Wednesday, September 21, 2011

MUNGKIN CADANGAN NI LAWAK...TAK MASUK AKAL...ADA BAIK...SETIAP PPD ADA GURU YANG TAHU PENGUBATAN CARA ISLAM...DIMANA GURU2@USTAZ2 DILATIH...MACAM KITA MENEMPAT KAUNSELOR2 DISEKOLAH....

Laung takbir sebelum maut

Oleh Ikhwan Muhammad
am@hmetro.com.my
BUNGKUS...mayat mangsa berjaya dikeluarkan.
BUNGKUS...mayat mangsa berjaya dikeluarkan.
DALAM...lubang yang digali mangsa di tempat kejadian.
DALAM...lubang yang digali mangsa di tempat kejadian.
MERSING: “Sebaik tiba, saya dengar dia menjerit Allahuakbar serta mendengus kuat sebelum nafasnya tidak lagi kedengaran,” kata Mohd Khamsani Kassim, 43, bapa mentua Mohd Shafadrul Afandi Shukor, 24, yang terbunuh ketika mendulang emas di sini, kelmarin.
Mohd Shafadrul maut apabila terowong di dalam lubang sedalam lebih lima meter yang digalinya di ladang kelapa sawit milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing (PKAYM) di Kilometer 13, Jalan Endau-Mersing di sini, runtuh kira-kira jam 9 malam.

Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Hubung di sini, menggali terowong itu berseorangan.
Mohd Khamsani berkata, menantunya memaklumkan kepadanya untuk keluar membeli barangan keperluan harian pada jam 6 petang kelmarin, namun sehingga jam 9 malam dia tidak pulang ke rumah.

“Saya keluar mencarinya di sekitar kampung sebelum ke ladang berkenaan kerana arwah sudah beberapa kali ke situ untuk mendulang emas sebelum ini walaupun saya melarang,” katanya.

Sejurus Mohd Khamsani tiba di tempat kejadian, dia menemui motosikal, beg dan peralatan mendulang emas milik mangsa berhampiran lubang digalinya.

“Saya hampir menangis apabila terdengar suaranya melaungkan Allahuakbar sebelum nafasnya tidak lagi kedengaran. Saya berusaha menggali lubang itu untuk menyelamatkan arwah, namun gagal.

“Saya menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan,” katanya.
Menurutnya, ladang milik PKAYM itu sering menjadi tumpuan pendulang emas haram kerana lokasi itu dikatakan mengandungi banyak emas.

Selain itu, kekerapan pihak berkuasa membuat pemantauan di kawasan hutan simpan seperti Hutan Simpan Gunung Twiss yang dijadikan sasaran pendulang emas haram membuatkan mereka beralih ke ladang berkenaan.

Sementara itu, ibu mentua mangsa, Ayati Othman, 43, berkata Mohd Shafadrul yang bekerja sendiri seperti mengambil upah menebas di kebun pernah meluahkan hasrat untuk mendapatkan pendapatan lebih dengan mendulang emas kerana bakal mendapat anak kedua, tiga bulan lagi.

“Dia gembira kerana bakal menimang anak kedua dan disebabkan itu dia mahu mencari pendapatan tambahan. Saya dan suami sudah melarangnya ke sana kerana kerja itu bahaya, tetapi dia tetap melakukannya secara sembunyi-sembunyi,” katanya.

Menurutnya, perubahan sikap anak sulung mangsa, Mohd Adam Haikal, 18 bulan, daripada ceria kepada muram seolah-olah petanda bapanya bakal dijemput Ilahi.

Ayati berkata, sejurus mangsa meninggalkan rumah pada jam 6 petang, Adam mula muram dan ia berterusan hingga jam 9 malam.

“Kami gagal menghubungi arwah sebelum mengadakan bacaan Yasin dan tahlil sesama ahli keluarga bagi memohon keselamatannya. Pada masa sama, Adam terus muram dan enggan melayan kami,” katanya.

Menurutnya, Mohd Shafadrul yang berasal dari Batu Pahat tinggal bersamanya sejak berkahwin dengan anak sulungnya, Nurul Saufeqah, 20.

Jenazah Mohd Shafadrul dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semaloi.

Hanya tinggal nama besar

Oleh Kasdi Ali
kasdi@hmetro.com.my

TERBIAR...rumah Datuk  Maharaja Lela menunggu masa untuk roboh. Gambar kecil menunjukkan keadaan perabot yang rosak serta tilam dipercayai digunakan untuk tujuan maksiat.
TERBIAR...rumah Datuk Maharaja Lela menunggu masa untuk roboh. Gambar kecil menunjukkan keadaan perabot yang rosak serta tilam dipercayai digunakan untuk tujuan maksiat.
PASIR SALAK: Rumah pejuang tersohor, Datuk Maharaja Lela Pandak Lam, di sini, bukan saja dijadikan sarang maksiat, malah menjadi ‘port’ penagih dadah di kawasan ini.
Kediaman warisan yang terletak bertentangan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak itu berada dalam keadaan terbiar dan menunggu masa roboh.

Penduduk, Ramli Abas, 43, berkata, dia sedih apabila menyaksikan rumah peninggalan pahlawan negeri itu terbiar begitu saja tanpa sebarang tindakan membaikinya diambil kerajaan negeri. “Saya kecewa kerana perjuangan Datuk Maharaja Lela dipandang sebelah mata sesetengah pihak apabila kediamannya dibiarkan tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.
“Jasa dan pengorbanannya diiktiraf dengan beberapa jalan, sekolah serta kawasan dinamakan bersempena namanya tetapi menyedihkan apabila keadaan kediaman dan kawasan sekitar yang pernah menjadi kubu pertahanan masyarakat daerah ini satu ketika dulu, menunggu masa untuk menyembah bumi,” katanya.

Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati, rumah Maharaja Lela yang pernah dibaik pulih, kini dipenuhi belukar serta sukar dimasuki.

Tambah mengejutkan, selain barangan hiasan di dalam rumah berkenaan hilang dan rosak, ia dijadikan lokasi ‘selamat’ oleh penagih dadah dan remaja melakukan maksiat.

Ia berdasarkan penemuan beberapa barangan untuk menghisap dadah dan tilam buruk di bahagian dapur kediaman berkenaan yang didakwa Ramli angkara golongan muda tempatan.

Mengikut sejarah, selepas mendapat persetujuan dan sokongan penduduk sekitar Pasir Salak, Kampung Gajah dan pemimpin tempatan, Datuk Maharaja Lela mengepalai perjuangan menentang penjajahan British di Perak yang membawa kepada pembunuhan James Wheller Woodfird Birch (JWW Birch) iaitu Residen British pertama Perak.
Malangnya, daripada sanjungan sebagai pejuang, beberapa individu kalangan bangsa sendiri yang dipercayai sebelum itu, berpaling tadah dengan menuduh beliau serta beberapa lagi rakan seperjuangannya, selaku pemberontak sebelum beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Lebih tragik, difahamkan sebagai pengajaran kepada 'pemberontak-pemberontak' lain supaya tidak mengikut jejak Maharaja Lela dan teman seperjuangannya, pihak penjajah British difahamkan mengarahkan supaya mayat Maharaja Lela dikerat tiga dan ditanam secara berasingan di tepi tebing Sungai Perak. Biarpun tiada fakta sahih mengenainya, perkara ini masih menjadi persoalan sehingga kini kerana bukti juga tiada untuk mengatakan 'Makam Maharaja Lela' yang terletak di Taiping, benar-benar milik perwira sejati ini.

“Saya meminta pihak bertanggungjawab memandang serius perkara ini kerana selain kediaman Maharaja Lela, keadaan Kompleks Sejarah Pasir Salak juga dalam keadaan menyedihkan.

Keadaan sekarang cukup menyedihkan berbanding beberapa tahun lalu kerana ini adalah kawasan bersejarah yang mempunyai nilai begitu penting dalam sejarah Malaysia," katanya.

Tangan, kaki terpaksa diikat

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

BERHANTU...bangunan baru yang disyaki menjadi tempat tinggal makhluk halus yang mengganggu pelajar dan guru sebuah sekolah di Muadzam Shah.
BERHANTU...bangunan baru yang disyaki menjadi tempat tinggal makhluk halus yang mengganggu pelajar dan guru sebuah sekolah di Muadzam Shah.
MUADZAM SHAH: Sejak disampuk ‘hantu sekolah’ lebih lapan bulan lalu, Siti Noraslinda Mohd Razali, 14, yang pada asalnya seorang remaja lemah-lembut dan patuh arahan keluarga, kini terpaksa diikat kaki dan tangannya kerana sering berkelakuan pelik serta ganas termasuk mahu keluar rumah dalam keadaan berbogel.
Keadaannya itu menyebabkan Siti Noraslinda yang dipanggil Alin oleh keluarganya sudah lapan bulan tidak ke sekolah sedangkan dia sebelum ini pelajar pintar.
Selain mempunyai kekuatan luar biasa berbanding ketika normal, Alin beberapa kali dilihat menangkap ikan di dalam akuarium rumahnya menggunakan tangan sebelum memicit ikan itu hingga mati serta mencabut sisik ikan itu satu persatu.

Ibu Alin, Siti Asiah Jaafar, 37, mendakwa anak kedua daripada empat beradik itu mula berkelakuan pelik sejak pulang dari sekolahnya Januari lalu dan ketika itu, Alin menjerit-jerit histeria selain tercungap-cungap dan meronta dengan kuat dalam usaha mahu melarikan diri daripada dipegang ahli keluarganya.


“Ketika itu, Alin meracau dan suara yang keluar dari mulutnya bukan suara sebenar Alin, sebaliknya ia garau dan menakutkan. Selepas dipulihkan, dia kelihatan bingung dan mengaku langsung tidak menyedari apa yang berlaku,” kata Siti Asiah yang menetap di Felda Keratong 5 di sini.

No comments:

Post a Comment