Wednesday, March 7, 2012

MASA EKONOMI KUKUH TAK BERI...BILA PARTI SOKONGAN MERUDUM BAGI WANG...RASUAH TAK RASUAH BIAR ALLAH MENILAI DIAKHIRAT NANTI...JAWAB AJELAH...DAH KAWIN...BERHENTI KERJAYA YANG MEMBUAT ORANG LALAI DAN BERCAMPUR GAUL BEBAS..BANYAK SAHAM KITA KUMPULKAN...SUAMI TENTU LARAT TANGGUNG HIDUP MACAM ORANG BIASA...KITA MAKIN TUA...MAKA TARIKH KEMATIAN KIAN HAMPIR...

Ananda jual Tanjong Energy kepada 1MDB

STESEN jana kuasa elektrik milik Tanjong Energy di Telok Gong, Masjid Tanah, Melaka.


KUALA LUMPUR - Bilionair T. Ananda Krishnan telah menjual aset penjana tenaga bebas (IPP) miliknya, Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd. (Tanjong Energy), kepada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bernilai RM8.5 bilion dan ia merupakan antara urus niaga terbesar pernah dicatat dalam industri tenaga negara dan di rantau ini.
Perjanjian tersebut telah dimeterai pada Jumaat lalu dan kini ia tertakluk kepada kelulusan daripada pihak berkuasa.
IPP merupakan penjana swasta yang membekalkan tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Bhd.
Syarikat Tanjong Energy yang dimiliki Ananda memiliki lapan loji kuasa yang terletak di Malaysia, Mesir, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka dan Emiriyah Arab Bersatu.
Kapasiti tenaga yang dihasilkan oleh semua loji berkenaan ialah 3,951 megawatt (MW).
Di Malaysia, kesemua loji tenaganya terletak di Melaka iaitu Jana Kuasa Telok Gong 1 dengan kapasiti tenaga 440 MW, Jana Kuasa Telok Gong 2 (720 MW) dan Jana Kuasa Tanjung Kling (330MW).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi, pengambilalihan itu menandakan langkah pertama strategik syarikat itu bagi memenuhi keperluan tenaga negara untuk jangka panjang dan ia dilihat sebagai peluang berharga kepada 1MDB untuk menjadikan Tanjong Energy sebagai pasaran yang baharu muncul dalam pengeluar tenaga bebas.
"Tenaga merupakan antara bidang fokus teras untuk 1MDB. Kami tertarik dengan rekod operasi kukuh Tanjong Energy selain portfolionya yang memiliki pelbagai aset berkualiti, keupayaan dalaman yang mantap dan potensi untuk pertumbuhan baharu di dalam dan luar negara," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ustaz kena penjara 18 tahun

ALOR SETAR - Selepas hampir setahun turun naik mahkamah, seorang ustaz akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun setelah dia mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Arau, Perlis tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memerintahkan Hanif Mohd. Ali, 27, menjalani hukuman tersebut pada prosiding di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Hukuman tersebut dijatuhkan selepas mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh ke atas tuduhan pindaan iaitu menyebabkan kematian Saiful Syazani, 7, di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau antara pukul 6 petang hingga 12 tengah malam pada 31 Mac 2011.
Dia dituduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan denda. Sebelum ini, dia dituduh mengikut Seksyen 302 kanun yang sama tetapi ia dipinda selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Dalam penghakimannya, Mohd. Zaki berkata, jenayah yang dilakukan tertuduh sememangnya satu kesalahan yang amat berat.

Pemberian BR1M bukan rasuah - Ismail Sabri

BERA - Pas yang mengeluarkan fatwa kononnya wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu 'rasuah' sebenarnya menghina umat Islam yang menerimanya termasuk anggota parti itu sendiri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pas tidak sepatutnya melabelkan bantuan itu sebagai rasuah kerana ia pemberian ikhlas kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
"Jika BR1M itu dianggap rasuah, maka pelbagai bantuan kerajaan kepada rakyat sebelum ini, adakah itu rasuah juga?," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M kepada 480 penduduk Parlimen Bera di sini semalam.
Beliau turut kesal dengan dakwaan serta tuduhan parti itu kerana bantuan yang diberikan kepada rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang serta fahaman politik telah disalah anggap

Perut terburai dilibas pembunuh

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Vietnam mati dalam keadaan mengerikan apabila dia dibunuh secara kejam dengan kesan tetakan ditemui di seluruh badan manakala isi perutnya terburai disyaki dilibas suspek yang mempunyai dendam berkaitan judi terhadapnya.
Kejadian pukul 10.20 malam kelmarin di lorong belakang sebuah rumah kedai di Jalan Seroja, Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara dekat sini itu menyebabkan pekerja kilang berusia lingkungan 20-an tersebut mati di tempat dia diserang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan dari orang ramai.
Katanya, sebaik tiba, polis mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dipercayai ditetak oleh lebih daripada seorang suspek.
“Kita tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian dan berdasarkan cara mangsa dibunuh, kita percaya ia lebih kepada dendam dan bukan samun kerana barang berharga tidak hilang,” katanya yang menyiasat kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berhati-hati jika mahu kahwin warga asing


CHIN GUAN menunjukkan gambar perkahwinannya dengan Zhiduo yang kemudian menghilangkan diri di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang menasihatkan orang ramai yang ingin berkahwin dengan warganegara asing supaya mengenal pasti latar belakang pasangan terlebih dulu bagi mengelak masalah.
Timbalan ketua biro itu, Lim Thoon Deong berkata, ini kerana kebanyakan warga asing berkahwin dengan penduduk tempatan kerana ingin mendapatkan visa dan permit kerja.
"Ramai warga asing berkahwin dengan penduduk tempatan demi mendapatkan kemudahan seperti hak untuk tinggal atau bekerja di sini dan ini mewujudkan banyak masalah sosial," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Thoon Deong berkata, sehingga kini biro MCA mengendalikan empat kes pasangan menghadapi masalah selepas berkahwin dengan warga asing melibatkan warganegara China, Vietnam dan Indonesia.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sedang mengesan isteri Lee Chin Guan, 46, yang merupakan seorang warganegara China bagi menyelesaikan masalah antara pasangan tersebut

Ella, bakal suami hadiri kursus kahwin


ELLA dikatakan menghadiri kursus perkahwinan bersama bakal suaminya di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Ratu rock negara, Norzila Aminuddin yang lebih dikenali dengan panggilan Ella dijangka menamatkan zaman daranya tidak lama lagi selepas dia dilihat menghadiri kursus perkahwinan pada 3 Mac lalu bersama bakal suaminya.
Ella, 46, dan lelaki yang dikenali sebagai A itu dikatakan memilih Pusat Kursus Perkahwinan di Pusat Bandar Damansara di sini iaitu tempat yang sama pasangan, Yusry dan Lisa Surihani menghadiri kursus tersebut.
Menurut sumber, jejaka pilihan Ella itu bertugas sebagai seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan tempatan dan mereka sudah lama berkenalan.
Pada satu ketika, hubungan pasangan tersebut dikatakan pernah terputus tetapi kemudiannya bertaut semula setelah kedua-dua bertemu pada satu konsert Ella pada Disember tahun lalu.

No comments:

Post a Comment