Friday, April 1, 2011

BILA SUMBER REZEKI TAK DIAMBIL KIRA HALAL ATAU HARAM...JANJI DE WANG SERTA BOLEH HIDUP MEWAH....NI KESAN TIADA YAKIN KITA AKAN MATI SERTA AKAN DIBANGKITKAN SEMUA....SERTA AKAN DINILAI AMAL YANG KITA LAKUKAN DIDUNIA....

Bunga RM20 pancing GR0

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

DITAHAN...antara GRO yang diberkas dalam serbuan, kelmarin.
DITAHAN...antara GRO yang diberkas dalam serbuan, kelmarin.
PETALING JAYA: Hanya dengan membeli kalungan bunga berharga RM20, pelanggan sebuah kelab malam di Sunway Mentari, di sini, layak memilih seorang pelayan pelanggan (GRO) disukai yang akan melayan mereka, malah boleh melakukan seks jika menerima bayaran tambahan.
Wanita terbabit pula beratur dan menunggu giliran untuk beraksi ghairah menari di atas pentas.

Jika ada GRO yang menepati cita rasa pelanggan, mereka perlu pergi kepada wanita terbabit dan menyerahkan kalungan bunga.
Sekiranya wanita itu menerima bunga berkenaan dan bersetuju mengikut pelanggan terbabit, terpulang kepada pelanggan itu sama ada untuk mendapatkan khidmat tambahan termasuk mengadakan hubungan seks dengan syarat memberi bayaran tambahan.

Kelab terbabit juga dipercayai menjadi sarang popular sindiket pelacuran wanita warga asing dari China, Vietnam, Myanmar dan Thailand, malah turut memperdagangkan gadis bawah umur.

Kebanyakan wanita warga asing itu yang masuk ke negara ini menggunakan pasport dan visa lawatan sementara dipercayai turut bekerja sambilan sebagai GRO di kelab karaoke itu. Bagaimanapun, kegiatan itu dihidu pihak berkuasa, apabila Unit Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman melakukan serbuan mengejut ke premis terbabit malam kelmarin.

Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 12.10 tengah malam itu menahan 18 wanita warga asing terdiri daripada lapan rakyat China, Vietnam (lapan) dan masing-masing Myanmar dan Thailand.

Ketua Unit D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan, Shahrul Nizam Jaafar, berkata serbuan dilakukan pihaknya selepas menerima maklumat kelab malam itu mengambil khidmat pekerja warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Menurutnya, seramai 10 anggota D7 Bukit Aman dibantu 10 anggota narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyerbu kelab terbabit dan hasil pemeriksaan menahan 18 wanita GRO warga asing.

“Kami juga menahan seorang gadis bawah umur dari Vietnam yang akan disiasat mengikut Akta Anti Pemedagangan Orang 2007.

“Kelab malam terbabit turut menjual kalungan bunga berharga RM20 bertujuan untuk memilih GRO yang diingini pelanggan,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan.

Shahrul Nizam berkata, wanita terbabit menerima bayaran mengikut tip dan jika pandai melayan lebih banyak wang akan diterima mereka.



Ditipu kekasih siber sengkek



KUALA LUMPUR: Demi cinta dan sayang kepada kekasih hati yang baru dikenali melalui laman sembang, seorang wanita berusia 37 tahun berputih mata selepas kerugian lebih RM30,000 apabila diperdaya lelaki terbabit kononnya mengalami kesempitan wang.
Tanpa menyedari ia helah teman lelakinya yang dipercayai warga Afrika, mangsa mempercayainya lalu memberinya wang.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir itu mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang tidak sampai sebulan, namun dia terpedaya dengan rayuan dan rintihan lelaki terbabit kononnya kesusahan.
“Mangsa mendakwa ketika bersembang dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Dennis di Internet, lelaki itu menyatakan hasrat untuk meminjam wang.

“Pada mulanya, mangsa pelik dengan permintaan teman lelakinya itu, namun selepas lelaki terbabit menyatakan berada dalam kesusahan, mangsa akur dengan permintaan itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa tidak mengesyaki sesuatu kerana teman lelakinya masih berhubung dengannya selepas menerima RM1,000 yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

“Mangsa kemudian menerima panggilan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr Frank kononnya rakan perniagaan teman lelakinya itu dan mengucapkan terima kasih.

“Dalam perbualan itu, lelaki terbabit mendakwa teman lelakinya mahu mengirimkan wang AS$ 2.5 juta (RM7.5 juta) dan beberapa botol kimia untuk mencuci wang,” katanya.
Namun, kegembiraan wanita itu bertahan sementara waktu apabila teman lelakinya gagal dihubungi, malah wang yang dijanjikan itu tidak kunjung tiba.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis Isnin lalu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan.


Songlap duit rumah sewa

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih berusia 30-an dikesan menyamar sebagai penyewa utama di sebuah kondominium mewah di kawasan Pantai Dalam, di sini, untuk mengaut keuntungan dengan menipu rakan serumah lain kononnya mereka diberi kebenaran untuk mengutip sewa bagi pihak tuan rumah.
Bagaimanapun, bayaran sewa itu tidak pun dimasukkan ke dalam akaun tuan rumah sebaliknya digunakan pasangan itu untuk modal perniagaan mereka. Sebaik ‘tembelang’ mereka pecah, pasangan itu segera menghilangkan diri.

Difahamkan, pasangan terbabit yang dikenali sebagai Sarah dan Razif itu menjalankan perkhidmatan pengurusan majlis melalui laman web mereka mula menyewa di bilik utama kondominium berkenaan sejak Oktober tahun lalu.
Hasil kelicikan Sarah, tuan rumah mereka, seorang wanita tempatan yang berhijrah ke Australia mula mempercayai pasangan terbabit untuk mengutip sewa daripada rakan serumah mereka bagi pihaknya sebelum dimasukkan ke akaun banknya.

Mangsa yang dikenali sebagai Sakinah, 45, berkata dia tinggal menyewa di kondominium itu sejak Januari tahun lalu, manakala pasangan terbabit pula menyewa Oktober tahun sama.

Katanya, sejak November lalu, dia bersama seorang lagi penghuni akan menyerahkan sewa RM1,400 kepada Sarah.

Namun, bulan lalu, dia terperanjat selepas tuan rumah menghubungi rakan serumahnya dan memaklumkan dia tidak menerima apa-apa wang sewa sejak Disember tahun lalu.



Serah pihak berkuasa

KUALA LUMPUR: “Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman dan saya yakin mereka pasti menerima hukuman setimpal dengan kekejaman mereka lakukan ke atas ibu saya.
“Kalau hukuman dunia tidak boleh menghukum mereka, saya percaya Allah akan memberi pembalasan di akhirat kelak,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya berhubung perbicaraan kes pembunuhan Allahyarham ibunya, semalam.

Gadis berusia 26 tahun yang lebih mesra dipanggil Rita itu berkata, dia bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu terlalu serius selagi undang-undang belum menjatuhkan hukuman.
“Saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan, biar pihak berkuasa menjalankan kerja mereka,” katanya. Rita berkata, dia tidak menganggap musibah menimpa keluarganya sebagai bebanan, malah menjadikan dirinya lebih kuat.


Kasanova perdaya wanita ditangkap

01/04/2011 6:37pm

LAHAD DATU – Polis menangkap seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital pakar di Kota Kinabalu selepas disyaki memperdaya seorang wanita untuk menyerahkan wang lebih RM100,000 kepadanya.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsudin Mat berkata lelaki berumur 28 tahun itu ditangkap di Jalan Lintas, Kota Kinabalu, pada 25 Mac lalu selepas salah seorang mangsanya membuat aduan polis.
Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini beliau berkata, wanita itu mengenali lelaki itu pada 10 Januari lalu sebelum jatuh cinta selepas beberapa kali berhubungan melalui telefon.
Sejak perkenalan itu sehingga 15 Februari lalu, suspek dikatakan sering meminta wang daripada mangsa kononnya untuk membiayai pembedahan ibunya yang didakwa menghidap sakit kanser tulang belakang dan memerlukan pembedahan segera.
Shamsudin berkata mangsa juga mendakwa telah diperdaya lelaki itu untuk membuat pinjaman bank sebanyak RM105,000 dan semua wang berkenaan telah diserahkan kepada suspek yang berjanji akan membayar balik.
Bagaimanapun, pada pertengahan Feb lalu, mangsa mendapat tahu bahawa teman lelakinya itu ialah teman lelaki rakannya yang turut diperdaya suspek dengan menggunakan taktik yang sama.
"Saya meminta mana-mana anggota masyarakat yang pernah diperdaya suspek supaya tampil membuat aduan polis. Saya juga ingin menasihatkan golongan wanita supaya lebih waspada apabila dihampiri orang yang tidak dikenali,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment