Ana teruja berbulan madu di Kelantan
4 Mac 2012


Lebih membahagiakan pasangan yang dinikahkan pada 25 Febuari lalu kini melayari saat-saat yang paling bermakna dalam hidup dengan melakukan perkara yang sangat diidamkan setelah berada di Kelantan.
Ana yang tidak lekang daripada senyuman itu memberitahu, dia sangat teruja dan seronok dapat menghabiskan masa bersama dengan insan tersayang di negeri ini selepas bergelar suami isteri.
“Saya bercuti selama dua minggu dan dengan peluang yang ada ini saya gunakan untuk melawat sanak saudara di Kelantan. Saya sangat gembira,” katanya ketika ditemui media hari ini sempena majlis meraikan perkahwinannya di Kelantan Trade Center (KTC).
Ana Raffali yang masih dalam proses menyiapkan album barunya dengan mempertaruhkan single “Lisa Jatuh Cinta” itu juga sangat bertuah kerana dia dapat menunaikan keinginannya untuk menikmati keistimewaan masakan orang Kelatan.
“Sejak sampai di sini, pelbagai manakan tradisi orang Kelantan saya sudah makan, sedapnya menikmati hidangan nasi kerabu, nasi dagang, jeruk mame, solok lada dan banyak lagilah.
“Saya akui orang Kelantan sangat ramah dan pandai memasak,” katanya yang ayu menggayakan baju kurung berwarna gelap.
Ana yang mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri dengan panggilan mesra terhadap suaminya itu kini melupakan seketika tentang kerjayanya kerana selepas habis cuti nanti dia sudah mempunyai jadual yang ketat termasuk memenuhi pelbagai undangan.
Sebagai tanda meraikan pasangan pengantin baru itu, pihak KTC menawarkan pakej berbulan madu di hotelnya selama empat hari dan turut diselitkan dengan beberapa aktiviti menarik untuk dinikmati sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.
Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa berkata, sempena kedatangan penyanyi berkenaan pihak hotel akan menamakan bilik tersebut sebagai Kamar Ana Raffali dan Naim.
Katanya, selain Ana Raffali pihaknya juga berhasrat untuk memberikan tawaran yang sama kepada penyanyi yang popular dengan lagu Bunga-bunga Cinta juga, Misya Omar bersama pasangannya dan juga Malek Noor.
Dirotan sampai berdarah
4 Mac 2012

Kejadian berlaku di sebuah kelas di sekolah berkenaan, kira-kira 7.30
pagi, Khamis lalu, mengakibatkan Amir Azamuddin Abd Rahim, 14, lebam dan
calar balar di bahagian belakang badan, kedua-dua bahu serta betis.
Guru berkenaan yang dipanggil mereka sebagai ustaz menjatuhkan hukuman
di hadapan pelajar lain dengan menggunakan rotan sebesar ibu jari tangan
yang dibalut pita pelekat di hujungnya.
Bapa mangsa, Abd Rahim Abdul Wahid, 37, berkata, anaknya memberitahu,
kejadian berpunca daripada seorang rakannya mengadu kepada guru
berkenaan mengenai perbuatannya mengejeknya, sehari sebelum itu.
“Ustaz berkenaan datang berjumpa anak saya dan tiga rakannya sebelum
merotan kesemua mereka. Bagaimanapun, hanya anak saya seorang dirotan
sehingga 10 kali, sementara yang lain dirotan sebanyak tiga dan empat
kali.
“Akibat tidak tahan, anak saya lari keluar dari kelas dan mendapatkan pertolongan rakan saya,” katanya.
Abd Rahim berkata, dia dihubungi isterinya, Memedalina Abu, 34, yang
berada di rumah kira-kira 12 tengah hari, selepas dimaklumkan kejadian
itu oleh lelaki terbabit.
“Saya pergi ke sekolah berkenaan untuk membawa pulang Amir Azamuddin.
Di dalam kereta anak saya menceritakan segalanya sebelum saya terus
membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, kira-kira 3
petang,” katanya.
Menurutnya, ketika di IPD, guru berkenaan turut dipanggil polis untuk
memberi keterangan dan sempat meminta maaf atas perbuatannya, serta
mengakui bertindak mengikut emosi.
“Saya tidak kisah anak saya dirotan kerana kesalahannya, tapi hukuman sebegitu adalah keterlaluan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan
Abd Rahman Jid berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323
Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
4 Mac 2012
SEREMBAN - Seramai 103 pelanggan yang sedang menikmati layanan gadis
pelayan pelanggan (GRO) warga asing, ditahan polis dalam serbuan
serentak ke atas empat premis hiburan di Taman AST di sini, malam
semalam.
Dalam operasi yang dilakukan Jabatan Sisatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri itu, pihak berkuasa turut menahan 103 GRO warga asing yang bekerja di premis-premis hiburan terbabit.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri ACP Hamdan Majid berkata kesemua pelanggan tersebut adalah lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an.
"Semua GRO itu pula terdiri daripada 90 warga China, 12 Vietnam dan seorang dari Filipina berusia antara 21 dan 45 tahun," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya ketika serbuan dilakukan, semua GRO berkenaan yang sedang leka melayan pelanggan masing-masing tergamam dan beberapa orang daripada mereka cuba melarikan diri dengan bersembunyi di dalam 'lubang tikus'.
Bagaimanapun Hamdan berkata pasukannya yang diketuai ASP Yusharifuddin Mohd Yusop berjaya mengesan taktik itu sebelum menahan wanita-wanita terbabit.
Katanya siasatan awal mendapati wanita-wanita tersebut masuk ke negara ini dengan cara yang sah tetapi telah menyalahgunakan pas lawatan mereka dengan bekerja di premis-premis terbabit.
"Ada di antara wanita ini menyalahgunakan pas lawatan sosial, pas pelajar dan permit bekerja di bidang industri dengan bekerja sebagai GRO di kelab malam berkenaan," katanya.
Katanya kesemua pelanggan dibebaskan selepas diambil keterangan, manakala wanita GRO itu pula ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen kerana bekerja tanpa permit yang sah. - Bernama
4 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut dirempuh dan diseret sebuah kereta
ketika menukar tayar vannya yang pancit di susur Kerinchi, Lebuhraya
Persekutuan awal hari ini.
S. Rajendran, 50, mati di tempat kejadian selepas dirempuh dan diseret sejauh kira-kira 25 meter oleh sebuah kereta Volkswagen Scirocco yang dipandu wanita berusia 26 tahun.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata kejadian pada pukul 6.15 pagi itu turut menyebabkan van yang dipandu lelaki itu hangus terbakar.
"Rajendran yang bekerja sebagai pemandu di sebuah hotel di Petaling Jaya, menghentikan van Toyoto Hiace yang dipandunya di lorong kiri jalan untuk menukar tayar selepas menyedari ia pancit.
"Ketika sedang menukar tayar, kereta itu melanggar bahagian belakang sebelah kanan van mangsa sebelum merempuh lelaki itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
4 Mac 2012
SHAH ALAM - Seorang lelaki, yang cuba melarikan diri daripada sekatan
polis, maut apabila motosikal yang ditunggangnya secara melawan arus
merempuh sebuah kereta Perodua Myvi di Persiaran Masjid di sini, awal
hari ini.
Aidil Hamidi Ismail, 33, dari Negeri Sembilan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian muka dan kepala.
Ketua Ops Samseng Jalanan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ASP Hambazi Abd Rahmat berkata dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, lelaki yang menunggang dari arah Bulatan Setia Jasa berhampiran Seksyen 10 di sini, bertindak nekad berpatah balik sebaik menyedari terdapat sekatan polis, kira-kira 200 meter di hadapannya.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Hambazi berkata dalam Ops Samseng Jalanan yang bermula kira-kira 1 pagi tadi, sebanyak 115 saman dikeluarkan dan sembilan motosikal disita kerana pelbagai kesalahan.
Antara kesalahan yang dilakukan ialah tiada lesen, tiada cukai jalan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lampu brek, pemandu kereta tidak memakai tali pinggang keledar dan tiada brek ketiga.
"Kebanyakan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan berusia antara 16 hingga 20-an termasuk beberapa pelajar sekolah," katanya.
Hambazi berkata operasi itu diadakan bagi membanteras dan mencegah kegiatan samseng jalan raya, yang bukan sahaja membahayakan diri mereka malah turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. - Bernama
4 Mac 2012
SEREMBAN - Biarpun polis kerap melakukan operasi bagi membanteras
kegiatan maksiat, namun khidmat pelayan pelanggan (GRO) di negeri ini
masih belum ada tanda kesudahan.
103 pelanggan, 103 GRO ditahan
4 Mac 2012

Dalam operasi yang dilakukan Jabatan Sisatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri itu, pihak berkuasa turut menahan 103 GRO warga asing yang bekerja di premis-premis hiburan terbabit.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri ACP Hamdan Majid berkata kesemua pelanggan tersebut adalah lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an.
"Semua GRO itu pula terdiri daripada 90 warga China, 12 Vietnam dan seorang dari Filipina berusia antara 21 dan 45 tahun," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya ketika serbuan dilakukan, semua GRO berkenaan yang sedang leka melayan pelanggan masing-masing tergamam dan beberapa orang daripada mereka cuba melarikan diri dengan bersembunyi di dalam 'lubang tikus'.
Bagaimanapun Hamdan berkata pasukannya yang diketuai ASP Yusharifuddin Mohd Yusop berjaya mengesan taktik itu sebelum menahan wanita-wanita terbabit.
Katanya siasatan awal mendapati wanita-wanita tersebut masuk ke negara ini dengan cara yang sah tetapi telah menyalahgunakan pas lawatan mereka dengan bekerja di premis-premis terbabit.
"Ada di antara wanita ini menyalahgunakan pas lawatan sosial, pas pelajar dan permit bekerja di bidang industri dengan bekerja sebagai GRO di kelab malam berkenaan," katanya.
Katanya kesemua pelanggan dibebaskan selepas diambil keterangan, manakala wanita GRO itu pula ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen kerana bekerja tanpa permit yang sah. - Bernama
Lelaki maut dirempuh kereta ketika tukar tayar van
4 Mac 2012
S. Rajendran, 50, mati di tempat kejadian selepas dirempuh dan diseret sejauh kira-kira 25 meter oleh sebuah kereta Volkswagen Scirocco yang dipandu wanita berusia 26 tahun.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata kejadian pada pukul 6.15 pagi itu turut menyebabkan van yang dipandu lelaki itu hangus terbakar.
"Rajendran yang bekerja sebagai pemandu di sebuah hotel di Petaling Jaya, menghentikan van Toyoto Hiace yang dipandunya di lorong kiri jalan untuk menukar tayar selepas menyedari ia pancit.
"Ketika sedang menukar tayar, kereta itu melanggar bahagian belakang sebelah kanan van mangsa sebelum merempuh lelaki itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Lelaki maut ketika cuba lari daripada sekatan polis
4 Mac 2012
Aidil Hamidi Ismail, 33, dari Negeri Sembilan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian muka dan kepala.
Ketua Ops Samseng Jalanan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ASP Hambazi Abd Rahmat berkata dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, lelaki yang menunggang dari arah Bulatan Setia Jasa berhampiran Seksyen 10 di sini, bertindak nekad berpatah balik sebaik menyedari terdapat sekatan polis, kira-kira 200 meter di hadapannya.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Hambazi berkata dalam Ops Samseng Jalanan yang bermula kira-kira 1 pagi tadi, sebanyak 115 saman dikeluarkan dan sembilan motosikal disita kerana pelbagai kesalahan.
Antara kesalahan yang dilakukan ialah tiada lesen, tiada cukai jalan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lampu brek, pemandu kereta tidak memakai tali pinggang keledar dan tiada brek ketiga.
"Kebanyakan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan berusia antara 16 hingga 20-an termasuk beberapa pelajar sekolah," katanya.
Hambazi berkata operasi itu diadakan bagi membanteras dan mencegah kegiatan samseng jalan raya, yang bukan sahaja membahayakan diri mereka malah turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. - Bernama
GRO hotel bajet kena cekup
4 Mac 2012

Ini terbukti dengan tertangkapnya 34 wanita disyaki menjadi GRO ketika
sedang leka melayan pelanggan di tiga hotel bajet sekitar bandar ini,
petang kelmarin.
Operasi bermula kira-kira 3 petang itu membabitkan sepasukan pegawai
dan angggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat
Polis Kontinjen (IPK) negeri, diketuai Pegawai Turus D7 negeri, Asisten
Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid
berkata, dalam serbuan itu, polis turut menemui lebih 100 kondom selain
tisu dan minyak pelincir.
“Dalam serbuan pertama, kita menahan 12 wanita warga Indonesia disyaki GRO dan turut menemui 21 kondom serta dua gulung tisu.
“Manakala, serbuan kedua terhadap sebuah lagi hotel apabila seramai 13
wanita, sebahagian besar warga tempatan ditahan termasuk merampas 43
kondom dan dua gulung tisu.
“Ketika serbuan terakhir, lapan wanita warga tempatan dicekup termasuk
menemui 45 kondom dan satu gulung tisu,” katanya kepada pemberita di
sini, semalam.
Hamdan berkata, selain semua wanita berusia 23 hingga 58 tahun itu,
pihaknya turut menahan tiga lelaki dipercayai penjaga premis berkenaan
bagi membantu siasatan.
“Seramai 11 pelanggan termasuk warga asing berusia lingkungan 20 hingga
60-an yang berada dalam semua premis berkenaan turut ditahan.
“Kesemua mereka ditahan reman sehingga 6 Mac ini untuk siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran.
4 Mac 2012
JOHOR BAHRU - Seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki ketika sedang berehat di rumahnya, semalam.
Parah diserang tiga lelaki
4 Mac 2012

Mangsa, N Damutharan, 50an, diserang tiga lelaki yang bertindak berani
memanjat pagar rumahnya di Taman Sri Skudai, di sini, sebelum menyerang
lelaki berkenaan.
Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika
dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu, mangsa ketika kejadian
tinggal keseorangan di rumah.
“Kami menerima laporan daripada salah seorang jiran yang mendengar kekecohan datang dari rumah mangsa sekitar jam 11.30 pagi.
“Mangsa mengalami kecederaan parah pada anggota badannya kerana ditetak
beberapa kali di bahagian kepala, badan dan tangannya,” katanya.
Ruslan berkata, mangsa dibawa ke Hospital Pakar Kempas untuk
mendapatkan rawatan susulan berikutan kecederaan serius yang dialami.
“Polis kini sedang menyiasat motif serangan berkenaan dilakukan. Kes
ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan
membunuh,” katanya
Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat
berhubung kejadian diharapkan dapat menghubungi hotline polis di talian
07-2212999 atau membuat laporan di balai berdekatan.
4 Mac 2012
KULIM - Sebanyak 22 butir peluru sembilan milimeter dijumpai bertaburan
di pinggir jalan dan dalam longkang di Lebuh Raya Kulim-Baling,
berhampiran simpang jalan ke Kampung Bukit Sarang Ayam dekat sini, awal
pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata sekumpulan pekerja penarik kereta yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di kawasan berhampiran telah menemui peluru-peluru tersebut dalam keadaan bertaburan dan sedikit tertimbus dengan rumput di kawasan berkenaan.
Katanya beberapa anggota Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) yang turut membantu kumpulan lori penarik kereta itu di kawasan kemalangan tersebut mengetahui kes tersebut lalu memaklumkan kepada polis di sini.
“Sebahagian besar peluru-peluru tersebut ditemui di pinggir jalan dan bakinya dalam longkang kira-kira tiga meter dari atas rumput dan keadaan peluru-peluru tersebut walaupun sudah nampak usang tetapi masih boleh digunakan lagi sama ada untuk pistol ataupun senapang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Chin berkata peluru tersebut mungkin ditinggalkan di lokasi tersebut kerana aktiviti pembawa peluru berkenaan sudah dikesan pihak berkuasa maka secara terburu-buru telah membuang peluru berkenaan untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
Katanya polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Akta Senjata Api dan orang ramai yang mengetahui atau ada maklumat mengenai peluru-peluru berkenaan bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim melalui talian 04-4906222, bagi membantu siastaan polis. - Bernama
4 Mac 2012
MACHANG - Seorang pemandu lori, Muhammad Nazmin Din, 26, cedera apabila
lori yang dipandunya terlanggar belakang sebuah lori lain di Bukit
Belah, dekat sini, semalam.
22 butir peluru pistol bertaburan di tepi jalan dan longkang di Kulim
4 Mac 2012
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata sekumpulan pekerja penarik kereta yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di kawasan berhampiran telah menemui peluru-peluru tersebut dalam keadaan bertaburan dan sedikit tertimbus dengan rumput di kawasan berkenaan.
Katanya beberapa anggota Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) yang turut membantu kumpulan lori penarik kereta itu di kawasan kemalangan tersebut mengetahui kes tersebut lalu memaklumkan kepada polis di sini.
“Sebahagian besar peluru-peluru tersebut ditemui di pinggir jalan dan bakinya dalam longkang kira-kira tiga meter dari atas rumput dan keadaan peluru-peluru tersebut walaupun sudah nampak usang tetapi masih boleh digunakan lagi sama ada untuk pistol ataupun senapang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Chin berkata peluru tersebut mungkin ditinggalkan di lokasi tersebut kerana aktiviti pembawa peluru berkenaan sudah dikesan pihak berkuasa maka secara terburu-buru telah membuang peluru berkenaan untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
Katanya polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Akta Senjata Api dan orang ramai yang mengetahui atau ada maklumat mengenai peluru-peluru berkenaan bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim melalui talian 04-4906222, bagi membantu siastaan polis. - Bernama
Tersepit dalam lori 20 minit
4 Mac 2012

Pada kejadian kira-kira jam 12.25 tengah hari itu, Muhammad Nazmin
tersepit di tempat duduknya dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan
Anggota Bomba dan Penyelamat Machang kira-kira 20 minit kemudian.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat machang, Zamri Che Ya berkata,
pihaknya menerima panggilan pada jam 12.31 tengah hari dan tiba di
tempat kejadian 10 minit kemudian.
Katanya, kedua-dua kenderaan tersebut dari laluan yang sama, Machang ke
Kota Bharu sebelum lori yang dipandu Muhammad Nazmin melanggar bahagian
belakang lori di hadapannya.
“Kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa.
“Mangsa, Muhammad Nazmin berasal dari Kampung Hutan Kuing dan mendapatkan rawatan di Hospital Machang.
“Operasi menyelamat itu melibatkan empat anggota dengan sebuah jentera,” katanya.
3 Mac 2012
BESUT - Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut setelah
ditimpa pintu pagar besi rumah datuknya di Kampung Lay Out, Tok Saboh,
Kuala Besut di sini semalam.
Mohd Aqif Najwan Majuki, dikatakan memanjat dan menyorong pintu pagar itu selepas pulang dari kilang keropok bersama datuknya kira-kira pukul 10 pagi.
"Dia bermain seorang diri dan kejadian itu disedari oleh abang dan kakaknya, Mohd Nizaruddin Ikmal, 11, dan Nurul Aina Natasha, 10, yang ketika itu bermain badminton tidak jauh dari situ," kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria.
Beliau berkata siasatan mendapati kanak-kanak itu memanjat dan menyorong pintu pagar besi rumah datuknya yang tidak kukuh dengan kuat menyebabkan penyendal pintu besi itu terkeluar dari tempat pemegangnya sebelum jatuh menimpa kanak-kanak tu.
Anak bongsu dari empat beradik yang tinggal di Pengkalan Nyireh, di Kampung Limbongan dekat Kampung Raja itu mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut.
"Hasil siasatan Hospital Daerah Besut mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dan pendarahan dalam kepala," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Besut pukul 9.30 malam tadi.
3 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Hasrat seorang pemandu teksi untuk menimang cahaya mata
ketiga tidak kesampaian apabila maut setelah motosikal yang diboncengnya
dirempuh sebuah lori pasir, di Jalan Tasik Permai, Ampang, di sini,
hari ini.
Dalam kemalangan ngeri pada 11.30 pagi itu, Muhammad Syafiq Yahya dan rakannya Saiful Ramli, kedua-dua berumur 24 tahun, maut di tempat kejadian apabila motosikal jenis Honda Wave yang mereka tunggang dirempuh dari belakang oleh lori berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata akibat pelanggaran itu mereka digilis oleh lori berkenaan yang menyebabkan kepala mereka hancur serta isi perut terburai di atas jalan raya.
Beliau berkata ketika kejadian Muhammad Syafiq dan Saiful, kedua-duanya bekerja sebagai pemandu teksi, dipercayai dalam perjalanan dari kawasan rumah mereka di Taman Industri Lembah Jaya untuk membeli peralatan membaiki teksi.
"Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat manakala pemandu lori berumur 54 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, isteri Muhammad Syafiq, yang sedang sarat mengandung lima bulan dan hanya mahu dikenali sebagai Nurul Huda, 25, berkata beliau tidak menyangka hari ini merupakan kali terakhir suaminya menghantarnya ke tempat kerja.
"Suami saya selalu bergurau dengan saya...semalam dia ada katakan dia tidak dapat membantu saya membasuh baju lagi...semua dia suruh saya buat sendiri, saya tidak sangka ia merupakan gurauan yang ada makna disebaliknya," katanya dengan hiba ketika ditemui Bernama Rumah Mayat HKL.
Nurul Huda berkata suaminya merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik dan mempunyai dua orang anak berusia lima tahun dan lapan bulan selain menunggu kelahiran anak ketiga.
Dalam pada itu, saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Mamat, 31, berkata beliau melihat motosikal mangsa dihimpit terlebih dahulu sebelum terjatuh dan digilis.
"Saya kesal pemandu lori itu memandu secara berbahaya dan melulu sehingga menyebabkan dua nyawa melayang," katanya. - Bernama
3 Mac 2012
TANAH MERAH - Seorang pesara jururawat maut digilis tiga kenderaan
manakala suaminya parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 71
Jalan Kota Baharu-Machang-Jeli, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, Kamariah Osman, 63, yang ketika itu bersama suaminya, Yahya Ahmad, 66, dikatakan sedang melintas jalan menuju ke gerai makan selepas menunaikan solat subuh di Masjid Kampung Panglima Bayu, di sini.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Tanah Merah C/Insp Zamri Mustaffa berkata pasangan suami isteri itu adalah anggota rombongan persatuan surau dari Kemaman, Terengganu.
Beliau berkata, Kamariah dikatakan dirempuh oleh dua kereta dari arah Tanah Merah ke Jeli dan kali ketiga oleh sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan ketika wanita itu berhenti di garisan berkembar di tengah jalan.
"Suami mangsa, Yahya turut rebah selepas rempuhan kali pertama, namun sempat bangun dan menyelamatkan diri dalam keadaan cedera parah. Dia dihantar orang ramai ke Hospital Tanah Merah," katanya ketika dihubungi di sini.
Zamri berkata pasangan suami isteri itu sedang mengikuti rombongan seramai 36 orang menaiki bas dari Terengganu kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi dan tiba di masjid itu pada pukul 5.30 pagi untuk menunaikan solat subuh.
"Rombongan itu difahamkan singgah untuk bersarapan pagi di kedai makan di seberang jalan masjid berkenaan sebelum meneruskan perjalanan untuk membeli-belah di Rantau Panjang," katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga pemandu kenderaan yang melanggar wanita itu tidak dapat dikesan apabila bertindak melarikan diri.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
Kanak-kanak maut ditimpa pintu pagar besi
3 Mac 2012

Mohd Aqif Najwan Majuki, dikatakan memanjat dan menyorong pintu pagar itu selepas pulang dari kilang keropok bersama datuknya kira-kira pukul 10 pagi.
"Dia bermain seorang diri dan kejadian itu disedari oleh abang dan kakaknya, Mohd Nizaruddin Ikmal, 11, dan Nurul Aina Natasha, 10, yang ketika itu bermain badminton tidak jauh dari situ," kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria.
Beliau berkata siasatan mendapati kanak-kanak itu memanjat dan menyorong pintu pagar besi rumah datuknya yang tidak kukuh dengan kuat menyebabkan penyendal pintu besi itu terkeluar dari tempat pemegangnya sebelum jatuh menimpa kanak-kanak tu.
Anak bongsu dari empat beradik yang tinggal di Pengkalan Nyireh, di Kampung Limbongan dekat Kampung Raja itu mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut.
"Hasil siasatan Hospital Daerah Besut mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dan pendarahan dalam kepala," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Besut pukul 9.30 malam tadi.
Dua pemandu teksi maut digilis lori pasir
3 Mac 2012
Dalam kemalangan ngeri pada 11.30 pagi itu, Muhammad Syafiq Yahya dan rakannya Saiful Ramli, kedua-dua berumur 24 tahun, maut di tempat kejadian apabila motosikal jenis Honda Wave yang mereka tunggang dirempuh dari belakang oleh lori berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata akibat pelanggaran itu mereka digilis oleh lori berkenaan yang menyebabkan kepala mereka hancur serta isi perut terburai di atas jalan raya.
Beliau berkata ketika kejadian Muhammad Syafiq dan Saiful, kedua-duanya bekerja sebagai pemandu teksi, dipercayai dalam perjalanan dari kawasan rumah mereka di Taman Industri Lembah Jaya untuk membeli peralatan membaiki teksi.
"Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat manakala pemandu lori berumur 54 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, isteri Muhammad Syafiq, yang sedang sarat mengandung lima bulan dan hanya mahu dikenali sebagai Nurul Huda, 25, berkata beliau tidak menyangka hari ini merupakan kali terakhir suaminya menghantarnya ke tempat kerja.
"Suami saya selalu bergurau dengan saya...semalam dia ada katakan dia tidak dapat membantu saya membasuh baju lagi...semua dia suruh saya buat sendiri, saya tidak sangka ia merupakan gurauan yang ada makna disebaliknya," katanya dengan hiba ketika ditemui Bernama Rumah Mayat HKL.
Nurul Huda berkata suaminya merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik dan mempunyai dua orang anak berusia lima tahun dan lapan bulan selain menunggu kelahiran anak ketiga.
Dalam pada itu, saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Mamat, 31, berkata beliau melihat motosikal mangsa dihimpit terlebih dahulu sebelum terjatuh dan digilis.
"Saya kesal pemandu lori itu memandu secara berbahaya dan melulu sehingga menyebabkan dua nyawa melayang," katanya. - Bernama
Pesara jururawat maut dilanggar 3 kenderaan
3 Mac 2012
Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, Kamariah Osman, 63, yang ketika itu bersama suaminya, Yahya Ahmad, 66, dikatakan sedang melintas jalan menuju ke gerai makan selepas menunaikan solat subuh di Masjid Kampung Panglima Bayu, di sini.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Tanah Merah C/Insp Zamri Mustaffa berkata pasangan suami isteri itu adalah anggota rombongan persatuan surau dari Kemaman, Terengganu.
Beliau berkata, Kamariah dikatakan dirempuh oleh dua kereta dari arah Tanah Merah ke Jeli dan kali ketiga oleh sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan ketika wanita itu berhenti di garisan berkembar di tengah jalan.
"Suami mangsa, Yahya turut rebah selepas rempuhan kali pertama, namun sempat bangun dan menyelamatkan diri dalam keadaan cedera parah. Dia dihantar orang ramai ke Hospital Tanah Merah," katanya ketika dihubungi di sini.
Zamri berkata pasangan suami isteri itu sedang mengikuti rombongan seramai 36 orang menaiki bas dari Terengganu kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi dan tiba di masjid itu pada pukul 5.30 pagi untuk menunaikan solat subuh.
"Rombongan itu difahamkan singgah untuk bersarapan pagi di kedai makan di seberang jalan masjid berkenaan sebelum meneruskan perjalanan untuk membeli-belah di Rantau Panjang," katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga pemandu kenderaan yang melanggar wanita itu tidak dapat dikesan apabila bertindak melarikan diri.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
No comments:
Post a Comment