Tuesday, February 28, 2012

PATUT BELIAU DAH DIREJAM MENGIKUT HUKUM ISLAM..SEBAGAI HUKUMAN..MENDIDIK KEPADA YANG BELUM MELAKUKAN...PATUT WANITA ITU DIROTAN 100 KALI ROTAN JIKA BELUM PERNAH BERKAHWIN...MANA SILAPNYA...DAN MANA HUKUM ALLAH...AGAK SAPE YANG PERLU BERTANGGUNG JAWAB...ADAKAH MEREKA INI LEPAS...MEREKA TAK LEPAS DIAKHIRAT...MEREKA KENA DIPERTANGGUNG JAWABKAN...

Tiada rakaman Badrulamin dipukul kumpulan samseng

INILAH lobi hotel terkenal di Pantai Balok, Kuantan, tempat Dr. Badrulamin didakwa berkhalwat dengan isteri orang.


KUANTAN - Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.
Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.
Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.
"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.
"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Suami wanita kes khalwat tampil beri keterangan


SUAMI wanita yang didakwa berkhalwat dengan Dr. Badrulamin keluar dari pejabat JAIP di Kuantan lewat petang semalam.


KUANTAN - Suami wanita berumur 28 tahun yang didakwa ditangkap khalwat (gambar) bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron di sebuah hotel di sini pada kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu tampil memberikan keterangan di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini semalam.
Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut dengan ditemani ibu bapanya, bapa saudara serta anak lelakinya yang berumur tiga tahun.
Lelaki tersebut bagaimanapun enggan ditemui pemberita selepas didapati meninggalkan bangunan JAIP melalui pintu pagar belakang pada kira-kira pukul 7 petang.



Tengku Abdullah ingin tahu siapa ditangkap khalwat

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat.
Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.
Kata sumber itu lagi, pada malam 25 Februari lepas, baginda yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.
"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada saya: 'Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg... tq'," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam

Lelaki tua kemaruk seks dijel


YUSOFF dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Angkara nafsu tidak bertempat, seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan memperdagangkan seorang wanita Indonesia sebagai hamba memuaskan nafsu seksnya.
Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, yang bekerja sebagai pengutip kotak dituduh memperdagangkan mangsa yang berusia 24 tahun dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks dalam tempoh enam bulan pada Jun hingga Disember 2011.
Mengikut fakta kes, wanita terbabit datang ke negara ini pada Jun 2011 dan bekerja sebagai pembantu rumah di Wakaf Bharu dekat sini tetapi melarikan diri daripada majikannya atas alasan tidak tahan bekerja.
Wanita itu kemudian dihantar oleh orang awam ke Jabatan Imigresen kerana dia tiada pas perjalanan. Bagaimanapun, ketika sampai ke Jabatan Imigresen, pejabat itu sudah ditutup kerana tamat waktu bekerja.
Mangsa kemudian bertemu tertuduh sebelum tertuduh mengajak wanita terbabit ke rumahnya di Kampung Limau Manis di sini.

Bayi atas alas kaki anak sendiri


GADIS yang direman pada Jumaat lalu menunjukkan alas kaki tempat seorang bayi ditemui di Kampung Beladau, Kepong, Kuala Terengganu.


KUALA TERENGGANU – Tanda tanya bayi siapa yang ditinggalkan atas alas kaki di depan pintu sebuah rumah di Kampung Beladau, Kepong dekat sini pada Jumaat lalu terungkai apabila bayi itu sebenarnya anak kepada wanita yang membuat laporan polis mendakwa menemui bayi itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, K. Manoharan berkata, tembelang pekerja sebuah kedai makan berusia 23 tahun itu terbongkar selepas polis menemui beberapa bukti mengaitkan kelahiran bayi berkenaan di salah sebuah bilik di rumah yang didiami wanita terbabit.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu baru melahirkan bayi berkenaan secara bersendirian sebelum suspek membuat laporan polis pada Jumaat lalu mendakwa bayi itu diserahkan oleh seorang warga emas.
“Siasatan mendapati sebaik bersalin, wanita itu terus menyerahkan bayinya kepada seorang kakak angkatnya untuk dijaga beberapa hari.
“Selepas itu, kakak angkat wanita terbabit memulangkan semula bayi itu kepada si ibu,” kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Pejabat Mufti Perlis diceroboh pengikut Qadiani

KANGAR - Pejabat Mufti Perlis yang terletak di Bangunan Datuk Mahmud Mat di sini diceroboh sekumpulan lelaki tengah hari semalam namun tiada petugas pejabat itu yang dicederakan.
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, kumpulan seramai antara enam dan tujuh orang berumur bawah 40 tahun itu dipercayai anggota kumpulan sesat yang tidak berpuas hati terhadap kenyataannya berkaitan kumpulan Qadiani.
Katanya, semasa kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, beliau tiada di pejabat kerana menghadiri Konvensyen Pendidikan Islam peringkat kebangsaan yang berlangsung di Dewan 2020 dekat sini.
"Lima kakitangan pejabat itu cemas apabila kumpulan lelaki itu menceroboh bahagian pentadbiran dan bahagian fatwa sambil mengambil gambar dan membuat rakaman video tanpa kebenaran," katanya di sini semalam.

Merajuk sampai mati

Oleh Roselan Ab Malek
am@hmetro.com.my

JERANTUT: Kalau tidak disebabkan satu panggilan telefon daripada seorang wanita hanya dikenali sebagai ‘Ani’ dari Kuala Lumpur, pastinya tidak siapa yang tahu bahawa seorang peneroka, Abdullah Mat Nor, 60, dari Felda Kota Gelanggi 1, di sini, sudah meninggal dunia di rumahnya sejak tiga atau empat hari lalu.
Sejurus menerima panggilan daripada ‘Ani’ yang mengadu warga emas itu tidak menjawab telefon sejak Sabtu lalu, rakan karib Abdullah, Mohd Nordin Jantan, 58, pantas memulakan operasi mencarinya dan lokasi pertama dituju Mohd Nordin ialah rumah sahabatnya itu yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Difahamkan, Abdullah seorang tukang urut di tanah rancangan berkenaan serta dikenali dengan nama Dollah Sentol tinggal bersendirian di rumahnya sejak dua tahun lalu.
“Saya dihubungi seorang wanita yang bernama Ani dari Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Abdullah tidak menjawab panggilannya walaupun selepas beberapa kali dihubungi.

“Saya terus bergegas ke rumah mangsa dan memberi salam beberapa kali namun tiada jawapan dan saya cuba mencarinya di sekeliling rumah sebelum tercium bau busuk sebaik menghampiri bilik mangsa.

“Saya kemudian memberi salam namun tidak mendengar sebarang jawapan. Selepas terhidu bau busuk, saya mula mengesyaki sesuatu mungkin berlaku kepadnya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd Nordin berkata, dia kemudian mendapatkan bantuan seorang penduduk untuk memecahkan pintu rumah sahabatnya itu dan terkejut apabila melihat Abdullah sudah tidak bernyawa dan tertiarap di dalam biliknya.

Mohd Nordin memberitahu, Abdullah ada berkunjung ke rumahnya minggu lalu, namun ketika itu dia tidak berada di rumah dan tidak berkesempatan bertemu sahabatnya itu.
“Saya sangat rapat dengannya dan amat terkejut dengan kematiannya dan saya kemudian menghubungi anak arwah memaklumkan perkara itu,” katanya.

Sementara itu, anak keempat mangsa daripada tujuh beradik, Shamsiah Abdullah, 34, berkata, dia terkejut selepas mendapat berita kematian ayahnya dan terus pulang ke kampung.

“Saya rasa sangat terkilan kerana tidak sempat untuk minta maaf dengan arwah ayah yang merajuk kerana saya tidak membenarkannya untuk berkahwin dengan seorang perempuan pilihannya.

“Sudah seminggu saya cuba menghubunginya, namun ayah langsung tidak menjawab telefon sedangkan hubungan kami sebelum ini sangat mesra dan ayah selalu menziarahi dan menghubungi saya,” katanya yang menetap di Temerloh.

Ketua Balai Polis Jerantut, Inspektor Mohd Rodzi Mat Saat berkata, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia antara tiga hingga empat hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berulat dan berbau.

“Tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Jenazah mangsa sudah diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengebumian,” katanya.

35,000 penduduk Sungai Way tertekan


BEBERAPA penduduk menunjukkan binaan struktur untuk memasang tiang lampu di Jalan 9A/12, Sungai Way, Kampung Tunku, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Kira-kira 35,000 penduduk di Sungai Way, Kampung Tunku di sini terpaksa berdepan dengan masalah lalu lintas yang teruk ekoran tindakan sebuah syarikat pemaju yang didakwa menutup sebatang jalan tanpa kebenaran daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Masalah itu berlaku apabila pemaju terbabit membina struktur untuk memasang tiang lampu di simpang tiga di Jalan 9A/12 mengakibatkan kenderaan hanya boleh membelok ke kiri dan membuat pusingan U sejauh satu kilometer.
Difahamkan pembinaan struktur itu hanya bertujuan untuk meningkatkan infrastruktur dan mencantikkan lagi kawasan bangunan tersebut yang dijangka siap dalam tempoh terdekat.
Seorang penduduk, Eng Yoke Ying, 71, berkata, dia terpaksa menghabiskan masa lebih daripada setengah jam semata-mata untuk membuat pusingan U.
“Penutupan jalan itu memang menyusahkan kami, dahulu saya hanya perlu mengambil masa lebih kurang sepuluh minit sahaja untuk sampai ke kawasan SS3/39, Taman Megah, SS2 dan Sea Park,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Pencuri 100 kenderaan dicekup


MOHMAD (kanan) menunjukkan kereta Toyota Fortuner yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Brickfields, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kegiatan jahat tiga lelaki bergelar Geng Wong Sifoo yang telah mencuri 100 kenderaan untuk diseludup ke negara jiran sejak awal tahun lalu terbongkar apabila kesemuanya ditahan dalam dua operasi di sekitar ibu negara bermula Khamis lepas.
Suspek-suspek dari Seremban, Negeri Sembilan dan Simpang Renggam, Johor berusia di antara 27 dan 33 tahun itu dikatakan menyasarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan pikap terutamanya jenis Toyota Hilux untuk dijual pada harga di antara RM8,000 dan RM20,000 bergantung kepada keadaan kereta.
Penahanan mereka dilakukan selepas polis menjalankan siasatan terhadap kes kehilangan sebuah kenderaan Toyota Hilux di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 19 Februari lalu.
Empat hari kemudian, polis dapat menahan seorang lelaki di Bandar Sunway sebelum menangkap dua lagi rakannya di sebuah pub di Jalan Loke Yew, Cheras dua hari selepas itu.

Cipta pesawat di atas bumbung rumah


PESAWAT buatan sendiri yang dicipta oleh Li Jungchun dilihat berada di atas bumbung
rumahnya di Kampung Xiahe semalam.


KAMPUNG XIAHE, China - Seorang petani berusia 58 tahun, Li Jingchun mencipta pesawat buatan sendiri di atas bumbung rumahnya di sini.
Dia menyembur cat pada badan pesawat itu yang sepanjang 5 meter (m) dan lebar 1.5m.
Kebanyakan badan pesawat itu diperbuat daripada barang kitar semula dengan kos lebih 40,000 yuan (RM19,136). - Reuters

No comments:

Post a Comment