Sunday, January 2, 2011

PANDULAH DENGAN BERHATI2 DAN JANGAN TERLAJU....IA MEMBAHAYA DIRI KITA SENDIRI....JANGANLAH MENCURI...BINASA DIDUNIA DAN BINASA DIAKHIRAT....

Sebumbung dengan mayat

Oleh Mustapha Ismail
am@hmetro.com.my

ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat lelaki  yang dijumpai mati di atas siling rumah.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat lelaki yang dijumpai mati di atas siling rumah.
 
BATU PAHAT: “Rupa-rupanya, dua malam kami sekeluarga tidur sebumbung dengan mayat,” kata Kamaruzaman Sahlan, 40, selepas dua pekerja syarikat pendawaian elektrik menemui mayat lelaki melecur teruk di siling rumahnya di Jalan Bukit Pasir, jam 8.30 malam kelmarin.
Mayat lelaki berusia 50-an dipercayai penagih dadah itu dijumpai tertiarap dan hampir seluruh badannya melecur selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba memotong wayar di siling rumah Kamaruzaman untuk dicuri.
Sebelum itu, Kamaruzaman dan keluarganya menyangka bekalan elektrik terputus di rumah mereka sejak petang Jumaat lalu berpunca daripada masalah pendawaian dan sama sekali tidak menyangka ia disebabkan cubaan mencuri wayar elektrik.

Mengimbau kejadian itu, Kamaruzaman yang ditemui semalam berkata, isterinya, Santi Jumingan, 27, memberitahu bekalan elektrik di rumah sewa mereka terputus sejurus dia pulang ke rumah untuk menunaikan solat Asar jam 6 petang, Jumaat lalu.


Kamaruzaman yang bekerja sebagai pembantu kedai melakukan pemeriksaan rambang, tetapi gagal mengesan punca masalah sebelum menghubungi pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meminta bantuan.

“Petugas TNB datang melakukan pemeriksaan pada jam 7 malam dan memaklumkan ia mungkin disebabkan masalah pendawaian dan perlu mendapatkan khidmat kontraktor.

“Saya menghubungi syarikat berkaitan dan dua pekerjanya datang membuat pemeriksaan, namun mereka juga gagal mengesan punca masalah,” katanya.

Menurut Kamaruzaman, pekerja terbabit berjanji datang semula keesokan hari melakukan pemeriksaan lebih menyeluruh termasuk sistem pendawaian di siling.

Selepas datang semula pada jam 8.30 malam kelmarin, dua pekerja itu meminta izin memecahkan siling bagi membolehkan mereka melihat sistem pendawaian.

“Sejurus menaiki siling, kedua-duanya terjun dan berlari keluar sebelum memaklumkan ada kaki manusia di atas siling. Saya terkejut dan keliru mendengar kata mereka, lalu meminta bantuan rakan, pekerja TNB membuat pemeriksaan.

“Rakan saya datang dan melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan ada mayat lelaki di atas siling rumah saya. Saya terus membuat laporan polis,” katanya.

Kamaruzaman berkata, sepasukan anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat bergegas ke rumahnya untuk mengeluarkan mayat selain melakukan siasatan.

“Saya percaya lelaki terbabit terlebih dulu memecahkan siling bilik air kediaman kosong di sebelah rumah sebelum cuba memotong wayar elektrik di siling rumah saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.



Tangan putus masuk kereta

Oleh Fazurawati Che Lah

TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian.
TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian. 
 
TUMPAT: Seorang penunggang motosikal mati dalam keadaan ngeri apabila tangan kanannya putus dan terpelanting ke dalam sebuah kereta akibat perlanggaran dengan kereta itu di Kilometer 11, Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu, dekat sini, kelmarin.
Kejadian jam 9.45 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd Roslan Mohd Daud, 22, dari Kampung Selising, Pasir Puteh, maut di tempat kejadian selepas tercampak daripada motosikal Honda EX 5 ditunggangnya, manakala kenderaannya itu terseret hampir lima meter
 
 
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan datang dari Pengkalan Kubor sebelum motosikalnya bertembung Proton Wira dari arah bertentangan.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan tangan kanan mangsa terputus dan tercampak ke tempat duduk hadapan kereta berkenaan sebelum kereta itu berhenti pada jarak 100 meter.


Saksi, Mohd Azahan Daud, 38, berkata ketika kejadian, dia yang berada di kedai roti canai berhampiran melihat sebuah Proton Wira dipandu laju dari Kota Bharu cuba memotong sebuah kereta lain di hadapannya.

“Tiba-tiba dentuman kuat kedengaran menyebabkan kami yang berada di kedai terkejut dan bergegas keluar. Kami terkejut melihat mayat tercampak di hadapan kedai ini dengan keadaan tangan terputus.

“Motosikalnya diseret kira-kira lima meter dan ada percikan api keluar akibat pelanggaran terbabit sebelum kereta itu berhenti kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu Proton Wira yang berusia 30-an cedera di muka akibat terkena serpihan kaca dan dihantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan.

Rakan Mohd Roslan, Shazrul Hussin, 22, ketika ditemui berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, seluruh tubuhnya menggeletar melihat keadaan mayat rakannya.

“Sebaik tiba, saya lihat orang ramai mengerumuni satu sudut di kawasan itu dan terkejut melihat keadaan mayat rakan saya dengan tangannya terputus.

“Saya sedih kerana setengah jam sebelum itu, kami berjumpa di tempat kerja sambil minum bersama. Dia memberitahu mahu pulang ke rumah keluarganya dekat Pasir Puteh, tapi tidak pula beritahu mahu ke Tumpat,” katanya.

Katanya, sebelum berpisah, arwah memberitahu kebimbangannya berjalan jauh kerana terdedah kemalangan ketika pulang ke rumah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.



Gondola tersangkut



LIHAT...orang ramai melihat gondola yang tersangkut di Menara Bank Pembangunan, semalam.
LIHAT...orang ramai melihat gondola yang tersangkut di Menara Bank Pembangunan, semalam.
KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga asing tergantung hampir tiga jam apabila gondola dinaiki mereka untuk mencuci tingkap di tingkat 29, Bangunan Bank Pembangunan, Jalan Raja Abdullah, di sini mengalami masalah teknikal, pagi semalam.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.25 pagi itu, kedua-dua mereka, Ismail Rahman, 33 dari Bangladesh, dan Kastubi Koniman, 31, Indonesia sedang mencuci bangunan berkenaan yang dimulakan sejak jam 9.30 pagi sebelum tersangkut di tingkat berkenaan dua jam kemudian.
Penolong Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang mangsa melalui telefon bimbit kira-kira jam 11.25 pagi.
Katanya, kurang lima minit panggilan diterima, dua jentera dari balai Hang Tuah dan Chow Kit tiba di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan tali untuk menaikkan kedua-dua mangsa ke tingkat atas bangunan bagi menyelamatkan mereka.

“Punca gondola itu tersangkut masih disiasat dan dipercayai akibat masalah teknikal,” katanya.

Hamis berkata, pihaknya mengambil masa hampir dua jam untuk menyelamatkan kedua-dua warga asing terbabit.

No comments:

Post a Comment