Empat Dol tersungkur
Oleh Kasdi Ali dan Mohd Husni Mohd Noor
kasdi@hmetro.com.my
kasdi@hmetro.com.my
TEMBAK...satu daripada empat mayat penjenayah diperiksa dalam kejadian berbalas tembak, semalam.
Kejadian berbalas tembakan itu berlaku berhampiran susur Jalan Kampung Changkat Larang di Batu Gajah, di sini, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.
Empat suspek itu berusia antara 30 dan 40 tahun dan dipercayai terbabit lebih 18 kes samun serta rompakan bersenjata, mati bergelimpangan di tempat kejadian.
Semua anggota kumpulan penjenayah itu ditembak selepas bertindak melepaskan tembakan dan cuba menyerang anggota polis dengan parang panjang dalam cubaan nekad untuk melarikan diri.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kejadian berlaku sejurus sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Perak terserempak dengan sebuah Proton Waja berwarna perak dengan nombor pendaftaran WJE 7626 dinaiki empat lelaki yang berkelakuan mencurigakan.
Sangkar nafsu tiga minggu
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Mangsa dikurung dalam sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini, sejak 31 Ogos lalu selepas termakan pujukan seorang lelaki baru dikenalinya berusia awal 20-an untuk ke rumah terbabit yang mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya.
Sumber polis berkata, sepanjang tiga minggu dikurung lima lelaki berusia 20-an itu, mangsa dipaksa mengambil dadah sebelum dirogol.
Katanya, penderitaan mangsa berakhir kira-kira jam 8 malam kelmarin apabila berjaya melarikan diri dari rumah ‘neraka’ itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.
“Kes terbabit kemudian dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut,” kata sumber itu.
Dua bulan ikat perut
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
ya_t@hmetro.com.my
LEGA...Mohd Afifuddin (kiri) dipeluk ayahnya Md Tahir Ali sambil diperhatikan ibunya Arifah Ahmad sebaik tiba di KLIA, semalam.
SYUKUR...Muhammad Khairil Anum mencium tangan ibunya, Normahani Mohd Yunus.
Pelajar tahun satu jurusan Sastera Arab dan Syariah dari Maahad Dauli, Damsyik, Syria itu berkata, persatuan pelajar di institusi pengajian tinggi berkenaan turut mengambil inisiatif meminta bantuan rakan yang ke Lubnan dan Jordan untuk mengeluarkan wang pelajar lain.
“Kami meminta bantuan rakan yang pergi ke dua negara itu mengeluarkan wang untuk kami.
“Ini kerana jika ingin pergi sendiri ia mengambil masa tiga jam, jadi kami menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kepada rakan dan meminta mereka mengeluarkan wang secukupnya untuk kegunaan kami sepanjang di universiti,” katanya.
Mohd Afifuddin yang berasal dari Kedah ditemui sebaik tiba bersama 47 pelajar Malaysia lain di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, melalui penerbangan Emirates EK 0346 dari Dubai, petang semalam.
Kos penerbangan pulang dibiayai penuh Wisma Putra dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Laporan sebelum ini menyatakan lebih 200 pelajar Malaysia di Syria mengikat perut selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas kad kredit di negara itu, mengakibatkan mereka gagal mengeluarkan wang simpanan.
Berikutan itu, kerajaan memutuskan membawa mereka pulang menerusi penerbangan komersial atau operasi khas.
Kumpulan sukarelawan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno turut menghulurkan bantuan kewangan dan keperluan asas kepada kumpulan pelajar terbabit, selain meninjau keadaan semasa di Syria bagi memudahkan urusan membawa pulang mereka.
Kumpulan kedua pelajar dari negara itu dijangka pulang ke tanah air, 29 September ini.
Pelajar jurusan Sastera Arab dari Universiti Mujama Al-Fatah Islamiah, Damsyik, Omar Farouq Mohd Ali Rojab, 24, berkata keadaan di kota itu terkawal dan tidak seteruk dilaporkan media.
Katanya, pelajar Malaysia selamat cuma perlu sentiasa berwaspada.
No comments:
Post a Comment