Wednesday, March 7, 2012

ZAKAT OH ZAKAT...SAMPAI TERABAI KERJA...KUTIP JUTA2...BEREBUT PASAL AIR..AIR JADI SUMBER KEKAYAAN DAN KEKUASAAN...KUTUK ORANG TAK PANDAI URUS AIR..BILA ALLAH BAGI AIR SAMPAI BANJIR SAPE NAK KOMEN DAN JAWAB...AIR ALLAH BAGI..JANGAN ANGGAP AIR ITU HAK KITA...INGAT ALLAH...JANGAN KERJA MENGANJUR MAJLIS MAKSIAT AJE...

Hujan lebih 12 jam, Lembah Klang banjir dan satu maut
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
8 Mac 2012
SHAH ALAM Hujan yang berlarutan lebih 12 jam di Lembah Klang sejak petang semalam menyebabkan sebahagian besar kawasan dinaiki air manakala seramai 661 mangsa banjir di kawasan Hulu Langat terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Malah hujan lebat juga menyebabkan seorang remaja 13 tahun terbunuh selepas terperangkap dalam runtuhan tanah apabila tebing setinggi lima meter belakang rumahnya runtuh.
Hulu Langat adalah antara kawasan dinaiki air. Kawasan-kawasna lain termasuklah Lembah Jaya di Ampang; Kampung Attap dan Kampung Baru di ibu negara.
Jalan-jalan yang turut dinaiki air ialah Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Tesco Ampang dan Hotel Flamingo, Jalan Tuanku Abdul Rahman (kawasan Chowkit), Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Pasar Seni.
Banjir juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk sejak awal pagi tadi dan banyak kenderaan terkandas.
Sementara itu, mangsa-mangsa banjir di kawasan Hulu Lanat dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, hari ini.
Penolong Pengarah Opererasi Negeri, Mohd Sani Harul berkata, mangsa yang terlibat tinggal di Batu 11, 14 dan 18.
"Air mula surut tetapi hujan masih tidak berhenti. Kita mula memindahkan mangsa yang terlibat sejak malam tadi," katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Sani berkata, enam bot digunakan bagi membawa mangsa ke tempat perpindahan sementara.
Katanya, kawasan lain yang terlibat dalam banjir adalah kawasan Lembah Jaya dan Bukit Belacan tetapi air mula surut.
Beliau berkata, seramai 82 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya ditugaskan ke lokasi kejadian.
Terjun dari bumbung rumah
SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
8 Mac 2012
Terjun dari bumbung rumah
ANAK BUKIT - “Tiba-tiba badan saya terasa panas dan berbahang. Saya lantas bangun dan melihat api marak di bahagian siling,” kata seorang penghuni rumah yang terlibat dengan kebakaran yang melibatkan lima rumah di Kampung Belakang Sekolah Tamil, Batu Lima kira-kira jam 6 pagi, semalam.
Begitulah detik cemas yang dilalui G Ramasami, 63, seorang daripada lima keluarga yang terlibat dengan kebakaran.
Dia yang sedang tidur di bilik utama tingkat bawah rumah dua tingkat itu tinggal bersama isteri serta seorang anak lelaki.
Ramasami berkata, apabila bangun, dia mendapati api sedang marak di bahagian siling rumahnya lalu lantas mengejutkan isteri.
“Apabila saya keluar rumah melalui pintu hadapan, saya dapati hampir keseluruhan bahagian bumbung rumah jiran terbakar dan api marak. Kejadian itu berlaku begitu pantas sehingga saya tidak sempat untuk menyelamatkan barang dan harta benda di dalam rumah termasuk barang kemas, motosikal dan basikal,” katanya.
Ramasami yang panik sewaktu kejadian tidak mampu untuk melakukan apa-apa dan hanya meminta bantuan daripada jiran berhampiran.
Bagi anak Ramasami, Baladevan, 22, berkata, dia yang tidur di tingkat atas rumah terjaga setelah terdengar ibunya menjerit.
Menurutnya, tindakan berani diambil untuk menyelamatkan diri dengan terjun dari bumbung rumah jirannya.
“Pada waktu itu, jalan untuk saya menyelamatkan diri yang saya nampak hanyalah terjun dari tingkat atas walaupun terpaksa berdepan risiko. Mujurlah saya hanya mengalami cedera ringan di bahagian tangan kanan dan bahagian pinggang sebelah kiri,” katanya. Seorang lagi penghuni rumah, M Manyarasoo, 57, berkata, sewaktu kejadian, dia bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari kuil Jalan Putra.
Katanya, kejadian itu disedari setelah menerima panggilan telefon dari anak saudaranya yang dalam perjalanan ke Jitra dan memaklumkan beberapa jentera bomba berada di hadapan rumahnya.
“Apabila tiba di rumah, saya mendapati rumah musnah dalam kebakaran dan tidak sempat menyelamatkan harta benda,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah turut melawat mangsa kejadian dan memberikan bantuan awal.
Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Mahmad Fauzi Abdullah berkata, bilik gerakan bomba menerima panggilan pada jam 6.37 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.
Menurutnya, tiga jentera bomba dengan kekuatan anggota seramai 13 orang berjaya mengawal kebakaran pada jam 6.56 pagi.
“Kita juga mendapat bantuan daripada tiga pasukan bomba sukarela dari Kuala Kedah dan masih menyiasat punca serta jumlah kerugian yang ditanggung,” katanya.
Peniaga terkejut temui telur dalam telur ayam
Wartawan Sinar Harian
8 Mac 2012
Peniaga terkejut temui telur dalam telur ayam
BUKIT RAYA – Seorang peniaga sebuah kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut setelah mendapati sebiji telur ayam yang dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika sedang menyediakan hidangan kepada pelanggan, malam kelmarin.
Fairul Rizal Abd Ramli, 29, berkata, dia membeli sebanyak 30 biji telur gred E di sebuah kedai runcit di situ.
“Saya mengambil sebiji telur dan terus memecahnya untuk menyediakan hidangan telur mata kepada pelanggan namun, terkejut setelah mendapati sebiji telur lagi jatuh ke dalam kuali itu. Saya menyangka ia adalah telur merah yang beku. Telur itu mempunyai telur putih dan merah serta sebiji lagi telur di dalamnya. Namun, telur yang diperoleh tidak pecah walaupun jatuh ke dalam kuali,” katanya kepada Sinar Harian.
Fairul Rizal berkata, kejadian itu merupakan yang pertama sejak empat bulan berniaga di situ dan dia akan terus menyimpan telur berkenaan.
“Saya tidak akan pecahkan telur ini semata-mata untuk mengetahui isi dalamnya. Ramai rakan-rakan yang mengetahui kejadian ini datang berjumpa saya untuk melihatnya,” katanya.
Anggota polis didakwa cabul anak kandung
Wartawan Sinar Harian
8 Mac 2012
GEORGETOWN - Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul kehormatan anak kandungnya, sembilan bulan lalu.

Penjawat awam berusia 54 itu, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan anaknya berusia enam tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di berek polis, Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru, di sini, kira-kira jam 4 petang, 10 Jun lalu.

Lelaki itu, dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Aini Yusof membenarkan anggota polis itu diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 April ini untuk sebutan semula dan serahan dokumen.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Azizah Jaafar mengendalikan pendakwaan.
Tak mampu sekolah semua anak
Wartawan Sinar Harian
8 Mac 2012
Tak mampu sekolah semua anak
SUNGAI TIANG – ‘Saya tidak mampu sekolahkan semua anak’ itulah luahan hati seorang ibu tunggal di Kampung Seberang Kubur di sini yang menghadapi kesempitan hidup sehingga dua anaknya terpaksa berhenti sekolah.
Siti Hajar Ibrahim, 36, mempunyai enam anak iaitu Shaza Azyan Azhar, 15; Syaza Azlyn, 14; Azman, 13; Syaza Amyra, 11; Aznan, 9, dan Nur Syazami Fitri, 7, yang terpaksa ditanggung seorang diri sejak suaminya, Azhar Ayob meninggal dunia hampir empat tahun lalu.
Menurutnya, menjadi tanggungjawabnya menyekolahkan enam anaknya itu namun, kesempitan hidup yang dihadapi menyebabkan dua anaknya iaitu Shaza Azyan dan Syaza Azlyn terpaksa diberhentikan sekolah.
“Dua anak saya terpaksa berhenti dari meneruskan persekolahan hampir setahun kerana saya tidak mampu menghantar semua anak kerana memerlukan kewangan yang banyak. Dua anak saya tidak boleh menyambung pelajaran kerana terpaksa memberi peluang kepada empat adik mereka untuk terus belajar,” katanya.
Siti Hajar berkata, sebagai ibu dia tidak mahu melihat anaknya tercicir dalam pelajaran namun, kesempitan hidup selepas kematian suami memaksanya berbuat demikian.
“Ketika suami masih ada kami sekeluarga menetap di rumah adik ipar saya dekat Sungai Petani. Dua anak saya itu sebelum ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pasir, Sungai Petani Kedah. Selepas kematian suami, ibu saya meminta supaya saya pulang menetap bersamanya memandangkan ayah saya sudah lama meninggal dan tiada siapa lagi yang boleh menyara ibu dan lima adik di sini,” katanya.
Menurutnya, setelah pulang menetap bersama ibu, dia bekerja di sebuah kantin sekolah sekitar Sungai Tiang namun, diberhentikan kerja.
“Saya masih lagi tidak bekerja menyebabkan saya runsing memikirkan perbelanjaan persekolahan anak kerana dua anak yang berhenti belajar itu tidak bekerja dan kami sekeluarga bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani sebanyak RM450 sebulan. Bantuan itu tidak mencukupi memandangkan saya dan seorang adik yang kini bekerja kilang terpaksa menyara 13 penghuni di rumah itu ditambah dengan keadaan rumah ibu yang usang,” katanya.
Siti Hajar berkata, dia juga mahu memohon bantuan rumah dari Lembaga Kemajuan Kedah (Keda) kerana mengimpikan rumah sendiri dan membina keluarga yang lebih sempurna.
Menurutnya, dua anaknya yang berhenti sekolah itu mahu menyambung sekolah seperti rakan lain.
Ibunya, Che Jam Abdullah, 56, berkata, dia meminta bantuan membaiki rumah daripada wakil rakyat sebulan lalu namun gagal kerana difahamkan bahawa kos bantuan yang dimohon adalah tinggi.
Polis diserang dengan lastik
Wartawan Sinar Harian
8 Mac 2012
polis-memeriksa-motosikal-yang-dirampas-(Read-Only)
TERAP - Empat lelaki warga asing berjaya ditahan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim berikutan memiliki motosikal curi di sebuah estet kelapa sawit di Batu 10 kira-kira jam 2 petang semalam.

Polis turut menemui tujuh motosikal dan ada di antaranya dilaporkan hilang di sekitar Kulim dan Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis mendapat maklumat tentang kes motosikal curi di lokasi kejadian melalui maklumat orang ramai dan membuat pemantauan sejak lima hari lalu.

“Ketika pihak kami ke lokasi berkenaan, kami menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan melalui jalan berlopak kira-kira 20 kilometer.

“Kenderaan kami tiba-tiba diserang hendap oleh beberapa suspek dengan menggunakan lastik.

“Satu daripada kenderaan kami pecah cermin di bahagian kiri hadapan sebelum terbabas dan merempuh pokok. Kenderaan itu kemek di bahagian hadapan kanan,” katanya.

Menurutnya, suspek yang cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan.

“Kebanyakan motosikal yang digunakan oleh pekerja estet terdiri daripada motosikal curi kerana ia dijual dengan harga di antara RM300 seunit.

“Semua suspek telah ditahan dan akan disiasat di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya
Remaja maut terlanggar lori
Wartawan Sinar Harian
8 Mac 2012
motor langgar lori
SUNGAI PETANI – Seorang remaja maut setelah motosikal ditunggangnya terlanggar lori yang ditinggalkan di tepi jalan dalam kejadian di Jalan Angsana, Taman Keladi kira-kira 8.05 malam, kelmarin.

Sumber polis memberitahu, mangsa, Mohamad Izhar Yahya, 18, yang melalui jalan tersebut tidak menyedari kehadiran lori yang diletakkan di laluan itu lalu melanggar kenderaan tersebut.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa datang dari arah Taman Keladi sedang menghala ke arah Taman Sri Wang.

“Mangsa yang tidak menyedari ada lori di tepi jalan melanggar bahagian belakang tepi sebelah kiri lori yang diparkir di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan, mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

Sementara itu, adik mangsa, Mohamad Ikmal, 15, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, abangnya ketika kejadian dalam perjalanan menuju ke sebuah pasar raya bagi membantu ibu yang sedang berniaga.

Mangsa, yang juga anak kesembilan daripada 10 beradik sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk dibedah siasat.

Difahamkan, jenazah Allahyarham telah dituntut keluarga jam 11.30 malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment