Monday, March 5, 2012

ADAKAH KITA SELAMAT DENGAN UNDANG2 YANG ADA...JENAYAH SEX BERLAKU...TANPA DIGERUNI OLEH PIHAK PERLAKU... KERANA HUKUM TAK SEBERAT MANA...DAN HUKUMAN TAK MAMPU MENDIDIK MASYARAKAT...

Pelabur skim rumpai laut terus 'kempunan'


FERDINAND (kanan) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan tuntutan pelabur yang ditipu di Ipoh semalam.


IPOH - Nasib kira-kira 2,000 mangsa skim cepat kaya pelaburan rumpai laut seperti jatuh ditimpa tangga apabila mereka bukan sahaja gagal mengesan dalang penipuan tetapi juga tidak dibenar memindah milik harta syarikat dan individu yang bertanggungjawab.
Berikutan itu, 50 orang daripada kumpulan mangsa terbabit mendesak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri Perak meluluskan permohonan mereka untuk mengkaveat harta milik ejen syarikat skim tersebut di Pusat Perniagaan Greentown di sini semalam.
Jurucakap kumpulan itu, Richard Ferdinand berkata, hanya melalui cara tersebut, mangsa akan mendapat sebahagian wang mereka meskipun jumlahnya amat sedikit berbanding nilai pelaburan keseluruhan yang mencecah RM26 juta.
Menurutnya, permohonan untuk mengkaveat harta berkenaan ditolak pengarah PTG negeri pada 16 Februari lalu dengan alasan pelabur tiada kepentingan dalam hak milik harta berkenaan.
"Hampir empat tahun kami berjuang mendapatkan semula wang pelaburan setelah pengusaha terbabit menghilangkan diri. Sepanjang tempoh itu, hampir 2,000 laporan polis dibuat namun sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap mereka.
"Sudahlah kami kena tipu, janganlah pula hasrat kami untuk melelong harta milik mereka yang hanya dianggarkan bernilai RM500,000 itu ditolak," katanya pada sidang akhbar sebelum menghantar permohonan semula untuk mengkaveat harta tersebut di bangunan PTG negeri di sini semalam.

Jimmy mengaku tampar isteri

JIMMY SHANLEY bersama Nursuhaila Eliani pada hari perkahwinan mereka pada
1 Oktober 2010.


SHAH ALAM - Pengacara televisyen Astro, Jimmy Shanley mengaku telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sebanyak dua kali sepanjang 19 hari berkahwin.
Menurut Jimmy, kali pertama dia menampar Nursuhaila adalah pada hari ketiga berkahwin di rumah mertuanya di Sungai Buloh dekat sini.
Kali kedua dia berbuat demikian ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010.
Katanya, tindakan tersebut dilakukan sebagai pengajaran untuk mengelak wanita itu menjadi derhaka selepas mengabaikan dirinya sebagai suami.
"Dia ada menangis, namun tiada kecederaan," katanya yang mengakui perkahwinan mereka bermasalah sejurus selepas bernikah pada 1 Oktober 2010.
"Selepas kejadian (ditampar), isteri saya terus daftar keluar (dari hotel) dan pergi ke Bangkok seorang diri manakala saya pulang ke Kuala Lumpur pada 20 Oktober," katanya semasa disoal peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus.

Budak diculik angkara dendam


ROSELYN (kanan) dan Lima menunjukkan gambar Nurul Nadirah dan patung kegemaran kanak-kanak itu semalam.


JOHOR BAHRU - Angkara dendam, seorang kanak-kanak disyaki menjadi mangsa penculikan ketika dia keluar rumah untuk membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit berhampiran kediamannya di Flat Seri Delima Jalan Suri, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini Khamis lalu.
Nurul Nadirah Abdullah, 5, sehingga kini masih belum ditemui meskipun polis telah menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia di antara 36 dan 40 tahun bagi membantu siasatan sebaik mendapat laporan yang dibuat ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, pada hari kejadian.
Nurul Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi ketika anak kedua daripada tiga beradik itu telah diberi wang RM4 dan sekeping nota untuk membeli dua bungkus mi segera dan telur.
Bagaimanapun, mangsa masih tidak pulang selepas hampir sejam menyebabkan Roselyn dan suami, Lima Medang, 25, pergi mencari Nurul Nadirah di kedai runcit tersebut tetapi dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu telah beredar pulang sejurus membeli barang-barang yang dimahukannya.
Menurut Roselyn, dia kini bimbang mengenai keselamatan anaknya itu walaupun polis telah membuat tangkapan dan memaklumkan mengenai penemuan sepasang selipar milik anaknya berserta mi segera dan telur di dalam kawasan kelapa sawit berhampiran flat empat tingkat terbabit.
"Ada jiran ternampak anak saya telah dilarikan oleh sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang tinggal di rumah kosong yang telah dilelong di depan kediaman kami.

Anak lebam teruk akibat dibuli


SUZIANAWATI menunjukkan kesan-kesan lebam pada belakang tubuh Faqrul yang didakwa dipukul murid senior.


SEREMBAN – Seorang ibu mendakwa anak sulungnya yang merupakan murid tahun satu sebuah sekolah kebangsaan di sini mengalami lebam teruk di seluruh tubuh dipercayai menjadi mangsa buli tiga pelajar senior yang meminta wang daripada mangsa.
Suzianawati Mohamad, 33, berkata, Faqrul Hakimi Mohd. Kamarulzaman, 7, mengalami lebam-lebam di muka, badan, paha dan betis dipercayai dipukul dengan objek keras dalam kejadian Jumaat lalu.
Akibatnya, kata beliau, anaknya itu kini trauma sehingga sukar untuk menerangkan kepadanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku.
“Saya menyedari anak saya dibelasah dan dibuli ketika menjemputnya dari sebuah rumah anak yatim di Taman England dekat sini pada kira-kira pukul 7.30 petang, Jumaat lalu.
“Saya terkejut apabila melihat kecederaan yang dialami Faqrul Hakimi dan dia memberitahu, dia telah dipukul ketika berada di sekolah.
“Bagaimanapun, dia gagal memberitahu dengan jelas bagaimana peristiwa itu boleh berlaku mungkin kerana trauma akibat dipukul dengan teruk,’’ katanya di sini semalam.

Ditahan sejurus perkosa dalam tandas



KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan yang kemaruk seks hilang pertimbangan apabila sanggup mencekik, memukul sebelum merogol seorang penuntut kolej dalam tandas sebuah pangsapuri di Batu 6 1/2, Jalan Puchong, di sini kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 22 tahun bersama keluarganya ke pangsapuri berkenaan selepas abangnya berhasrat membelinya.

Menurut sumber, beberapa minit kemudian, mangsa memberitahu kakak iparnya mahu ke tandas tanpa menyedari gerak-gerinya diperhatikan pengawal keselamatan terbabit.
“Pengawal yang gagal mengawal nafsunya meminta mangsa melakukan seks,” katanya.

Mangsa enggan dan dia yang ketakutan cuba melarikan diri namun gagal apabila tangannya dipegang sebelum dicekik menyebabkan mangsa sukar bernafas.

“Pengawal yang melihat mangsa mula lemah dan hampir pitam bertindak menarik seluar mangsa sebelum merogolnya,” katanya.

Menurutnya, ibu mangsa pelik hampir setengah jam anak gadisnya dalam tandas memanggil nama anaknya itu berulang kali apabila menyedari pintu tandas dikunci daripada dalam.

Sumber berkata, pengawal itu cuba melawan melepaskan diri dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu datang membantu dan menangkapnya sebelum dibawa ke Balai Polis Petaling untuk tindakan lanjut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan penahanan lelaki terbabit yang direman 14 hari.


Dua pelancong India maut


ANGGOTA bomba melihat keadaan sebuah bas persiaran yang hancur selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan dua penumpangnya maut di Genting Highlands semalam.


GENTING HIGHLANDS - Kegembiraan sekumpulan 22 pelancong dari wilayah Punjab dan Jaipur, India bercuti di negara ini tidak berpanjangan apabila dua daripada ahli rombongan itu maut selepas bas persiaran yang mereka naiki terbalik ketika menuruni bukit di sini semalam.
Kejadian pukul 8 pagi di satu selekoh di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur itu mengakibatkan Anita-Aggarwal, 59, mati di tempat kejadian manakala Rajendra Kumar Agurwal, 67, disahkan mati sebaik tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Bas yang dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun itu membawa 22 penumpang dan seorang pembantu pemandu. Turut berada dalam bas itu ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.
Mereka menghala ke ibu negara sebelum hendak berlepas ke Singapura. Sebelum kejadian, mereka baru sahaja berlepas kira-kira empat kilometer dari pusat peranginan itu setelah menginap di situ sejak Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Suprintendan Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, bas itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan.
"Kebanyakan penumpang cedera akibat tersepit selain terjatuh di atas lantai bas ketika kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbalik. Tiada mangsa tercampak keluar dan ketika kejadian cuaca cerah," katanya.

Isteri maut kerana babi hutan

BESUT – Hajat seorang suami untuk menghantar isterinya bekerja di Kuala Terengganu tidak kesampaian apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki terlanggar seekor babi hutan sebelum kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah kereta lain dalam kejadian di Kampung Anak Ikan di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu menyebabkan Noor Azira Md. Nayan, (gambar kecil), 24, yang merupakan kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh badan.
Suami mangsa, Che Mohd. Azmil Che Mohd., 24, dan pemandu kereta Perodua Kelisa, Marzita Mat Yahya, 32, bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan.

Kes gangguan kera paling tinggi

GEORGE TOWN - Kes gangguan kera dan monyet di kawasan penempatan terutama kampung di pinggir bandar merupakan aduan tertinggi yang diterima Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sejak dua tahun lepas.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abd. Rasid Samsudin berkata, ia diikuti kes gangguan haiwan lain seperti gajah dan harimau yang kerap berlaku di kawasan pedalaman.
Katanya, faktor pembangunan di kawasan hutan memberi kesan terhadap kehidupan liar sehingga berlakunya konflik haiwan dengan manusia.
Bagaimanapun beliau tidak memberi statistik mengenai serangan kera dan monyet itu.
“Kes serangan kera atau monyet sering berlaku termasuk melibatkan kecederaan sehingga tindakan penguatkuasaan seperti tangkap pindah terpaksa diambil.
“Masalah konflik hidupan liar sekarang semakin kompleks. Justeru, Perhilitan perlu mendapat kerjasama daripada masyarakat,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment