Tuesday, December 27, 2011

BILA HOBI DAN SERTA KEGEMARAN YANG TAK MENGIRA HUKUM DAN MORAL...MEMBINASAKAN DIRI...

Mati selepas jemput isteri muda

MAHERAN MOKHTAR (dua dari kiri) yang merupakan isteri pertama Abd. Rahman ditenangkan oleh anak-anak di Hospital Melaka semalam.


MELAKA - Seorang lelaki warga emas ditemui mati di dalam sebuah kereta dengan keadaannya berbogel di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil di sini selepas menjemput isteri muda pulang dari tempat kerjanya awal pagi semalam.
Abd. Rahman Adam(gambar kecil), 56, ditemui mati di tempat duduk penumpang hadapan kereta jenis Perodua Viva dengan pakaiannya berlonggok di atas lantai tempat duduk pemandu.
Menurut sumber, sebelum dijumpai pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa menjemput isteri keduanya yang dikenali sebagai Norliza Saidon, 47, dari tempat dia bekerja di Taman Melaka Raya.

Lelaki maut diserang tiga lelaki bertopeng

25/12/2011 3:44pm

JOHOR BAHRU — Seorang lelaki maut selepas diserang tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang di sebuah restoran di Taman Puteri Wangsa, di sini, awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt. Abdul Samad Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika lelaki berumur 40-an itu sedang minum berseorangan di restoran berkenaan.
"Menurut saksi, ketiga-ketiga lelaki terbabit memakai topeng. Kejadian berlaku dengan pantas dan mangsa yang merupakan rakyat tempatan mati di tempat kejadian akibat cedera parah ditetak di beberapa anggota badan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Abdul Samad berkata, polis sedang mengenal pasti motif kejadian dan memburu ketiga-tiga lelaki terbabit.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat. — BERNAMA

Pegawai yang ditembak jalani pembedahan

25/12/2011 2:23am

KUALA LUMPUR - Pegawai penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKRM) negeri Melaka yang ditembak di hadapan rumahnya di Jalan Sungai Air Hitam, Taman Tanjung Minyak di Melaka kelmarin telah menjalani dua pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Rosli Aziz, 53, yang dibawa ke HKL kira-kira 7.30 malam kelmarin menjalani pembedahan di bahu kiri dan tapak tangan.
Beliau cedera di bahu kiri serta kedua-dua belah tapak tangan selepas terkena empat daripada lima tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki kira-kira pukul 7.20 pagi.
Difahamkan Rosli tidak sempat mempertahankan dirinya ekoran tindakan kumpulan tersebut yang menembak kedua-dua belah tangannya apabila mangsa cuba melepaskan tembakan.
Timbalan Ketua Pengarah JKRM, (Penguatkuasaan & Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili yang ditemui pemberita ketika melawat mangsa di HKL hari ini, berkata, kes tembakan tersebut merupakan yang pertama bagi agensi berkenaan tahun ini yang biasanya para anggotanya menerima ancaman berbentuk ugutan.
"Ini antara halangan serta cabaran anggota JKRM terutama di bahagian penguatkuasaan,” katanya. - BERNAMA

Jue Aziz terkena sihir

JUE AZIZ


KASIHAN juga Diva dengar cerita tentang aktres berambut panjang dan seksi ini. Jue Aziz dengarnya selalu kurang sihat sejak kebelakangan ini.
Dengarnya dia dilanda demam, batuk-batuk dan badannya lemah untuk menghadiri latihan teater di Istana Budaya.
Menurut sumber yang terdekat, sakit Jue ini bukan sakit biasa. Tetapi dia didakwa terkena buatan orang yang dengki terhadap dirinya.
Di zaman yang dijalankan dengan teknologi tinggi, ada juga orang yang masih berhati busuk dan menggunakan cara hitam untuk mengenakan orang. Takut betul Diva dengar.
Diva harap kalau betul Jue kena buatan orang, cepat-cepatlah berubat dan semoga dia kembali pulih untuk menjalan tugas sebagai aktres.
Takut lama-lama memakan diri dan nanti mengganggu kerjaya. Nanti orang kata tidak berdisiplin pula bila tidak dapat hadir ke lokasi.
Memang rambut manusia sama hitam, tetapi hati lain-lain. Kita tidak akan pernah tahu apa yang ada dalam hati orang. Takut Diva dengar.
Diva rasa macam nak berkata baik sahaja selepas ini. Nak gosipkan tentang artis tidak berdisiplin dan suka banyak beralasan pun takut.

Aktor, aktres tinggal sebumbung

BERCINTA sakan si aktor dan aktres muda ini. Awalnya ramai yang ragu-ragu dengan ketahanan pasangan selebriti ini sebab dua-dua nampak macam tak serius. Tapi dengar juga cerita yang mereka ini mahu kahwin muda.
Baru-baru ini Diva dengar, kedua-dua pelakon ini terlibat dengan masalah disiplin. Si aktor lambat datang ke set penggambaran sehingga digugurkan dalam satu produksi drama. Si aktres muda pula pernah sekali datang lewat empat jam ke set gara-gara kekasihnya.
Selama ini dengarnya aktres ini punya reputasi yang cemerlang. Tidak pernah datang lambat ke set tetapi sejak mengenali kekasihnya, dia sudah berani melanggar peraturan hidupnya.
Terbaru, Diva dengar mereka ini sudah duduk serumah di kawasan Damansara Perdana. Mungkin itu jugalah sebab mengapa kedua-dua pelakon ini sepakat untuk sama-sama ada masalah disiplin.
Mungkin kemas ruang tamu dan bilik tidur menyebabkan mereka ini kepenatan sehingga terlambat ke set penggambaran.
Jangan kena cekup sudahlah. Mata-mata ada di mana-mana.

Penyanyi tampar bini

SUDAH lama Diva tidak mendengar kisah seorang penyanyi berkumpulan ini. Baru-baru ini, dia muncul kerana terlibat dengan persembahan besar.
Sumber terdekat Diva buka cerita, si penyanyi sudah buat hal dalam satu persembahan. Cepat betul penyanyi ini menampar isterinya yang cuma bertanya sama ada dia mahu menjamah makanan sebelum persembahan atau tidak.
"Awalnya, kami sudah nampak dia dalam angin yang tidak baik. Dengarnya dia memang kelaparan. Tapi tak sangka pula pertanyaan isteri yang turut mengikutinya dibalas dengan tamparan. Takut kalau-kalau kejadian 'panas' ini berlanjutan, pihak penganjur mempercepatkan persembahan. Ganas betul rupanya penyanyi ni. Tegur sikit terus naik tangan," ujar sumber Diva yang berada di tempat kejadian.
Kalau sekilas pandang, penyanyi ini macam penyayang. Buka mulut, suara pun macam semut kalau bercakap. Tak sangka pula tangan kuat melibas macam ekor lembu. Kasihan Diva buat si isteri, sudahlah menemani, dapat pula 'hadiah' depan orang ramai.

Tatu di Bali didakwa punca jangkitan AIDS


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan seorang pelancong asing mendapatkan tatu di Bali, Indonesia.


BALI, Indonesia - Pelancong asing diberi amaran agar mengelak daripada mencacah tatu di pulau ini selepas seorang penduduk Australia Barat (WA) dijangkiti virus sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS), lapor sebuah akhbar semalam.
Jabatan Kesihatan Australia Barat menyatakan di laman webnya bahawa semua bukti menunjukkan tatu yang diperoleh di sini baru-baru ini menjadi punca jangkitan tersebut.
Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit, Dr. Paul Armstrong berkata, mencacah tatu dan bertindik di luar negara terutamanya di negara-negara membangun adalah berisiko dan merbahaya.
"Kes ini membuktikan bahawa seseorang berdepan risiko kesihatan apabila menjalani prosedur seperti ini di luar negara," katanya.
Menurutnya, tidak seperti di beberapa buah tempat di seberang laut, pelukis tatu di WA perlu mematuhi peraturan dan kod amalan yang ketat.
Justeru, beliau menasihati warga Australia yang pernah mendapatkan tatu di sini baru-baru ini agar menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. - Agensi

No comments:

Post a Comment