini semalam apabila bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor tidak henti-henti menangis sejurus beliau sedar tengah hari semalam.
Mr. Asia sebanyak enam kali itu amat terharu apabila mendapati beliau dikelilingi beberapa orang adik-beradiknya yang datang dari Johor untuk melawat beliau sejak malam kelmarin.
Menurut adik bongsu Malek, Mohd. Salleh, 49, abang ketiganya itu mula sedar pada pukul 12.15 tengah hari selepas diberi ubat penenang bagi rawatan jantung yang dijalaninya.
Jangan Banyak Ketawa
Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
http://www.hanan.com.my/
Jika kita banyak ketawa di dunia..nescaya kita akan lebih banyak menangis di akhirat kelak. Tetapi jika kita banyak menangis di dunia..menangis kerana TAKUTKAN ALLAH..menangis kerana MENGENANG SEDIKITNYA AMALAN..menangis kerana MENGENANG BANYAKNYA DOSA..BANYAKNYA MENGANIAYA ORANG LAIN..menangis kerana rasa KERDILNYA DIRI DI HADAPAN ALLAH..HINANYA DIRI BERBANDING orang LAIN..insyaALLAH kita akan banyak tertawa di akhirat dengan nikmat ALLAH SWT. Tidak akan dihinggapi api neraka, mata2 orang yang menangis kerana ALLAH SWT.
Apakah kita sudah bersedia untuk mengadap Khaliq kita, ALLAH Yang Maha Agung? Sedang maut datang tidak kira masa..tidak kira tempat.Ingin saya berkongsi dengan sidang muslimah yang dihormati sekalian, berkenaan petikan kisah Tangisan Jibril dan RasuLULLAH SAW, dari buku berjudul HIDUP SESUDAH MATI, karangan BEY ARIFIN, terbitan PUSTAKA NASIONAL..hayatilah..
DIRIWAYATKAN dari Umar Ibnul-Khattab lah.a.:
Telah datang Jibril kepada Nabi Muhammad bukan di waktu yang biasanya ia datang, Rasulullah lalu berdiri mendapatkannya dan berkata:
"Hai Jibril, Kenapa saya melihat engkau berubah warnamu?" Menjawablah Jibril: "saya diperintahkan ALLAH datang menerangkan semburan api neraka."
Berkata Rasulullah "Terangkan kepadaku keadaan NERAKA dan hal ihwal JAHANNAM." Berkata Jibril" Sesungguhnya ALLAH memerintahkan agar jahannam dinyalakan apinya seribu tahun lamanya, sehingga kerana semakin panasnya maka berubahlah warna apinya menjadi putih. Lalu diperintahkan menyalakannya seribu tahun lalu, sehingga warna apinya berubah menjadi hitam, hitam yang gelap, sehingga tak bersinar lagi gejolakannya dan tak padam2 bakarannya. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, kalau dibukakan Jahannam itu sebesar lubang jarum, maka akan TERBAKARLAH BUMI DAN SEGALA ISINYA kerana panasnya. Dan demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang dari penghuni Neraka itu didatangkan ALLAH ke bumi ini, akan MATILAH SELURUH MANUSIA yang mendiami bumi ini dari KEJELEKAN MUKANYA DAN KEBUSUKAN BAUNYA. Demi Tuhan yang telah mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya satu lingkaran (ring) dari rantai Neraka diletakkan di atas sebuah gunung di dunia ini, akan TEMBUSLAH GUNUNG itu sampai ke dasar bumi yang paling bawah."
Maka berkata Rasulullah SAW "Untunglah ya Jibril, jantungku tidak sampai pecah sehingga saya mati mendengarkan keteranganmu ini."
Rasulullah melihat JIBRIL MENANGIS, RASULULLAH TURUT MENANGIS dan berkata "Kenapa engkau sampai menangis pula ya Jibril sedang kedudukanmu begitu rupa di sisi ALLAH?" Berkata Jibril "Kenapa saya tidak menangis, kerana siapa tahu keadaanku dalam ilmu ALLAH tidak seperti yang saya ketahuii, dan saya tidak tahu apakah saya tidak akan mengalami cubaan sebagai yang telah dialami oleh IBLIS, sedang iblis itu termasuk golongan Malaikat (tetapi menyeleweng), dan saya tidak tahu apakah saya akan mengalami akan apa yang dialami oleh malaikat Harut dan Marut."
Maka menangislah Jibril dan menangis pula Rasulullah. Lama keduanya menangis, lalu datanglah seruan dari langit yang berbunyi "Hai Jibril, hai Muhammad, sesungguhnya ALLAH AZZA WA JALLA telah menjamin engkau berdua tidak akan sampai durhaka."
Lalu Jibril naik ke langit, dan Rasulullah meneruskan perjalanan beliau;sehingga bertemu dengan sekelompok orang-orang Ansar sedang bermain dan ketawa-ketawa. Lalu berkata Rasulullah kepada mereka:
"Apakah kamu ketawa-ketawa, sedang di belakangmu Neraka JAHANNAM, sekiranya kamu tahulah akan apa yang saya ketahui, sungguh kamu akan ketawa sedikit dan akan menangis banyak, kamu tak akan makan dan tak akan minum, malah akan menuju ke tempat-tempat tinggi untuk bermohon dan minta perlindungan ALLAH."
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas bin Malik: Rasulullah menanya Jibril "Kenapa saya tidak pernah melihat Mikail ketawa? Jawab Jibril " Tidak pernah Mikail ketawa SEJAK DICIPTAKAN ALLAH NERAKA."
Diterangkan pula bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri pun tak pernah ketawa sejak mengetahui keadaan Neraka. Beliau hanya pandai tersenyum sejak waktu itu. Hanya kita manusialah yang bodoh-bodoh, sehingga terlalu banyak ketawa terbahak-bahak, sekalipun sudah diterangkan demikian hebatnya Neraka itu. Ketawa terbahak-bahak menunjukkan kebodohan.
(petikan daripada 'Hidup Sesudah Mati' - Bey Arifin)
Dunia ini merupakan penjara bagi orang Mukmin, dan syurga bagi orang musyrik.
Semoga menjadi pedoman itu diamalkan dan disampaikan.
Ya ALLAH, Ya Khaliq, jauhilah kami dari godaan syaitan, dari fitnah Dajjal, dari fitnah dunia, dari amalan yang tidak diterima, dari azab kubur, dari api neraka.Allah SWT sebaik-baik tempat berlindung.
WALLAHUA'LAM
Menangis Dituntut Syariat
Kata ahli Hikmah,Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.
Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: " Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.
Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat.Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya diakhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha.Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.
Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yang total...jadi kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w:"Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban
kepada Allah."(Riwayat Attirmizi).
sumber:http://agamaku.tripod.com/menangis.html
Mengapa Aku Menangis
Semalam aku menangis. Sayu sungguh mengenang dosa dalam menerjah perjalanan hidup. Jua terkenang ayah dan arwah ibu. Jua arwah ibubapa mertua. Sesekali terdetik hati apakah masa aku makin hampir untuk mengikut jejak mereka….
Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?. kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An-Najm : 43)
Kata Ibnu Qayyim – 10 Jenis Tangisan
- Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
- Menangis kerana rasa takut.
- Menangis kerana cinta.
- Menangis kerana gembira.
- Menangis kerana menghadapi penderitaan.
- Menangis kerana terlalu sedih.
- Menangis kerana terasa hina dan lemah.
- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
- Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
- Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
Tangis Tercela Atau Terpuji
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka.
“Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu.
Kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu.”
Air Mata Yang Tiada Dituntut
- Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
- Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
- Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
- Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 an moga-moga akan mendapat ampunan-Nya jua.
Junjungan Mulia bersabda
“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”
“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat” Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”
Berkata Salman Al Faarisi . Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah SAW dan para sahabat-sahabat.
- Berpisah dengan Rasulullah SAW dan para sahabat-sahabat.
- Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
- Aku tidak tahu sama ada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Rasulullah saw bersabda :
“Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.
- Apabila dahi nya berpeluh.
- Airmatanya berlinang.
- Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.”
(riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.”
Si Beloot : Tangisan keinsafan di atas dosa yang telah dilakukan ketika zaman kejahilan adalah tangisan yang
TANGISAN YANG BERHARGA
Assalamualaikum wbt :) ...
Menangis ada kalanya menjadi ibadah dan ada kalanya menjadi bala yang menjerumuskan ke Neraka . Menangis dan meratapi mayat adalah dilarang . Menangis menjadi ibadah jika menangis disebabkan bertaubat kepada Allah dan takutkan Allah .
Selalunya kita mudah menangis apabila hati kita sakit , susah dan jika kita sedang menderita , Namun jarang orang yang menangis kerana menyesali dirinya yang banyak dosa atau kerana takutkan Allah . Sedangkan menangis kerana mengenang dosa dan takutkan Allah itu sangat berharga di sisi Allah .
Allah tidak menilai orang yang banyak solat dan sedekah , yang khusyuk dan sabar , sebagai orang yang dijamin Syurga . Tetapi Allah sangat mengambil kira tangisan orang yang bertaubat atas dosanya . Ini ada diceritakan dalam suatu kejadian dalam Neraka .
Iaitu selama 500 tahun setiap orang mengatakan " Aduh tubuhku , aduh tubuhku ...." Sehingga Nabi Ibrahim dan Nabi Musa turut berkata demikian . Kecuali Nabi Muhammad SAW , beliau menyebut , " Aduh umatku , aduh umatku ....."
Ketika dekat dengan Neraka , Rasulullah pun berkata
" Wahai api , dengan hak orang-orang yang mengerjakan orang-orang yang bersedekah , dengan hak orang-orang yang khusyuk dan dengan hak orang-orang yang sabar maka kembalilah . "
Jibril pun berkata kepada Neraka :
" Dengan hak orang-orang yang bertaubat hingga bercucuran air mata , menangis atas dosanya , kembalilah . "
Api Neraka pun kembali . Dan didatangkan air mata orang yang berdosa , lalu disiramkan pada Api Neraka , sehingga menjadi seperti api dunia yang mati kerana air dan debu .
Dalam kisah yang lain pula , seorang hamba yang banyak kejahatan daripada kebaikannya telah diperintahkan ke Neraka. Lalu berbicaralah sehelai daun bulu matanya :
" Wahai Tuhanku , sesungguhnya utusan-Mu Muhammad SAW telah bersabda , : " Setiap mata yang menangis kerana takut kepada Allah Taala maka Allah mengharamkannya ke Neraka . "
Bahawa aku menangis keran takut kepada-Mu , maka berikanlah hak kepadaku . "
Akhirnya Allah memberi keampunan kepadanya dan membebaskan ia daripada Neraka dengan berkat tangisannya kerana benar-benar takut kepada Allah sewaktu di dunia .
Allah sangat mengutamakan orang yang sungguh-sungguh bertaubat dan menangis kerana takutkan dosa dan mengharapkan ampunan-Nya . Orang yang banyak sembahyang , banyak bersedekah , khusyuk dan sabar belum pasti setiap apa yang dilakukannya itu terbit daripada hati yang benar-benar takutkan Allah .
Mungkin apa yang dilakukannya itu adalah kerana menunjuk-nunjuk , takutkan orang atau dicampuri oleh rasa riyak dan ujub . Sedangkan orang yang menangis mengharapkan ampunan Allah benar-benar telah menyerahkan dirinya kepada Allah . Hatinya ketika itu benar-benar ikhlas dengan Allah tanpa dicelahi rasa ujub , riyak atau terpaksa .
Kita tidak sepatutnya bersenang hati jika kita sedar akan diri kita yang banyak dosa . Nasib kita belum tahu , kita tidak tahu begaimana keadaan kita di hari Akhirat kelak . sepatutnya kita rasa cemas dan takut rerjerumus ke Neraka . Lantaran itu menangis mengharp belas kasihan Allah suoaya tidak tergolong dalam golongan yang celaka di Neraka Jahanam .
Kita mesti berusaha memiliki sifat yang baik dan menyelamatkan itu . Bacalah peringatan daripada Allah , Rasul dan para sahabat . Allah telah memuji dan mengangkat darjat orang yang menangis kerana takutkan-Nya . Firman Allah :
" Mereka menyungkurkan pada muka mereka sambil menangis "
--Al-Isra' : 109
Rasulullah menyuruh kita mengurangkan ketawa dan MEMBANYAKKAN MENANGIS . Menangis meninsafi doa , menangis mengingati hari pembalasan dan menangis takutkan Allah . Orang yang ketawa sekarang akhirnya akan menangis takutkan Allah . Orang yang ketawa akan menangis . Rasulullah memberi peringatan melalui sabdanya yang bermaksud :
" Barangsiapa yang tertawa pada masa mudanya akan menangis pada masa tuanya , Dan barangsiapa tertawa pada masa kayanya dia akan menangis pada masa miskinnya . Dan barangsiapa tertawa pada masa hidupnya akan menangis pada masa matinya "
Seterusnya Ibnu Abbas r.a. ada berkata :
" Barangsiapa yang melakukan suatu dosa sedangkan dia tertawa , maka dia akan masuk Neraka sedang dia menangis "
Peringatan awalnya mungkin kita kena paksa diri menangis . Akhirnya InsyaAllah kita akan dengan bertakafur mengenang dosa atau dengan menghayati ayat Al Quran . rasulullah ada memberi panduan melalui sabdanya yang bermaksud :
" Bacalah Al Quran dan menangislah . Kalau kamu tidak dapat menangis maka berpura-pura menangis (berusaha menangis )
-- Dari Hasan
Mata yang menangis di dunia kerana takutkan Allah tidak akan menangis di Akhirat dan selamat dari azab Neraka . Tidak mahukah kita termasuk golongan yang selamat dan tidak menangis di Akhirat . Tidak mahukah kita termasuk dalam golongan yang disabdakan oleh Rasulullah SAW . :
"Setiap mata yang menangis kecuali tiga mata yang menangis kerana takut kepada Allah ,mata yang terpejam dari keharam-keharaman Allah dan mata yang bangun malam dalam jalan Allah"
Mengapa Lelaki dan Wanita Menangis?
kali ini nik nak berkongsi dengan korang semua sebab mengapa lelaki dan wanita menangis? jika disebut wanita, kita pasti tahu apa sebabnya kan.. tetapi jika lelaki pula, bagaimana? dalam entry kali ini nik mengumpul kedua² sebab mengapa lelaki dan wanita menangis..
Mengapa Wanita Menangis?
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
jika di atas sebab mengapa wanita menangis, di bawah ini pula adalah sebab mengapa lelaki menangis… nik bagi 10 sebab mengapa lelaki menangis
Mengapa Lelaki Menangis? Mari kita lihat apa sebab lelaki menangis…
1. Tengok drama/movie
Kadangkala lelaki juga menangis bila tengok cerita cinta yang sedih. Ini memang tidak dapat dinafikan sebab nik pon kalau tengok cerita yang sedih nik pon terikut sedih juga..betul tak wahai lelaki² diluar sana??
2. Putus cinta
Bila masuk bab cinta ni, lelaki kalau putus cinta mesti akan menangis(bukan wanita saja tau)… lelaki kalau putus cinta, selalunya tak akan menangis dihadapan wanita. Sebab lelaki tak ingin wanita pandang mereka lemah.. Perempuan menangis biasa jumpa. Lelaki menangis, susah nak cari..
3. Kehilangan orang tersayang
This one sangat diterima akal lah kan. Insan terdekat seperti ibu bapa, adik beradik, isteri hatta kekasih hati sekalipun pergi, pasti akan menangis juga. kalau tak menangis juga, takdak perasaan la tu.
4. Ketawa sampai menangis
Hah. Yang ini pun boleh jadi juga. Kelakar sangat agaknya sampai tergolek-golek dan mengalir air mata. nik biasa juga ketawa sampai menangis… kelakar sangat.. korang pernah x??
5. Depress sangat
Contoh stress nye, dah jadi pemimpin keluarga. Anak pulak sepuluh orang. Tiba-tiba syarikat buat hal, ekonomi jadi tak menentu. Hati suami mana yang tak hancur tengok anak isteri terpaksa bersusah kan? betul kan…
6. Mengecapi kejayaan
Berjaya mendapat kejayaan dalam perkerjaan ataupun pelajaran. Hooray! hehe
7. Tengok orang susah
Wah.. lembut betul hati lelaki macam ni. Biasanya lelaki begini susah sikit nak cari. Ada lagi ke lelaki macam ini?
8. Bertumbuk sampai menangis
Awal bergaduh memang masing-masing tunjuk terer. Tapi belakang-belakang, lepas tu menangis juga. Jangan nak deny, nik pernah jumpa ok?
9. Team favourite kalah dalam football match
Contohnya peminat fanatik Manchester United la. Kalau dah tak biasa kalah tu, tiba-tiba kalah. Betul-betul mengganggu emosi. Fan Arsenal bukan tak menangis sebab dah biasa kalah, tapi sebab kami ni memang cool. ;p
10. Menangis kerana-Nya
Duduk di tikar sembahyang, mengenang dosa lalu. Menyedari kerdilnya diri di hadapan-Nya. Hah, kan kalau dengar kaset bacaan Quran pun boleh dengar kadang-kadang orang yang baca tu menangis. Sebab dia faham isinya~
Tapi apa pun, lelaki juga boleh menangis. Mengapa tidak. Kita juga punya perasaan bukan? Jangan disangka jika lelaki itu badannya sasa tidak pernah menangis walau sekali…
Kesimpulannya, lelaki mahupun wanita masing² mesti pernah menangis. Cuma, apabila menangis janganlah kita menangis dalam jangka waktu yang terlalu lama kerana ianya akan memudaratkan kesihatan kita..
p/s: lelaki² diluar sana, korang berada di nombor berapa???
No comments:
Post a Comment