Monday, January 3, 2011

DATO SATU ANUGERAH MANUSIA...TAK MESTI BAIK DAN JUJUR...ORANG TAKWA ITU JAMINAN ALLAH...MEREKA NI TAK RASA BIMBANG DAN DUKACITA...DAN TAK HOLABA PADA DUNIA...PANGKAT...KEMEWAHAN JUGA KEMAHSYURAN DAN PELBAGAI GLOMUR...KERANA ITU SEMUA TIPU DUNIA DAN KERJA2 HASUTAN SYAITAN...

Ditipu RM1.1j

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

KESAL...(dari kiri) Akma, Razali dan akauntan MM Event Sdn Bhd, Mohd Farid Mohamed menunjukkan surat perjanjian dan laporan polis yang dibuat.
KESAL...(dari kiri) Akma, Razali dan akauntan MM Event Sdn Bhd, Mohd Farid Mohamed menunjukkan surat perjanjian dan laporan polis yang dibuat.
KUALA LUMPUR: “Memang syarikat saya antara yang tertipu dalam kejadian itu,” kata Pengarah Urusan Pak Ngah Production Sdn Bhd (PNP), Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah ketika mengulas dakwaan Pengarah Eksekutif MM Event Sdn Bhd, Razali Dahalan yang kerugian hampir RM1.1 juta selepas seorang lelaki bergelaran Datuk didakwa menggelapkan wang sepatutnya dibayar kepada mereka.
Menurut Pak Ngah, dia tidak terbabit secara langsung, tetapi menyertai program berkenaan selepas dipelawa Razali selepas mendapat kontrak daripada Datuk terbabit untuk menjayakan festival bunga pada 2008.
“Saya dipertanggungjawab menyediakan peserta, mengendalikan tarian selain menjadi pengarah pada acara berkenaan.

“Selepas menjayakan program itu, Razali mendakwa Datuk terbabit enggan melunaskan bayaran sebelum dia membuat laporan polis.


“Disebabkan itu, Razali tidak dapat melunaskan bayaran penuh seperti dijanjikan, namun saya terharu dengan kesungguhan pihaknya yang berusaha mendapatkan wang berkenaan semula.

“Saya berharap perkara ini tidak diperbesarkan dan diselesaikan dengan baik,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Razali berkata kegagalan individu terbabit menunaikan janji menyebabkan dia kerugian.

“Disebabkan itu, saya gagal melunaskan bayaran penuh kepada beberapa kontraktor yang terbabit program berkenaan termasuk Pak Ngah dan pereka kostum daripada Syarikat Couture Classics (M) Sdn Bhd, Akma Suriati Awang,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut bagaimana kejadian itu berlaku, Razali berkata, dia mula mengenali Datuk terbabit melalui abang dan anak saudaranya ketika ditawarkan mengendalikan satu pesta bertemakan bunga anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia (KPM).

“Saya mempelawa Pak Ngah dan Akma untuk menjayakan program berkenaan bersama-sama. Akma diminta menyediakan kostum mengikut tema program itu, manakala Pak Ngah bertanggungjawab menguruskan peserta, tarian dan menjadi pengarah pada acara berkenaan.

“Selepas berusaha bersungguh-sungguh, program berkenaan berjalan lancar seperti dijadualkan,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.

Razali berkata, selepas pembayaran dibuat KPM, Datuk terbabit bersama abang dan anak saudaranya tidak melunaskan wang yang sepatutnya diserahkan kepada mereka.

“Selepas didesak, lelaki itu berjanji akan melunaskan bayaran berkenaan secara ansuran sebanyak lima kali sebelum dia melalui wakilnya menandatangani satu perjanjian pembayaran dijadualkan bermula 18 Julai 2008 hingga 18 Disember tahun lalu.

“Disebabkan itu, saya terpaksa mendiamkan diri, namun selepas tempoh berkenaan tamat, individu terbabit masih tidak melunaskan bayaran,” katanya.

Razali berkata, sehingga kini lelaki itu mendiamkan diri dan enggan menjawab panggilan telefon.

“Saya tidak mahu memperbesarkan masalah ini sebaliknya mahu menuntut keadilan dan hak kami.

“Pendedahan ini diharap dapat membuka mata lelaki terbabit supaya segera tampil dan melunaskan hutang itu. Ini kerana saya terpaksa menanggung kerugian selepas menjayakan program berkenaan. Malah, kedudukan kewangan syarikat turut terjejas,” katanya


NEGARA


LPKP beri kata dua




KUALA LUMPUR - Kira-kira 40 buah syarikat bas ekspres yang masih beroperasi di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil (TBSBJ) diarah supaya memindahkan operasi mereka ke Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) sebelum 16 Januari ini.
Jika pengusaha bas terbabit gagal memindahkan operasi ke TBS-BTS dalam tempoh 13 hari tersebut, mereka bakal berhadapan tindakan tegas Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) termasuk permit bas ditarik balik serta-merta.
Amaran keras itu dikeluarkan Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique (gambar) selepas mempengerusikan mesyuarat bersama antara LPKP, pengurusan TBS-BTS dan lebih 50 wakil syarikat bas ekspres di Bilik Mesyuarat TBS-BTS di sini semalam.


NEGARA


MB Selangor meragam SUK bukan pilihannya


Mohamad Khusrin memulakan tugas barunya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di pejabatnya di Tingkat 19, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam semalam. Gambar kecil, Abdul Khalid Ibrahim.



SHAH ALAM - Selepas enam tahun mencapai status Negeri Maju Pertama di Malaysia pada 2005, tiada siapa menyangka Selangor kini terpaksa berdepan dengan masalah yang dianggap kritikal kepada kemajuannya apabila pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru terus mendapat tentangan kerajaan negeri.
Perkembangan tidak sihat itu yang bakal memberi kesan buruk kepada negeri dan rakyat semakin panas semalam apabila Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan, majlis angkat sumpah Datuk Mohamad Khusrin Munawi selaku SUK yang dijadualkan pada Khamis ini tidak akan diadakan.
Beliau juga mengharamkan SUK baru itu daripada menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri.
Bagaimanapun, ketika bercakap kepada pemberita selepas memasuki pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam, Mohamad Khusrin menegaskan, beliau tetap meneruskan tugasnya.


NEGARA


Perlembagaan mungkin dipinda


Abdul Khalid keluar dari pekarangan Istana Mestika selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Shah Alam semalam.



SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor bercadang mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pindaan itu bagi mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Ketika ditanya mengenai tarikh sidang tergempar itu akan diadakan, Menteri Besar berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim.
Kerajaan negeri juga perlu mendapatkan panduan sebelum mengadakan sidang tergempar DUN dan Speaker sedang melihat sama ada ia boleh diadakan atau tidak, katanya.


Dua beranak lemas

Oleh Ahmad Othman

ANGKAT...anggota tentera mengangkat jenazah mangsa. Gambar kecil, Norizal (kiri) dan Mohd Shyful.
ANGKAT...anggota tentera mengangkat jenazah mangsa. Gambar kecil, Norizal (kiri) dan Mohd Shyful.
KOTA TINGGI: “Sebelum masuk tidur, Akmal terlebih dulu menulis namanya di semua buku latihan dan meletakkan pakaian dan peralatan sekolah di sebelah tempat tidurnya,” kata Hasnah Taib, 35, yang kehilangan anak sulung dan suami serentak dalam kejadian lemas di pantai peranginan Tanjung Balau di sini, kelmarin.
Dalam kejadian itu, seorang Pegawai Waran ll digulung ombak besar ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya yang lemas sebelum kedua-duanya terkorban di pantai peranginan berkenaan, kira-kira jam 1 tengah hari.

Pegawai dari Briged Ketujuh (Artileri) Kem Mahkota Kluang, Norizal Tajudin, 40, menggadai nyawanya bagi menyelamatkan anak sulung, Mohd Shyful Akmal, 11, yang terjatuh ke dalam laut ketika meniti batuan di tepi pantai itu.
Arwah Norizal akan bersara wajib pada 2012 selepas 21 tahun berkhidmat dalam tentera, meninggalkan Hasnah dan dua anak Nor Shazril, 9, dan Nor Shazwan, 4.

Menurut Hasnah, tiada perubahan ketara pada suami dan anak sulungnya sebelum kejadian.

“Cuma Akmal kelihatan begitu gembira melihat pakaian dan peralatan persekolahan yang dibeli arwah suami.

“Antara kata-kata Akmal yang masih terngiang-ngiang di telinga saya malam sebelum kejadian ialah dia tidak sabar hendak pergi sekolah,” katanya dalam kesayuan.

Akmal sepatutnya masuk tahun enam di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Rahman Yassin, Kluang, semalam.
“Saya reda menerima dugaan ini, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang soleh,” tambahnya lagi.

Tragedi berlaku apabila Norizal bersama isteri dan tiga anaknya mengikut birasnya, Rosdi Poniran, 51, menghantar anaknya ke sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Bandar Penawar di sini.

“Kami bertolak dari Kluang pada jam 9 pagi dan sampai di Bandar Penawar kira-kira jam 12 tengah hari.

“Mengikut perancangan awal, selesai urusan kemasukan Fara Idayu ke IPTS itu, kami hendak pergi melihat cucu saudara di Felda Pasak dan pergi berkelah di Desaru terlebih dulu.

“Norizal yang memandu kereta Proton Waja mencadangkan kami semua berkelah di pantai Tanjung Balau,” katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi.

Menurut Rosdi, selepas makan Akmal minta izin bapanya mandi laut tetapi tidak dibenarkan Norizal.

Katanya, Akmal meminta izin ke batuan di pantai itu bagi melihat pemandangan di sekitar pantai peranginan itu.

“Ketika Akmal dipanggil balik bapanya kerana kami semua sudah mahu pulang, Akmal dikatakan tergelincir ke dalam laut.

“Melihat kejadian, Norizal sempat menyerahkan telefon bimbit kepada anak keduanya, Nor Shazril, sebelum terjun ke laut,” katanya.

Menurut Rosdi, dia hanya menyedari kejadian apabila Nor Shazril memberitahu bapa dan abangnya lemas.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat orang ramai cuba memberi bantuan pernafasan tetapi gagal,” katanya.

Katanya, Akmal ditemui 10 minit selepas bapanya dijumpai dengan kesan cedera di dahi dipercayai akibat terhantuk batu.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Haji Manan, Kluang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah dilaporkan.


NEGARA


Harga minyak masak kekal


Tan Lian Hoe


PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.
Beliau berkata, kekurangan minyak masak adalah disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan

Rompak ala James Bond

Oleh Khairulmizan Yahya
am@hmetro.com.my

LICIK...Gan  menunjukkan lubang yang ditebuk penjenayah sebelum melarikan bungkusan  syiling.
LICIK...Gan menunjukkan lubang yang ditebuk penjenayah sebelum melarikan bungkusan syiling.
KUANTAN: Seorang pengurus cawangan sebuah pasar raya dekat Air Putih, di sini, terkejut apabila mendapati premis berkenaan dipecah masuk penjenayah yang menggunakan taktik ala James Bond dalam kejadian awal pagi semalam.
Difahamkan, penjenayah licik itu bukan saja menebuk dinding konkrit serta dinding pejabat untuk menceroboh masuk, malah berjaya mengelak dikesan sistem penggera sebelum melarikan beberapa bungkusan berisi syiling.

Pengurus cawangan berkenaan, Gan Yoke Chow berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 pagi dan hanya disedari kira-kira jam 8.30 pagi ketika dia mahu memulakan operasi perniagaan.

“Saya datang ke pejabat seperti biasa, tetapi terkejut apabila mendapati dinding berhampiran pintu pejabat berlubang sebelum memaklumkan kejadian itu kepada majikan.


“Selepas diperiksa, kami menemui dua lagi lubang di dinding dalam pejabat selain satu lubang dalam tandas sebelum mendapati beberapa bungkusan berisi syiling hilang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya penjenayah menceroboh masuk melalui lubang yang ditebuk pada dinding tandas restoran bersebelahan yang bercantum dengan tandas pasar raya itu sebelum masuk pejabat.

“Penjenayah itu juga berjaya mengelak dikesan sistem penggera dengan tidak masuk ke dalam bilik tempat bungkusan syiling disimpan, sebaliknya menggunakan kayu bagi mengambil bungkusan berkenaan.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga gagal merakam penjenayah terbabit kecuali cahaya lampu suluh digunakan,” katanya yang belum dapat menilai jumlah kerugian akibat kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment