Wednesday, December 28, 2011

REZEKI SEMUA DATANG DARI ALLAH...WAJIB KITA BERSYUKUR...JANGAN TERLEPAS PANDANG...JENAYAH YANG MEMBIMBANGKAN...KENAPA KITA TIDAK MELIHAT KEHEBATAN HUKUM ISLAM@HUDUD SEBAGAI UBAT YANG MUJARAB...BAGAIMANA SAINTIS JEPUN MENGAKUI KEHEBATAN AIR YANG DIBACA DENGAN AYAT QURAN..SERTA AIR ZAM2..INI SEMUA MENUNJUKAN KEHEBATAN ALLAH....

3 cedera gelembung udara meletup



Alit Raizan yang cedera dirawat di Hospital Teluk Intan semalam.



TELUK INTAN - Tiga pekerja sebuah syarikat perkapalan di Jalan Maharajalela di sini semalam cedera apabila tiga gelembung udara yang digunakan untuk menurunkan sebuah kapal tunda ke dermaga pecah secara tiba-tiba.
Kejadian pada pukul 1.30 pagi menyebabkan jurutera elektrik, Alit Raizan Azman, 26, cedera parah manakala dua rakan sekerjanya cedera ringan.
Seramai 17 lagi pekerja lain tidak cedera.
Alit Raizan yang patah tangan kanan dan cedera di kepala serta kaki kanan berkata, semasa kejadian seramai 20 pekerja syarikat perkapalan terbabit sedang melakukan kerja-kerja memindahkan sebuah kapal seberat 300 tan yang baru disiapkan untuk turun ke dermaga.
Jarak kapal tersebut dengan dermaga kira-kira 10 meter. Sebanyak 10 gelembung udara yang panjangnya 18 meter dan ukur lilit hampir dua meter digunakan untuk menggerakkan kapal tersebut sehingga sampai ke dermaga.


SPRM siapkan kertas siasatan kes NFC



KERATAN Kosmo! 24 Disember 2011.


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan kes dana Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, kertas siasatan itu akan dihantar kepada pihak pendakwa raya setelah siap.
"Kita tidak menutup kertas siasatan ini walaupun suspek telah dibebaskan setelah reman oleh pihak kami tamat semalam (kelmarin).
"Tetapi sekarang ini kita memberi ruang kepada pihak polis untuk menyiasat suspek berhubung satu kes penipuan," kata beliau ketika dihubungi semalam.
Laporan akhbar menyebut suspek lelaki berusia 45 tahun itu yang direman lima hari sejak Khamis lepas bagi membantu siasatan kes NFC, telah dibebaskan namun ditahan semula oleh polis kelmarin bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan projek stesen minyak.
Mustafar berkata, pegawainya sedang mengumpulkan maklumat daripada semua aspek yang boleh membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009.


Rezeki selepas air pasang besar



SEBAHAGIAN hasil tangkapan remis yang dikutip orang ramai selepas fenomena air laut pasang besar sejak beberapa hari lalu.



BACHOK - Di sebalik kebimbangan orang ramai terhadap fenomena air laut pasang besar yang berlaku beberapa hari lalu di daerah Dungun, Terengganu dan sepanjang pantai di sini, wujud pula rahmat yang menawarkan rezeki melimpah kepada para penduduk.
Selepas kejadian tersebut, beberapa jenis hidupan laut terutamanya remis kelihatan bertaburan di sepanjang pantai berkenaan.
Antara pantai yang menjadi tumpuan untuk mengutip remis yang dikatakan enak dijadikan juadah ialah Pantai Canggung dekat sini.
Seorang penduduk, Mohd. Wajdi Hanafi, 49, berkata, remis yang hidup di dasar laut itu dibawa bersama ombak besar sehingga ke kawasan pesisir pantai.
Menurutnya, remis boleh didapati di pesisir pantai sekali dalam tempoh setahun pada waktu penghujung musim sekitar Januari, namun fenomena air pasang besar ini telah menyebabkan hidupan laut tersebut bertaburan di pesisir pantai lebih awal.
"Pelbagai cara atau resipi boleh digunakan untuk menikmatinya seperti digoreng, masak tumis pedas, sup, dijadikan pekasam dan juga enak disalai.


Penduduk bimbang kejadian samun, bakar banglo



Salah sebuah rumah yang dibakar selepas disamun di Bandar Rinching, Semenyih, kelmarin.



SEMENYIH – Kejadian tiga buah banglo yang dibakar penyamun hingga membuatkan penghuninya kerugian RM500,000 di Jalan 1/8 A kawasan perumahan Bandar Rinching di sini kelmarin membuatkan rata-rata penduduk kini hidup dalam kebimbangan.
Seorang penduduk, A. Teepah, 26, mendakwa, termasuk kelmarin, sebanyak empat buah banglo diperlakukan sedemikian oleh penyamun sejak dua bulan lalu.
Katanya, dia sekeluarga tidak lena tidur setiap kali memikirkan perkara itu kerana kediamannya terletak kira-kira 30 meter dengan rumah mangsa yang musnah dibakar.
“Saya terpaksa mengupah dua pengawal keselamatan menjaga banglo hanya kerana kejadian itu. Ia membuatkan kami risau kerana tiga buah rumah disamun dan dibakar dalam tempoh satu malam.


'Lapah' lori dalam ladang sawit



ROSLY (kanan) menunjukkan sebahagian daripada lapan buah lori curi yang dirampas daripada empat lelaki bergelar Geng Azlan pada sidang akhbar di Gombak semalam.



GOMBAK – Sekumpulan empat penjenayah bergelar Geng Azlan mempunyai cita rasa pelik apabila memilih ladang kelapa sawit untuk meleraikan lori yang dicuri sebelum kenderaan itu dijual kepada peladang-peladang dengan harga murah sejak awal tahun ini.
Lori kurang satu tan berharga RM80,000 itu akan dijual kepada peladang di sekitar Teluk Intan, Perak dengan harga di antara RM3,000 dan RM6,000 selepas mengikis nombor casis, menukar alat ganti dan nombor pendaftaran di dalam semak.
Mereka hanya mengambil masa kurang dari tiga minit untuk mencuri sesebuah lori di tepi jalan dengan menggunakan seutas wayar dan playar. Kerja-kerja mengubah suai diselesaikan dalam tempoh sehari.
Difahamkan, setiap lori yang dicuri akan dikumpulkan di dalam ladang berkenaan di kawasan Tanjung Karang, Selangor dan Selekoh, Perak sebelum alat gantinya ditukar antara satu sama lain.


Pusat ternakan ayam dikosongkan



IBRAHIM menunjukkan reban ayam yang dikosongkan ekoran aduan penduduk kampung mengenai masalah bau dan lalat di Kampung Cherang, Chabang Empat, Tumpat semalam.



KOTA BHARU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan akan menyiasat dakwaan penduduk di Kampung Cherang, Chabang Empat, Tumpat di sini selepas mendakwa diserang ‘lalat’ dalam jumlah yang luar biasa sehingga mengganggu rutin harian mereka.
Ia didakwa berpunca daripada kawasan ternakan ayam yang terdapat di kampung tersebut.
Sumber JAS negeri menjelaskan, pihaknya akan melawat ke kawasan berkenaan dalam tempoh terdekat ini bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian berkenaan.
“Kami akan menjalankan siasatan lanjut berhubung masalah ini dan akan membuat semakan sama ada kes ini pernah dilaporkan atau tidak sebelum ini.
“Selepas itu, kami akan rujuk masalah ini kepada pihak berkaitan untuk diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kelmarin Kosmo! melaporkan lebih 65 penduduk di Kampung Cherang, Chabang Empat, Tumpat diserang lalat sehingga mengganggu rutin harian penduduk dan ada yang terpaksa makan di dalam kelambu.


Lapan jam sabung nyawa



MD. HABIB bersama dua anaknya, Farah Amira Balqis (kiri) dan Farah Nabila Balqis di rumahnya di Kampung Sematang Pinang, Kuala Kedah semalam.



ALOR SETAR – Empat nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian tiga bot nelayan karam pagi kelmarin diselamatkan oleh sebuah kapal dagang Myanmar di barat daya Pulau Segantang di perairan Langkawi kira-kira pukul 4 petang kelmarin.
Mangsa, Md. Habib Kasa, 51, (tekong) dan Kasim Ghazali, 56, serta dua warga Thailand Hem Peng, 60, dan Som Mai, 35, selamat tiba di Kuala Kedah pada pukul 7.30 pagi semalam.
Mereka adalah antara 11 orang yang menaiki tiga bot nelayan yang dipercayai karam di perairan Pulau Segantang di sini pagi kelmarin. Tujuh lagi nelayan berjaya diselamatkan oleh pasukan Maritim Malaysia (APMM) dan bot nelayan tidak lama selepas kejadian berlaku.
Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata, agensi itu menerima laporan daripada anak seorang tekong bot nelayan yang menyatakan empat nelayan telah diselamatkan oleh kapal dagang.
“Berdasar maklumat itu, bot APMM Pulau Pinang telah diarahkan ke Jeti Tanjung Marina untuk menguruskan mangsa terbabit,” katanya di sini semalam.


1,055 buah kereta Honda dimusnahkan



SEJUMLAH kereta Honda yang rosak akibat banjir menunggu untuk dimusnahkan di sebuah loji kereta syarikat tersebut di wilayah Ayutthaya, tengah Thailand semalam.



BANGKOK - Pembuat kereta No.1 Jepun, Honda mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam.
Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka.
Honda dalam satu kenyataan memberitahu, proses memusnahkan semua kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan.
Kilang Honda terletak di Taman Industri Rojanam yang merupakan kawasan yang ditenggelami air pada awal Oktober lalu.
Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda digenangi air berselut.
"Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn.
"Kami tidak menjual kereta yang rosak ini kepada pelanggan, menjual atau mengguna semula sebarang bahagian kenderaan tersebut," tambahnya.
Kebanyakan kereta yang akan dimusnahkan merupakan model kereta sedan saiz pertengahan seperti Honda City, Honda Brio dan Honda Jazz.
Lebih 700 orang terkorban dalam banjir yang menjejaskan 65 daripada 77 wilayah yang terletak di kawasan rendah di Thailand sejak beberapa bulan lalu.
Banjir tersebut turut menyebabkan tujuh taman industri utama terpaksa ditutup sekali gus mengganggu rangkaian bekalan global. - AFP

No comments:

Post a Comment